Selasa, 15 April 2014

Kosmo Online - Varia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Modvier signatur baharu Bangsar

Posted:

Modvier signatur baharu Bangsar

Modvier signatur baharu Bangsar

Oleh NADIA SHAIFUL BAHARI

BANGUNAN Modvier dari pandangan luar.


RAMBANG mata. Itu yang dirasakan oleh ahli perniagaan wanita, Haziana Abd. Hamid, 36, tatkala melangkah masuk ke bangunan berdindingkan kaca di Jalan Riong, Bangsar, Kuala Lumpur.

Satu persatu helaian selendang daripada pelbagai jenama tudung terkenal diambilnya lalu digayakan di hadapan cermin di sudut persalinan butik fesyen terbaharu, Modvier.

Telahan awal penulis menduga barangkali wanita itu cerewet dengan hal yang berkaitan cita rasa fesyen. Namun, sangkaan tersebut ternyata meleset apabila melihat semua tudung yang disambarnya dibawa terus ke kaunter untuk dijadikan koleksi peribadi.

"Saya memang 'gila' membeli tudung atau pakaian secara dalam talian dan boleh dikatakan hampir setiap hari membelinya. Apabila saya mendapat tahu Modvier menawarkan koleksi fesyen terkini daripada jenama-jenama kegemaran, sudah tentu saya tidak berfikir panjang untuk membeli-belah di sini.

"Koleksi yang dipamerkan kena dengan cita rasa saya dan amat sesuai bagi wanita berhijab yang gemar berfesyen untuk kelihatan lebih menonjol," ujarnya yang menetap di Setapak Kuala Lumpur.

Sebanyak 28 jenama fesyen trendy daripada koleksi tudung, pakaian, dan aksesori terkini bernaung di bawah Modvier. Antara jenama tersebut ialah Rico Rinaldi, 14 Nov by Yuna Zarai, Mazlianul Maznan, Tudung People, Radiusite, Dream Cloud by Natasha Hudson dan Farah Iskandar.

Ia termasuk dua jenama pakaian yang menawarkan koleksi jubah istimewa buat golongan lelaki iaitu Jubah Souq dan Bella Ammara.

Pengasasnya, Siti Sarah Shah Nor, 32, memberitahu, Modvier merupakan gabungan perkataan 'mod' yang merujuk kepada fesyen sementara 'vier' pula berasal daripada perkataan Perancis yang bermaksud pencabar.


PENGASAS Modvier ini memberikan fokus yang lebih kepada perniagaan yang baru ditubuhkannya.


Eksklusif

"Pemilihan jenama yang terdapat di Modvier dibuat berdasarkan kelainan dari segi rekaan bagi mengekalkan nilai eksklusif yang menjadi signatur setiap pereka.

"Idea bagi mewujudkan Modvier tercetus selepas melihat potensi jenama fesyen tempatan disatukan di bawah satu bumbung memandangkan kesemuanya sudah ada pengikut setia masing-masing," ujar graduan jurusan Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua dari Universiti Putra Malaysia, Serdang ketika ditemui di Modvier baru-baru ini.

Secara tidak langsung, pelanggan yang berkunjung ke Modvier dapat mengenali jenama fesyen lain. Pada masa sama, pengunjung dapat mengikuti perkembangan fesyen terkini yang menjadi ikutan di Malaysia.

Salah seorang pereka fesyen, Mazlianul Yusma Maznan, 27, tidak mengambil masa lama untuk bersetuju menghasilkan koleksi eksklusif khas buat pelanggan Modvier.

"Kebanyakan pakaian rekaan saya berkonsepkan kasual dan sedia untuk dipakai yang sesuai digayakan pada majlis-majlis korporat mahupun ke tempat kerja.

"Saya turut menghasilkan koleksi istimewa dalam jumlah yang terhad khusus buat pelanggan di Modvier sahaja. Jadi, pelanggan harus ke sini untuk mendapatkannya kerana ia tidak dijual dalam koleksi dalam talian," katanya yang bakal membuka butik pertamanya pada bulan depan.

Terjemahan inspirasi Azura Zainal

Posted:

Terjemahan inspirasi Azura Zainal

Terjemahan inspirasi Azura Zainal

Oleh MOHD. IZUAN ROSELI

AZURA mengambil masa kira-kira setahun untuk menerbitkan naskhahnya.


KESIBUKAN rutin hariannya sebagai juruhebah radio di stesen radio tempatan, Red FM, tidak membataskan keinginan Azura Zainal, 33, untuk menghasilkan sebuah buku panduan dalam bidang pengacaraan.

Pengalaman beliau yang lebih 16 tahun dalam bidang tersebut diterjemahkan menerusi bukunya, Azura Zainal's Guide to Radio & TV Hosting.

Ia merupakan naskhah terbaharu daripada MPH Masterclass Series iaitu siri buku yang mengetengahkan konsep perkongsian pengalaman individu yang pakar dalam bidang masing-masing.

Sebelum ini, MPH Group Publishing juga telah menerbitkan buku Amber Chia's Guide to a Successful Modelling Career dan Jojo Struys Guide to Wellness.

Menurut Azura, inisiatif itu diambil ekoran kurangnya buku panduan di pasaran tempatan terutamanya dalam bidang profesional. Kebanyakan buku di pasaran merupakan hasil penulisan dari luar negara.

"Saya menulis buku ini memandangkan buku panduan seperti ini masih kurang di pasaran. Buku terbitan luar negara pula tidak sesuai untuk dijadikan rujukan memandangkan persekitaran berbeza.

"Jadi, saya ingin curahkan pengalaman yang ada untuk dikongsi bersama masyarakat," ujarnya ketika ditemui pada majlis pelancaran buku tersebut di Kuala lumpur baru-baru ini. Turut hadir, Pengarah Urusan Asia Pacific Vision Ltd., Angela Cheung.

Bakat Azura dalam bidang pengacaraan memang tidak boleh dinafikan. Dia mula muncul di kaca televisyen pada usia remaja menerusi saluran Disney Channel Asia.

Pastinya anak kelahiran Kuala Lumpur ini lebih sinonim dengan aksi lasaknya dalam rancangan Xplorasi yang disiarkan di RTM selain berbakat dalam bidang seni suara serta lakonan.

Tambahnya, perasaan tanggungjawab untuk menceritakan pengalaman dan rahsia kejayaannya merupakan faktor lain yang mendorongnya menulis buku tersebut.

Antara yang dititipkan dalam buku itu ialah aspek etika dan personaliti yang diperlukan untuk menjadi seorang pengacara berkaliber dan disegani.

Beliau juga menerangkan tentang karakter dan kemahiran yang diperlukan untuk menjadi seorang hos yang baik.

Azura yang baru saja melangsungkan perkahwinannya Disember lalu dengan seorang jejaka kelahiran Brazil, Ibrahim Cristiano Genuino Da Silva berharap lebih banyak buku seumpama itu diterbitkan.

BUKU pengalaman peribadi Azura ini diharapkan dapat membantu mereka yang ingin menceburi atau mendalami bidang pengacaraan.


Gambar peribadi

Buku kulit lembut setebal 130 muka surat itu mengambil masa hampir setahun untuk disiapkan. Lebih menarik, ia turut memaparkan lebih 50 gambar peribadi milik Azura sepanjang kerjaya pengacaraanya.

Selain itu, Azura juga berkongsi tip berdasarkan pengalaman peribadinya malah memberi garis tentang cara dan langkah yang perlu diambil untuk memulakan kerjaya sebagai pengacara.

"Antaranya, apa yang perlu dan jangan dilakukan dan juga ekspektasi dalam bidang ini.

"Buku ini sesuai dibaca oleh mereka yang meminati bidang pengacaraan tidak kira sama ada baru ingin menceburinya atau ingin memperbaiki kualiti persembahan pengacaraan mereka," katanya.

Menerusi kandungan buku tersebut, mereka yang berminat untuk mengikut jejak langkah Azura akan mengetahui tentang persediaan yang diperlukan sebelum melangkah ke dalam bidang yang mencabar itu.

Azura berkata, gaya penyampaian dalam buku berkenaan menggunakan bahasa yang ringkas dan mudah difahami.

Buku Azura Zainal's Guide to Radio & TV Hosting boleh didapati di semua cawangan MPH Bookstores Sdn. Bhd. dan dijual pada harga RM35.90 senaskhah.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved