Selasa, 15 April 2014

Kosmo Online - Dunia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Lelaki AS amuk di Pusat Yahudi

Posted:

Lelaki AS amuk di Pusat Yahudi

Lelaki AS amuk di Pusat Yahudi

GAMBAR yang disiarkan saluran televisyen 41ActionNews menunjukkan Cross berada di tempat duduk belakang sebuah kenderaan di luar Pusat Komuniti Yahudi di Taman Overland, Kansas, Amerika Syarikat kelmarin.


WASHINGTON - Seorang lelaki berusia 73 tahun, Frazier Glenn Cross mengamuk di Pusat Komuniti Yahudi di bandar raya Kansas, Amerika Syarikat kelmarin menyebabkan dua orang terbunuh.

Cross turut menyebabkan seorang lagi terbunuh di Pusat Persaraan Kampung Shalom sempena sambutan penduduk Yahudi yang meraikan pembebasan daripada perhambaan.

Menurut media semalam, lelaki itu disyaki menjadi anggota kumpulan membenci penduduk berkulit hitam iaitu Klu Klux Klan.

Cross juga dikenali sebagai seorang yang membenci kaum Yahudi.

Dia menjerit perkataan anti- Semitik dan membuat tabik Nazi sebelum ditangkap polis Taman Overland kelmarin.

Siasatan berhubung serangan itu yang dikategorikan sebagai jenayah kebencian akan dilakukan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dan Niro Alkohol Tembakau dan Senjata Api.

Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama semalam memberi amaran bahawa keganasan agama tidak mempunyai tempat di dalam masyarakat negara ini.


BEBERAPA anggota polis mengawal Pusat Komuniti Yahudi.


Beliau membuat komen tersebut selepas kejadian amukan itu.

"Tidak ada sesiapa pun yang perlu berasa bimbang tentang keselamatan mereka apabila berhimpun bersama rakan-rakan yang memiliki kepercayaan yang sama.

"Tidak ada seorang pun yang sepatutnya takut tentang keselamatan mereka untuk pergi bersembahyang," kata Obama di White House semalam.

Presiden itu menyatakan, kejadian tembakan itu merupakan sesuatu yang tragik kerana kaum Yahudi sedang menyambut perayaan Passover dan penganut- penganut Kristian meraikan hari Palm Sunday. - Agensi

Polis China rampas ribuan senjata api, pisau

Posted:

Polis China rampas ribuan senjata api, pisau

Polis China rampas ribuan senjata api, pisau


GAMBAR bertarikh 1 April lalu menunjukkan sejumlah senjata api yang dirampas polis di Guiyang, China.


BEIJING - Polis China berjaya merampas 15,000 senjata api dan 120,000 bilah pisau daripada sindiket senjata haram termasuk menahan 15 orang suspek, lapor media semalam.

Kesemua senjata itu dirampas selepas polis menjalankan siasatan selama empat bulan, menurut akhbar China Daily.

Rampasan itu merupakan yang terbesar di negara ini.

Polis memperoleh maklumat mengenai sindiket senjata haram itu selepas menyiasat satu kes rompakan di ibu negeri wilayah Guizhou, Guiyang, lapor akhbar tersebut.

Polis berjaya menjejaki sumber pembekalan senjata yang digunakan dalam rompakan itu yang merupakan satu kumpulan samseng yang terdiri daripada sebuah keluarga di wilayah Hunan.

Mereka berselindung di sebalik nama sebuah kilang.

Kumpulan berkenaan sebenarnya mengawal beberapa gudang yang menjual senjata api dan pisau.

Keluarga tersebut mengawal kawasan seluas 27 wilayah dan perbandaran.

Pemilikan senjata peribadi adalah diharamkan di China dan pisau turut diklasifikasikan sebagai barang kawalan. - AFP

36 orang mati, bas hangus terbakar

Posted:

36 orang mati, bas hangus terbakar

36 orang mati, bas hangus terbakar


SEBUAH bas yang hangus terbakar selepas ia melanggar sebuah lori berhampiran bandar Juan Rodriguez Clara di Mexico kelmarin.


BANDAR RAYA MEXICO - Sekurang-kurangnya 36 orang terbunuh manakala empat lagi tercedera apabila sebuah bas terbakar selepas merempuh bahagian belakang sebuah lori di timur Mexico kelmarin.

Kerajaan negeri Veracruz dalam satu kenyataan berkata, bas berkenaan yang dalam perjalanan dari Villahermosa menuju ke bandar raya Mexico bertembung di sebuah lebuh raya berhampiran bandar Juan Rodriguez Clara.

"Bas itu terbakar menyebabkan kerja-kerja mengenal pasti mayat menjadi sukar," kata Gabenor Veracruz, Javier Duarte.

Polis menyatakan, lori tersebut tidak diletakkan pada posisi yang betul di tepi lebuh raya tersebut menyebabkan bas berkenaan melanggarnya. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved