Selasa, 15 April 2014

Kosmo Online - Rencana Utama


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Bantuan kepada saudara seagama

Posted:

Bantuan kepada saudara seagama

Bantuan kepada saudara seagama

DISEBUT sebagai Syam dalam bahasa Arab, negara Syria yang beriklim Mediterranean kaya dengan pelbagai khazanah pelancongan bersejarah dan diversiti kebudayaan unggul yang mencecah usia ribuan tahun.

Namun, nilai keamanan dan kekayaan bangsa yang dipertahankan sejak zaman silam musnah dek kerakusan nafsu manusia.

Peperangan yang sepatutnya boleh dielakkan akhirnya menjadi barah yang semakin serius sekali gus mempertaruhkan nyawa jutaan insan yang tidak berdosa.

Sejak tercetusnya konflik Thaurah as-Syaa'bi (Kebangkitan Rakyat Syria) pada 15 Mac 2011, jumlah rakyat negara itu yang memerlukan bantuan meningkat secara drastik kepada 9.3 juta orang berbanding 6.8 juta pada Jun 2013.

Pergolakan yang masih tiada titik noktahnya itu juga menyebabkan hampir 2.5 juta rakyat Syria kini menjadi pelarian di negara-negara jiran seperti Lebanon, Jordan, Turki, Iraq, Mesir dan Afrika Utara.

Bantuan

Konflik yang berpanjangan itu turut menarik perhatian dunia termasuk rakyat Malaysia yang terpanggil untuk menghulurkan secebis bantuan buat saudara seagama.

Maka, atas dasar itulah, Sekretariat Malaysia LifeLine For Syria (MLL4S) ditubuhkan secara rasmi pada September 2012 yang merupakan gabungan daripada lapan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Ia terdiri daripada Angkatan Belia Malaysia (ABIM), Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram), Pertubuhan Sinar Damsyik Malaysia (Persidam), Gabungan Selamatkan Syria (GSS) dan Persatuan Pelajar Malaysia Syria (PPMS).

Ketua Pegawai Eksekutif MLL4S, Syahrir Azfar Saleh, 27, memberitahu, penubuhan sekretariat tersebut tercetus apabila sekumpulan pelajar Syria yang belajar di Malaysia menemui pihak Angkatan Belia Malaysia (ABIM) untuk menerangkan mengenai isu pergolakan di Syria.


PASUKAN MLL4S tiba pertama kali di Syria pada Jun 2014 dengan membawa bantuan kemanusiaan bernilai RM164,357.


Selepas meneliti isu yang dikemukakan, ABIM telah membawa perkara itu kepada mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad; Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dan pihak Wisma Putra untuk dibincangkan secara serius.

"Hasil perbincangan membolehkan satu kempen Selamatkan Syria dilancarkan pada 12 Januari 2012 dengan menganjurkan pelbagai aktiviti bersama pelajar. Advokasi kempen berlangsung selama enam bulan.

"Memang pada awalnya susah untuk memberi pemahaman kepada masyarakat berhubung krisis dan pergolakan yang berlaku di Syria. Tetapi, Alhamdulillah lama-kelamaan ramai yang memberi sokongan.

"Akhirnya pada 4 hingga 7 Jun 2012, ABIM dan Global Peace Mission Malaysia (GPMM) telah menghantar misi bantuan kemanusiaan bernilai AS$50,000 (RM164,347) buat kali pertama untuk pelarian yang berada di sempadan Turki-Syria," terang Syahrir yang dihantar dalam misi recce tersebut dengan tujuan untuk meninjau jalan yang sesuai memasuki Syria.

Graduan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu mengakui telah bergiat aktif dengan aktiviti kebajikan sejak di kampus.

Justeru, sebaik tamat pengajian pada tahun 2010, beliau hanya mampu bekerja setahun di sebuah syarikat perbankan swasta, sebelum akhirnya meletakkan jawatan semata-mata untuk menjadi pekerja kemanusiaan secara sepenuh masa di GPMM.

Perang saudara

Menurut Syahrir, sebaik pulang ke Malaysia, beliau telah merasai tanggungjawab yang besar untuk terus membantu rakyat Syria yang dilanda musibah perang saudara.

"Saya akui, bantuan yang dihulurkan mungkin bukan penyelesai masalah di sana, tetapi sekurang-kurangnya ia sedikit sebanyak memberi kelegaan kepada rakyatnya," ungkap bapa kepada seorang cahaya mata yang berpegang pada prinsip 'hidup ini perlu lebih banyak memberi'.


DANA sumbangan yang ditukarkan dalam bentuk buku pendidikan disampaikan kepada kanak-kanak di Syria.


Selepas MLL4S ditubuhkan, misi bantuan kemanusiaan sulung sekretariat tersebut telah dilaksanakan pada 27 November hingga 3 Disember 2013 dengan jumlah kutipan bernilai RM400,000. Misi ini disertai 12 ahli MLL4S.

Ia disumbangkan dalam bentuk pengagihan 80 tan tepung gandum, 1,000 kotak makanan asas dan sebuah ambulans di Idlib serta 2,000 set selimut dan tilam kepada pelarian Syria di Atmeh dan Aleppo.

Ini diikuti misi recce pada 25 Januari hingga 4 Februari 2013 yang bertujuan mengenal pasti jalan masuk ke Azaaz dan Aleppo di Syria dan menyampaikan bantuan awal untuk musim sejuk berupa selimut, jaket dan pemanas bernilai RM50,000.

Pada 26 Mei hingga 4 Jun 2013 pula, misi bantuan kedua MLL4S ke Syria membawa sumbangan rakyat Malaysia bernilai RM410,000. Ia diserahkan dalam bentuk makanan asas dan susu bayi, perubatan dan pendidikan di kawasan Azaaz, Aleppo dan Idlib.

Sebulan kemudian, kutipan berjumlah RM450,000 berjaya diagihkan di tiga kawasan terbabit dalam bentuk yang sama.

Misi Korban MLL4S ke Syria berjumlah RM405,120 memberi peluang kepada rakyat Malaysia memberi sinar dalam meraikan Aidiladha buat penduduk di Halab, Azaaz dan Idlib.

"Sebanyak 170 ekor kambing telah dikorbankan selain sumbangan berupa makanan asas, susu bayi, perubatan, pendidikan, projek kilang roti, projek galan air dan saguhati raya untuk kanak-kanak.

"Selain itu, misi kelima kami pada 15 hingga 29 Januari lalu berjaya mengumpul sebanyak RM630,000 yang digunakan untuk projek jangka panjang.

"Ia meliputi pembinaan kilang roti di Idlib dan penyeliaan enam buah sekolah di bawah MLL4S iaitu dua di ketiga-tiga bandar Azaaz, Aleppo dan Idlib dengan kapasiti kira-kira 4,200 orang pelajar," ujar Syahrir sambil menambah terdapat dua pusat perubatan yang disokong sepenuhnya oleh MLL4S di bandar Soran dan Aleppo.

Projek jangka panjang lain termasuklah pembinaan Hospital Dr. Rozmey di pinggir bandar Aleppo bernilai RM3 juta yang dibiayai sepenuhnya oleh usahawan terkenal itu. Ia merupakan projek usahasama MLL4S dan

TABUNG dan butang lencana diagihkan kepada orang ramai dalam usaha mengutip dana bantuan bagi mangsa di Syria.


Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim).

Pada masa ini juga, terdapat tiga buah telaga air yang telah dan sedang dibina di Soran dan Idlib dengan kos RM24,640 setiap satu.

Sementara itu, bagi bekas pelajar Universiti Mutah di Jordan, Bazilah Ahmad Zaki, 26, peluang menjadi pekerja kemanusiaan sepenuh masa di MLL4S amat disyukuri kerana dapat membantu mereka yang memerlukan.

Ambil berat

"Zaman remaja saya sebagai penuntut ilmu banyak dihabiskan di Syria. Lantaran itu, bila mengetahui pergolakan yang melanda negara tersebut ketika menuntut di Jordan, Tuhan sahaja yang tahu perasaan di hati.

"Terasa seperti ingin sahaja menjejakkan kaki ke sana tetapi tidak berdaya. Kemudian, apabila diberi kesempatan ke Syria pada Jun 2013, perasaan berkobar-kobar muncul dalam diri.

"Bagaimanapun, sebaik melihat kehancuran yang berlaku akibat peperangan, hati saya menangis seperti tidak percayalah inilah bumi yang pernah diduduki satu ketika dahulu," kongsi Bazilah yang berharap lebih ramai anak-anak muda ambil berat dengan isu-isu ummah dan menyertai mana-mana NGO yang memberikan bantuan kemanusiaan.

Rakyat Syria menuntut hak

Posted:

Rakyat Syria menuntut hak

Rakyat Syria menuntut hak


KONFLIK perang saudara antara tentera rejim Bashar al-Assad dan pejuang pembebasan Syria telah mengorbankan banyak nyawa dan kemusnahan harta benda.


KONFLIK perang saudara yang berlaku antara tentera rejim Bashar al-Assad dan pejuang pembebasan Syria telah bermula pada bulan Mac 2011.

Kebangkitan rakyat dalam menentang kezaliman Presiden Assad itu sebenarnya terinspirasi daripada kebangkitan rakyat Tunisia melalui Revolusi Jasmin yang menyaksikan tumbangnya pemerintahan autokratik di beberapa buah negara Arab.

Naib Presiden Antarabangsa Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Jufitri Joha berkata, kebangkitan itu berlaku kerana rakyat mahu menuntut perubahan politik ke arah yang lebih demokratik dan keadilan sosial secara menyeluruh buat semua rakyat Syria.

"Perkara ini disebabkan generasi muda khususnya sudah bosan hidup dalam suasana republic of fear, kemiskinan yang berterusan dan rasuah yang semakin membarah.

"Hakikatnya, tuntutan mereka adalah tulen dan ia meliputi hak-hak asas sebagai seorang manusia iaitu kebebasan (hurriyah), keadilan (ada'lah) dan kemuliaan insan (karamatul insan).

"Justeru, mereka berhak digelar sebagai pejuang pembebasan (jaisyul hurr) dan bukannya pemberontak seperti yang dilabelkan pihak tertentu khususnya media Barat," ujar Jufitri yang membicarakan isu tersebut di dalam buku Krisis Syria dan Mauqif Ulama karya pendakwah terkenal, Dr. Zulkifli Mohammad al-Bakri.

Kuku besi

Tambah beliau, pemimpin gerakan Islam Palestin, Sheikh Raed Solah yang ditemui di Istanbul beberapa tahun lalu pernah menegaskan bahawa pembebasan Kota Kaherah dan Kota Damsyik akan merintis kepada dekatnya pembebasan Palestin secara keseluruhannya.

"Ini bermakna, pembebasan Palestin harus disertakan dengan syarat pembebasan Syria daripada pemerintahan kuku besi Assad," katanya.

Sementara itu, Zulkifli memberitahu, penghasilan buku Krisis Syria dan Mauqif Ulama yang diterbitkan pada 2012 itu bertujuan untuk membuka mata rakyat Malaysia mengenai isu tersebut melalui sudut sejarah dan perkembangan kontemporari.


RAKYAT bangkit menentang untuk menuntut perubahan politik dan keadilan sosial di Syria.


Tambahan pula, bumi Syam itu amat dekat di hatinya kerana pernah menuntut ilmu di Universiti Ulum Islamiyyah, Syria pada tahun 1994 hingga 1997. Antara guru beliau termasuklah ulama terkenal Syria, Sheikh Muhammad Said Ramadhan al-Bouti yang meninggal dunia akibat letupan bom ketika mengajar di Masjid Eman, Damsyik pada 22 Mac 2013.

"Pergolakan di Syria masih lagi berlarutan hingga saat ini dengan pembunuhan terus berleluasa tanpa henti. Serangan tanpa perikemanusiaan dan belas ihsan dari rejim Assad terhadap rakyatnya sendiri adalah sesuatu yang melampau.

"Situasi ini menjadikan negeri-negeri di bawah Syria seperti padang jarak padang terkukur. Oleh itu, sewajarnya Malaysia sama ada melalui kerajaan, pertubuhan politik mahupun badan bukan kerajaan (NGO) hendaklah berperanan dengan lebih agresif bagi menamatkan konflik berdarah Syria ini," ujar beliau yang mengakui sedih melihat apa yang menimpa umat Islam di seluruh dunia sekarang.

Kedatangan Islam

Mengulas mengenai kedatangan Islam ke Syria, Zulkifli memberitahu, Islam telah masuk ke Syria pada zaman Saidina Abu Bakar as-Siddiq RA dan Saidina Umar al-Khattab RA dalam peperangan Yarmouk yang mengakibatkan kejatuhan Rom.

Maka ketika itu, jadilah Syria sebagai satu wilayah Islam. Kemudian, pada zaman pemerintahan Umawi, Kota Damsyik diangkat menjadi ibu negeri.

"Pada zaman pemerintahan Saidina Umar, tentera Islam telah berjaya membuka Kota Syam secara keseluruhannya. Peperangan Yarmouk yang berlaku pada tahun 15 Hijrah di bawah pimpinan panglima Khalid al-Walid berlangsung selama hampir enam hari.

"Pada waktu itu, tentera Islam telah menguasai negeri Syam termasuk Busra, Ba'labak, Hims, Balqa', Urdun dan sebahagian wilayah Palestin. Ia menyebabkan Maharaja Hercules mengucapkan selamat tinggal kepada bumi Syria yang berbunyi, 'Selamat tinggal wahai bumi Syria, selamat tinggal yang mana tidak akan berjumpa lagi selepas ini'," jelas beliau. - KHADIJAH MOHAMAD NOR

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved