Selasa, 29 April 2014

Kosmo Online - Komuniti Kita


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Bank Rakyat serah zakat RM987,129 kepada PZNS

Posted:

Bank Rakyat serah zakat RM987,129 kepada PZNS

Bank Rakyat serah zakat RM987,129 kepada PZNS

TUANKU MUHRIZ (tengah) dipersembahkan replika cek zakat berjumlah RM987,129 daripada Hasan (kanan) sambil disaksikan Mohamad (kiri) pada Majlis Mempersembahkan Bayaran Zakat Bank Rakyat di Istana Hinggap, Seremban, Negeri Sembilan baru-baru ini.


ZAKAT. Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berkenan menerima zakat perniagaan Bank Rakyat yang dibayar kepada Pusat Zakat Negeri Sembilan (PZNS) berjumlah RM987,129 di Istana Hinggap, Seremban, Negeri Sembilan baru-baru ini.

Zakat berkenaan diserahkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek, kemudian diterima oleh Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), Datuk Seri Mohamad Hasan yang juga Menteri Besar.

Pada tahun ini, Mohamad menyasarkan sebanyak RM80 juta kutipan zakat bakal dipungut oleh PZNS.

Pelajar UMS sertai program bersama orang kampung

Posted:

Pelajar UMS sertai program bersama orang kampung

Pelajar UMS sertai program bersama orang kampung


HAMISA (duduk tengah) bergambar bersama pelajar UMS yang menyertai Program Delegasi Bayu 'Buli Bah Kalau Kau' 2014 di Kampung Kalabakan, Tawau, Sabah baru-baru ini.


KHIDMAT MASYARAKAT. Seramai 100 pelajar Universiti Malaysia Sabah menyertai Program Delegasi Bayu 'Buli Bah Kalau Kau' 2014 di Kampung Kalabakan, Tawau, Sabah baru-baru ini.

Program itu dirasmikan oleh Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat, Datuk Hamisa Samat yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Batu.

"Program ini bermula 25 April lepas dan berlangsung selama tiga hari bertujuan untuk mendekatkan para pelajar dengan kehidupan masyarakat kampung," katanya.

BSN Pulau Pinang taja enam sekolah

Posted:

BSN Pulau Pinang taja enam sekolah

BSN Pulau Pinang taja enam sekolah


MAZLAN (tengah) bersama staf BSN Pulau Pinang dan wakil sekolah yang terlibat menjayakan Karnival Sekolah BSN 2014 di Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang, Jalan Bukit Gambir, George Town, Pulau Pinang baru-baru ini.


TAJAAN. Sebanyak enam buah sekolah di Pulau Pinang, masing-masing menerima tajaan sejumlah RM10,000 daripada Bank Simpanan Nasional (BSN) Pulau Pinang bagi menjayakan program Karnival Sekolah BSN 2014 di George Town baru-baru ini.

Pengarah BSN Pulau Pinang, Mazlan Mat Jalil berkata, tajaan itu diberikan kepada enam buah sekolah terpilih iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Lanchang, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chong Cheng, SJKC Hun Bin, SJKC True Light, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Permatang Tinggi dan SK Bertam Indah.

Katanya, program itu adalah inisiatif BSN bagi membantu pihak sekolah untuk menambah dana sekolah melalui penganjuran pelbagai aktiviti dan jualan amal.

"Sumbangan bernilai RM10,000 merangkumi RM5,000 untuk penganjuran karnival manakala RM5,000 lagi merupakan peruntukan khas bagi penyediaan hadiah pemenang pada pertandingan karnival ini," katanya.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved