Rabu, 12 Mac 2014

Kosmo Online - Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Operasi cari pesawat terus buntu

Posted:

Operasi cari pesawat terus buntu

Operasi cari pesawat terus buntu

HISHAMMUDDIN (tengah) menjawab soalan wartawan pada sidang media di Sepang semalam. Turut kelihatan ialah Zulkifeli (kiri) dan Azharuddin.


SEPANG - Hari ini genap enam hari pasukan menyelamat yang melibatkan 12 buah negara menyertai operasi mencari pesawat Penerbangan Malaysia MH370 yang hilang pada Sabtu lalu namun belum ada tanda-tanda pesawat itu akan ditemui.

Operasi pencarian yang turut melibatkan Jepun, Brunei, India dan Amerika Syarikat serta membabitkan 42 buah kapal dan 39 pesawat kini meliputi 27,000 batu nautika iaitu 12,425 di Selat Melaka manakala 14,440 di Laut China Selatan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, walaupun pencarian itu belum ada perkembangan namun pihak berkuasa memberi jaminan tidak akan menghentikan operasi selagi pesawat tersebut tidak ditemui.

"Pihak berkuasa berjanji kepada setiap ahli keluarga penumpang yang kita tidak akan mengurangkan momentum dan usaha untuk mencari pesawat tersebut," kata beliau pada sidang akhbar di pusat media di Hotel Sama-Sama di sini semalam.

Turut hadir Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Md. Zin, Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia, Tan Sri Rodzali Daud, Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman dan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines (MAS), Ahmad Jauhari Yahya.

Pihak berkuasa, katanya, masih tetap pada fokus utama iaitu berusaha mencari pesawat dan kotak hitam bagi merungkai segala persoalan serta isu yang timbul sejak kehilangan kapal terbang tersebut.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

MH370 hilang akibat poket udara

Posted:

MH370 hilang akibat poket udara

MH370 hilang akibat poket udara


MOHD. OMAR melakarkan teori bagi merungkai misteri kehilangan pesawat MH370 ketika ditemui di USM, Pulau Pinang semalam.


GEORGE TOWN - Seorang pensyarah semalam mengemukakan satu teori baharu mengenai misteri kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) dengan menyatakan ia mungkin berpunca daripada fenomena super air pocket atau poket udara berskala luar biasa.

Pensyarah dari Pusat Pengajian Teknologi Industri, Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr. Mohd. Omar Ab. Kadir memberitahu, terdapat kemungkinan pesawat tersebut telah menempuh fenomena poket udara luar biasa dan mungkin saiznya 10 kali ganda daripada poket udara biasa sehingga menyebabkan pesawat berkenaan gagal berfungsi.

Menurut beliau yang pernah bertugas sebagai pegawai penyelidik di US Naval Academy ketika melanjutkan pengajian di peringkat doktor falsafah di Amerika Syarikat memberitahu, kejadian pesawat berkenaan yang gagal dikesan oleh radar adalah disebabkan oleh vakum yang wujud di dalam poket udara tersebut.

"Dalam keadaan vakum, sebarang bentuk isyarat serta gelombang tidak dapat berfungsi dan keadaan itu menyamai situasi yang dihadapi oleh pesawat MH370 kerana menara kawalan tidak menerima sebarang isyarat kecemasan semasa pesawat itu dilaporkan terputus hubungan pada pagi Sabtu lalu," katanya.

Mohd. Omar yang merupakan pemegang Sijil Pemprosesan Signal dan Getaran dari University of Southamton, England berkata, ketika pesawat itu melalui kawasan poket udara itu juga, ia telah jatuh dengan kelajuan 10 meter setiap saat atau kira-kira 900 kilometer sejam (km/j).

Jelas beliau, keadaan itu mungkin menyebabkan juruterbang dan penumpang di dalamnya mungkin tercampak atau melambung.

Ekoran kejadian itu, katanya, juruterbang dan pembantunya mungkin mengalami simptom tidak sedarkan diri sama ada disebabkan oleh pengsan ataupun telah meninggal dunia akibat komplikasi pada organ dalaman badan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Mei Fun mahu selesaikan masalah penduduk Kajang

Posted:

Mei Fun mahu selesaikan masalah penduduk Kajang

Mei Fun mahu selesaikan masalah penduduk Kajang

Oleh ZULKIFLI MANZOR
zulkifli.manzor@kosmo.com.my


MEI FUN (dua dari kanan) beramah mesra dengan sebahagian pemandu teksi selepas mengadakan perjumpaan bersama Persatuan Kebajikan Pemandu-Pemandu dan Tuan Punya Kereta Sewa Daerah Hulu Langat di Kajang, Selangor semalam.


KAJANG - Masalah kesesakan lalu lintas antara isu yang akan diperjuangkan oleh calon Barisan Nasional (BN), Datin Paduka Chew Mei Fun jika beliau menang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, 23 Mac ini.

Mei Fun berkata, isu lalu lintas di Kajang sesak teruk selama ini disebabkan kekurangan kemudahan tempat letak kereta yang membuatkan pengguna jalan raya terpaksa meletakkan kenderaan di bahu jalan.

"Masalah kesesakan lalu lintas di Kajang satu masalah serius. Pihak berkuasa tempatan perlu melihat sama ada boleh dibina parkir bertingkat di sini," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan bersama Persatuan Kebajikan Pemandu-Pemandu dan Tuan Punya Kereta Sewa Daerah Hulu Langat di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved