Rabu, 12 Mac 2014

Kosmo Online - Dunia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Radar tentera kesan MH370 terbang di Selat Melaka sebelum hilang

Posted:

Radar tentera kesan MH370 terbang di Selat Melaka sebelum hilang

Radar tentera kesan MH370 terbang di Selat Melaka sebelum hilang


SEORANG pegawai tentera Indonesia melihat peta di Selat Melaka semasa taklimat mencari pesawat MH370 yang hilang berlangsung di Pangkalan Udara Suwondo, Medan, Sumatera Utara semalam.- AP


KUALA LUMPUR - Tentera Malaysia percaya pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang sejak Sabtu lalu berpatah balik dan terbang beratus-ratus kilometer ke arah barat selepas terputus hubungan dengan menara kawalan, kata seorang pegawai kanan tentera semalam.

Kehilangan pesawat Boeing 777-200ER yang membawa 239 penumpang tersebut dianggap paling misteri dalam sejarah penerbangan dan operasi mencari pesawat itu secara besar-besaran masih menemui jalan buntu.

Pihak berkuasa Malaysia berkata, pesawat tersebut hilang sejam selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menuju ke Beijing, China.

"Pesawat berkenaan mengubah haluan selepas memasuki ruang udara Kota Bharu dan terbang rendah sebelum menuju ke Selat Melaka," kata seorang pegawai kanan tentera yang turut terlibat dalam siasatan kehilangan pesawat tersebut.

Menurutnya, situasi itu sekali gus menolak kemungkinan berlakunya kerosakan mekanikal kerana pesawat tersebut terbang sekurang-kurangnya sejauh 500 kilometer selepas kali terakhir dikesan menara kawalan.

Pesawat itu gagal dikesan selepas alat pengesan pada pesawat tersebut dipadamkan.

Satu sumber bukan tentera yang mengetahui mengenai siasatan berkata, laporan terbaharu itu merupakan antara beberapa teori yang dikemukakan dan sedang disiasat pihak berkuasa.

Ketika terputus hubungan dengan menara kawalan, pesawat itu berada di antara Kota Bharu dan bahagian selatan Vietnam serta terbang pada ketinggian 10,670 meter.

Selat Melaka antara laluan kapal paling sibuk di dunia yang terletak di sepanjang pantai barat Malaysia.

Sebuah akhbar tempatan yang memetik Panglima Tentera Udara, Tan Sri Rodzali Daud berkata, pesawat itu kali terakhir dikesan oleh radar tentera kira-kira pukul 2.40 pagi berhampiran Pulau Perak, utara Selat Melaka.

Katanya, pesawat itu terbang pada paras 1,000 meter lebih rendah daripada ketinggian sebelumnya.

Bagaimanapun, tiada sebarang maklumat berhubung pesawat itu selepas ia dikesan buat kali terakhir menerusi radar tersebut.

Mematikan alat pengesan atau transponder di dalam pesawat itu menyebabkan ia tidak dapat dikesan menerusi radar.

Radar sekunder berinteraksi dengan transponder bagi mendapat maklumat mengenai identiti pesawat, kelajuan dan ketinggian.

Namun, ia tetap masih boleh dikesan radar utama yang digunakan pihak tentera. - Reuters

China guna 10 satelit cari MH370

Posted:

China guna 10 satelit cari MH370

China guna 10 satelit cari MH370

SEBUAH helikopter yang menyertai misi mencari pesawat MH370 yang hilang berlepas dari kapal perang Jinggangshan milik tentera China di Laut China Selatan semalam.- REUTERS


BEIJING - Kementerian Pertahanan China kini menggunakan 10 buah satelit untuk mengesan pesawat penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang, menurut beberapa laporan.

Pusat Kawalan Satelit Xi'an di barat daya China memprogram semula satelit beresolusi tinggi untuk meninjau cuaca, komunikasi dan operasi mencari di kawasan pesawat Boeing 777-200 milik MAS itu yang didapati hilang.

Dalam pada itu, juruterbang dua buah pesawat dari Hong Kong telah menemui beberapa serpihan di perairan Vietnam kelmarin tetapi masih tidak pasti sama ada ia berasal daripada pesawat hilang tersebut.

Penerbangan MAS itu hilang ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing yang membawa seramai 227 penumpang dan 12 kru. - dpa

Sanggup beratur beli permainan video Titanfall di Austin

Posted:

Sanggup beratur beli permainan video Titanfall di Austin

Sanggup beratur beli permainan video Titanfall di Austin


SEJUMLAH orang meraikan pelancaran Titanfall pada festival itu.- AP


AUSTIN, Amerika Syarikat - Beratus-ratus peminat permainan video beratur selama beberapa jam untuk membeli permainan video terbaharu, Titanfall yang dilancarkan di sini kelmarin.

Permainan video khas untuk konsol permainan Xbox One dan komputer peribadi itu dijual pada harga AS$60 (RM196.75).

Ia merupakan permainan aksi peperangan dan para pemain boleh berperang dengan askar dan menawan robot-robot musuh.

Syarikat Microsoft Corporation berharap pelancaran video tersebut mampu menaikkan jualan Xbox One dan mengatasi jualan PlayStation 4 keluaran Sony. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved