Khamis, 13 Februari 2014

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Suspek curi kereta ditahan selepas kereta terbabas

Posted:

Suspek curi kereta ditahan selepas kereta terbabas

Suspek curi kereta ditahan selepas kereta terbabas

13/02/2014 11:25pm

JOHOR BAHRU - Polis menahan seorang suspek berusia 22 tahun apabila kereta yang dinaikinya terbabas selepas melanggar sebuah kereta peronda polis dan lima kenderaan awam di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, dalam kejadian pukul 2 petang itu, anggota kereta peronda polis cuba menahan suspek untuk pemeriksaan tetapi suspek bertindak memecut kenderaannya.

Katanya, kereta peronda polis telah mengejar kenderaan berkenaan sejauh tiga kilometer sebelum suspek melanggar kereta peronda polis lain dan lima kenderaan awam sebelum kereta itu hilang kawalan dan terbabas sebelum terbalik.

"Dalam kejadian di Jalan Permas Utara off Jalan Masai Lama di sini, suspek mengalami kecederaan di jari tangan kanan," katanya dalam kenyataan di sini.

Sulaiman berkata, siasatan awal mendapati kereta jenis Proton Waja berwarna kelabu itu dilaporkan hilang dan suspek tidak mempunyai lesen memandu.

"Suspek dipercayai seorang penagih dadah dan tidak mempunyai rekod jenayah," katanya. - Bernama

Perkhidmatan kereta kuda semarakkan TMM 2014

Posted:

Perkhidmatan kereta kuda semarakkan TMM 2014

Perkhidmatan kereta kuda semarakkan TMM 2014

13/02/2014 11:25pm

KUALA LUMPUR - Mulai 15 Mac, pengunjung ke Kuala Lumpur boleh merasai pengalaman baharu menaiki kereta kuda sambil menikmati pemandangan melalui kawasan-kawasan warisan yang berlatar belakang 12 bangunan peninggalan sejarah.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata perkhidmatan kereta kuda itu bakal menjadi tarikan terbaharu untuk pelancong di Kuala Lumpur.

"Pengalaman berkereta kuda akan menyemarakkan lagi Tahun Melawat Malaysia 2014," kata beliau pada sidang media selepas merasmikan "KL Horse and Carriage Ride" sempena festival Tahun Baharu Cina di Galeri Bandaraya Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Beliau berkata, pengunjung akan dibawa bersiar-siar melalui Jalan Mahkamah Persekutuan yang berlatar belakang bangunan Sultan Abdul Samad sebelum melalui Masjid Jamek, sebuah daripada masjid tertua di Kuala Lumpur terletak di muara sungai Klang dan sungai Gombak. - Bernama

Ijazah sahaja tidak jamin dapat pekerjaan, mesti ada kemahiran - Rosmah

Posted:

Ijazah sahaja tidak jamin dapat pekerjaan, mesti ada kemahiran - Rosmah

Ijazah sahaja tidak jamin dapat pekerjaan, mesti ada kemahiran - Rosmah

13/02/2014 10:03pm

PUTRAJAYA - Memiliki ijazah semata-mata tidak menjamin untuk mendapat pekerjaan sebaliknya perkembangan dunia masa kini memerlukan seseorang itu mempunyai pelbagai kemahiran, kata isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Beliau berkata, dengan ini seseorang itu mampu mencipta sesuatu yang baharu dan tidak hanya menunggu untuk sesuatu perkara berlaku malah pada hari ini majikan tidak lagi memandang hanya kepada ijazah tetapi potensi yang dimiliki individu.

"Kita perlu bersikap proaktif daripada selalu reaktif, sedar ataupun tidak senario masa kini memerlukan bakat yang kreatif serta inovatif.

"Sekiranya kita mempunyai bakat, percayalah kita pasti menjadi sasaran (pilihan) majikan," katanya semasa merasmikan pelancaran Biasiswa Pertubuhan Pemikir Muda Malaysia (PPM) di sini hari ini yang turut dihadiri Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Katanya, sepanjang 50 tahun lalu, tumpuan diberi kepada modal insan di dalam memenuhi keperluan yang semakin ketara namun cabaran sekarang bukan sahaja menyediakan pendidikan asas semata-mata tetapi lebih kepada menyediakan bakat serta kepakaran. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved