Khamis, 13 Februari 2014

Kosmo Online - Dunia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


77 maut pesawat tentera Algeria C-130 terhempas

Posted:

77 maut pesawat tentera Algeria C-130 terhempas

77 maut pesawat tentera Algeria C-130 terhempas

BEBERAPA penduduk melihat bangkai pesawat tentera Algeria yang terhempas di Gunung Fertas yang terletak di wilayah Oum El Bouaghi kelmarin.


ALGIERS - Sebuah pesawat tentera yang membawa 78 penumpang terhempas di kawasan pergunungan di Algeria kelmarin menyebabkan hanya seorang lelaki terselamat, kata para pegawai.

Pesawat C-130 Hercules milik tentera Algeria itu membawa 74 penumpang terdiri daripada pegawai tentera dan anggota keluarga mereka serta empat anak kapal.

Seorang jurucakap Kementerian Pertahanan berkata, pesawat itu berlepas dari bandar Tamanrasset menuju ke Constantine sebelum terputus hubungan dengan pusat kawalan ketika mahu mendarat.

"Pesawat malang ini terhempas di puncak Gunung Fertas yang terletak di wilayah Oum El Bouaghi kira-kira pukul 12 tengah hari waktu tempatan.

"Ketika kejadian, cuaca buruk termasuk ribut dan salji tebal melanda wilayah berkenaan," katanya.

Ujarnya, pasukan penyelamat telah menemui 76 mayat termasuk empat wanita di lokasi pesawat berkenaan terhempas.

Media tempatan melaporkan, hanya seorang anggota tentera terselamat dalam kejadian itu dan dia dibawa ke sebuah hospital di Constantine kerana mengalami kecederaan di kepala.

Sementara itu, President Algeria, Abdelaziz Bouteflika mengumumkan negara itu akan berkabung selama tiga hari bermula semalam sebagai penghormatan kepada mangsa yang terkorban. - AFP

Lelaki hanyut pulang ke tanah air

Posted:

Lelaki hanyut pulang ke tanah air

Lelaki hanyut pulang ke tanah air


ALVARENGA duduk di kerusi roda selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa El Salvador di San Luis, semalam.


SAN SALVADOR, El Salvador (AP) - Jose Salvador Alvarenga pulang ke tempat asalnya kelmarin selepas hanyut di tengah lautan selama lebih setahun.

Lelaki berusia 37 tahun itu yang menyatakan dia hanyut di atas sebuah bot kecil di Lautan Pasifik selepas keluar menangkap jerung di perairan Mexico, tiba di sini kelmarin.

Dia sebelum ini ditemui terdampar di Kepulauan Marshall, Lautan Pasifik sebelum diselamatkan pihak berkuasa negara berkenaan.

Sejurus tiba di sebuah lapangan terbang dekat sini, Alvarenga yang duduk di kerusi roda ditolak di hadapan lebih 100 wartawan untuk satu sidang akhbar.

Namun, apabila Menteri Luar El Salvador, Jaime Miranda memberikan mikrofon kepadanya, Alvarenga yang berbaju-T biru bersama seluar khaki dan kasut tenis hanya membisu.

Dia kemudian menutup muka menggunakan kedua-dua tangannya dan kelihatan menangis.

"Kami meminta agar anda semua faham. Dia (Alvarenda ) menempuh perjalanan yang amat meletihkan," kata Miranda.

Alvarenga seterusnya menaiki sebuah ambulans menuju ke Hospital Kebangsaan San Rafael di sini untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.

Ketika keluar dari ambulans, lelaki hanyut itu cuba untuk menjawab beberapa soalan yang dilaungkan oleh orang ramai.

"Apa perasaan anda? Saya gembira kerana selamat tiba (di tanah air)," jawabnya.

Kisah Alvarenga mengejutkan dunia apabila dia dihanyutkan ke pulau terumbu karang Ebon, Kepulauan Marshall hampir dua minggu lalu.

Lelaki itu kelihatan sihat dan tidak terbakar kulitnya walaupun terapung lebih setahun di tengah lautan.

Namun, Alvarenda yang sebelum ini lebih gempal mengalami kekurangan air dalam badan manakala tubuhnya juga bengkak.

Perjalanan pulang selepas berehat dan menjalani rawatan kesihatan seminggu di ibu negeri Kepulauan Marshall, Majuro dilengahkan di Honolulu dan Los Angeles.

Kelewatan itu ekoran doktor-doktor mengadakan pemeriksaan lanjut bagi melihat sama ada dia cukup sihat untuk meneruskan perjalanan ke El Salvador.

"Saya sungguh gembira mendapat tahu dia masih hidup dan dia telah pulang. Saya mahu memeluknya," kata seorang ibu saudara lelaki tersebut, Emma Alvarenga.

Emma tiba di lapangan terbang itu untuk melihat Alvarenga tetapi tidak dibenarkan memasuki bilik menunggu VIP tempat anak saudaranya berada.

Ayah Alvarenga, Jose Ricardo Orellana, 65, yang memiliki sebuah kedai dan kilang gandum di sini berkata, anak lelakinya mula keluar ke laut pada usia 14 tahun.

"Dia sudah sebati dengan lautan," kata Orellana. - AP

Arkitek Perancis mahu bina menara eksplorasi tujuh lautan

Posted:

Arkitek Perancis mahu bina menara eksplorasi tujuh lautan

Arkitek Perancis mahu bina menara eksplorasi tujuh lautan


IMEJ Sea Orbiter menurut lakaran komputer.


PARIS - Seorang arkitek Perancis, Jacques Rougerie mendapat dana mencukupi untuk membina menara pemerhati lautan, Sea Orbiter yang bakal meneroka lautan di seluruh dunia.

Struktur berbentuk seperti sebuah menara dengan separuh bahagiannya berada di bawah permukaan air itu boleh menampung sehingga 22 penghuni pada sesuatu masa.

Ahli-ahli akademik yang menaiki kapal itu boleh memerhati persekitaran bawah laut 24 jam sehari selain menggunakan peralatan lain untuk meneroka dasar lautan bagi mengumpul data.

Pada masa ini, para saintis telah merekodkan sekitar 240,000 spesies marin tetapi menganggarkan terdapat jutaan lagi spesies yang menunggu untuk ditemui.

Sebahagian 27 meter (m) daripada struktur setinggi 58 m itu berlayar di atas permukaan laut dengan bakinya berada di dalam air. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved