Isnin, 27 Januari 2014

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Lembah Klang catat pengurangan jarak penglihatan yang baik

Posted:

Lembah Klang catat pengurangan jarak penglihatan yang baik

Lembah Klang catat pengurangan jarak penglihatan yang baik

27/01/2014 11:48pm

KUALA LUMPUR - Beberapa kawasan di Lembah Klang yang mengalami keadaan udara kelihatan berjerebu petang semalam telah mencatatkan pengurangan jarak penglihatan yang baik hari ini.

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dalam kenyataan hari ini berkata, laporan cuaca oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) menyatakan kawasan tersebut iaitu Sepang, Petaling Jaya dan Subang mencatatkan pengurangan jarak penglihatan yang baik iaitu melebihi 10 kilometer berbanding sejauh empat kilometer hingga lapan kilometer pada 5 petang semalam.

Katanya, pengurangan jarak penglihatan yang menyebabkan ruang udara kelihatan berjerebu itu disebabkan kehadiran habuk halus atau partikel udara yang terampai dalam keadaan cuaca semasa yang kering.

"Habuk halus atau partikel udara yang terampai merupakan bahan pencemar yang dilepaskan ke atmosfera daripada pelbagai punca aktiviti manusia, antaranya pelepasan kenderaan bermotor, perindustrian, aktiviti pembangunan tanah dan pembinaan.

"Sehingga kini, tiada sebarang pembakaran terbuka yang boleh menjejaskan kualiti udara berlaku di kawasan Lembah Klang," katanya.

Menurut kenyataan itu, berdasarkan laporan METMalaysia, sejak beberapa hari lalu, pergerakan angin di kebanyakan kawasan di Semenanjung Malaysia adalah perlahan dengan halaju 10km sejam dan keadaan atmosfera adalah stabil.

"Faktor-faktor cuaca ini dan keadaan topografi kawasan Lembah Klang yang bercirikan lembah menyebabkan habuk halus atau partikel udara yang terampai terperangkap di ruang udara dan tidak dapat menyebar dengan cepat," katanya.

Katanya, METMalaysia turut melaporkan beberapa kawasan di Lembah Klang iaitu daerah Hulu Selangor, Klang, Kuala Selangor, Petaling Jaya dan Sepang masih tidak menerima hujan melebihi lima hari berturut-turut sejak 22 Jan lepas.

Katanya, bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) semalam adalah dalam keadaan baik dan sederhana di seluruh negara dan tiada kawasan yang mengalami bacaan IPU tidak sihat.

Sehubungan itu, katanya, keadaan berjerebu yang dialami pada petang semalam merupakan fenomena cuaca biasa dan tidak menjejaskan kesihatan orang awam. - Bernama

Polis gagalkan cubaan rompak bank di Kubang Kerian

Posted:

Polis gagalkan cubaan rompak bank di Kubang Kerian

Polis gagalkan cubaan rompak bank di Kubang Kerian

27/01/2014 10:28pm

KOTA BHARU - Polis menggagalkan cubaan merompak sebuah bank di Kubang Kerian di sini hari ini selepas alat penggera keselamatan bank berkenaan berbunyi.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, insiden pada 3.40 pagi itu disedari anggota polis bertugas dan sebaik tiba di lokasi kejadian suspek mengacukan senjata api, menyebabkan polis melepaskan tembakan tetapi tidak mengenai suspek dan suspek berjaya melarikan diri.

"Siasatan mendapati televisyen litar tertutup (CCTV) yang dipasang di luar premis itu disembur dengan cat merah selain enam CCTV di dalam bank turut disembur dengan cat merah," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan papan kenyataan polis kepada Jabatan Pelajaran Kelantan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim dan Pengarah Pelajaran Negeri Kelantan Hussain Awang.

Jalaluddin berkata, siasatan di tempat kejadian menemui satu kepala Oxyacetelyne (OXY) yang digunakan untuk memotong pintu cermin di bank berkenaan.

"Kita turut menemui dua tong gas OXY yang dibalut dengan beg plastik besar dan setakat ini suspek belum dikenal pasti dan tiada kerugian dilaporkan.

Pemeriksaan di pintu bilik kebal dan beberapa bilik lain mendapati tiada kesan pecah masuk," katanya. - Bernama

Peneroka hilang 17 jam ditemui selamat dalam gaung

Posted:

Peneroka hilang 17 jam ditemui selamat dalam gaung

Peneroka hilang 17 jam ditemui selamat dalam gaung

27/01/2014 9:42pm



KEADAAN kereta Idris yang remuk selepas terbabas ke dalam gaung. - KOSMO!


KEMAMAN - Seorang peneroka Felda, yang hilang kira-kira 17 jam selepas menjalani rawatan dialisis, ditemui selamat di dalam gaung sedalam tujuh meter di Kilometer 24 Jalan Mat Lagam-Cheneh di sini, hari ini.

Idris Ibrahim, 58, berada di dalam gaung itu selepas kereta yang dipandunya terbabas lalu menjunam ke dalam gaung itu petang semalam.

Beliau yang cedera teruk di bahagian muka, ditemui pada 9.50 pagi tadi oleh pekerja ladang dan dibawa ke Hospital Kemaman untuk rawatan.

Anaknya Hafizah, 34, memberitahu pemberita di sini beliau membuat laporan polis mengenai kehilangan bapanya selepas keluar pada 2 petang semalam untuk menjalani rawatan dialisis di Hospital Kemaman, yang biasanya mengambil tempoh empat jam.

Setelah tidak pulang sehingga 9 malam, beliau mencari bapanya di hospital itu namun dimaklumkan bapanya telah selesai menjalani rawatan itu.

"Sehingga 12 malam, ayah masih belum pulang dan bimbang dengan keadaannya, saya meminta bapa saudara mencarinya di sekitar Kemaman sebelum mengesan lambang kereta Proton Wira di tepi jalan," katanya.

Hafizah berkata, bapa saudaranya lantas mencari di sekitar kawasan itu dan mendapati penghadang jalan tercabut sebelum melihat kereta milik ayahnya di dalam gaung itu.

Mereka mencari di sekitar kawasan itu namun gagal mengesan mangsa lalu menghubungi pihak bomba.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Cheneh Muhamad Jusoh berkata, sebaik menerima panggilan pada 1.43 pagi, beliau mengarahkan 12 anggota membawa dua jentera ke lokasi kejadian untuk mengesan mangsa. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved