Isnin, 27 Januari 2014

Kosmo Online - Dunia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Penunjuk perasaan tawan pusat mengundi

Posted:

Penunjuk perasaan tawan pusat mengundi

Penunjuk perasaan tawan pusat mengundi

PENUNJUK perasaan antikerajaan berhimpun di luar sebuah pusat mengundi di pusat bandar Bangkok semalam.- REUTERS


BANGKOK - Seorang pemimpin demonstrasi antikerajaan ditembak mati semalam ketika penunjuk perasaan menawan beberapa pusat pembuangan undi di sini untuk menghalang pilihan raya umum yang dijadualkan pada 2 Februari depan.

Lebih dua juta pengundi telah mendaftar untuk mengundi awal sebelum pilihan raya tersebut diumumkan oleh Perdana Menteri Sementara Thailand, Yingluck Shinawatra.

Yingluck mengadakan pilihan raya awal sebagai usaha untuk menamatkan krisis politik di Thailand.

Dalam keganasan terbaharu semalam, seorang pemimpin pembangkang mati ditembak oleh penyerang tidak dikenali di bandar raya ini.

Dia ditembak semasa berucap di hadapan penyokongnya tengah hari semalam manakala sembilan lagi dilaporkan cedera dalam serangan itu.

Polis mengesahkan mangsa yang mati dikenali sebagai Suthin Taratin. Suthin aktif menggerakkan penunjuk perasaan untuk menentang kerajaan pimpinan Yingluck.

Pada masa yang sama, penunjuk perasaan antikerajaan menawan beberapa pusat pembuangan undi di sini dan beberapa wilayah lain.

Sebanyak 45 pusat membuang undi terpaksa ditutup akibat tindakan tersebut.

"Sebanyak 45 daripada 50 pusat pengundian di sini terpaksa ditutup selepas beberapa jam dibuka," kata Timbalan Perdana Menteri Thailand, Surapong Tovi- chakchaikul.

"Bagaimanapun, pengundian masih diteruskan di beberapa wilayah di negara ini termasuk di wilayah utara yang menjadi kubu kuat parti Yingluck," tambahnya.

Yingluck yang masih enggan berundur atau menangguhkan pilihan raya itu dijangka menemui para pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya esok selepas Mahkamah Perlembagaan memutuskan yang ia boleh ditangguhkan akibat krisis berkenaan.

Kumpulan penunjuk perasaan mendesak Yingluck meletak jawatan untuk memberi laluan kepada pembentukan sebuah kerajaan baharu dengan anggota-anggota Kabinet yang dilantik untuk melaksanakan beberapa pembaharuan termasuk membasmi rasuah.

Yingluck membubarkan Parlimen lebih awal bagi membolehkan pilihan raya umum diadakan pada 2 Februari depan tetapi dibantah penunjuk perasaan antikerajaan yang bimbang beliau akan kembali berkuasa.

Para penunjuk perasaan itu menuduh Yingluck menjadi boneka abangnya, bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra yang kini hidup dalam buangan di luar negara.

Pihak tentera menggulingkan Thaksin pada tahun 2006 selepas terdapat dakwaan pemerintahannya dicemari rasuah dan penyalahgunaan kuasa. - AFP

Lelaki mengamuk di pasar raya AS

Posted:

Lelaki mengamuk di pasar raya AS

Lelaki mengamuk di pasar raya AS


SEBUAH kereta polis dilihat di luar sebuah pusat beli-belah di Columbia, Maryland kelmarin. - REUTERS


BALTIMORE – Seorang lelaki yang bersenjatakan selaras senapang patah melepaskan beberapa das tembakan di dalam sebuah kedai menjual papan selaju di sini kelmarin yang menyebabkan dua pekerja maut sebelum menembak mati dirinya sendiri.

Serangan sekitar pukul 11.15 pagi (waktu Amerika Syarikat) berlaku di sebuah pasar raya yang sibuk di Baltimore dan turut menyebabkan seorang lagi mangsa cedera.

Pihak polis berkata, motif serangan tersebut masih belum diketahui dan pihaknya turut menjumpai bahan letupan dalam beg penyerang yang dirahsiakan identitinya.

Mangsa yang maut dikenal pasti sebagai Brianna Benlolo, 21, dan Tyler Johnson, 25, yang bekerja di kedai menjual papan selaju di mana kejadian tersebut berlaku.

Seorang lagi mangsa cedera di kaki akibat terkena tembakan dan dia kini dirawat di hospital.

Ketika kejadian pusat beli-belah tersebut sesak dengan pengunjung dan orang ramai bertempiaran menyelamatkan diri selepas terdengar bunyi beberapa das tembakan.

Anggota polis yang bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan kemudiannya menjumpai mayat penyerang tersebut bersama dua mangsa bergelimpangan di dalam kedai berkenaan.

Menurut polis, lelaki itu, Darion Marcus Aguilar yang bersenjatakan selaras senapang patah melepaskan tembakan secara rambang sebelum menembak dirinya sendiri.

"Kita juga menjalankan pemeriksaan di seluruh bangunan menggunakan unit anjing pengesan bagi memastikan suspek tidak memasang sebarang bahan letupan,'' katanya. – Reuters

Adolf Hitler didakwa bersembunyi di Brazil

Posted:

Adolf Hitler didakwa bersembunyi di Brazil

Adolf Hitler didakwa bersembunyi di Brazil


SEKEPING gambar yang didakwa membuktikan bahawa Hitler tinggal di sebuah bandar kecil di Brazil.- Agensi


BERLIN - Bekas diktator Jerman, Adolf Hitler sebelum ini dipercayai membunuh diri di sebuah kubu bawah tanah di sini tahun 1945 menjelang kekalahan Jerman dalam Perang Dunia Kedua.

Namun, seorang penulis, Simoni Renee Guerreiro Dias dalam bukunya, Hitler in Brazil mengejutkan banyak pihak apabila dia mendakwa bekas diktator itu meninggal dunia pada tahun 1984 selepas hidup dalam penyamaran di sebuah bandar kecil dekat sempadan Brazil dengan Bolivia.

Dias berkata, Hitler berjaya melarikan diri dari tempat persembunyiannya di sini dan menuju ke Amerika Selatan.

Penulis berkenaan mengemukakan sekeping gambar gambar menunjukkan Hitler bersama seorang wanita kulit hitam untuk membuktikan dakwaannya.

Melalui bukunya, Dias mencabar pendapat ramai ahli sejarah yang percaya Hitler menembak dirinya di kubu bawah tanah berkenaan pada 20 April 1945.

Pengarang tersebut sebaliknya memberitahu, bekas pemimpin Parti Nazi itu melarikan diri ke Argentina dan kemudian ke Paraguay sebelum menetap di Mato Grosso, Brazil.

Menurutnya, Hitler kemudian menetap di sebuah bandar kecil, Nossa Senhora do Livramento bersama seorang teman wanita.

Menurut Dias, Hitler sengaja memilih wanita kulit hitam sebagai kekasih bertujuan untuk mengelirukan musuh-musuhnya.

Sebelum ini, bekas diktator tersebut terkenal kerana membenci bangsa Yahudi dan kulit hitam tetapi memuliakan bangsa Aryan.

Dias merancang untuk menjalankan ujian DNA dengan menggunakan seorang saudara Hitler yang tinggal di Israel setelah diberi kebenaran untuk menggali kubur Adolf Hitler yang didakwa ditanam di Nossa Senhora do Livramento bagi membuktikan dakwaannya. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved