Isnin, 27 Januari 2014

Kosmo Online - Hiburan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Elak jadi bahan gosip

Posted:

Elak jadi bahan gosip

Elak jadi bahan gosip

KALAU melihat secara mata kasar berhubung kolaborasi antara penyanyi Aliff Aziz dan Siti Nordiana Alias, tiada apa yang peliknya dan merupakan kali pertama kedua-duanya berduet bersama.

Apa yang menariknya, semasa sesi temu bual yang dijalankan bersama Aliff di studio rakaman NAR Record, Kuala Lumpur baru-baru ini, penyanyi kelahiran Singapura itu telah meluahkan rasa kesalnya terhadap persepsi segelintir pihak yang memandang sinis tentang kerjasama yang terjalin itu.

Semuanya berpunca apabila ada yang mengungkit tentang sejarah lampaunya menjalinkan hubungan dengan seorang pelakon yang bergelar ibu tunggal sebelum ini dan secara kebetulan Siti Nordiana juga merupakan ibu tunggal sejak lima tahun lalu.

"Tidak dinafikan memang ada cakap-cakap nakal yang ditujukan kepada saya tentang kerjasama yang terjalin ini kerana status Siti Nordiana. Bagi saya, perkara ini tidak perlulah dikaitkan pula dengan kisah lampau saya.

"Lebih mengecewakan lagi, apabila saya dituduh pula mempunyai selera bercinta dengan wanita yang bergelar ibu tunggal serta cuba untuk mengaitkan saya dengan Siti Nordiana," tegasnya yang kesal terhadap perkara berkenaan.

Menurut Aliff, hubungan yang terjalin dengan Siti Nordiana atas dasar profesional menerusi projek khas yang diaturkan oleh syarikat rakaman FMC Music Sdn. Bhd. dan Sony Music Entertainment.

Jelasnya, peluang yang diberikan untuk berduet dengan Siti Nordiana memang sesuatu yang diimpikannya lantaran penyanyi itu merupakan antara artis Malaysia yang cukup dikenali di Singapura.

"Apa pun tuduhan yang dilemparkan saya tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak kerana saya akui kesilapan yang pernah dilakukan dahulu. Jadi, saya hadapi situasi ini dari sudut positif.

"Lagipun bukan mudah untuk menutup mulut orang yang gemar melemparkan tuduhan sebegini, cuma saya berharap agar kerjasama yang terjalin ini tidak menimbulkan sebarang gosip pula," ujarnya.

Dalam pada itu, Aliff meluahkan bahawa kehadiran 2014 ini akan menampilkan sisi dirinya yang berbeza berbanding dahulu dan enggan lagi menoleh ke belakang serta mengenangkan kisah-kisah lama, terutamanya kisah cinta yang tidak berpanjangan.


AKSI Aliff dan Siti Nordiana ketika merakam single kolaborasi mereka yang belum berjudul di Studio rakaman NAR Record, Kuala Lumpur baru-baru ini.


Biarpun sudah acap kali menyatakan ingin berubah saban tahun tetapi kali ini dia tidak mahu terlalu ghairah sangat untuk menceritakan perubahan yang ingin dilakukan.

"Saya cuma ingin nyatakan bahawa kali ini merupakan tahun kelahiran semula Aliff Aziz. Selepas ini, saya mahu peminat melihat diri saya yang jauh berbeza berbanding sebelum ini," jelasnya yang sudah tujuh tahun mengembangkan karier seni di Malaysia.

Rezeki murah

Selain terkenal dengan kisah cintanya yang kecundang di pertengahan jalan, Aliff yang dikenali sebagai seorang pelakon turut terpalit dengan kontroversi apabila dilabel sebagai seorang artis yang mempunyai masalah disiplin.

Mengulas mengenai perkara berkenaan, Aliff berkata, dia bersyukur kerana rezekinya murah dan terus mendapat kepercayaan membuat persembahan di merata-rata tempat serta peluang lakonan yang berterusan, meskipun pelbagai cerita negatif mengenai dirinya tersebar.

"Sebenarnya sudah ramai yang mengaitkan masalah disiplin ini dengan aktiviti saya yang gemar mengambil dan minuman keras.

"Saya ingin tegaskan bahawa ia merupakan perkara yang mengarut dan tidak masuk akal.

"Sebagai seorang manusia biasa saya ini bukanlah seorang yang sempurna dan mengaku pernah membuat beberapa kesilapan.

Jelas Aliff, biasanya cerita negatif yang membabitkan dirinya selalu ditokok tambah dan menyedari tentang sikap segelintir pihak yang mempunyai perasaan hasad dengki terhadap dirinya.

"Kalau diri saya ini terlalu teruk sangat, sudah tentu tidak ada pihak yang berani memberikan saya tawaran berlakon atau menyanyi. Sebaliknya, dengan apa yang saya peroleh ini menunjukkan ramai yang selesa dan senang bekerja dengan saya," ulasnya.

Mempunyai pandangan yang sama seperti Aliff, penyanyi Siti Nordiana turut berharap agar tiada mana-mana pihak yang memberi persepsi negatif terhadap kerjasamanya dengan penyanyi berkenaan.

Siti Nordiana, 30, menjelaskan, sebelum ini dia sudah mengetahui tentang pelbagai cerita yang dikaitkan dengan Aliff tetapi ia tidak seharusnya menjadi batu penghalang untuk mereka duet bersama.

ALIFF kesal dengan pihak yang menuduhnya mempunyai selera untuk bercinta dengan wanita yang bergelar ibu tunggal seperti Siti Nordiana.


"Pada mulanya saya sudah terfikir bahawa akan ada orang yang akan mengaitkan kami pula nanti. Namun begitu, saya anggap kerjasama ini tidak seharusnya menjadi isu yang besar pula.

"Bagaimanapun, saya tidak mampu halang kalau ada yang mahu mengata perihal kami berdua. Yang penting, saya ingin peminat tahu hubungan kami ini tidak lebih sekadar atas dasar profesional," tegasnya yang sebelum ini pernah dikaitkan mempunyai hubungan istimewa dengan penyanyi Nubhan.

Kontroversi tipu bayaran jurusolek

Menceritakan tentang jadual seninya dalam tempoh terdekat ini pula, penyanyi berkenaan menyatakan, dia bakal merakamkan dua buah single lagi yang merupa- kan lagu berunsur kerohanian.

"Sebenarnya sudah lama saya ingin mempunyai produk baharu setelah kali terakhir tampil dengan single Tak Tahan pada tahun 2011.

"Jadi, lagu duet saya bersama Aliff ini merupakan permulaan untuk saya muncul dengan lebih banyak lagu lagi pada masa akan datang," jelasnya.

Mengulas mengenai kontroversi yang timbul berhubung dirinya dikatakan menipu tentang bayaran solekan ketika menjayakan sebuah klip video baru-baru ini, Siti Nordiana menyatakan yang dia sudah meminta kebenaran untuk menggunakan jurusolek sendiri.

"Saya lebih selesa menggunakan khidmat jurusolek yang sudah biasa bekerjasama dengan saya sebelum ini, apatah lagi dengan penampilan diri sekarang yang sudah bertudung.

"Sepatutnya, perkara ini tidak perlu menjadi isu langsung kerana pihak produksi yang terbabit dalam pembikinan klip video ini juga tidak menghalang saya berbuat demikian," jelasnya.

Vanessa doakan kebahagiaan Johnny

Posted:

Vanessa doakan kebahagiaan Johnny

Vanessa doakan kebahagiaan Johnny


HUBUNGAN Johnny Depp dan Amber Heard kini pada tahap yang serius.


KHABAR mengenai pertunangan aktor Johnny Depp dan Amber Heard mula tercetus selepas aktres berusia 27 tahun itu dilihat memakai cincin berlian di jari manisnya. Bahkan, sumber terdekat kepada kedua-dua selebriti itu juga sudah mengesahkan mengenai berita pertunangan tersebut.

Walaupun berita tersebut mengejutkan ramai pihak, namun Vanessa Paradis yang pernah menjalinkan hubungan cinta selama 14 tahun dengan Johnny tidak terkejut mengenai perkhabaran itu. Malah, aktres dan model Perancis tersebut mendoakan kebahagiaan bekas kekasihnya itu.

"Vanessa mendoakan kebahagiaan Johnny. Dia tidak kecewa mengenai berita tersebut," ujar seorang teman Vanessa kepada US Weekly.

Johnny dan Amber mula bertemu di lokasi penggambaran The Rum Diary. Mereka kemudiannya bercinta selepas hero siri filem Pirates Of The Caribbean itu mengumumkan perpisahannya dengan Vanessa pada Julai 2012. Johnny dan Vanessa dikurniakan sebanyak dua orang anak selama menjalinkan hubungan asmara selama 14 tahun.

'Bayi pertama' Mizz Nina

Posted:

'Bayi pertama' Mizz Nina

'Bayi pertama' Mizz Nina

Oleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA
saphilla.isa@kosmo.com.my

MIZZ NINA mengakui tidak kesal dengan tindakannya yang kini mahu meninggalkan dunia nyanyian.


PENYANYI Mizz Nina mula mengambil keputusan berhijab selepas pulang daripada menunaikan ibadah haji di Mekah pada 25 Oktober tahun lalu bersama suaminya vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh.

Terkini, Mizz Nina, 34, melalui satu lagi fasa baharu apabila mengambil keputusan untuk berhenti menyanyi pula.

Anak kepada Pengerusi Kumpulan AmBank Malaysia, Tan Sri Azman Hashim itu mengakui mahu berhenti menyanyi untuk memberi fokus pada ibadah dan juga perniagaannya.

Berangkat ke Mekah mengerjakan umrah bersama suami dan keluarga pada hari ini (Isnin), Mizz Nina juga berkongsi mengenai rasa hati apabila mengambil keputusan meninggalkan kerjaya nyanyiannya. Selain itu, Mizz Nina turut menyebut tentang 'bayi pertama'nya.

Ikuti lanjut temu bual Kosmo! bersama Mizz Nina atau nama ringkasnya, Nina ketika ditemui pada upacara Bengkel Hari Hijab Sedunia bersama jenama Muslimahnya, Madeena di Petaling Jaya, Selangor, Sabtu lalu.

Kosmo!: Kenapa Mizz Nina mengambil keputusan mahu berhenti menyanyi?

MIZZ NINA: Ini adalah perkara baharu yang saya dapati dan fahami selama saya menuntut ilmu daripada beberapa ahli agama. Pengalaman yang pernah saya lalui selama ini juga memaksa saya untuk berubah. Selepas ini saya akan mengurangkan aktiviti nyanyian. Saya tidak akan membuat persembahan dalam kalangan penonton yang bercampur. Saya hanya akan membuat persembahan di hadapan penonton wanita sahaja.

Adakah Nina masih menerima tawaran menyanyi selepas berhijab?

Saya masih menerima tawaran menyanyi, namun saya tolak secara baik.

Adakah keputusan Nina ini dipengaruhi oleh sesiapa?

Tidak. Keluarga sentiasa menyokong apa yang saya lakukan. Begitu juga Noh, dia sentiasa menyokong keputusan saya.

FIGURA ini kini lebih memberi fokus kepada bidang perniagaan.


Nyanyian dan tarian sudah sebati dengan Nina sebelum ini. Jadi, adakah sukar bagi Nina untuk membuat keputusan ini?

Terpulang kepada sama ada anda mahu fokus dunia atau akhirat. Saya sendiri sudah puas melalui zaman tersebut dan saya tidak menyesal meninggalkan bidang nyanyian.

Sekarang saya mahu fokus pada ibadah dan juga perniagaan pakaian Muslimah iaitu Madeena.

Sebelum ini Nina ada membuat perniagaan pakaian dalam talian iaitu Mizz De Menor. Bagaimana dengan perniagaan yang menonjolkan pakaian dengan imej funky itu?

Sekarang ini ia dalam proses menghabiskan stok. Selepas itu, jenama Mizz De Menor akan ditutup dan saya akan fokus pada jenama Madeena yang memfokuskan kepada pakaian Muslimah pula.

Ceritakan sedikit mengenai bengkel Madeena hari ini dan apa perancangan lain untuk mengembangkan lagi perniagaan pakaian Muslimah ini?

Buat masa ini Madeena hanya dijual menerusi dalam talian. Pada masa yang sama saya juga sedang mencari kedai untuk Madeena. Madeena menjual pakaian, skaf dan akan datang saya akan menjual kosmetik pula. Bengkel pada hari ini pula dilakukan sempena Hari Hijab Sedunia. Peserta yang hadir berpeluang mendengar taklimat cara pemakaian tudung mengikut bentuk wajah daripada perunding imej Top2ToeStyliesta, Emi Idura.

Selain Madeena, apa lagi projek lain yang akan Nina lakukan?

Saya dan rakan ada menubuhkan sebuah syarikat produksi bernama Big Fish Media. Syarikat tersebut saya anggap seperti bayi pertama saya. Ia sudah diusahakan sejak setahun setengah yang lalu dan buat pertama kalinya syarikat produksi saya akan menerbitkan sebuah rancangan TV untuk kanak-kanak seperti program TV Hi-5 di Australia. Untuk permulaan program 13 episod itu akan dibuat dalam bahasa Melayu dan kemudiaannya ia akan dibuat dalam bahasa Inggeris pula.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved