Jumaat, 17 Januari 2014

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Dua wanita ditahan sembunyi dadah di dalam seluar dalam

Posted:

Dua wanita ditahan sembunyi dadah di dalam seluar dalam

Dua wanita ditahan sembunyi dadah di dalam seluar dalam

17/01/2014 10:49pm

SINGAPURA - Dua wanita, seorang rakyat Malaysia berusia 28 tahun dan seorang warga Singapura berumur 46 tahun, ditahan Biro Narkotik Pusat (CNB) kerana cuba menyeludup kira-kira 450g heroin dan 52g dadah 'Ice' di

dalam seluar dalam mereka ke Singapura pada Rabu.

Menurut CNB, kira-kira 2.20 petang Rabu di zon ketibaan kereta di Pusat

Pemeriksaan Woodlands, pegawai dari Lembaga Imigresen dan Pemeriksaan (ICA) menahan sebuah teksi dengan nombor pendaftaran Malaysia yang membawa empat penumpang dan merujuk mereka kepada CNB untuk pemeriksaan.

Seorang pegawai wanita CNB melakukan pemeriksaan ke atas seorang daripada penumpang wanita dan menemui sebungkus heroin disembunyikan di dalam seluar dalamnya.

Satu lagi bungkusan heroin dan bungkusan lebih kecil berisi 'Ice' turut ditemui disembunyikan di dalam seluar dalam seorang lagi penumpang iaitu warga Singapura, di dalam teksi sama.

Keseluruhannya, kira-kira 450g heroin dan 52g 'Ice' ditemui. Dadah yang dirampas itu mempunyai nilai pasaran kira-kira S$57,600 (RM149,027).

Siasatan terhadap kedua-dua wanita itu masih dijalankan. - Bernama

Lelaki cedera ditembak selepas cuba langgar polis

Posted:

Lelaki cedera ditembak selepas cuba langgar polis

Lelaki cedera ditembak selepas cuba langgar polis

17/01/2014 9:42pm

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki yang dipercayai mengalami gangguan mental bertindak melanggar dua anggota polis menggunakan keretanya

ketika cuba melarikan diri sebelum ditembak dalam kejadian di Bandar Tun Razak, Cheras.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Polis Khairi Ahrasa berkata, kejadian berlaku pada 11.20 malam semalam apabila lelaki berusia 31 tahun itu keluar dari tempat letak kereta stesen LRT Bandar Tun Razak dan diarahkan berhenti oleh dua anggota peronda bermotosikal selepas dilihat dalam keadaan mencurigakan.

Katanya, lelaki yang memandu Proton Iswara itu kemudiannya melanggar seorang daripada anggota terbabit yang ketika itu cuba menghalang kenderaan lelaki berkenaan.

"Lelaki itu kemudiannya memandu sehingga ke kawasan kilang Desa Tun Razak dan diekori seorang lagi anggota. Sampai di jalan mati, lelaki itu

memberhentikan keretanya dan dihampiri anggota polis berkenaan yang kemudian hampir dilanggar ketika lelaki itu cuba mengundurkan keretanya.

"Anggota polis berkenaan yang sempat mengelak, melepaskan satu das tembakan menembusi cermin sebelah pemandu dan mengenai paha kiri suspek," katanya.

Khairi berkata anggota yang dilanggar hanya cedera ringan manakala lelaki

itu dihantar ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia untuk rawatan.

"Berdasarkan siasatan awal, kita percaya lelaki ini menghidap masalah

mental," katanya. - Bernama

157 keluarga mangsa banjir Kota Belud akan terima bantuan segera - Shahidan

Posted:

157 keluarga mangsa banjir Kota Belud akan terima bantuan segera - Shahidan

157 keluarga mangsa banjir Kota Belud akan terima bantuan segera - Shahidan

17/01/2014 8:09pm

KOTA BELUD - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, bantuan akan segera disalurkan kepada 157 keluarga mangsa banjir di Kota Belud yang ditempatkan di Dewan Masyarakat Kota Belud di sini, sejak Rabu lepas.

Beliau berkata, sebaik sahaja laporan mangsa banjir berkenaan diterima daripada Pegawai Daerah, bantuan akan terus disalurkan kepada mereka.

"Insya-Allah Majlis Keselamatan Negara akan memberi peruntukkan (sumbangan) seperti yang disebut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di peringkat nasional kepada mereka yang dipindahkan ke pusat pemindahan banjir," katanya.

Shahidan berkata demikian kepada pemberita selepas melawat 452 mangsa banjir di Dewan Masyarakat Kota Belud, pagi tadi.

Kebanyakan mangsa banjir adalah dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Usukan dan sebilangan kecil dari DUN Tempasuk.

Turut hadir, Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Seri Salleh Tun Said.

Sementara itu, Pegawai Daerah Kota Belud Abdul Gari Itam ketika dihubungi Bernama berkata kesemua 452 mangsa banjir dari 17 buah kampung yang ditempatkan di Dewan Masyarakat Kota Belud itu, telah pulang ke kampung masing-masing pukul 5 petang tadi. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved