Jumaat, 17 Januari 2014

Kosmo Online - Dunia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Studio Star Wars di Singapura

Posted:

Studio Star Wars di Singapura

Studio Star Wars di Singapura

BEBERAPA kakitangan studio Lucasfilm memakai kostum watak-watak yang terdapat dalam filem Star Wars.


SINGAPURA - Syarikat hiburan Amerika Syarikat (AS), Lucasfilm meraikan perasmian sebuah studio penerbitannya yang pertama di sini semalam.

Studio penerbitan itu diharap dapat mengasah bakat-bakat Asia untuk membintangi filem Star Wars pada masa akan datang selain terlibat dalam projek lain.

Pengasas syarikat itu, George Lucas dan Perdana Menteri Singa- pura, Lee Hsien Loong menghadiri majlis pembukaan bangunan studio tujuh tingkat tersebut yang di- namakan Sandcrawler di sebuah taman perusahaan di pulau ini.

Sandcrawler sebenarnya ialah nama sebuah kenderaan besar berantai yang terdapat dalam filem asal Star Wars.

Studio baharu itu akan turut menempatkan operasi badan penyiaran sukan ESPN Asia-Pasifik dan Walt Disney Asia Tenggara.

Firma perfileman Walt Disney membeli Lucasfilm pada tahun 2012.

Perasmian studio berkenaan seiring dengan perancangan pemerintah untuk menjadikan pulau ini sebagai hab media digital serantau dengan menawarkan prasarana canggih selain pelaksanaan dasar imigresen yang liberal kepada pekerja-pekerja firma asing seperti Lucasfilm.

Pusat produksi tersebut dianggap setanding dengan studio utama Lucasfilm di California.

"Pengiktirafan itu lebih penting buat saya berbanding Anugerah Academy," kata Lucas.

Dinamakan Lucasfilm Singapore, studio berkenaan terlibat dalam filem animasi Rango dan siri televi- syen Star Wars: The Clone Wars.

Studio Lucasfilm merancang menerbitkan filem Star Wars: Episode 7 pada tahun depan. - AFP

NASA akan bina roket terbesar di dunia

Posted:

NASA akan bina roket terbesar di dunia

NASA akan bina roket terbesar di dunia


GAMBAR yang menunjukkan roket Saturn (kiri) dan Shuttle serta Sistem Pelancaran Angkasa (kanan) milik Amerika Syarikat. - NASA


WASHINGTON - Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) kelmarin mendedahkan beberapa gambar roket terbaharunya yang dikenali sebagai Sistem Pelancaran Angkasa (SLS).

Menurut NASA, SLS yang setinggi 98 meter itu merupakan roket terbesar di dunia.

Kenderaan angkasa lepas itu juga boleh membawa bebanan sebanyak 143 tan.

Ia akan digunakan untuk membawa angkasawan ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) selain membantu manusia meneroka sistem solar dengan lebih jauh.

"Potensi penggunaan SLS untuk bidang sains akan meningkatkan lagi sinergi bagi tujuan eksplorasi saintifik dan penjelajahan manusia," kata angkasawan dan pentadbir sains bersama di ibu pejabat NASA di sini, John Grunsfeld.

Katanya, selain misi ke ISS, roket berkenaan juga dapat digunakan untuk penerokaan asteroid dan menuju ke planet Marikh.

Roket SLS dijangka dilancarkan buat kali pertama oleh NASA pada tahun 2017. - Agensi

Bayi robot buat pejalan kaki di New York ketakutan

Posted:

Bayi robot buat pejalan kaki di New York ketakutan

Bayi robot buat pejalan kaki di New York ketakutan


WAJAH bayi robot.


NEW YORK - Satu bayi robot yang dikawal dengan menggunakan alat kawalan jauh yang diletakkan di dalam sebuah kereta sorong telah membuatkan beberapa orang pejalan kaki berasa terkejut dan takut di sini, lapor akhbar New York Daily News semalam.

Bayi itu akan mengeluarkan suara termasuk muntah apabila terdapat seseorang yang mendekati serta memeriksa kereta sorong tersebut.

Kereta sorong itu diletakkan di laluan pejalan kaki di sini.

Rakaman video yang menunjukkan reaksi takut beberapa orang yang mendekati kereta sorong berkenaan telah disiarkan di laman YouTube.

Tujuan bayi robot itu yang menakutkan orang ramai itu dibuat sebenarnya adalah bagi mempromosikan filem Devil's Due yang akan ditayangkan Jumaat ini. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved