Jumaat, 24 Januari 2014

Kosmo Online - Dunia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Larangan berhimpun di Thailand

Posted:

Larangan berhimpun di Thailand

Larangan berhimpun di Thailand

SUTHEP memakai kalungan yang diperbuat daripada mata wang Thailand yang disumbangkan oleh para penunjuk perasaan di Bangkok semalam.- REUTERS


BANGKOK - Kerajaan Thailand semalam mengumumkan larangan berhimpun lebih daripada lima orang yang merupakan sebahagian daripada pelaksanaan perintah darurat selama 60 hari.

Pengumuman itu dibuat oleh Menteri Buruh, Chalerm Yoobamrung yang mengetuai Pusat Mengekalkan Keamanan dan Ketenteraman.

Pusat berkenaan ditubuhkan kelmarin bagi melaksanakan perintah darurat.

Sebarang berita yang boleh mencetuskan panik dalam kalangan penduduk semasa perintah darurat tidak dibenarkan penyiaran oleh pusat tersebut.

Perhimpunan yang disertai oleh ribuan penunjuk perasaan antikerajaan telah bermula sejak November tahun lalu di bandar ini.

Namun, perhimpunan semakin mencetuskan ketegangan apabila para penunjuk perasaan tersebut melaksanakan misi untuk melumpuhkan Bangkok pada 13 Januari lalu.

Ketua penunjuk perasaan antikerajaan, Suthep Thaugsuban mengetuai perarakan di bandar raya ini semalam dengan tujuan untuk meningkatkan kempen bagi memaksa Perdana Menteri sementara, Yingluck Shinawatra dan kabinetnya meletakkan jawatan.

"Jawatankuasa Pembaharuan Demokratik Rakyat akan meneruskan tunjuk perasaan sehingga misi kami berjaya dilaksanakan," kata jurucakap jawatankuasa itu, Akanat Promphan.

Kumpulan penunjuk perasaan itu telah menawan tujuh persimpangan di bandar raya ini sejak 13 Januari lalu.

Para penunjuk perasaan itu menuntut pelantikan seorang Perdana Menteri baharu yang akan mewujudkan sebuah Kabinet sementara dan sebuah institusi bagi melakukan pembaharuan politik.

Kumpulan itu menuduh Yingluck menjadi boneka abangnya, Thaksin Shinawatra yang kini hidup dalam buangan.

Thaksin digulingkan tentera menerusi satu rampasna kuasa aman pada tahun 2006 selepas kerajaannya dicemari rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Pilihan raya parlimen di Thailand akan diadakan pada 2 Februari depan bagi memilih kerajaan baharu yang bertanding.

Namun, kumpulan penunjuk perasaan antikerajaan bimbang jika parti pimpinan Yingluck akan mengekalkan kemenangan dalam pilihan raya tersebut. - Agensi

Robot kawal lalu lintas di bandar Afrika

Posted:

Robot kawal lalu lintas di bandar Afrika

Robot kawal lalu lintas di bandar Afrika


GAMBAR menunjukkan sebuah lagi robot yang diletakkan di tepi Jalan Huileries, Kinshasa.- AFP


KINSHASA, Congo - Dua buah robot diletakkan di dua buah lokasi di sini bagi membantu mengurangkan masalah kesesakan jalan raya.

Robot itu masing-masing dilengkapi dengan empat buah kamera yang merakamkan aliran trafik di Bulatan Triomphal dan di Jalan Huileries.

Maklumat rakaman tersebut akan dihantar ke sebuah pusat yang akan menganalisis kesesakan jalan raya tersebut.

Pasukan yang mencipta robot tersebut merupakan sekumpulan jurutera Congo di Institut Teknik Gunaan Kinshasa di sini.

Robot tersebut diperbuat daripada aluminium dan keluli tahan karat.

Ia menggunakan kuasa solar bagi memastikan robot tersebut berfungsi 24 jam sehari.

Seorang pengguna motosikal, Demouto Mutobmo berkata, sejak robot tersebut diletakkan di dua kawasan itu, masalah kesesakan jalan raya dapat dikurangkan.

Robot tersebut juga memberi arahan kepada para pengguna jalan raya dengan menggunakan kedua-dua belah tangannya.

Tangan robot itu mempunyai lampu isyarat merah dan hijau.

Kedua-dua tangan tersebut akan digerakkan ke arah kenderaan bagi meminta kereta, lori dan bas berhenti atau bergerak.

Pejalan kaki yang mahu melintasi jalan raya juga mengikut arahan robot tersebut yang diberikan menerusi isyarat lampu hijau yang terdapat pada tangannya.

Kepala robot tersebut juga boleh berpusing-pusing.

Menurut ketua kumpulan pencipta itu, Isaie Therese, robot berkenaan dipakaikan cermin mata supaya ia kelihatan seperti seorang anggota polis. - Agensi

Artis seni guna kertas buat pelbagai bentuk ukiran

Posted:

Artis seni guna kertas buat pelbagai bentuk ukiran

Artis seni guna kertas buat pelbagai bentuk ukiran


GAMBAR menunjukkan Hongbo memegang salah satu ukiran kepala manusia yang diperbuat daripada 6,000 helaian kertas di studionya pada 20 Januari lalu.- Reuters


BEIJING - Seorang artis seni, Li Hongbo menggunakan sejumlah kertas untuk menghasilkan beberapa ukiran sepatung seninya.

Namun, Hongbo, 38, menghasilkan pelbagai bentuk ukiran itu antaranya muka manusia dan pistol tanpa menggunakan plaster dan tanah liat.

Dia mempunyai sebuah studio untuk melakukan kerja-kerja seninya di pinggir bandar raya ini.

Hongbo yang berasal dari sebuah keluarga yang mengusahakan perladangan berkata, dia menghasilkan ukiran pistol itu untuk dijadikan hiasan dan alat permainan.

Dia menggunakan 300 helaian kertas untuk menghasilkan ukiran berbentuk pistol itu.

Salah satu ukiran berbentuk kepala manusia yang dihasilkannya itu menggunakan 6,000 helaian kertas. - Reuters

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved