Ahad, 22 Disember 2013

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


e-Book tingkat prestasi pelajar

Posted:

e-Book tingkat prestasi pelajar

e-Book tingkat prestasi pelajar

HASLINAH HUSSIN, 12, bergenang air mata menahan sebak sebaik menerima keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di Sekolah Kebangsaan (SK) Paya Bunga, Kuala Terengganu, Terengganu yang diumum pada 14 November lalu. Tanpa disedari air mata membasahi pipi anak bongsu pengawal keselamatan itu.

Pelajar tersebut menangis bukan kerana meraih keputusan cemerlang tetapi tidak dapat menahan kesedihan kerana gagal melakar keputusan yang membanggakan ayahnya, Hussin Ibrahim, 63, yang datang menemaninya.

Menjadi calon tercorot sekolah itu dengan memperoleh keputusan 1A, 3B dan 1C, kesedihan jelas terpancar pada raut wajah Haslinah.

Abjad-abjad tertera pada slip keputusan dilihat berkali-kali sebelum memberanikan diri untuk ditunjukkan kepada ayahnya yang setia menemaninya sejak pagi lagi. Bagaimanapun, raut wajah Hussin sama sekali tidak menunjukkan sebarang reaksi amarah. Dengan perlahan-lahan, naluri seorang ayah memujuk puteri bongsunya itu supaya tidak tertekan dengan keputusan diperoleh.

Lantas membiarkan anaknya bersama rakan lain sambil dia duduk di satu sudut memerhatikan gerak-geri mereka.

Peningkatan pelajaran

Pengawal keselamatan itu menjelaskan, dia tidak menaruh harapan tinggi terhadap anak bongsu daripada lima beradik itu yang hanya mencatat keputusan sederhana dalam pelajaran.

"Ada A dan semua mata pelajaran lulus sudah sudah memadai. Ini kerana dia hanya menunjukkan peningkatan dalam pelajaran sejak dua tahun ini.

"Anak saya ini perlu diajar berkali-kali sebab dia sukar memahami dan jika dia dapat lulus pun merupakan satu pencapaian yang sangat baik," katanya ketika ditemui baru-baru ini. Biarpun menyedari anaknya memerlukan usaha berlipat ganda untuk berjaya, dia tetap menghantar puteri bongsunya menimba ilmu di sekolah.

Akui Hussin, anaknya itu bukan tergolong dalam pelajar pintar tetapi demi masa depan anaknya dia tetap menghantar ke sekolah.

"Dia seorang pelajar yang sederhana tetapi saya tetap ingin dia menuntut ilmu di sekolah setiap hari. Kena ajar banyak kali baru dia boleh faham tapi anak saya ni memang rajin," katanya sambil mengukir senyuman.


JURUTEKNIK Top IT Industries menunjukkan komponen e-Book yang digunakan murid sekolah rendah di Terengganu.


Jelasnya, dia menyerahkan kepada pihak sekolah memberi ilmu pengetahuan kepada anaknya kerana tidak mempunyai latar belakang pendidikan tinggi.

Bagaimanapun, dia memberitahu, sejak dua tahun kebelakangan ini, prestasi anaknya semakin baik.

"Saya perasan perubahan ini berlaku sebaik sahaja sekolah memberi e-Book (buku elektronik) dan mulakan sekolah maya pada tahun 2011.

"Saya tidak begitu memahami penggunaan teknologi itu tetapi apa yang dapat lihat, setiap kali peperiksaan dijalankan, sudah kurang tanda merah pada buku rekodnya.

"Ini bermakna perubahan yang dilakukan pihak sekolah membuahkan hasil dalam meningkatkan prestasi pelajar-pelajar sekolah," ujarnya.

Menurut Hussin yang setia menemani anaknya sepanjang peperiksaan berlangsung, ketika menduduki UPSR baru-baru ini, anaknya terkena keracunan makanan dan banyak kali muntah sepanjang hari pertama.

"Sepanjang tiga hari peperiksaan berlangsung keadaan anak saya semakin baik tetapi keadaan kesihatan mengganggu tumpuannya ketika menduduki peperiksaan," katanya.

Cerita Hussin, anaknya mungkin mendapat markah lebih baik sekiranya keadaan kesihatannya tidak terjejas ketika peperiksaan.

"Kesemua mata pelajaran lulus sudah cukup baik kerana kalau tengok dia muntah hampir setiap lima minit sekali ketika menjawab peperiksaan memang kami jangka dia akan gagal.

"Alhamdulillah keputusan yang diperoleh tidak begitu mengecewakan," katanya.

Pupuk minat

Dalam pada itu, Haslinah mengakui bahawa dia bukan seorang pelajar pintar tetapi pengenalan kelas maya dan pemberian e-book membakar semangat untuk belajar.

Dia menjelaskan guru-guru di sekolah banyak membantu dengan mempelbagaikan kaedah pembelajaran meningkatkan kefahaman para pelajar.

Salah seorang daripada tiga calon SK Paya bunga yang memperoleh keputusan semua A dalam UPSR baru-baru ini, Muhammad Naim Najmi Hazre, 12, berkata, kelas maya dan e-book banyak membantunya.

"Saya berasa seronok untuk belajar dan mudah memahami apa yang diajar oleh guru," katanya.

Jelasnya, pembelajaran secara interaktif dengan menggunakan imej video dan lagu untuk mata pelajaran tertentu seperti sains menyebabkan mereka lebih mudah faham.


DARI kiri: Nurul Fatin Athirah, Muhammad Naim dan Siti Nur Suhaila Sariful Anuar yang mendapat semua A diraikan rakan-rakan di SK Paya Bunga, Kuala Terengganu.


Faham pelajaran

"Dulu cikgu perlu melukis atau tunjuk imej semasa di dalam kelas. Justeru, kami perlu membayangkan sendiri bagaimana rupa sebenar objek ditunjukkan tetapi sekarang guru hanya perlu tunjuk video dengan imej lebih cantik.

"Ia menyebabkan para pelajar lebih mudah memahami pembelajaran di dalam kelas malah tidak membosankan," katanya.

Seorang lagi pelajar memperoleh keputusan 5A, Nurul Fatin Athirah Mohd. Fauzy, 12, memberitahu, penggunaan teknologi itu banyak membantunya.

"Saya rasa seronok belajar di sekolah ini dan setiap hari saya tidak sabar untuk menjejakkan kaki ke sekolah," ujarnya.

Salah seorang guru sekolah berkenaan, Zulkifli Maliki, 53, memberitahu, para pelajarnya mula menunjukkan minat kerana seronok dengan cara pembelajaran baharu yang diguna pakai itu.

"Pada masa yang sama mereka lebih fokus dan memberi tindak balas dengan apa yang diajarnya dan pelajar secara tidak langsung tidak banyak bermain dalam kelas," katanya.

Pada awal pelaksanaan kelas maya pada 2011, Zulkifli menambah, guru-guru berdepan sedikit masalah dengan sistem digunakan tetapi selepas mengikuti beberapa kursus, mereka mampu menggalas tanggungjawab diamanahkan dalam mendidik pelajar menggunakan teknologi.

"Tidak sukar sebenarnya kalau kita pandai menggunakan teknologi malah murid kelihatan lebih seronok belajar.

"Pada masa sama, para guru akan menjadi lebih bersemangat untuk mengajar apabila para pelajar menunjukkan minat terhadap pembelajaran," katanya.

Sementara itu, Guru Besar SK Paya Bunga, Rohaya Ibrahim, 56, memberitahu, sekolah tersebut sangat kecil dan hanya mempunyai 84 orang dengan hanya satu kelas untuk setiap darjah.

"Saya datang ke sekolah ini pada tahun 2010 dan sudah dimaklumkan mengenai sekolah ini mempunyai pelajar kurang berdisiplin.

"Memang betul apa yang dikata sebab hendak tengok kelas penuh setiap hari memang susah dengan kira-kira 70 peratus pelajar gagal hadir setiap hari," katanya ketika ditemui sempena lawatan beberapa kakitangan Intel ke sekolah tersebut baru-baru ini.

Kebanyakan pelajar sekolah tersebut terdiri daripada golongan berpendapatan rendah. Bahkan, ada antara mereka menjadikan sekolah tersebut tempat untuk meninggalkan anak-anak sementara mereka keluar bekerja.


SEORANG pelajar ketika sesi pembelajaran dalam kelas maya.


Tiada harapan

"Ada ibu bapa yang datang dari Gong Badak dan kerja di Stesen Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) dan mereka hanya hantar anak ke sekolah sebab tidak mahu anak mereka merayau tidak tentu hala," katanya.

Jelasnya, apabila pihak sekolah berbincang mengenai prestasi akademik anak mereka yang kurang memberangsangkan, mereka seperti tidak kisah.

Menurut Rohaya, ibu bapa pelajar terbabit hanya memberitahu bahawa anak mereka sudah tidak ada harapan untuk jadi pandai tanpa meminta pihak sekolah melakukan sesuatu untuk mengubah keadaan tersebut.

Jelasnya, ada juga ibu bapa yang bawa anak mereka keluar bekerja sehingga pukul 2 atau 3 pagi setiap hari menyebabkan anak mereka gagal hadir ke sekolah.

"Kebanyakan ibu bapa pelajar di sini merupakan penjaja dan setiap hari mereka akan bawa anak bersama sehingga awal pagi.

"Kesudahannya mereka gagal untuk bangun pagi dan kejutkan anak ke sekolah walaupun rumah mereka hanya di belakang sekolah ini," katanya sambil menunjukkan beberapa buah rumah yang kelihatan usang yang terletak selang beberapa meter dari pagar sekolah tersebut.

Pakej percutian buat si anak patung

Posted:

Pakej percutian buat si anak patung

Pakej percutian buat si anak patung


AGENSI pelancongan di Jepun menawarkan pakej percutian untuk patung kesayangan pelanggan dan menyertakan gambar kenangan sebagai bukti.


PERNAHKAH anda terfikir ada pakej pelancongan disediakan untuk anak patung anda biarpun anda tidak pernah ke negara tersebut? Tiada apa yang mustahil di Jepun kerana negara matahari terbit itu sememangnya menawarkan pakej percutian yang dianggap pelik itu.

Berpangkalan di Tokyo, agensi pelancongan Unagi Travel menawarkan pelbagai pakej menarik yang sesuai untuk setiap jenis anak patung kesayangan pelanggan. Sebagai bonus dan bukti pengembaraan, ia juga menyertakan gambar-gambar percutian tersebut.

Contohnya, lawatan sehari di sekitar bandar raya Tokyo berkos $45 (RM147). Ia termasuk kos perjalanan, penghantaran dan pemulangan semula anak patung tersebut ke rumah pelanggan melalui pos.

Bagi 'pelanggan' yang sukakan cabaran atau mungkin ingin melihat rumah ibadat dan tempat-tempat suci purba di Kyoto boleh membayar pada harga RM311, manakala pakej percutian di tempat mandian air panas berhampiran gunung berapi Jepun pula ditetapkan pada harga RM180.

Pengendali pakej pelancongan patung, Sonoe Azuma berkata, sesetengah pelanggan turut menyertai lawatan tersebut kerana ia menyeronokkan tetapi ada juga segelintir pelanggan menghantar anak patung mereka sebagai wakil.

"Ia mungkin disebabkan mereka tidak dapat turut serta atas pelbagai alasan seperti berada di hospital, kurang upaya atau terlalu sibuk.

"Terdapat seorang pelanggan meminta saya untuk membawa anak patungnya menaiki tangga dan berjalan melalui lorong sempit kerana dia menggunakan kerusi roda. Ada juga pelanggan yang mahu anak patung mereka dibawa bersiar-siar bagi mendapatkan cahaya matahari kerana mereka tidak dapat keluar rumah disebabkan penyakit kulit," katanya.

Butiran pemilik

Satu borang lampiran dihantar kepada pemilik anak patung berkenaan sebelum lawatan bagi mendapatkan keterangan tentang anak patung mereka. Butiran yang diperlukan adalah seperti nama pemilik anak patung, kenyataan sama ada mereka mabuk ketika menaiki kenderaan darat atau laut dan alahan terhadap makanan tertentu.

Pemilik patung digalakkan untuk memaklumkan tentang latar belakang karakter anak patung seperti hobi dan sebab untuk menyertai lawatan tersebut.


SEKUMPULAN anak patung disusun seperti sedang menikmati hidangan tradisional Jepun.


Dalam pada itu, beberapa patung berbentuk haiwan telah dihantar kepada Azuma dalam satu lawatan di Tokyo baru-baru ini. Ia terdiri daripada seekor harimau dari Osaka, jerung dari Kanahawa, karakter Hello Kitty dari Hyogo dan burung dari Hokkaido.

Tugasan membawa patung-patung berkenaan melancong diserahkan kepada pemandu pelancong bernama Unasha. Selepas sesi penerangan dibuat, peserta lawatan disimpan dengan baik dan dibawa ke Kuil Meiji Jingu sebelum bertolak ke Taman Istana Empayar.

Walaupun pakej pelik itu dilihat sebagai keterlaluan, wanita yang pernah bekerja di firma perakaunan berkenaan melaksanakan setiap tugasan dengan tekun dan menikmati pengalaman mengambil gambar di destinasi-destinasi terkenal.

"Sesiapa saja boleh melakukannya tetapi harus yakin dan teliti sebagaimana anda menjaga anak-anak orang lain," ujarnya.

Menulis blog

Azuma telah mengendalikan Unagi Travel selama tiga tahun, beliau menulis blog tentang lawatannya dan memuat naik gambar-gambar di akaun Facebook, www.facebook.com/unagitravel dan Twitter, twitter.com/unagitravel.

Setiap gambar disertakan kapsyen dengan komen-komen daripada peserta pengembaraan, merangkumi ayat-ayat ringkas seperti "sedap!" ketika mencuba sesuatu hidangan sehingga ke ayat-ayat mendalam seperti "Sentiasa melihat sesuatu daripada perspektif berbeza" sambil mereka berdiri di hadapan sebuah bangunan pencakar langit.

Beliau turut menyediakan pakaian yang sesuai dengan lokasi lawatan seperti kimono ketika bermalam di hotel berkonsepkan Jepun bagi pelanggan-pelanggan lembutnya itu.

Menurut Azuma, perbuatan tersebut membuatkan si pemilik bertambah teruja untuk mengikuti perkembangan lawatan anak patung kesayangan mereka secara dalam talian.

Azuma juga menggunakan gambar-gambar yang diambil sebagai peta perjalanan lawatan dengan setiap latar yang diberikan pemilik.

Wanita tersebut pernah menghasilkan gambar lucu iaitu aksi patung arnab membawa patung katak di belakangnya di Tokyo. Ia kelihatan seperti katak tersebut tidak biasa dengan keadaan Tokyo yang bingit itu.

Menurut Azuma, pemilik patung berkenaan menghargai tumpuan yang diberikan terhadap anak patungnya dan tidak pernah melihat anak patung arnab itu kelihatan begitu gembira seperti yang dilihat di dalam gambar ketika makan di sebuah restoran bersama rakan-rakan yang lain. – AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Seminar untuk pemandu, operator kenderaan berat

Posted:

Seminar untuk pemandu, operator kenderaan berat

Seminar untuk pemandu, operator kenderaan berat

SEBAHAGIAN daripada peserta yang mengikuti seminar Keselamatan Jalan Raya Hormati Had Anda anjuran JKJR di Hotel Dorsett, Subang, Selangor baru-baru ini.


SEMINAR. Seramai 150 orang pemandu dan operator kenderaan berat di sekitar Selangor dan Wilayah Persekutuan menyertai seminar Keselamatan Jalan Raya Hormati Had Anda anjuran Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) di Hotel Dorsett, Subang, Selangor.

Ketua Pengarah JKJR, Datuk Dr. Tam Weng Wah berkata, seminar itu sebagai menyokong usaha pihak kerajaan bagi mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di negara ini terutamanya melibatkan kenderaan berat.

Seminar tersebut turut mendapat kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia, Arasa Consultant dan Projek Lebuhraya Utara Selatan.

Permedia anjur kursus induksi pelajar baharu UUM

Posted:

Permedia anjur kursus induksi pelajar baharu UUM

Permedia anjur kursus induksi pelajar baharu UUM


SEBAHAGIAN pelajar baharu Ijazah Sarjana Muda Teknologi Media UUM yang mengikuti kursus induksi anjuran Permedia di universiti itu baru-baru ini.


KURSUS. Seramai 56 pelajar semester satu Ijazah Sarjana Muda Teknologi Media, Universiti Utara Malaysia (UUM) mengikuti kursus induksi anjuran Persatuan Teknologi Media (Permedia), Pusat Pengajian Multimedia dan Komunikasi serta Kolej Sastera dan Sains baru-baru ini.

Pengarah projeknya, Mohd. Hariz Md. Amin berkata, peserta yang mengikuti program itu didedahkan kepada tiga bidang tumpuan iaitu penyiaran, pengiklanan dan kewartawanan.

"Pelajar baharu didedahkan dengan kursus ini kerana ia akan menjadi landasan agar mereka tidak keliru dalam memilih bidang tumpuan pada semester tiga nanti," ujarnya.

Sukarelawan Kedah bantu mangsa banjir

Posted:

Sukarelawan Kedah bantu mangsa banjir

Sukarelawan Kedah bantu mangsa banjir


SURAYA (kiri) bersama para sukarelawan menunjukkan bekalan makanan dan selimut yang dibawa dalam misi bantuan di Maran, Pahang Sabtu lalu.


BANTU. Seramai 60 sukarelawan diketuai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Kebajikan Masyarakat, Pertanian dan Asas Tani serta Pembangunan Usahawan negeri Kedah, Datuk Suraya Yaacob mengumpulkan pelbagai bantuan untuk disalurkan kepada mangsa banjir di Pahang.

Suraya memberitahu, sukarelawan dari Kedah juga sudah ke Maran, Pahang Sabtu lalu bagi menghulurkan bantuan bekalan makanan dan selimut hasil sumbangan orang ramai.

"Mangsa banjir di situ kini berada dalam fasa pemulihan dan diharapkan dengan kehadiran kami sedikit sebanyak dapat membantu memulihkan kembali semangat, moral dan motivasi mereka selepas dilanda bencana berkenaan," katanya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Insiden berdarah pekan Danok

Posted:

Insiden berdarah pekan Danok

Insiden berdarah pekan Danok

SEORANG lelaki melihat sebuah kenderaan menggunakan nombor pendaftaran Malaysia yang terbakar selepas terkena bom.


SADAO (Selatan Thailand) - Pekan Danok di sini semalam dicemari insiden berdarah apabila empat bom jangka buatan sendiri meledak hingga mengakibatkan 24 individu cedera parah selain memusnahkan kenderaan dan merosakkan bangunan.

Kejadian pukul 10.30 pagi waktu tempatan (11.40 pagi waktu Malaysia) itu menggegarkan bandar yang terletak di sempadan Danok dan Padang Besar, Thailand hingga mencetuskan kekecohan dengan teriakan orang ramai yang berlari untuk menyelamatkan diri.

Difahamkan, setakat ini, tiada rakyat Malaysia yang terlibat dalam kejadian yang pertama kali berlaku di bandar bersebelahan Bukit Kayu Hitam, Kedah itu namun pihak berkuasa kedua-dua negara sedang bekerjasama bagi mengenal pasti mangsa terkini insiden tersebut.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Gegaran dirasai di Padang Besar

Posted:

Gegaran dirasai di Padang Besar

Gegaran dirasai di Padang Besar

Oleh NORLIDA AKMAR IDROS dan SHAHNI FARHANA MAT SAHIR
berita@kosmo.com.my


BERATUS-RATUS kenderaan dengan nombor pendaftaran Malaysia berpusu-pusu menuju ke Kompleks Pemeriksaan Kastam dan Imigresen Padang Besar untuk memasuki negara ini selepas insiden letupan bom di Selatan Thailand semalam.


PADANG BESAR – Rata-rata penduduk dan pelancong berkata, mereka tidak menduga letupan empat biji bom jangka buatan sendiri berlaku kira-kira 300 meter dari pintu masuk sempadan Malaysia-Thailand di sini dan bimbang jika ia merebak ke negara ini pada masa akan datang.

Kejadian letupan di Sadao, Padang Besar, Thailand itu benar-benar membuatkan mereka tergamam namun berharap ia tidak berulang.

Kakitangan awam, Mohd. Arif Arifin, 42, berkata, dia terkejut sebaik sahaja mengetahui insiden letupan bom itu.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Hasil hubungan akrab dua negara

Posted:

Hasil hubungan akrab dua negara

Hasil hubungan akrab dua negara


NAJIB dan isteri, Rosmah mengaminkan doa ketika menziarahi Makam Nabi di Masjid Nabawi, Madinah malam kelmarin.


MADINAH - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau tidak sangka diberi status tetamu negara dalam lawatan kerja ke Arab Saudi dan percaya ia kesan daripada hubungan akrab yang terjalin sekian lama antara Malaysia dan negara berkenaan.

"Alhamdulillah, kedatangan saya hari ini (semalam) pun mendapat layanan luar biasa sebab saya tidak sangka jalan-jalan ditutup sepanjang lapangan terbang menuju ke tempat ini dan ia bukan perkara biasa," katanya pada pertemuan dengan 150 mahasiswa Universiti Islam Madinah di sini malam kelmarin.

Lazimnya pemimpin sesebuah negara diberi layanan berstatus tetamu negara apabila membuat lawatan rasmi.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Jironi pahat sejarah tersendiri

Posted:

Jironi pahat sejarah tersendiri

Jironi pahat sejarah tersendiri

JIRONI membanggakan Malaysia apabila meraih dua pingat emas pada temasya Sukan SEA kali ini.


NAY PYI TAW, Myanmar - Pelari jarak sederhana, Mohd. Jironi Riduan berhak dijulang sebagai atlet terbaik Malaysia pada temasya Sukan SEA 2013.

Jironi, 27, yang bertugas sebagai guru di Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) di Johor, seharusnya menerima penghormatan itu selepas dia berjaya merangkul dua pingat emas dalam acara 800 dan 1,500 meter lelaki.

"Secara peribadi, saya memilih Jironi sebagai atlet terbaik negara pada temasya kali ini," kata Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri Zolkples Embong kepada pemberita dalam satu sidang akhbar semalam.

Turut hadir ialah Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Datuk Jamil Salleh dan Ketua Kontinjen Malaysia, Datuk Wira Amiruddin Embi.

Zolkples berkata, beliau memilih Jironi selepas atlet tersebut terpaksa bergelut untuk mempersiapkan diri bagi menghadapi temasya kali ini atas urusan kerja.

Pada masa sama, Jironi juga tidak banyak menyertai kejohanan dan hanya melakukan latihan pusat selama tiga minggu.

Jironi tidak meraih sebarang pingat pada Sukan SEA 2007 Korat, Thailand dan edisi 2011 di Palembang, Indonesia tetapi berjaya memenangi pingat perak di Vientiane, Laos pada 2009.

Dalam pada itu, Zolkples berkata, terdapat beberapa pencapaian cemerlang yang menyaksikan kontinjen Malaysia muncul juara keseluruhan dalam acara disertai.

Beliau berkata, kejayaan atlet terjun negara menyapu bersih kesemua lapan pingat emas yang dipertandingkan pada temasya kali ini cukup membanggakan.

"Hoki turut memenangi kedua-dua pingat emas yang dipertandingkan manakala skuad karate merangkul tujuh daripada 17 pingat emas yang ditawarkan.

"Seramai 10 atlet negara berjaya memenangi lebih daripada satu pingat emas tetapi tidak melebihi tiga pingat emas seperti mana yang dilakukan pada temasya sebelum ini," katanya.

Penerjun negara, Ooi Tze Liang mengetuai senarai atlet paling banyak menggondol pingat emas iaitu tiga, diikuti dua emas oleh Muhammad Nazreen (terjun), Christina Loh (renang), Mohd. Sulaiman Muda (ekuestrian), Lim Chee Wei, Nisha Alagasan, S. Shree Sharmini, Syakilla Sharmini Segaran (karate), Jironi dan Khairul Anuar Mohammad (memanah).

Dalam pada itu, enam rekod kebangsaan berjaya diperbaharui menerusi acara lompat bergalah, lompat kijang, baling tukul besi, lempar cakera, renang 4x100 gaya bebas lelaki dan angkat berat (68kg wanita).

Sukan SEA labuh tirai

Posted:

Sukan SEA labuh tirai

Sukan SEA labuh tirai


PERCIKAN bunga api menghiasi ruang legar di Stadium Utama Wunna Theikdi pada majlis penutup temasya Sukan SEA 2013 malam tadi.


NAY PYI TAW - Selepas 11 hari obor Sukan SEA 2013 menyala megah, malam tadi di bawah cuaca sejuk bersuhu 14 darjah Celsius, ia perlahan-lahan dipadamkan sebagai menandakan berakhirnya secara rasmi temasya dwitahunan itu di Myanmar untuk kesekian kalinya.

Majlis penutupan yang disempurnakan Timbalan Presiden Myanmar, U Nyan Tun itu berlangsung dalam suasana meriah dan penuh warna-warni dengan diselangi persembahan kebudayaan, nyanyian dan pertunjukan bunga api.

Ini merupakan kali kedua Myanmar menjadi tuan rumah Sukan SEA dalam tempoh 44 tahun. Kali pertama ialah pada 1969 yang mana ketika itu temasya ini hanya dikenali dengan nama Sukan SEAP.

Dengan Singapura akan menjadi tuan rumah dalam tempoh 18 bulan dari sekarang dan Malaysia pada 2017, penganjuran yang dilakukan Myanmar kali ini pastinya bakal menjadi penanda aras yang tinggi dan bukti betapa sebuah negara miskin juga masih mampu menjadi tuan rumah setanding negara lebih maju yang lain di rantau Asia Tenggara ini.

Tugas berat Singapura ini sudah pun bermula dan bertukar tangan secara simboliknya sebaik Menteri Sukan Myanmar, U Tint San menyerahkan bendera temasya kepada Menteri Kuasa Utama Singapura yang juga Ahli Jawatankuasa Majlis Olimpik Singapura, Tan Chong Jin malam tadi.

Secara keseluruhannya, walaupun terdapat beberapa kelemahan dari segi bahasa, teknologi, kejutan budaya penduduknya serta sistem keputusan dan pengangkutan yang tidak teratur, ia tidak menghalang kesungguhan Myanmar dalam memastikan kejayaan penganjuran kali ini terutama acara pembukaan dan penutupannya yang hebat sekali.

Apatah lagi segala kekurangan itu boleh dimaafkan dan diterima memandangkan mereka boleh dianggap baru sahaja membuka pintu kepada dunia luar selepas diperintah Junta tentera sebelum ini.

Kejayaan Myanmar ini turut diperakui Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang begitu mengagumi dan terkejut dengan kemampuan Myanmar kerana berjaya memberikan yang terbaik dalam segala aspek penganjuran terutama penyediaan gelanggang pertandingan biarpun berstatus negara miskin.

Dengan mengambil kira faktor-faktor inilah di samping kejayaan menyediakan infrastruktur sukan yang baharu dan moden dalam sekelip mata hasil bantuan China, komitmen Myanmar ini sewajarnya mendapat pujian.

Maka tidak hairanlah, tiada masalah besar yang timbul sepanjang tempoh 20 hari penganjuran tidak rasmi dan 11 hari secara rasminya di bawah kawalan ketat dan pengawasan sulit pasukan keselamatan Myanmar.

Sebanyak 33 acara dipertandingkan pada temasya kali ini dengan Thailand muncul juara keseluruhan. Negara Gajah Putih ini turut menguasai 'ibu emas' dengan menjuarai acara bola sepak lelaki.

Hoki, terjun paling cemerlang

Posted:

Hoki, terjun paling cemerlang

Hoki, terjun paling cemerlang


SKUAD hoki lelaki negara menepati ramalan selaku pasukan berkelas dunia apabila merangkul pingat emas pada temasya Sukan SEA kali ini.


NAY PYI TAW, Myanmar - Dua acara sukan yang dianggap paling berjaya pada temasya Sukan SEA kali ini adalah hoki dan terjun kerana masing-masing menyapu bersih kesemua emas yang dipertandingkan.

Jika skuad hoki lelaki dan wanita sama hebat, barisan penerjun pula lebih unggul dengan meraih lapan emas tanpa langsung memberi peluang kepada negara lain untuk mencuri satu pun daripadanya.

Dalam erti kata lain, kedua-dua acara itu bukan tandingan Malaysia di peringkat Asia Tenggara tetapi sudah bertaraf dunia.

Maka tidak hairanlah kemenangan yang dicatat hoki dan terjun ini, jumlah jaringan golnya dan jurang pungutan matanya cukup besar.

Hoki misalnya, skuad wanita mencatat sejarah apabila membelasah Kemboja 36-0 dalam perlawanan yang dilangsungkan secara liga sepusingan. Aksi lain termasuklah membelasah Indonesia 15-0.

Bagi skuad lelaki, kemenangan terbesar mereka ialah dengan membelasah Vietnam 13-0 dan selebihnya tidak kurang daripada tiga gol mereka mampu jaringkan.

Bukan mahu mendabik dada, skuad hoki terlalu unggul buat negara Asia Tenggara lain yang nampaknya tidak begitu berminat membangunkan sukan tersebut sejak dahulu lagi kecuali apabila ia dipertandingkan pada Sukan SEA.

Begitu juga bagi acara terjun yang boleh dinobatkan sebagai 'lubuk emas' No. 1 buat kontinjen negara apabila menyapu bersih kesemua lapan emas yang dipertandingkan.

Dari segi kualiti terjunan, penerjun negara lain masih jauh ketinggalan berbanding Malaysia sehingga ada yang menyaksikan jurang pungutan mata melebihi daripada 10.

Penerjun-penerjun negara seperti Pandelela Rinong, Leong Mun Yee dan Cheong Jun Hoong (wanita) sudah tentu merupakan mereka yang cukup berpengalaman dan tidak perlu diperkenalkan dalam kalangan negara Asia Tenggara.

Dengan meletakkan penerjun pelapis seperti Ng Yan Yee, Loh Zhiayi dan Nur Dhabitah Sabri sekalipun, negara-negara lain masih sukar untuk mencapai kualiti yang dimiliki Malaysia.

Namun, apa yang paling melegakan, ketiadaan Bryan Nickson Lomas langsung tidak dirasai apabila Ooi Tze Liang, Muhd. Amsyar Azman, Chew Yi Wei, Danial Sabri dan Muhd. Nazreen Abdullah mampu mengisi kekosongan yang ditinggalkan itu dengan mudah sekali.

Seharusnya prestasi ini jika boleh dapat dikekalkan pada temasya-temasya yang akan datang terutama selepas acara renang kini semakin ketinggalan dan hilang cengkaman di peringkat Asia Tenggara.

Pencapaian yang tidak seimbang ini menyebabkan pungutan pingat akuatik terus merudum berbanding dua temasya sebelumnya.

Di Thailand pada 2007, pungutan pingat akuatik adalah 14-11-11, diikuti Laos (2009), 15-6-8 dan Indonesia (2011), 12-13-4.

Di Myanmar, pungutan pingat adalah 12-7-4. Bayangkan jika acara terjun tidak dipertandingkan pada Sukan SEA 2015 di Singapura pada 2015 nanti, harap-harap ia tidak akan berlaku.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Bazar ala Perancis di Carcosa Seri Negara

Posted:

Bazar ala Perancis di Carcosa Seri Negara

Bazar ala Perancis di Carcosa Seri Negara

Oleh NADIA SHAIFUL BAHARI

WALAUPUN bazar amal ini diadakan cuma sehari, ia tetap mendapat sambutan menggalakkan daripada pengunjung.


SAMBUTAN Hari Krismas hanya tinggal dua hari lagi. Penganut agama Kristian semakin membanjiri kompleks-kompleks beli-belah untuk membeli kelengkapan rumah, pakaian baharu dan hadiah buat keluarga tersayang.

Perayaan itu dilihat bukan sekadar satu sambutan tahunan tetapi turut dianggap sebagai musim pemberian hadiah.

Memasuki tahun ketiga penganjuran, Bazar Krismas Perancis atau Le Marche de Noel telah diadakan di Carcosa Seri Negara, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Bertujuan mengumpul dana bagi dua organisasi amal, bazar tersebut telah menerima sambutan yang amat memberangsangkan apabila berjaya membuat kutipan mencecah RM102,000 dalam sehari, melebihi sasaran awal iaitu RM80,000.

Kutipan dana tersebut akan diagihkan kepada badan Make A Wish Malaysia dan program A-Heart for A-Heart bagi membantu kanak-kanak yang menghidapi penyakit kronik yang mengancam nyawa dan pesakit barah hati di seluruh negara.

Menariknya, bazar tersebut diilhamkan oleh empat wanita Perancis yang sudah lama menetap di negara ini. Mereka terdiri daripada Florence Lambert Lee, Flavie Causse-Fournial, Elodie Michel dan Nadege Lubrano.

Lambert Lee berkata, dia dan rakan-rakannya ingin memberikan sesuatu kepada kanak-kanak di Malaysia kerana menganggap negara ini tidak ubah seperti rumah kedua mereka.

"Kutipan dana diperoleh daripada bayaran sewa tapak kepada peniaga dan tiket yang dikenakan kepada 340 tetamu bagi majlis makan malam amal di sini.


UNIK. Seorang pengunjung tertarik dengan rekaan patung anak beruang bercorak batik tempatan.


Saringan

"Setiap peniaga dikehendaki menghantar borang penyertaan bazar melalui e-mel dengan melampirkan keunikan produk yang ingin dijual," ujarnya yang sudah menetap di Kuala Lumpur selama 20 tahun sejak berkahwin dengan seorang warga tempatan.

Jelasnya, proses saringan peniaga dibuat bagi memastikan produk yang dipamerkan di bazar berkenaan tidak sama dengan produk lain yang ada di pasaran.

Sebanyak 55 gerai dibuka dan menawarkan pelbagai jenis barangan seperti aksesori, pakaian kanak-kanak dan wanita serta peralatan hiasan dalaman rumah. Antara gerai yang berjaya menarik perhatian pengunjung ialah gerai pakaian kanak-kanak oleh Whimsigirl Design dan Dandelion yang mendapat sentuhan pereka dari Perancis.

Pemilik Whimsigirl Design, Syazana Sukiman berkata, rekaan yang dihasilkannya cuba mengangkat pakaian tradisional tempatan menjadi lebih versatil dengan sentuhan antarabangsa.

"Jenama kami menggunakan nama seperti Jebat, Mahsuri, Juanita, Tuah, Bedah dan Rani pada koleksi rekaan yang sesuai dipakai oleh bayi sehingga kanak-kanak berumur empat tahun.

"Kami cuba menjadikan pakaian tradisional seperti baju kurung, baju Melayu, dan kebaya sesuai dipakai oleh kanak-kanak bukan sahaja pada musim perayaan tetapi sebagai pakaian harian," katanya yang turut memiliki sebuah premis di kompleks beli-belah Publika, Solaris Dutamas, Kuala Lumpur.

Realiti kehidupan lelaki Melayu

Posted:

Realiti kehidupan lelaki Melayu

Realiti kehidupan lelaki Melayu

Oleh NADIA SHAIFUL BAHARI


SELAIN sinonim dengan panggilan Mie Mambo, ilustrator ini turut terkenal menerusi penampilan karakter tapir dalam kebanyakan karyanya.


SETIAP lukisan ada falsafah tersendiri. Itulah pandangan ringkas yang diluahkan ilustrator kanak-kanak, Nur Azmi Mokhtar, 33, tentang nilai seni sebuah lukisan.

Biarpun hanya secalit warna dicorengkan ke atas kanvas lukisan, ia tetap boleh diangkat menjadi karya seni jika mempunyai subjek untuk diketengahkan.

"Kadang-kadang ada orang pergi merantau satu dunia untuk mencari subjek lukisan, namun akhirnya yang dicari rupa-rupanya ada depan tangga rumah.

"Saya suka gaya lukisan naif dan bersifat langsung. Tidak semestinya lukisan seni halus sahaja yang ada falsafah," ujarnya yang gemar menonjolkan cara hidup kampung melalui lukisan.

Tambahnya, lukisan naif boleh dilihat di mana-mana sahaja dan ia wujud sejak zaman purba. Lukisan tersebut telahpun diukir pada dinding gua sejak berjuta tahun lampau.

Cintanya terhadap aliran lukisan 'keanak-anakkan' itu membuatkan Nur Azmi yang lebih dikenali dengan nama Mie Mambo berjaya menerbitkan lebih 100 naskhah ilustrasi buku kanak-kanak dengan kerjasama bersama penulis lain.

Novel grafik

Bukan itu sahaja, Mie Mambo turut menghasilkan sebanyak 13 novel grafik dan 33 buku kanak-kanak yang ditulis dan dilukis sepenuhnya oleh beliau sepanjang 23 tahun mendedikasikan hidupnya kepada lukisan.

Seperti mana orang lain, cinta pertama pasti akan dikenang sampai bila-bila. Begitulah perasaan Mie Mambo terhadap novel grafik pertamanya iaitu Mambo di Kuale!! Hikayat mencari cinta.

Novel grafik tersebut mengisahkan tentang perjalanan pemuda bernama Putera Hj. Hassan dalam mencari cinta. Ia diceritakan menerusi ilustrasi grafik yang santai dan dipenuhi visual simbolik tentang asam garam perjalanan hidup Putera atau si Mambo.

NOVEL grafik ini merupakan yang pertama dihasilkan oleh Mie Mambo.


Dua tiga muka surat awal sudah mampu membuatkan pembaca tertarik dengan perwatakan Mambo yang bersahaja, gila-gila dan gemar berjenaka. Tidak keterlaluan jika dikatakan jejaka tersebut mempunyai perwatakan tipikal lelaki Melayu ketika dibuai dalam alam percintaan.

"Kita tau awak ni bukan tak baik. Tapi ada sikit pelik la! Kalau bukan calang-calang orang macam kita ni, rasanya la, malu berkawan dengan awak.

"Tapi yang penting awak bukan jenis hipokrit!," begitulah antara dialog mencuit hati si kekasih hati Mambo kepadanya.

Namun, novel grafik tersebut bukan sekadar mengetengahkan kisah cinta sang Arjuna dan sang Dewi semata-mata, ia lebih kepada realiti kehidupan seorang pemuda yang menjalani liku kehidupan di ibu kota.

Mambo digambarkan sudah tiga tahun tidak pulang ke kampung halamannya di Kampung Hilir, Kuala Kangsar, Perak kerana mahu mengejar impian menjadi seorang pelukis dan penulis sebagai punca rezeki.

Ketegaran

Ketegarannya tidak pulang menjenguk ibu ayah berpunca daripada cabaran ayahnya yang memberi amaran jangan pulang ke kampung selagi tidak menjalani kehidupan seperti orang biasa. Mambo bukan lagi seorang kutu embun yang tidak mempunyai pekerjaan tetap.

Sepanjang kepulangannya di kampung, Mambo memerhati setiap kebaikan yang berlaku di depan matanya. Sesekali dia terdetik untuk menjadi pelaku ke arah kebaikan dan menerap nilai-nilai keagamaan yang selama ini hanya dianggap agenda sampingan bukannya keutamaan dalam kehidupan.

Menurut Nur Azmi, novel tersebut memberi impak yang besar kepada perjalanan kariernya sebagai ilustrator sepenuh masa sehingga watak Mambo berkenaan melekat pada namanya hingga ke hari ini.

Biarpun novel setebal 201 muka surat itu diterbitkan pada tahun 2006 bagi cetakan pertama, ia masih terdapat di pasaran dan dijual pada harga RM19. Novel tersebut diterbitkan Al-Ameen Serve Holdings.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Pembangkang ugut boikot pilihan raya umum Thai

Posted:

Pembangkang ugut boikot pilihan raya umum Thai

Pembangkang ugut boikot pilihan raya umum Thai

PENUNJUK perasaan anti kerajaan membanjiri jalan raya di Bangkok kelmarin.


BANGKOK - Pembangkang utama Thailand, Parti Demokrat mengumumkan akan memulaukan pilihan raya umum Februari depan, sekali gus merumitkan lagi krisis politik di negara berkenaan.

Pemimpin Parti Demokrat yang juga bekas Perdana Menteri, Abhisit Vejjajiva mengumumkan pemulauan itu semalam selepas menemui barisan eksekutif partinya.

"Keputusan ini dibuat bagi memastikan pembaharuan politik dilaksanakan di Thailand," kata Abhisit.

Komen beliau seiring dengan pendirian penunjuk perasaan jalanan yang menuntut supaya ketua kerajaan sementara iaitu Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra meletak jawatan menjelang pilihan raya Februari depan.

Penunjuk perasaan juga menuntut sebuah kerajaan sementara dilantik untuk melakukan pembaharuan sebelum pilihan raya baharu boleh diadakan. - AP

Ki-moon lawat lokasi kemusnahan Taufan Haiyan

Posted:

Ki-moon lawat lokasi kemusnahan Taufan Haiyan

Ki-moon lawat lokasi kemusnahan Taufan Haiyan


KI-MOON melambai ke arah penduduk Kampung Fatima, Tacloban sambil meminta mereka supaya bersabar menunggu bantuan antarabangsa.


TACLOBAN - Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon semalam melawat beberapa buah kampung di tengah Filipina yang musnah dilanda Taufan Haiyan.

Semasa lawatannya, Ki-moon berjanji akan cuba mengumpul dana antarabangsa lebih AS$800 juta (RM2.5 bilion) untuk membantu rantau berkenaan agar kembali pulih.

Sejumlah kanak-kanak yang terselamat daripada taufan berkenaan menyambut Ki-moon dengan menyanyikan lagu Jingle Bells di sebuah sekolah di sini.

Bandar ini merupakan kawasan paling teruk terjejas akibat Taufan Haiyan yang melanda pada 8 November lalu.

Ki-moon bertepuk tangan dan memberitahu kepada mereka: "Tolong bertahan. Jangan bersedih. Kami datang untuk membantu anda."

Walaupun beliau berada hanya selama dua jam, Ki-moon merupakan pemimpin dunia paling kanan melawat kawasan yang dilanda kemusnahan.

Taufan berkenaan meragut sekurang-kurangnya 6,100 nyawa dengan lebih 1,700 lagi disenaraikan sebagai hilang.

Bencana tersebut turut memusnahkan lebih sejuta kediaman dan menyebabkan seramai 27,000 orang cedera.

Dalam pada itu, kerajaan Filipina menganggarkan kerugian akibat Taufan Haiyan mencecah AS$12.9 bilion (RM41.7 bilion). - AP

18 pegawai tentera Iraq maut kena bom

Posted:

18 pegawai tentera Iraq maut kena bom

18 pegawai tentera Iraq maut kena bom

RAMADI - Sekurang-kurangnya 18 pegawai tentera Iraq terbunuh dalam satu serangan hendap semalam di wilayah Anbar, kata sumber tentera.

Wilayah berkenaan dikuasai militan puak Sunnah yang dikaitkan dengan pergerakan Al-Qaeda.

Sumber berkenaan berkata, komander Divisyen Ketujuh dan komander Briged Ke-28 serta beberapa pegawai berpangkat tinggi lain adalah antara yang terkorban dalam serangan tersebut.

"Seramai 32 askar turut cedera," katanya.

Setakat ini masih tidak jelas punca begitu ramai pegawai kanan tentera berkumpul di lokasi itu tetapi beberapa sumber memberitahu, mereka datang untuk meninjau hasil kemenangan tentera dalam satu pertempuran di kawasan berdekatan baru-baru ini.

Beberapa sumber lain pula bekata, tiga pengebom berani mati memakai tali pinggang berisi bahan letupan sebelum meletupkan diri bersama para pegawai kanan berkenaan di sebuah rumah usang di bandar Rutba, sekitar 360 kilometer ke barat Baghdad.

"Apa yang kami tahu setakat ini ialah tiga pengebom berani mati tiba-tiba muncul bersama para pegawai berkenaan dan meletupkan diri mereka," kata seorang pegawai tentera di lokasi kejadian dalam satu wawancara telefon.

Setakat ini, belum ada pihak yang mengaku bertanggungjawab melakukan serangan itu. - Reuters

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Pusat pemindahan sampah Taman Beringin dibuka semula Sabtu - Menteri

Posted:

Pusat pemindahan sampah Taman Beringin dibuka semula Sabtu - Menteri

Pusat pemindahan sampah Taman Beringin dibuka semula Sabtu - Menteri

22/12/2013 11:07pm

KUALA LUMPUR - Pusat pemindahan sisa pepejal di Taman Beringin, Jinjang yang ditutup sementara kerana kerosakan mesin pemampat, dijangka beroperasi semula Sabtu depan.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, pihaknya juga sedang mengenal pasti kontraktor mengangkut sampah yang bertanggungjawab melonggokkan sisa pepejal di bahu Jalan Lingkaran Tengah 2 (MMR2) berhampiran Kepong semalam.

Mereka bukan sahaja tidak akan dibayar tetapi juga berdepan tindakan undang-undang dengan denda tidak kurang RM10,000 dan tidak lebih RM100,000 atau penjara enam bulan sehingga lima tahun, atau kedua-duanya, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam kejadian pagi semalam, kontraktor yang memungut sampah terbabit bertindak melonggokkan bertan-tan sisa pepejal di bahu jalan MRR2 sehingga menyebabkan kesesakan yang teruk selain menimbulkan bau busuk di situ.

Mereka dilapor berbuat demikian kerana tiada pilihan selepas tidak dimaklumkan lebih awal akan penutupan pusat pemindahan sampah terbabit. - Bernama

Lebih 20 cedera termasuk dua rakyat Malaysia dalam serangan bom di sempadan Selatan Thailand

Posted:

Lebih 20 cedera termasuk dua rakyat Malaysia dalam serangan bom di sempadan Selatan Thailand

Lebih 20 cedera termasuk dua rakyat Malaysia dalam serangan bom di sempadan Selatan Thailand

22/12/2013 10:20pm

BANGKOK - Dalam satu siri serangan bom terancang di kawasan berhampiran sempadan Thailand dan Malaysia hari ini, empat bom telah diletupkan dan dua daripadanya iaitu letupan ketiga dan keempat telah mencederakan 24 hingga 26 orang termasuk dua rakyat Malaysia.

Letupan ketiga di Hotel Oliver dengan bom dipasang pada sebuah kereta dan diaktifkan dengan jam digital dan bom keempat diletupkan di hadapan sebuah kedai di Bukit Kayu Hitam.

Letupan itu juga telah menyebabkan kebakaran, memusnahkan premis perniagaan dan sebahagian dari hotel itu serta kenderaan.

Pegawai Konsulat Pertama Pejabat Konsulat Malaysia di Sadao, Rozaimi Harun berkata, dua mangsa warga Malaysia itu terdiri daripada seorang lelaki dan wanita keturunan Cina.

"Identiti kedua-dua mangsa belum dapat dipastikan," katanya ketika dihubungi.

Bernama difahamkan, mangsa wanita itu telah dihantar ke Hospital Padang Besar, Perlis, manakala mangsa lelaki ke hospital di Pekan Sadao.

Dalam pada itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang memantau perkembangan insiden pengeboman itu.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin dalam laman sosial Facebook PDRM berkata, keadaan di sana terkawal dan langkah-langkah keselamatan dan pencegahan telah diambil, termasuk memperketat pemeriksaan di pintu masuk sempadan Malaysia-Thailand. - Bernama

Imigresen Pulau Pinang tahan 51 warga asing di George Town

Posted:

Imigresen Pulau Pinang tahan 51 warga asing di George Town

Imigresen Pulau Pinang tahan 51 warga asing di George Town

22/12/2013 8:32pm

GEORGE TOWN - Jabatan Imigresen Pulau Pinang menahan 51 warga asing dalam pemeriksaan di sekitar Kompleks Bukit Jambul, di sini hari ini.

Penolong Pengarah Imigresen Bahagian Penguatkuasaan negeri, Basri Othman berkata, mereka terdiri daripada 19 rakyat Indonesia, 14 warga Myanmar, 13 warga Nepal, tiga Bangladesh, dan masing-masing satu rakyat Vietnam dan India.

"Lebih 500 orang diperiksa dalam operasi selama tiga jam sehingga pukul 7 malam tadi," katanya kepada pemberita selepas operasi itu.

Katanya, kesemua 39 lelaki dan 12 wanita berusia antara 15 dan 40 tahun itu ditahan selepas dikesan melakukan pelbagai kesalahan imigresen antaranya tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah selain tinggal melebihi tempoh masa.

Operasi dilaksana selepas pihak berkuasa menerima aduan orang ramai mengenai kebanjiran warga asing di kawasan ini yang mengganggu ketenteraman masyarakat setempat, katanya. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Tangis ketawa seorang Rossa

Posted:

Tangis ketawa seorang Rossa

Tangis ketawa seorang Rossa

ROSSA mengakui hatinya kini dimiliki seorang lelaki dan perhubungan mereka kini sudah diketahui oleh keluarga.


DIA tidak ubah seperti laut madu yang berpantaikan gula. Ungkapannya semanis senyuman, tawanya berderai walaupun jam di tangan sudah menjengah lewat malam.Laut fikirnya sudah terasuh untuk menjadi seorang yang akur tentang keberadaan di mata umum. Lantas, meluangkan waktu untuk sesi fotografi yang berlarutan dari pukul 4 petang sehingga 11 malam juga bukan suatu bebanan buat dirinya. Komitmen itu sekali lagi memupuk rasa kagum terhadap wanita cantik bernama Datuk Rossa Roslaina Sri Handayani ini.

Sepertinya, banyak lagi gunung-gunung impian yang mahu di daki sedangkan di tangannya sudah tergenggam pengaruh dan kemewahan.

"Saya ada banyak lagi keinginan, jadi kerjanya juga harus berganda. Kata bapa saya, kenapa saya harus penat-penatkan diri bekerja sebegini kuat. Tapi saya okey. Lebih baik penat tetapi masih mempunyai kerja berbanding penat memikirkan tiada pekerjaan," ujarnya pantas meninggalkan satu pegangan buat sesiapa sahaja yang mendengar bicaranya.

Di sebalik glamor dan pencapaian yang dimiliki, di hatinya, Rossa masih seorang wanita biasa. Di sebalik derai tawa yang memekar rasa nyaman saat mendampinginya, Rossa membuka cerita tentang kesepian yang adakalanya menghimpit kamar malamnya.

"Saya ini secara natural seorang ceria tapi saya juga seorang wanita biasa yang mudah menangis dan mudah ketawa. Saat yang paling mudah membuat saya menangis ialah saat capek (letih). Biasanya apabila pulang ke rumah, solat dan menangis. Ketika itu fikir apa-apapun boleh menangis," katanya yang mengakui boleh didatangi rasa sepi yang secara tiba-tiba jika masih berjaga kala anaknya Rizky Langit Ramadan, sudah masuk tidur.

"Tambah lagi saya jenis yang sukar tidur. Tidak boleh tidur juga boleh buat saya sedih. Jadi kalau tidak bisa tidur walaupun sudah pukul 1 atau 2 pagi, saya turun ke ruang tamu dan mula mengemas rumah. Kadang-kadang saya akan memadamkan lampu, kemudian berdiam dalam gelap. Biarkan diri berbalut privasi buat seketika," tambah Rossa membuka rahsia malam-malam keseorangan yang dilalui sejak lima tahun lalu.

Dalam tempoh yang ditatang itu juga, hidup Rossa tidak pernah sepi daripada hambatan karier dan kisah lelaki yang mendampingi dirinya. Dua sisi itu menjadikan Rossa seorang wanita matang yang memiliki segala-galanya namun masih mencari titik kesempurnaan.

Sejak bercerai dengan Yoyo, anggota band Padi pada tahun 2009, sampai ke hari ini, hati Rossa tidak henti dirisik. Pesona yang dimiliki membuatkan mudah sahaja cinta tumpah ke dalam hatinya, namun kegagalan hidup berumah tangga tidak mudah melunakkan jiwa Rossa untuk kembali bergelar isteri.

"Dahulu saya pernah berasa serik untuk berumah tangga lagi. Saya sendiri tak mahu gagal buat kali kedua dan itu yang membuatkan hati sedikit tertutup.

"Tapi bila melewati hari-hari mendatang saya mula terfikir sudah tiba masanya untuk saya menikah semula andai sudah sampai jodoh. Saya tidak lagi menolak untuk kembali membina rumah tangga," jelas Rossa tersenyum menyimpan sedikit rahsia agar keterlaluan bersifat terbuka.

Satu-satunya penawar segala rasa, anak lelakinya yang kini mencecah usia tujuh tahun itu juga antara pembuka jendela hati untuk kembali memandang jauh soal hidup keluarga.

"Rizky sudah mula bersekolah. Apabila pulang dia akan merungut soal adik. Katanya, teman-teman di sekolah semuanya mempunyai adik tetapi dia tidak.

"Saya tak mahu dan tidak boleh terus menipu diri untuk bersikap tertutup kepada mana-mana lelaki. Selain Rizky yang mahukan adik, saya juga ada keinginan untuk melahirkan anak lagi," ujar Rossa memberi bayangan yang tidak pasti.

Dalam canda dan lirikan mata yang tidak mampu ditahan, kebahagiaan yang sedang berkicau nyaman di jiwa terluah juga. Akui Rossa, ada lelaki yang sedang mengisi kekosongan di ruang hatinya. Namun jelas Rossa, biarlah hubungan yang sedang terbina itu tidak digegas soal jodoh dan janji setia.

"Apa? Pacar? Ya, ada. Orangnya lebih berusia daripada saya. Baru setahun kami kenal tapi bukankah jodoh itu sesuatu yang tidak perlu dikejar. Kalau belum waktunya, tetap tidak berjodoh. Pokoknya saya sedang bahagia dan dia juga seorang lelaki yang menepati kriteria yang saya mahukan," tutur Rossa bersahaja dan kemudian tertawa lagi.

Berseri-seri saat cerita hati dapat dikongsi, namun secara peribadinya, masih berbaki rasa gusar buat Rossa jika tajuk perkahwinan mula serius berputar difikiran. Jika fasa itu mahu dilangkahi, ia bakal menjadi perkahwinan kedua buat dirinya.

"Cuma jodohnya belum sampai. Sehingga sekarang, kami berkawan dan saling mengenali bukan hanya diri masing-masing tetapi dia juga sudah mengenali keluarga dan anak saya," lanjut Rossa lagi.

Duda jadi sahabat

Ke mana sahaja melangkah, Rossa tidak akan mampu untuk membuang jauh nama Yoyo. Bukan sahaja kerana Yoyo itu bapa kandung kepada Rizky, pemain drum kumpulan Padi itu dikatakan mahu rujuk kembali.

Bagi Rossa, cerita yang bertebaran itu tiada asasnya. Gosip itu muncul hanya bersandarkan hubungan baik mereka atas dasar kerja dan bapa kepada Rizky.

"Sejak bercerai, antara saya dan Yoyo memang tidak pernah ada apa-apa perasaan selain soal anak yang kami kongsi bersama. Rizky memang tinggal bawah jagaan saya tetapi Yoyo bebas mengambilnya untuk keluar atau bermalam di rumahnya.

"Situasi itu disedari semua, mungkin itu yang menjadi alasan dan mengundang bermacam-macam cerita. Keakraban saya dan Yoyo juga boleh menimbulkan spekulasi.

"Sebetulnya saya tidak pernah terfikir untuk ke fasa yang dahulu. Semuanya sudah berlalu dan sekarang bukan masanya untuk mengenang kembali apa yang telah terjadi. Kami sama-sama melakukan kesilapan, kesilapan itu sedang diperbaiki tetapi dengan cara masing-masing," tegas Rossa yang mengakui sudah lama membuang egonya.

Dalam masa yang sama, dia tidak mampu untuk mengembalikan perasaan dan kehidupan yang telah ditinggalkan.

"Apa yang dilakukan hanyalah memperbaiki perhubungan. Mana mungkin kami dapat mengundurkan masa lalu. Kami saling memaafkan di antara satu sama lain. Yoyo masih teman curahan hati saya, dia yang paling akrab.

"Sebetulnya kami sering bertemu sejak akhir-akhir ini. Selain bercerita hal peribadi, saya juga selalu keluar makan bersamanya. Tapi setiap kali keluar pasti Yoyo akan ditemani teman wanitanya. Hubungan kami bertiga rapat dan tak ada apa-apa masalah untuk keluar makan malam bersama," cerita pelantun single duet terbaharu Salahkan itu sambil sempat mendoakan jodoh terbaik hadir ke dalam hidup Yoyo.

Tunggu Anuar Zain

Hadir ke Malaysia untuk mempromosikan paduan suara terbaharunya bersama Hafiz Suip, single bertajuk Salahkan itu menjadi lagu runut bunyi (OST) drama bersiri Bukan Kerana Aku Tak Cinta itu sebenarnya tidak mengambil masa yang lama untuk dirakamkan. Baru-baru ini, Rossa dan Hafiz turut mempersembahkan lagu berkenaan semasa Anugerah Industri Muzik di Bukit Jalil.

"Meskipun ini merupakan kolaborasi sulung kami, tetapi prosesnya agak mudah. Sebenarnya, lagu itu sudah dua tahun berada dalam simpanan saya. Asalnya itu material untuk projek album saya studio saya, rencananya lagu lagu ciptaan Charly Setia Band itu mahu dibikin duet bersama Anuar Zain, tapi kekangan masa membuatkan ia akhirnya jadi nyanyian saya bersama Hafiz," bisik Rossa yang tidak pernah membuang hasratnya untuk merakamkan lagu bersama Anuar Zain.

"Kebetulan apabila pihak Astro minta saya menyanyi menyanyikan lagu untuk OST drama berkenaan, saya fikir lagu biarpun lagu Salahkan itu sangat melankolik, ia sesuai dengan sinopsis drama berkenaan," ujar Rossa yang turut mengundang Yoyo sebagai pemuzik untuk memasukkan bunyi drum bagi memaksimumkan kekuatan lagu berkenaan.

"Vokal Hafiz juga sangat bagus. Lagu ini sama seperti jodoh. Kalau tidak kena yang secocoknya tak mungkin ia akan meledak," ujar Rossa.

Belanja anak-anak sekarang mahal

Posted:

Belanja anak-anak sekarang mahal

Belanja anak-anak sekarang mahal

RITA RUDAINI tidak kisah digelar 'ratu mahkamah' kerana tidak habis-habis turun naik mahkamah sepanjang tahun 2013.


SELESAI kes pergolakan rumah tangga, perhitungan antara Rita Rudaini dan bekas suaminya Mohd. Aidil Zafuan Abdul Razak tidak mudah diselesaikan hanya dengan pengesahan talak satu yang telah dibuat di mahkamah.

"Sekarang perbicaraan tuntutan nafkah anak-anak pula akan saya teruskan. Tuntutan yang difailkan baru-baru ini baru permulaan, lama lagi masa akan diambil bagi menyelesaikan perkara itu. Awal-awal lagi macam-macam dalih sudah keluar, kita tengoklah nanti," ujar Rita saat mengulas ketidaksediaan Aidil menunaikan tuntutan nafkah untuk dua orang anak mereka sebanyak RM5,000 sebulan.

Bakal muncul menerusi filem terbaharunya berjudul Balistik, Rita juga tidak terkejut apabila keluar cerita mengatakan bekas suaminya itu akan berkahwin dengan seorang wanita bernama Zarema Zainal.

Minggu lalu, sebuah portal melaporkan Aidil, 26, yang juga pemain bola sepak kebangsaan dan Zarema bakal mendirikan rumah tangga pada Mac tahun depan. Aidil sendiri sudah mengesahkan berita itu.

"Sebelum kami bercerai lagi cerita itu sudah kedengaran. Jadi berita tentang perkahwinan ini mengiakan segala khabar angin sebelum ini. Saya tak mahu masuk campur hal dia (Aidil), tetapi Aidil kena ingat dan tidak lupa nafkah anak-anak," kata Rita selamba.

Awal Disember baru-baru ini Rita menuntut nafkah saraan untuk dua orang anak lelakinya, Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna yang berjumlah RM5,000 sebulan. Tuntutan Rita bagaimanapun mendapat reaksi terkejut daripada Aidil yang menganggap jumlah itu tidak munasabah.

"Tuntutan yang saya buat itu kena dengan situasi semasa. Hanya orang yang mempunyai anak sahaja yang faham kos menjaga anak, tambah lagi apabila anak mula masuk sekolah. Duit itu untuk anak-anak juga, bukan untuk orang lain," jelas Rita yang mengakui sudah menjadi muka mahkamah sepanjang tahun ini dan untuk masa-masa akan datang.

Rita dan Aidil telah sah bercerai talak satu pada 5 September lalu di Mahkamah Rendah Syariah Seremban, Negeri Sembilan.

Ikatan perkahwinan pasangan itu terlerai selepas mahkamah mengesahkan lafaz cerai yang dibuat oleh Aidil kepada Rita menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) pada 4 Ogos lepas.

Pasangan itu bernikah di Songkhla, Thailand pada 28 Februari 2008 tanpa pengetahuan keluarga pihak lelaki menyebabkan perkahwinan tersebut menimbulkan masalah.

Aril, Erma tak harap duit penaja

Posted:

Aril, Erma tak harap duit penaja

Aril, Erma tak harap duit penaja

MAJLIS pernikahan Aril dan Puteri hanya berlangsung secara sederhana di rumah keluarga isterinya di Kelantan. Mereka merancang untuk mengadakan resepsi di Melaka, pertengahan Mac nanti.


TIDAK sampai setahun berkenalan dengan pramugari Saudi Airlines, Puteri Erma Adlinda Megat Aminuddin akhirnya dilamar menjadi permaisuri hati penyanyi serta pengacara popular, Aril. Jumaat lalu pasangan itu sah menjadi suami isteri dengan sekali lafaz selepas dinikahkan oleh Imam Mukim Padang Enggang, Abdul Halim Mat Isa di Wakaf Che Yeh, Kota Bharu, Kelantan.

Pada majlis yang disaksikan keluarga kedua-dua belah pihak serta saudara-mara terdekat itu, Aril membawa sembilan dulang hantaran termasuklah seutas jam tangan, beg tangan, senaskah al-Quran, minyak wangi, kasut, sirih junjung, sejadah, kain dan cincin beserta cek mas kahwin berjumlah RM15,000.

Meluahkan rasa gembira dan syukur, Aril bagaimanapun terpaksa melepaskan Puteri untuk terbang semula ke Jeddah, sebelum sempat mereka menghirup nikmat berumah tangga.

"Saya dan Puteri hanya bercuti selama seminggu, selepas ini saya akan pulang semula ke Kuala Lumpur dan Puteri pula akan berlepas ke Jeddah pada 25 Disember nanti sebelum mula bekerja pada 26 Disember. Jadi hendak bercuti lama-lama pun tak guna juga sebab isteri jauh di mata," jelas Aril ketika dihubungi Sensasi Bintang, semalam.

Aril atau Khairil Azam Pilus, 28, yang juga penyampai radio Era FM itu menyifatkan fasa baharu yang sedang dilalui itu sebagai momen terbaik yang pernah dirasai.

Mertua best

"Semestinya perkahwinan bukan sekadar ikatan di antara saya dan Puteri, ia juga membina sebuah lagi keluarga baharu buat saya dan Putri sendiri. Saya tambah bahagia kerana keluarga mertua, abang ipar dan kakak ipar saya semuanya best. Sekarang saya dibawa makan nasi ulam di sebuah restoran yang cukup popular di Kota Bharu," katanya dengan nada gembira.

Mengajak Aril bercerita tentang rencana masa depan, katanya, dia dan Puteri sedang menunggu berita baik dari Saudi Airlines. Jika segalanya dipermudahkan, Puteri tidak perlu menetap di Jeddah, sebaliknya akan berpusat di Kuala Lumpur sebaik sahaja syarikat penerbangan berkenaan membuka pejabat serantau di Malaysia.

Duit sendiri

"Saya harap Puteri hanya akan berulang-alik dari KL ke Jeddah dalam tempoh beberapa bulan ini sahaja. Sebaik sahaja syarikat penerbangan itu memulakan operasi di KL, senanglah sikit.

"Saya juga tidak menghalang isteri daripada terus bekerja. Setidak-tidaknya, bukan saya seorang sahaja yang bekerja untuk menampung kehidupan kami. Banyak perkara yang perlu difikirkan apabila hidup sudah berumah tangga," jelas pengacara Ceria Popstar itu optimistik.

Aril sebelum ini dilaporkan berkahwin secara sederhana dan tidak menggunakan mana-mana pihak sebagai penaja majlis pernikahannya itu.

"Cabaran untuk berkahwin yang utama apabila kita perlu mempunyai duit yang banyak. Namun saya ada buat simpanan sejak mula bekerja sebagai persediaan untuk kegunaan majlis penting seperti ini.

"Saya juga lebih selesa menggunakan duit sendiri daripada mahu mencari penaja mana-mana pihak," ujar Aril yang turut merancang untuk mengadakan majlis resepsi perkahwinan di kampung halamannya di Nyalas, Melaka sekitar Mac nanti.

Tambah Aril, Puteri juga sudah memohon untuk bercuti selama sebulan menjelang Mac. Sementara menunggu tarikh majlis resepsi pada 14 Mac, dia kini sibuk membuat persiapan dan mengatur urusan jemputan.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved