Rabu, 18 Disember 2013

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Perspektif Fotografi Dalam Air

Posted:

Perspektif Fotografi Dalam Air

Perspektif Fotografi Dalam Air

SEAWAL pukul 9 pagi pelakon merangkap model terkenal Zahnita Dorothy Hussein Wilson sudah mula mengoles wajah menggunakan alat solek asas untuk menambah seri wajahnya.

Biar bukan kebanyakannya daripada jenama mahal, kata Zahnita, 28, ia cukup untuk memberikan bentuk muka dan tidak menjadi terlalu polos apabila berendam dalam air nanti.

"Keselesaan dan ketenangan itu penting apabila berada dalam air. Solekan, rambut dan pakaian adalah ciri-ciri penting untuk memudahkan pergerakan model.

"Sebagai seorang model juga saya perlu mengambil berat banyak aspek. Saya perlu menjaga ekspresi muka, mengelakkan rambut menutup wajah, mengawal pergerakan, membentuk postur dan menahan nafas panjang.

"Paling penting saya perlu bertenang apabila berada dalam air. Ini kerana banyak kemungkinan boleh berlaku sekiranya saya panik," kata Zahnita yang tidak lepas mengucapkan kalimah syahadah setiap kali beraksi di dalam air.

Cerita Zahnita, melalui pengalaman sebelum ini beraksi di dalam air, insiden paling mencemaskan yang pernah dialami ibu kepada dua cahaya mata itu ialah apabila dia hampir lemas ketika menjalani penggambaran untuk sebuah majalah tempatan di Pusat Akuatik Darul Ehsan, Shah Alam, Selangor suatu ketika dulu.

"Ketika itu semuanya menjadi gelap, saya sudah berada di luar kawalan, badan saya menggigil dan air sudah memasuki rongga badan. Saya hanya fikirkan mati!" kongsi Zahnita yang akhirnya diselamatkan oleh penyelia keselamatan.

Zahnita mampu bertahan selama 30 minit di dalam air dengan bantuan alat pernafasan. Berdepan detik cemas hampir lemas tidak mematahkan semangatnya untuk terus aktif sebagai model teknik fotografi yang kian bercambah itu.


KERJASAMA pasukan amat penting dalam memastikan kelancaran penggambaran di dalam air.


Prospek

Bidang fotografi dalam air tidak dinafikan semakin berkembang pesat, namun kekangan daripada segi ilmu selaman skuba, kewangan, teknik, kelengkapan dan permintaan menjadi halangan utama untuk berkembang.

"Manusia dalam air tanpa bantuan alat pernafasan itu sendiri sudah pelik! Belum lagi ditambah elemen seni lain dan permainan kontras yang pelbagai. Itu dinamakan nilai kejutan dalam fotografi.

"Untuk merakamkan fotografi dalam air, semua pihak perlu bekerja sebagai satu pasukan. Tidak boleh lebih atau terkurang.

"Senario terburuk pernah berlaku apabila model itu terlalu mencuba, menolak diri melebihi batas keupayaan dan akhirnya lemas," kata Pengarah Kreatif Aqualight & Motion, Bahaman Hashim.

Berpengalaman 25 tahun dalam bidang fotografi dan selaman skuba, Konsultan Imej Dalam Air lulusan Institut Seni Chicago, Amerika Syarikat itu tidak menolak faktor teknikal akibat peralatan selaman atau kamera boleh menjejaskan proses fotografi.

Tambah Bahaman, Malaysia kekurangan jurufoto yang benar-benar terlatih untuk merakamkan gambar di dalam air, selain kurang berminat dan berdepan masalah mengeluarkan modal yang tinggi untuk membeli peralatan kamera kalis air.

Fotografi dalam air, kata Bahaman memerlukan kelengkapan asas bernilai RM20,000 yang terdiri daripada kamera refleks lensa tunggal (DSLR), kelongsong kamera kalis air, lampu strob, peralatan skuba, pencahayaan sokongan dan beberapa lagi aksesori penggambaran tambahan.

Malah, kos menyewa set kamera lengkap kalis air biasanya boleh mencecah RM1,200 sehari tidak termasuk bayaran lokasi dan latihan sebelum menyelam.


PERKARA yang dititik beratkan semasa melakukan penggambaran dalam air ialah semua peralatan berada di dalam keadaan baik, selain jurufoto dan model sendiri mampu mengawal keadaan dengan tenang.


Teknik

Ujarnya, gangguan yang terjadi sepanjang sesi fotografi dalam air biasanya melibatkan faktor kesihatan jurufoto atau model, persekitaran termasuk air yang kotor dan masalah komunikasi antara pasukan.

"Berbeza dengan darat, fotografi dalam air memerlukan detik terbaik yang biasanya hanya diperoleh dalam 15 saat iaitu 3 saat untuk turun dalam air, 3 saat jurufoto ambil posisi, 3 saat model bergaya, 3 saat untuk shot dan 3 saat lagi untuk masa tambahan.

"Detik terbaik itu merangkumi kesempurnaan dari segi pencahayaan, postur badan, mimik muka dan personaliti," katanya yang akan melatih model asas pernafasan yang dinamakan hyper ventilation sebelum memulakan sesi fotografi.

Bagaimanapun, jelas Bahaman, semua subjek akan membesar lebih 25 peratus daripada saiz asal apabila berada di dalam air.

"Rupa tidak penting, tapi seseorang model yang mahu beraksi di dalam air harus pandai mengawal pernafasan dan pergerakan.

"Tidak semestinya khusus untuk model, artis sama ada pelakon atau penyanyi dan mungkin juga orang biasa tiada halangan untuk beraksi luar biasa di dalam air.

"Genre ini ada keindahan tersendiri dan ia sedang berkembang seiring dengan cara hidup masa kini. Tidak salah saya katakan fotografi dalam air menuntut keberanian," jelasnya.

Bayaran

Sementara itu, kata Zahnita yang sering terbabit dengan sukan renang sejak kecil, dia mengambil inspirasi daripada seorang model antarabangsa, Hannah Mermaid yang sering terbabit dengan fotografi dalam air.

"Jika ditanya bayaran yang dikenakan untuk menjadi model dalam air, tidak banyak bezanya dengan model biasa cuma apa yang saya peroleh adalah pengalaman.

"Biasanya bayaran lebih diutamakan kepada pasukan teknikal dan bergantung pada pelanggan produk yang mahu saya gayakan.

"Sebenarnya, saya mahu berikan lebih pendedahan tentang fotografi dalam air kepada golongan muda kerana di Malaysia pun sudah ada banyak kemudahan tersedia untuk diterokai.

"Fotografi dalam air ibarat mengembara ke satu dunia asing yang tiada orang lain di sana, lebih tenang dan menyeronokkan," simpulnya.

TUGAS sebagai model untuk sesi penggambaran di dalam air bukan mudah, malah Zahnita pernah berdepan detik cemas sehingga dia hampir lemas.


Kaji pakaian

Bercakap tentang pakaian yang sesuai untuk sesi penggambaran, fabrik, potongan dan pemilihan warna yang sesuai antara ciri penting menghasilkan potret menarik di dalam air.

Fesyen kini telah melangkah setapak dalam memberikan dimensi baharu dunia seni.

Hal itu diakui oleh pereka fesyen muda, Kashfi Zulkufli yang mengambil peluang dan risiko melihat hasil ciptaannya 'berenang' di dasar kolam.

"Perspektif yang saya lihat adalah daripada aspek rekaan, potongan, berat dan kesesuaian pergerakan, saya tidak mahu model tersekat dan mengelakkan risiko tinggi.

"Pemilihan warna dan jenis kain yang digunakan juga penting supaya hasil dalam gambar nampak eksklusif sekali gus memantulkan cahaya. Oleh kerana itu kebanyakannya saya gunakan fabrik labuci, sifon dan kain jaring," kata Kashfi.

Pakaian yang disarung oleh Zahnita pada sesi fotografi baru-baru ini, kata Kashfi dihasilkan seberat 500 gram, bagaimanapun apabila ditambah berat air yang meresap ke dalam fabrik, jisim baju dianggarkan mencapai lima kilogram.

Kashfi yang dibantu adiknya, Malique, tidak khuatir akan risiko pakaian yang dihasilkan rosak apabila masuk ke dalam air, sebaliknya lebih menitik beratkan aspek kelasakan fabrik memandangkan model perlu banyak bergerak.

"Pasukan saya mengambil masa lebih seminggu untuk mengkaji reka bentuk yang sesuai tapi masih nampak cantik untuk digayakan di dalam air.

"Antara rujukan utama kami adalah pergerakan ikan duyung dan ciri-ciri utama yang menjadikan haiwan legenda itu unik, pemilihan labuci juga sesuai untuk menampakkan kilauan seumpama sisik ikan," ujarnya mengenai busana emas yang akan menjadi sebahagian koleksi terbaharunya, Meraki.

Fotografi dalam air selebriti antarabangsa

Posted:

Fotografi dalam air selebriti antarabangsa

Fotografi dalam air selebriti antarabangsa

KHAIRUL AMRI HASSAN


DREW BARRYMORE


KREATIVITI itu tanpa sempadan dan kini melangkaui batas pemikiran dengan terjun ke dunia dalam air. Potret dan karya seni yang dihasilkan mempunyai keunikan tersendiri berbanding rakaman yang dihasilkan di daratan.

Artis antarabangsa terlebih dahulu mempopularkan seni fotografi dalam air untuk tujuan komersial, kempen kesedaran, fesyen dan pengiklanan.

Berikut disenaraikan beberapa selebriti antarabangsa yang telah terbabit dalam sesi penggambaran di dalam air.

1. Drew Barrymore

Fokus: Penggambaran majalah fesyen antarabangsa Elle

Tahun: 2009

Catatan: Sempena isu kesedaran ekosistem laut, Drew Barrymore digayakan oleh Joe Zee dan imej dalam air itu dirakamkan oleh jurufoto Alexei Hay.

Menerusi temu ramah bersama Drew, katanya:"Saya mahu merasakan pengalaman seperti seekor ikan. Ini pengalaman terbaharu saya sepanjang usia 30 tahun dan saya mahu merasai debaran seperti ini lagi."

2. Fan Bingbing

Fokus: Penggambaran majalah fesyen Cosmo

Tahun: 2011

Catatan: Fotografi muka depan majalah Cosmo keluaran khusus di China itu menampilkan Fan Bingbing menyarung sepasang dres berwarna merah bermotifkan tulisan kaligrafi Pinyin.

3. Nirvana

Fokus: Album kedua berjudul Nevermind

Tahun: 1991

Catatan: Satu-satunya kumpulan rock yang menampilkan kelainan untuk penghasilan muka depan album kedua mereka berjudul Nevermind yang telah diterbitkan pada tahun 1991.

Imej yang memaparkan seorang bayi lelaki berbogel dalam kolam renang itu mengundang kontroversi kerana mempromosi pornografi kanak-kanak. Akibatnya, ada pusat beli-belah utama enggan mengedarkan album tersebut.


CAT DEELEY


4. Cat Deeley

Fokus: Iklan produk Pantene

Tahun: 2012

Catatan: Pelakon, penyanyi dan merangkap model yang popular dengan gaya rambut berwarna keemasan itu merakamkan gambar dalam air sempena promosi terbaharu produk penggayaan rambut, Pantene.

Cat dibantu oleh jurugaya antarabangsa, Peter Lux dan imej itu telah dirakamkan di dalam sebuah tangki besar.

5. Keira Knightley

Fokus: Kempen kesedaran Fresh2o

Tahun: 2013

Catatan: Bersama-sama dengan Kelly Brook, Lily Cole dan Kimberly Stewart, imej dalam air Keira dirakamkan oleh jurufoto terkenal Candice sempena kempen kesedaran krisis air dunia, Fresh2o.

Keira menyarung dres berwarna putih dengan lengannya dililit gulungan filem seakan-akan rumpai laut, sementara Kelly dijelmakan seakan seekor ikan duyung.

Foto-foto itu disiarkan pada 22 Mac 2013 sempena meraikan Hari Air Sedunia.

6. Aishwarya Rai

Fokus: Kempen iklan Kalyan Jewellers

Tahun: 2012

Catatan: Selepas melahirkan anak sulungnya tahun lalu, pelakon merangkap Miss World 1994, Aishwarya Rai beraksi penuh bergaya untuk kempen promosi Kalyan Jewellers di India.

Aishwarya beraksi sebagai 'Golden Girl' untuk iklan rasmi di laman sosial Facebook Diva. Fotografi itu dikendalikan oleh jurufoto Shrikumar.

Dakwah sufi Sheikh Nazim

Posted:

Dakwah sufi Sheikh Nazim

Dakwah sufi Sheikh Nazim


ORANG ramai dari pelusuk dunia sentiasa mengunjungi kediaman Nazim.


DI Cyprus terdapat seorang ahli sufi yang hidup secara sederhana. Beliau mengajak pengikutnya berpegang kepada konsep asas sufisme atau tasauf yang bermaksud kasih sayang. Beliau juga nekad meneruskan perjuangan melawan fahaman Islam radikal.

Sufisme yang menerapkan aspek rohani terutama pengukuhan kepercayaan dan hubungan antara manusia dan Tuhan melalui muraqabah berpegang kepada aliran Naqshbandi yang menjadikan konsep kesederhanaan dan patuh terhadap syariah Islam sebagai garis panduan dalam pengamalannya. Muraqabah ialah amalan menjaga ingatan dan hati semata-mata kepada Allah.

Sheikh Nazim, 91, mengetuai sebuah kumpulan yang dikenali sebagai Naqshbandi-Haqqani bersifat lebih fleksibel dalam ajarannya sehingga diungkapkan oleh sejarawan Perancis dan pakar sufisme, Thierry Zarcone sebagai antara ahli sufi yang terhebat.

"Islam yang diajar oleh Nazim adalah sangat fleksibel dengan wawasan yang boleh diterima. Pada masa yang sama, Nazim cuba mengurangkan fahaman Islam radikal di Amerika Syarikat dan Eropah dengan menunjukkan sufisme adalah instrumen dalam melawan fahaman radikal itu," katanya.

Keterbukaan Nazim dalam menerima sesiapa sahaja yang berminat mendalami sufisme disambut dengan pelbagai ucapan indah antaranya 'Selamat datang di kediaman yang penuh dengan cinta'.

Di dalamnya terdapat sebuah beranda melengkung dengan pemandangan pokok-pokok dan buah-buahan yang rendang di halaman.

Kehadiran tetamu di kediaman Nazim tidak pernah terhenti yang terdiri daripada pelbagai status warganegara, masyarakat tempatan dan penduduk kampung dengan satu hajat iaitu memohon doa dan pertolongan daripada ahli sufi termasyhur itu.

Antara tetamu yang hadir ialah dari Jerman, Itali, Switzerland, Amerika Syarikat, Rusia dan Turki. Mereka akan berkumpul di sebuah masjid kecil untuk solat berjemaah diikuti khutbah yang disampaikan Nazim berkisar tentang cinta dan kasih sayang sejati terhadap Allah.

Beliau yang mempunyai sepasang mata biru akan berada di tengah-tengah jemaahnya dan menyampaikan khutbah walaupun mengalami kesukaran bercakap. Nazim jarang sekali ditemu bual tetapi pengikutnya gemar memuat naik khutbah beliau di internet untuk dikongsi bersama masyarakat lain di seluruh dunia.

Mencuri tumpuan

Tiga tahun lalu, ketika bekas Pope, Benedic XVI dalam satu siri lawatan ke Cyprus, Nazim mencuri tumpuan masyarakat dunia apabila beliau mengembara dari Lefke ke Gereja Roman Katolik Cyprus yang jaraknya ialah 62 kilometer, menembusi kawasan patrol Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang memisahkan Nicosia dalam usaha untuk bertemu dengan Benedict XVI.


WALAUPUN mengalami kesukaran bercakap, Sheikh Nazim masih gigih menyampaikan dakwah.


Sebelum Benedict XVI melangkah kakinya ke gereja, Nazim menahannya dan kedua-duanya berpelukan sambil bertegur sapa dalam momen yang amat memilukan dan syahdu.

Kedua-dua figura itu sempat menghabiskan masa seketika berbual sesama mereka dan Nazim dalam nada sopan berkata: "Tuhan merahmati kamu, doakan saya, saya sudah semakin uzur."

Benedict XVI yang tersentuh dengan sapaan Nazim membalas sambil matanya berkaca: "Saya juga semakin tua." Mereka kemudian berpelukan.

Ia menimbulkan pelbagai tanggapan dalam kalangan masyarakat dunia kerana janggal bagi seorang yang dihormati dan dipandang tinggi dalam Islam memeluk seorang paderi.

Bagaimanapun, tindakan Nazim itu jelas seperti yang tercatat dalam bukunya bertajuk Love yang menegaskan dalam setiap agama kasih sayang adalah kekuatan asas kerana ia akan melahirkan perasaan hormat.

Seorang pengikut Nazim, Jehan Raqab yang berketurunan Itali dan Arab meletakkan jawatannya sebagai pegawai di PBB untuk bersama komuniti Nazim dalam meneruskan perjuangannya.

"Saya datang ke sini sekali sahaja dan sudah mula terasa seperti berada di syurga. Bila saya melihat Sheikh Nazim, beliau menyentuh hati saya bukan dengan kata-kata tetapi renungan matanya," kata Jehan.

Jehan yang pernah dibuang keluarga ketika berkhidmat bersama PBB mengakui masalah itu tidak lagi menghantui dirinya selepas hampir tiga tahun bersama Nazim di Lefke.

Dia yang masih bujang mengakui kehidupannya lebih tenang selepas meninggalkan kehidupan yang mengejar duniawi semata-mata kepada sebuah kehidupan yang sederhana seperti mendirikan solat lima waktu sehari semalam dan muraqabah berzikir.

Sementara itu, Bahauddine yang juga anak kepada Nazim berkata, seseorang manusia akan berada pada landasan yang betul dalam kehidupan sekiranya mencintai sesama manusia, masyarakat dan alam sekitar.

Katanya, penempatan di Lefke menerima saudara baru dan golongan penganut agama Islam dalam usaha mengukuhkan keimanan mereka terhadap Allah.

Sufisme

"Kebanyakan komuniti kami sangat aktif di Eropah terutamanya di London, selain Istanbul di Turki, Los Angeles dan Michigan, Amerika Syarikat," katanya.

Menantu Nazim, Sheikh Hisham Kabbani sangat aktif menyebarkan sufisme di Amerika Syarikat sejak tahun 1990. Malah, selepas serangan bom oleh pengganas di London pada tahun 2005, beliau menerajui pembentukan Majlis Sufi untuk menangani pemikiran radikal mengenai Islam.

"Menjadi tanggungjawab kita menerangkan setiap perincian mengenai Islam kepada orang luar terutamanya fahaman yang dikaitkan dengan keganasan.

"Jika kamu meneliti semula sejarah Islam, apakah pegangan asal dalam agama ini? Kamu dilarang membunuh wanita, kanak-kanak, warga emas atau membakar kediaman mereka. Tiada alasan untuk membunuh sewenang-wenangnya.

"Ini agama kami, ia sebuah agama yang sangat indah. Tetapi ia jatuh ke tangan mereka yang tidak bertanggungjawab. Saya minta maaf atas kata-kata saya ini," katanya. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Horizon

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Horizon


Misi serampang dua mata Kinabalu

Posted:

Misi serampang dua mata Kinabalu

Misi serampang dua mata Kinabalu

Oleh LUQMAN HAKIM AB. RAHIM

MENGGARU kepala Nor Azmi Mustafa, 34, apabila dimaklumkan oleh majikannya, STT Technologies Sdn. Bhd. (STT Tech) yang mahu menjadikan puncak Gunung Kinabalu sebagai matlamat untuk ditawan bersempena sambutan ulang tahun ke-20 penubuhan syarikat tersebut yang beribu pejabat di Kuala Lumpur.

Bisik hatinya, mengapa aktiviti pendakian yang memerlukan stamina tinggi menjadi pilihan majikannya?

Ini kerana ia berlawanan dengan persekitaran kerja yang dilakukan oleh 151 kakitangan syarikat itu yang menawarkan perkhidmatan perundingan sistem keselamatan.

Bukan mahu merendah diri atau memperkecil-kecilkan semangat diri sendiri dan rakan-rakan lain, namun misi tersebut seperti sukar untuk dilakukan, lebih-lebih lagi masing-masing terikat dengan rutin harian kerja yang ketat.

"Ini pengalaman pertama kami mendaki, macam mustahil hendak sampai ke puncak gunung tertinggi ini.

"Persiapan kena rapi, latihan tidak boleh culas untuk memastikan semua peserta mempunyai stamina dan kecergasan tinggi ketika mendaki gunung.

"Takut tidak sempat hendak hadap semua itu sebab masing-masing tengah sibuk bekerja," ujar Azmi yang mesra dipanggil Tomoi kepada Kosmo! ketika ditemui baru-baru ini.

Latihan

Bagaimanapun, demi memastikan ekspedisi itu berjalan lancar, Tomoi dan rakan lain mula melakukan latihan pada setiap minggu. Mereka turut mendaki bukit-bukau untuk membiasakan otot-otot badan dengan aktiviti pendakian sebelum tiba hari yang dinanti.


BERADA pada ketinggian kira-kira 914 meter dari aras laut sememangnya menguji ketahanan mental dan fizikal kakitangan STT Tech.


Biarpun terikat dengan jadual kerja yang ketat, latihan yang dirangka oleh Pengarah Projek misi tersebut, Muhammad Zharif Suhaimi, 24, tetap dilakukan.

Kesemua 20 pendaki yang terbabit tekun berlatih dan semangat mereka berkobar-kobar untuk menawan puncak gunung kelima tertinggi di Asia Tenggara itu.

Bagaimanapun, sebelum berlepas ke Sabah, peristiwa yang tidak diduga berlaku.

Setiausaha syarikat itu, Rozita Abd. Rasid yang turut menyertai kembara, memaklumkan kepada para peserta bahawa Tomoi terlibat dalam kemalangan motosikal dan mengalami kecederaan serius sekali gus terpaksa menarik diri.

Dalam perut pesawat, kesemua peserta termenung mengenang nasib Tomoi yang sedikit sebanyak melunturkan semangat mereka untuk mendaki gunung kebanggaan rakyat negeri Sabah itu.

Tidak lama selepas menjejak kaki di bandar Kota Kinabalu, masing-masing ceria apabila mendapat perkhabaran gembira yang Tomoi akan turut serta dalam pendakian tersebut.

"Saya tetap ingin teruskan pendakian bagi memastikan misi syarikat ini tercapai," tegas Tomoi.

Tepat pukul 8.30 pagi pada 2 Disember lalu, selepas mengisi perut, kumpulan tersebut memulakan pendakian melalui hutan tropika yang dipenuhi dengan anak-anak tangga menuju ke Laban Rata sejauh 6 kilometer melalui pintu Timpohon.

Tomoi walaupun cedera seperti tidak menunjukkan sebarang kelemahan dan kekurangan kudrat untuk mendaki.

PESERTA berehat seketika di sebuah pondok sebelum meneruskan pendakian.


Sebaliknya, dia bersama-sama rakan lain turut membantu Rozita, 39, yang mula keletihan lantaran laluan trek yang mendaki.

Semangat berpasukan terbentuk tanpa memerlukan arahan apabila masing-masing saling bantu.

Selain dihidangkan dengan landskap flora dan fauna yang indah sepanjang pendakian itu, ada sesuatu yang menarik berlaku dalam misi tersebut.

Kata-kata semangat menyegarkan halwa telinga sentiasa dilaungkan oleh mereka yang masih mempunyai daya ketahanan tinggi untuk menaikkan motivasi rakan-rakan yang sudah keletihan.

"Ayuh kawan, sikit lagi nak sampai pondok rehat. Kita semua boleh, percaya diri sendiri." Ini antara kata-kata pembakar semangat yang menguatkan ketahanan diri para peserta.

Beberapa ahli kumpulan itu berjaya tiba di Laban Rata kira-kira pukul 4 petang termasuk Tomoi.

Bagaimanapun, masih ramai lagi yang ketinggalan di belakang dek langkah mulai perlahan sekali gus memerlukan lebih banyak masa rehat sebelum mengumpul sisa-sisa tenaga untuk meneruskan pendakian.

Suasana di Lata Raban telah gelap-gelita, namun rakan-rakan lain masih belum juga sampai. Tanpa berfikir panjang, Tomoi memberanikan diri untuk turun semula membantu rakan lain.

Kehabisan tenaga

Akhirnya, semua peserta berjaya tiba di Lata Raban iaitu pukul 8 malam. Waktu beberapa jam sebelum pukul 2 pagi dimanfaatkan masing-masing untuk berehat sebelum memulakan baki pendakian ke puncak sejauh 3.7 kilometer yang memakan masa antara empat hingga lima jam lagi.

Rozita memujuk dirinya untuk meneruskan pendakian meskipun sudah kehabisan tenaga meredah laluan sejauh 6 kilometer sebelum ini kerana ia adalah matlamat yang hendak dicapai.

"Saya fikir, kalau saya tidak teruskan pendakian, mesti yang lain terutama golongan yang masih muda patah semangat kerana terkejut dengan cabaran pendakian ini," katanya.

Semangat juang Rozita itu dan ditambah kecekalan Tomoi yang cedera untuk menjayakan misi tersebut membuahkan hasil apabila semangat rakan sekerja lain untuk meneruskan pendakian kembali membara.


DARI kiri: Mohd. Fikrie, Abdul Azim dan Nursyafiq menuruni laluan selepas berjaya sampai ke puncak Low's Peak.


Meskipun pada penghujung skrip pendakian ini hanya enam orang warga kerja STT Tech yang berjaya sampai ke puncak, namun misi serampang dua mata ekspedisi itu berjaya dicapai.

Warga kerja yang sampai ke puncak ialah Muhammad Al Fatih Aris, 21, Azizan Harris, 27, Mohd. Fikrie Ruslan, 23, Mohd. Nursyafiq Mohd. Najib, 24, Abdul Azim Nasir, 24 dan Siti Fatimah Alias, 36.

Seramai 14 pendaki pula berjaya menjejak kaki sehingga ke kawasan South Peak, St. John Peak, Ugly Sister Peak dan Oyayu Peak yang berada 800 meter lagi dari puncak sebenar, Low's Peak.

Tomoi dan rakan-rakan lain berasa bertanggungjawab untuk menjaga Rozita yang seperti putus nyawa ketika berada dalam atmosfera dengan suhu serendah 1 darjah Celcius.

Masing-masing mengorbankan pencapaian peribadi untuk berasa megah menjejak kaki di puncak gunung tersebut.

Merasai pahit maung mendaki dalam kumpulan yang kecil mengajar erti semangat berpasukan antara satu sama lain dalam memastikan keselamatan insan-insan yang tidak berdaya dijaga.

Benar, puncak Low's Peak itu menjadi matlamat awal, namun pengurusan STT Tech memandang lebih jauh daripada itu dan ia jelas berhasil dalam aktiviti kali ini.

Bukit Merah Platform warga UiTM kukuh hubungan

Posted:

Bukit Merah Platform warga UiTM kukuh hubungan

Bukit Merah Platform warga UiTM kukuh hubungan

NURIL MUTMAINNAH ROSLAN


PARA peserta kursus bergambar bersama Mustapha Kamal (tengah) selepas sesi perkongsian pengalamannya mengenai perniagaan dan pelaburan di BMLR.


MELALUI kerja berpasukan, matlamat dan misi sesuatu organisasi dapat dicapai secara lebih menyeluruh dan berkesan. Kerja berpasukan yang baik juga akan mengurangkan masalah pembaziran tenaga dan meningkatkan motivasi dalam kalangan anggota sesebuah organisasi.

Baru-baru ini, seramai 40 orang kakitangan Jabatan Komunikasi Korporat (JKK), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Selangor telah menyertai kursus Pengukuhan Kerja Berpasukan di Bukit Merah Laketown Resort (BMLR), Perak.

Sebelum bertolak ke destinasi, Naib Canselor UiTM, Tan Sri Sahol Hamid sempat meluangkan masa bertemu warga JKK bagi memberi kata-kata semangat dan nasihat agar memanfaatkan peluang sepanjang kursus itu.

Keterujaan para peserta jelas terpancar sepanjang perjalanan selama empat jam ke BMLR. Sebaik sahaja tiba di destinasi, peserta diberi taklimat oleh pihak BMLR mengenai aktiviti yang akan dijalankan sepanjang program.

Pengarah Jabatan Komunikasi Korporat UiTM, Alfina Bakar berkesempatan menyampaikan ucapan alu-aluan dan merasmikan kursus tersebut.

AKTIVITI tali Tarzan menguji kecekapan dan kekuatan fizikal peserta.


Matlamat

Menurutnya, matlamat utama penganjuran program tersebut ialah bagi memantapkan dan menambah baik gerak kerja berpasukan dalam kalangan warga JKK.

"Program seperti ini merupakan platform terbaik untuk memupuk sifat setia kawan dan saling memahami antara satu sama lain dalam satu jabatan. Melalui setiap aktiviti, peserta dapat menguji tahap ketahanan fizikal, mental dan emosi.

"Kesemua peserta diharap dapat meneruskan semangat kerja berpasukan dan mengamalkan interaksi yang baik. Ia juga bertujuan untuk memahami konsep bekerjasama dan terus bersemangat melaksanakan tanggungjawab masing-masing," ujarnya.

Sepanjang kursus itu, peserta dihidangkan dengan pelbagai aktiviti lasak dan menguji minda. Setiap aktiviti menerapkan sifat kepimpinan dan tanggungjawab.

Para peserta juga diberi pendedahan mengenai kepentingan berfikiran positif, berdisiplin dan bertolak ansur antara satu sama lain.

Peserta dibahagikan kepada empat pasukan sepanjang program yang berlangsung selama tiga hari dua malam itu.

Aktiviti lasak

Antara aktiviti lasak yang ditempuh oleh peserta ialah ujian halangan, mencari harta karun, sukaneka, merentas hutan pada waktu malam, Laketown Amazing Race dan memburu.

Bagi aktiviti ujian halangan, peserta dikehendaki mengharungi halangan seperti sarang labah-labah gergasi, merangkak seperti komando, tali Tarzan, survivor hunt dan abseiling.

Aktiviti merentas hutan pada waktu malam merupakan antara aktiviti yang mencabar. Peserta juga berpeluang merasai keindahan alam flora dan fauna di Bukit Merah.

Laketown Amazing Race menyajikan sukaneka yang menyelitkan elemen kerjasama dalam setiap permainan. Peserta perlu menyelesaikan teka-teki, mengasingkan lima jenis kekacang dan menangkap belut.


PERJALANAN ke Pulau Orang Utan Bukit Merah dengan menaiki bot hanya mengambil masa selama lima minit.


Puas hati

Salah seorang peserta, Rozita Nordin, 47, memberitahu, dia amat berpuas hati dengan program yang dianjurkan oleh pihak UiTM itu.

"Bagi saya, survivor hunt merupakan aktiviti yang amat mencabar. Kami perlu menyiapkan dua hidangan makanan dalam masa satu jam menggunakan arang dan dapur batu yang dibuat sendiri," ujarnya yang menjalankan kesemua aktiviti tersebut secara santai.

Peserta juga berpeluang mengadakan lawatan ke Pulau Orang Utan Bukit Merah untuk melihat kehidupan orang utan secara lebih dekat.

Seorang lagi peserta, Hasrullah Hasmi, 24, berkata, kursus itu memberi peluang kepada peserta untuk bekerjasama dalam menyelesaikan setiap tugasan.

"Saya merupakan peserta paling muda dalam kursus ini dan dilantik sebagai ketua kumpulan. Tugasan itu ternyata memberi cabaran yang besar terutama untuk menguruskan ahli kumpulan yang jauh lebih berpengalaman daripada saya.

"Bagaimanapun, setiap ahli kumpulan memberi kerjasama yang baik dengan mengikuti setiap arahan yang diberikan. Saya dan pasukan juga berjaya menyelesaikan setiap tugasan dengan sempurna," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Eksekutif MK Land Holdings Berhad, Tan Sri Mustapha Abu Bakar turut menyampaikan ceramah tentang kisah kejayaannya dalam perniagaan termasuk menguruskan BMLR.

Kota Mati tumpuan pelancong

Posted:

Kota Mati tumpuan pelancong

Kota Mati tumpuan pelancong


BARISAN nama mereka yang terkorban diabadikan pada sebuah plak.


BERSESUAIAN dengan gelarannya sebagai Kota Mati, perkampungan Oradour-sur-Glane di Haute-Vienne, Perancis menjadi satu-satunya kota memori kekal Perang Dunia Kedua.

Dahulu, ia merupakan sebuah perkampungan yang aman dan sering dihiasi gelak tawa golongan kanak-kanak, tetapi musnah dalam satu malam selepas diserang tanpa sebab oleh tentera Nazi.

Dalam pembunuhan beramai-ramai itu, seramai 642 penduduk kampung termasuk wanita dan kanak-kanak mati sama ada dibakar atau ditembak selain kebanyakan bangunan seperti kediaman, dewan orang ramai dan pusat keagamaan dimusnahkan.

Terletak kira-kira 412 kilometer dari selatan Paris, kebanyakan bangunan di situ menjadi bukti kekal kekejaman Nazi selain realiti perang yang berlaku pada 10 Jun 1944 itu.

Selepas lebih lima dekad kawasan perkampungan itu ditutup, ia dibuka semula kepada pengunjung dan orang awam pada 4 Oktober 2012.

Sebelum itu, bekas Presiden Perancis, Charles de Gaulle bertindak membuka sebuah perkampungan lain berdekatan tapak asal Oradour-sur-Glane.

Alasannya, beliau mahu setiap monumen di Oradour-sur-Glane dikekalkan seperti asal.

Saat menyusuri lorong-lorong diantara bangunan yang wujud, terdapat cerita pengunjung yang meremang bulu roma kononnya roh mangsa yang dibunuh berkeliaran di kawasan itu.


SETIAP tahun Kota Mati berjaya menarik lebih 300,000 pengunjung dari seluruh dunia.


Kebanyakan keadaan bekas tapak dan monumen bangunan yang musnah masih kekal seperti enam dekad lalu.

Dibunuh

Antara lokasi yang menjadi tarikan ialah gereja perkampungan itu yang menjadi tempat ratusan wanita dan kanak-kanak dikurung sebelum dibunuh.

Lebih menarik, tiada sebarang bayaran dikenakan kepada pengunjung yang melawat tapak Oradour-sur-Glane. Pusat Peringatan pula tidak dibuka kepada pengunjung bermula pada pertengahan Disember hingga akhir Januari setiap tahun.

Laman web rasmi http://www.oradour.org yang menyediakan maklumat lengkap mengenai perkampungan tersebut turut menyenaraikan pakej melawat kawasan perkampungan pada waktu malam.

Seramai 300,000 pelancong dari seluruh dunia berjaya dikumpulkan setiap tahun. Malah, pada 4 September lalu, Presiden Jerman, Joachim Gauck berkunjung ke Perancis untuk melawat perkampungan itu.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Puteri UMNO Sungai Petani bantu mangsa banjir

Posted:

Puteri UMNO Sungai Petani bantu mangsa banjir

Puteri UMNO Sungai Petani bantu mangsa banjir

MASHITOH (tujuh dari kanan) bergambar dengan ahli Puteri UMNO Bahagian Sungai Petani semasa mengumpulkan pakaian untuk program misi kemanusiaan di Sungai Petani, Kedah baru-baru ini.


PRIHATIN. Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Sungai Petani, Kedah menganjurkan program misi kemanusiaan dengan menghulurkan sumbangan pakaian untuk mangsa banjir di negeri-negeri Pantai Timur.

Ketuanya, Mashitoh Yusoff berkata, sumbangan tersebut diharapkan dapat meringankan beban mangsa banjir yang memerlukan pakaian.

Katanya, kerja-kerja mengumpul pakaian itu berlangsung di pusat beli-belah SP Plaza Jalan Ibrahim, Sungai Petani baru-baru ini.

Turut hadir Naib Ketua UMNO Bahagian Sungai Petani, Mohd. Rodhi Rejab dan Ketua Penerangan UMNO Bahagian Sungai Petani, Datuk Mahmod Fauzi Saad.

75 kanak-kanak sertai majlis khatan anjuran Pemuda UMNO Setiawangsa

Posted:

75 kanak-kanak sertai majlis khatan anjuran Pemuda UMNO Setiawangsa

75 kanak-kanak sertai majlis khatan anjuran Pemuda UMNO Setiawangsa


FAUZEE (kanan) berbual dengan dengan kanak-kanak yang menyertai majlis berkhatan beramai-ramai anjuran Pemuda UMNO Bahagian Setiawangsa, Kuala Lumpur baru-baru ini.


RAI. Seramai 75 orang kanak-kanak yang berusia 6 hingga 12 tahun dirai dalam majlis berkhatan beramai-ramai anjuran Pemuda UMNO Bahagian Setiawangsa di Dewan Masyarakat Serindit, AU3, Keramat, Kuala Lumpur.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Setiawangsa, Ahmad Fauzee Ahmad Shahar berkata, program itu merupakan salah satu aktiviti khidmat masyarakat yang dijalankan oleh pihaknya dan turut mendapat sokongan Ketua UMNO Bahagian Setiawangsa, Tan Sri Zulhasnan Rafique.

"Program ini juga bertujuan merapatkan silaturahim dalam kalangan anggota masyarakat di kawasan ini selain menghidupkan semula budaya berkhatan secara beramai-ramai," katanya ketika ditemui pada majlis itu baru-baru ini.

Kakitangan AmBank sahut cabaran berakit di jeram

Posted:

Kakitangan AmBank sahut cabaran berakit di jeram

Kakitangan AmBank sahut cabaran berakit di jeram


SYED ANUAR (tengah) bersama sebahagian daripada 200 kakitangan AmBank yang menyertai aktiviti berakit di jeram Sungai Jahang, Gopeng, Perak baru-baru ini.


RIADAH. Seramai 200 kakitangan AmBank menyertai aktiviti berakit jeram di Sungai Jahang, Gopeng, Perak baru-baru ini.

Presiden Kelab Kumpulan AmBank, Syed Anuar Syed Ali berkata, program rekreasi yang julung-julung kali diadakan itu berjaya mengumpulkan kakitangan bank berkenaan dari seluruh negara.

Beliau berkata, selain mengeratkan lagi hubungan sesama ahli kelab, aktiviti berakit menyusuri Sungai Jahang itu bertujuan memupuk sikap mencintai alam semula jadi dalam kalangan kakitangan AmBank.

"Oleh kerana sambutan menggalakkan, kami bercadang untuk menjadikan aktiviti berakit jeram ini sebagai salah satu program tahunan," katanya yang juga Pengurus Besar Kanan Jabatan Komunikasi Korporat dan Pemasaran Kumpulan AmBank.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Tragedi selepas makan malam

Posted:

Tragedi selepas makan malam

Tragedi selepas makan malam

Oleh NASRUL FAIZ ABU AZAL
faiz.abu@kosmo.com.my

API yang marak membuatkan kereta Nissan Skyline dipandu Hall rentung dalam sekelip mata.- Gambar ihsan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia


KUALA LUMPUR - Kegembiraan lima pelayan wanita muda dari Myanmar dan Filipina keluar makan bersama seorang lelaki warga British tidak berpanjangan apabila kesemuanya ditemui rentung selepas kereta jenis Nissan Skyline yang mereka naiki terbakar setelah terlibat dalam kemalangan semalam.

Kejadian pukul 12.45 tengah malam di Jalan Kampung Pandan di sini itu berlaku apabila Simon John Hall, 40, dikatakan gagal mengawal kereta yang dipandunya itu sebelum merempuh tiang jejambat dan tercampak ke laluan bertentangan lalu terbakar.

Selain Hall, dua wanita Myanmar, Esther Sui, 26 dan Pi Pi, 20, serta tiga wanita Filipina iaitu Siso Aileen, 30, Maileen Tentative Montejo, 26, dan Mary Grace Macaraig, 24, turut maut dalam kemalangan ngeri tersebut. Kesemua mayat mereka ditemui rentung oleh pasukan penyelamat.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kosmo! Online portal berita kedua paling dicari di Malaysia pada tahun 2013

Posted:

Kosmo! Online portal berita kedua paling dicari di Malaysia pada tahun 2013

Kosmo! Online portal berita kedua paling dicari di Malaysia pada tahun 2013

KUALA LUMPUR - Kosmo! Online dinamakan sebagai portal berita kedua paling dicari di Malaysia pada tahun ini, menurut laporan yang dikeluarkan Google Zeitgest 2013 baru-baru ini.

Setiap tahun, pihak Google mengeluarkan statistik tahunan Google Zeitgeist yang memperlihatkan kata kunci yang paling hangat dan dicari ramai menerusi enjin carian Google sepanjang tahun 2013.

Berdasarkan laporan tersebut, tempat pertama portal berita paling hangat dicari di negara ini ialah Malaysiakini, diikuti Kosmo! Online dan ketiga Berita Harian.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Guru Iban ditipu kekasih siber

Posted:

Guru Iban ditipu kekasih siber

Guru Iban ditipu kekasih siber

Oleh MULLER ASEN
muller.asen@kosmo.com.my

KUCHING – Seorang guru bukan sahaja terpaksa berputih mata kerana tidak menerima wang berjumlah RM3.33 juta sebagaimana dijanjikan kekasih hati seorang lelaki Eropah malah wanita itu pula terpaksa berhabis wang simpanan berjumlah RM20,200.

Kejadian itu bermula selepas guru etnik Iban berusia 42 tahun itu mula berkenalan dengan suspek yang menggunakan nama Kelvin Brunner melalui laman sesawang Twoo pada 4 November lalu.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Skuad terjun mulakan pesta emas

Posted:

Skuad terjun mulakan pesta emas

Skuad terjun mulakan pesta emas

NAZREEN (kanan) menang pingat emas dalam acara terjun 10 meter platform lelaki semalam sementara rakannya, Tze Liang menang pingat perak.


NAY PYI TAW, Myanmar - Penerjun negara tidak perlu menunggu lama untuk memulakan pesta emas di Pusat Akuatik Wunna Theikdi apabila menyapu bersih dua pingat emas yang ditawarkan pada hari pertama gelanggang acara tersebut dibuka, semalam.

Pingat pertama acara terjun diraih menerusi Cheong Jun Hoong, 23, dalam acara 3 meter papan anjal wanita selepas memungut 327.15 mata daripada lima terjunan yang dilakukannya.

Ini sekali gus membolehkan penerjun veteran negara itu mempertahankan pingat emas yang dimenanginya di Indonesia dua tahun lalu.

"Saya tidak sangka masih mampu menang emas di Sukan SEA. Usia mungkin tidak lagi memihak kepada saya. Tetapi saya percaya Malaysia akan kekal sebagai kuasa acara terjun untuk beberapa tahun lagi," katanya yang masih mahu terus aktif mewakili negara tahun depan.

Pingat perak turut menjadi milik Malaysia menerusi Ng Yan Yee, 20, yang mengumpul 323.10 mata manakala gangsa diraih penerjun Indonesia, Indah Eka Purna (240.35 mata).

Malaysia turut menguasai kedudukan 1-2 dalam acara 10 meter platform lelaki apabila Muhammad Nazreen Abdullah menyumbang emas kedua berturut-turut daripada sukan terjun semalam.

Nazreen, 15, mengumpul 398.05 mata daripada enam terjunan untuk menewaskan rakan senegara yang lebih tua usianya iaitu Ooi Tze Liang, 20, yang terpaksa berpuas hati di tempat kedua dengan 397.20 mata manakala penerjun Indonesia, Putra Adityo Restu (338 mata), ketiga.

"Ini hadiah hari lahir saya paling bermakna tahun ini. Saya harap dapat mengikut jejak Bryan (Nickson Lomas) untuk menyumbang lebih banyak pingat untuk negara selepas ini," katanya yang menyambut hari lahir pada 22 November lalu.

Hari ini, dua lagi acara akhir akan dipertandingkan dengan ratu terjun negara, Pandelela Rinong akan turun beraksi dalam acara 10 meter platform wanita bersama Loh Zhiayi diikuti Tze Liang dan Chew Yi Wei dalam acara 3 meter papan anjal lelaki.

Kim Swee tak buat rombakan

Posted:

Kim Swee tak buat rombakan

Kim Swee tak buat rombakan


KIM SWEE (berdiri tengah) berkemungkinan tidak akan melakukan perubahan drastik dalam kesebelasan utama Harimau Muda pada aksi menentang Indonesia hari ini.


NAY PYI TAW, Myanmar - Pengendali Harimau Muda, Datuk Ong Kim Swee tidak akan membuat perubahan drastik bagi menghadapi aksi separuh akhir menentang Indonesia di Stadium Zeyyer Thiri petang ini.

Kim Swee berkata, buat masa ini, beliau tidak boleh mencuba atau memberikan ruang kepada pemain-pemain lain.

"Walaupun kepenatan, pemain-pemain perlu ada motivasi tambahan terutamanya dari segi kecergasan.

"Tidak banyak perubahan posisi yang akan saya lakukan. Mungkin hanya dua atau tiga perubahan tetapi segala-galanya bergantung selepas saya mengkaji corak persembahan Indonesia menerusi tayangan video malam ini (malam tadi)," katanya selepas mengendalikan sesi latihan ringan pasukan di lokasi penginapan pemain di Golden Guest Hotel semalam.

Ketika ini, hanya seorang pemain yang tidak dapat beraksi pada perlawanan penting itu iaitu bentang pertahanan, K. Reuben selepas pemain Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu digantung permainan kerana mengutip dua kad kuning.

Selain itu, pemain sayap kanan dan penyerang, A. Thamil Arasu mengalami kecederaan belakang, manakala D. Saarvindran cedera di bahagian pergelangan kaki.

Bagaimanapun, Kim Swee berkata, kecederaan kedua-dua pemain itu tidak serius dan situasi kapten, Mohd. Irfan Fazail juga dilaporkan cergas sepenuhnya.

Ketiadaan Reuben pasti dirasai, namun Harimau Muda masih ada beberapa pemain yang boleh menggantikan tempatnya seperti Mohamad Nasir Basharudin dan Mohd. Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham.

Kim Swee berkata, anak-anak buahnya tidak boleh mengambil mudah perlawanan menentang Indonesia itu kerana motivasi pemain-pemain mereka sangat tinggi terutamanya selepas menewaskan tuan rumah, Myanmar.

"Kemenangan itu memberikan semangat yang cukup tinggi kepada mereka. Selain itu, saya rasa mereka masih belum dapat melupakan kekalahan yang dialami pada final Sukan SEA 2011 di Jakarta lalu.

"Apa yang penting, pemain-pemain perlu fokus pada perancangan dan tidak boleh fikir perkara lain. Kami tidak boleh terus dibuai dengan kejayaan lalu kerana Indonesia akan tampil dengan rentak berbeza, pemain-pemainnya juga berbeza meskipun jurulatih yang mengendalikan skuad tersebut masih yang sama.

"Masing-masing ada kelemahan dan kekuatan tersendiri. Dalam perlawanan nanti, pemain perlu kekalkan disiplin dan melaksanakan tanggungjawab serta tugas-tugas yang telah diberikan. Mereka perlu kekal fokus," katanya.

Indonesia turut kehilangan khidmat pemain tengah, Dedi Kusnandar yang digantung perlawanan selepas mengutip dua kad kuning pada aksi peringkat kumpulan lalu.

Pada final Sukan SEA 2011, Malaysia menewaskan Indonesia 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 sepanjang tempoh permainan sebenar.

Kemenangan itu cukup bermakna buat Kim Swee kerana selain menjadi juara, beliau turut mengulangi pencapaian bekas pengendali Harimau Muda, Datuk K. Rajagobal yang memenangi pingat emas pada Sukan SEA 2009 di Vientiane, Loas.

Kini, Kim Swee bertekad untuk mempertahankan pingat emas itu, sekali gus mencatat kemenangan hatrik.

Basikal kempunan lagi

Posted:

Basikal kempunan lagi

Basikal kempunan lagi


SKUAD lebih raya negara menamatkan saingan dengan kejayaan pingat perak dalam acara lepas beramai-ramai berpasukan lelaki semalam.


NAY PYI TAW, Myanmar - Impian skuad lumba basikal lebuh raya lelaki negara untuk memenangi pingat emas dalam kategori individu acara lepas beramai-ramai lebur semalam.

Begitu pun, kekecewaan tersebut sedikit terubat apabila mereka berjaya menggenggam pingat perak dalam acara berpasukan.

Ternyata, ganjaran bernilai RM20,000 yang dijanjikan oleh Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) sekiranya berjaya menamatkan kemarau pingat emas sejak Sukan SEA 2005 di Manila, Filipina gagal menyuntik semangat pelumba-pelumba negara.

Peluang terbaik Malaysia hadir menerusi Loh See Keong tetapi pelumba pertama Asia Tenggara yang menyarung jersi pasukan profesional, Argos-Shimano itu sekadar menamatkan saingan sejauh 163 kilometer (kg) itu di tempat keempat.

Pelumba kelahiran Kelantan berusia 27 itu mencatat masa empat jam 29:51 saat (s) sekali gus tewas dengan kayuhan mantap pelumba bukan pilihan, Ariya Phounsavath dari Laos 4.27:22s yang memenangi pingat emas.

Pingat perak dan gangsa masing-masing menjadi milik Nguyen Hung Mai dari Vietnam (4.29:07s) serta pelumba Indonesia, Robin Manullang (4.29:26s).

Mohd. Saufi Mat Senan dan Mohd. Rauf Nur Misbah masing-masing menamatkan saingan di tempat ke-10 serta ke-11 dengan catatan masa yang sama iaitu 4.33:37s, manakala Mohd. Shahrul Mat Amin di kedudukan ke-16 (4.35:05s) dan Amir Mustafa Rusli di tangga ke-30 (4.44:57s).

Seorang lagi pelumba negara, Mohd. Adiq Hussainie Othman ditimpa malang apabila tayar basikalnya pancit ketika perlumbaan baru memasuki kilometer kedua.

Skuad negara yang mencatat masa keseluruhan 13 jam 37:05s turut kempunan untuk membawa pulang pingat emas dalam acara berpasukan selepas ketinggalan kepada Indonesia (13.34:33s).

Mereka sekadar berpuas hati meraih pingat perak.

Filipina memenangi pingat gangsa kategori berpasukan dengan catatan keseluruhan 13.41:04s.

Jurulatih skuad negara, Aminuddin Sulaiman mengakui kecewa selepas skuad negara gagal merealisasikan sasaran untuk memenangi satu pingat emas pada edisi ke-27 temasya dwitahunan itu.

"Pertama sekali saya ingin memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana kami gagal mencapai sasaran.

"Saya rasa, memang tidak ada rezeki kami hari ini (semalam). Tayar basikal Adiq pancit di kilometer kedua lagi dan dia merupakan pelumba yang diharapkan untuk membantu pelumba lain.

Kegagalan skuad lelaki itu turut mengulangi kekecewaan pelumba wanita, Masziyaton Mohd. Radzi yang terlepas peluang mengucup pingat gangsa kelmarin. Selain pingat perak, skuad negara turut memenangi pingat gangsa dalam acara ujian masa berpasukan (TTT) pada temasya kali ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Lelaki nyaris maut kereta terbakar di George Town

Posted:

Lelaki nyaris maut kereta terbakar di George Town

Lelaki nyaris maut kereta terbakar di George Town

18/12/2013 10:43pm

GEORGE TOWN - Seorang lelaki nyaris maut apabila kereta jenis Proton Perdana yang dipandunya secara tiba-tiba terbakar di tempat parkir kenderaan bertingkat di Lebuh Tek Soon, di sini hari ini.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Lebuh Pantai, Shamsudin Ahmad berkata, sebaik sahaja pasukannya tiba di lokasi kejadian pada pukul 3.19 petang, sebahagian besar kereta itu telah musnah dijilat api.

"Ketika kejadian pemandunya baru masuk ke dalam ruang letak kenderaan tingkat empat sebelum melihat bahagian enjin depan keretanya mengeluarkan asap dan percikan api.

"Sejurus lelaki itu keluar dari keretanya, api marak dengan pantas memusnahkan lebih 70 peratus kenderaan itu," katanya ketika dihubungi.

Katanya, enam anggota serta sebuah jentera berjaya mengawal api dari merebak dalam masa lima minit dan punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan. - Bernama

Enam rentung dalam kemalangan di Bulatan Kampung Pandan

Posted:

Enam rentung dalam kemalangan di Bulatan Kampung Pandan

Enam rentung dalam kemalangan di Bulatan Kampung Pandan

18/12/2013 10:13pm

KUALA LUMPUR - Enam warga asing rentung dalam kemalangan ngeri membabitkan sebuah kereta jenis Nissan Skyline di Bulatan Kampung Pandan, di sini awal pagi tadi.

Menurut jurucakap Polis Trafik Kuala Lumpur, mangsa yang terdiri daripada seorang lelaki warga Britain, tiga wanita warga Filipina dan dua wanita Myanmar gagal menyelamatkan diri selepas kenderaan yang dinaiki terbabas dan terbakar.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Simon John Hall, 40, pengurus syarikat Leighton Offshore, di sini; tiga wanita warganegara Filipina itu pula terdiri daripada Siso Aileen, 30; Maileen Tentative Montejo, 26; dan Mary Grace Macaraig, 24.

Dua lagi mangsa warga Myanmar yang turut maut memiliki pas United Nation High Commissioner for Refugees (UNHCR) dan dikenali sebagai Pi Pi, 20; dan Ester Sui, 26, katanya ketika dihubungi di sini.

Dalam kemalangan 12.45 pagi itu, kereta berkenaan yang dalam perjalanan ke Kampung Pandan dipercayai hilang kawalan menyebabkannya terbabas dan melanggar tiang jejambat jalan, sebelum terbakar.

Penolong Pengarah Operasi Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada kira-kira hampir 1.00 pagi sebelum dua jentera bersama 13 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pudu dan Hang Tuah dikejarkan ke tempat kejadian.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat. - Bernama

Skim harga kawalan sempena Krismas dari 23 hingga 27 Disember

Posted:

Skim harga kawalan sempena Krismas dari 23 hingga 27 Disember

Skim harga kawalan sempena Krismas dari 23 hingga 27 Disember

18/12/2013 9:58pm

PUTRAJAYA - Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Krismas 2013 akan dikuat kuasa mulai 23 hingga 27 Disember ini oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Menteri berkenaan, Datuk Hasan Malek berkata, skim kawalan harga itu akan dilaksanakan mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan antara barang yang tersenarai ialah ayam hidup dengan harga maksimum RM5.90 sekilogram, ayam standard (RM7/kg), ayam super (RM7.70/kg), ayam belanda import (RM20/kg) dan daging kambing tempatan bertulang (RM32/kg).

"Lain-lain barang ialah daging kambing biri-biri import bertulang (RM15/kg), daging kambing biri-biri import tanpa tulang dan tidak termasuk paha (RM19/kg), daging paha kambing biri-biri import bertulang (RM20/kg), telur ayam gred A (34 sen sebiji), B (33 sen) dan C (32 sen), tomato(RM3.50/kg) serta lada benggala hijau (RM7/kg).

"Peniaga harus meletakkan tanda harga berwarna merah jambu untuk barangan terbabit dan sekiranya gagal mematuhi, mereka boleh didenda sehingga RM10,000 atau kompaun sehingga RM5,000 bagi individu dan denda RM20,000 atau dikompaun sehingga RM10,000 bagi syarikat," ujarnya.

Tambahnya, peniaga yang menjual barang harga terkawal melebihi harga maksimum pula boleh didenda sehingga RM100,000 atau dipenjarakan tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya atau dikompaun sehingga RM50,000. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Singapura mahu usir 53 perusuh

Posted:

Singapura mahu usir 53 perusuh

Singapura mahu usir 53 perusuh

GAMBAR fail menunjukkan beberapa anggota polis memerhatikan sebuah kenderaan terbakar dalam rusuhan yang berlaku di Little India, Singapura pada 8 Disember lalu.


SINGAPURA - Pemerintah Singapura semalam merancang untuk mengusir 53 orang dan mengeluarkan amaran kepada kira-kira 200 orang lagi kerana terlibat dalam rusuhan paling buruk di negara ini dalam tempoh lebih 40 tahun pada 8 Disember lalu.

Menurut polis, semua 53 orang itu merupakan warga India namun seorang rakyat Bangladesh berada di dalam penjara dan dia tidak akan dibenarkan datang ke Singapura pada masa depan.

Dakwaan ke atas tujuh orang yang terlibat dalam rusuhan di Little India itu akan digugurkan sekali gus menjadikan hanya 28 orang sahaja yang akan didakwa melakukan rusuhan.

Kesemua 28 orang yang didakwa itu merupakan warga India.

Mereka akan dihukum tujuh tahun penjara jika disabit kesalahan.

Seramai 200 orang lagi itu akan hanya diberikan amaran oleh polis dan dibenarkan tinggal di Singapura.

Rusuhan itu berlaku selepas kira-kira 400 orang bertindak membakar beberapa buah kenderaan polis selepas seorang pekerja India mati akibat dilanggar sebuah bas. - Reuters

Berjalan di atas kabel di pergunungan French Alps

Posted:

Berjalan di atas kabel di pergunungan French Alps

Berjalan di atas kabel di pergunungan French Alps


MILLOT berjalan di atas kabel di depan Gunung Blanc di La Plagne, Perancis kelmarin.


LA PLAGNE, Perancis - Seorang pendaki gunung, Julien Millot menunjukkan kemahirannya dengan berjalan di atas kabel setinggi 380 meter (m) di sini kelmarin.

Millot yang merupakan bekas jurutera berjalan di atas kabel selebar lima sentimeter dari sebuah kereta kabel dengan menuju ke sebuah kereta kabel lain sejauh 60m.

Seorang rakannya, Tancred Mallet turut terlibat melakukan aksi yang sama seperti Millot di depan Gunung Blac.

Kedua-dua mereka melakukan persatuan itu bagi meraikan ulang tahun ke-10 kawasan ski Paradiski di pergunungan French Alps.

Kereta kabel itu menghubungkan resort Les Arcs, Peisey-Valandry ke sini. - Agensi

Wajah manusia berusia 5,500 tahun dihasilkan artis forensik

Posted:

Wajah manusia berusia 5,500 tahun dihasilkan artis forensik

Wajah manusia berusia 5,500 tahun dihasilkan artis forensik


GAMBAR bertarikh 11 Disember lalu menunjukkan Nilsson menghasilkan wajah manusia yang dilahirkan 5,500 tahun lalu.


LONDON - Seorang artis forensik terkenal dari Sweden, Oscar Nilsson berjaya menghasilkan semula wajah manusia lelaki purba yang berusia 5,500 tahun, lapor agensi berita AFP semalam.

Wajah manusia itu dihasilkan semula berdasarkan tengkorak dan rangka tulangnya yang ditanam di sebuah kawasan yang terletak 2.41 kilometer dari lokasi pelancongan terkenal, Stonehenge, barat England.

Nilsson menghasilkan wajah itu dengan menggunakan silikon supaya muka lelaki tersebut kelihatan mempunyai daging.

Bukti-bukti forensik menunjukkan lelaki tersebut berusia di antara 25 hingga 40 tahun.

Dia dilahirkan kira-kira 500 tahun sebelum monumen batu Stonehenge itu dibina.

Tinggi lelaki itu ialah 172 sentimeter dan beratnya sekitar 76 kilogram.

Wajah dan rangka manusia itu kini dipamerkan di Pusat Pelancongan Stonehenge, barat England. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved