Rabu, 18 Disember 2013

Kosmo Online - Komuniti Kita


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Puteri UMNO Sungai Petani bantu mangsa banjir

Posted:

Puteri UMNO Sungai Petani bantu mangsa banjir

Puteri UMNO Sungai Petani bantu mangsa banjir

MASHITOH (tujuh dari kanan) bergambar dengan ahli Puteri UMNO Bahagian Sungai Petani semasa mengumpulkan pakaian untuk program misi kemanusiaan di Sungai Petani, Kedah baru-baru ini.


PRIHATIN. Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Sungai Petani, Kedah menganjurkan program misi kemanusiaan dengan menghulurkan sumbangan pakaian untuk mangsa banjir di negeri-negeri Pantai Timur.

Ketuanya, Mashitoh Yusoff berkata, sumbangan tersebut diharapkan dapat meringankan beban mangsa banjir yang memerlukan pakaian.

Katanya, kerja-kerja mengumpul pakaian itu berlangsung di pusat beli-belah SP Plaza Jalan Ibrahim, Sungai Petani baru-baru ini.

Turut hadir Naib Ketua UMNO Bahagian Sungai Petani, Mohd. Rodhi Rejab dan Ketua Penerangan UMNO Bahagian Sungai Petani, Datuk Mahmod Fauzi Saad.

75 kanak-kanak sertai majlis khatan anjuran Pemuda UMNO Setiawangsa

Posted:

75 kanak-kanak sertai majlis khatan anjuran Pemuda UMNO Setiawangsa

75 kanak-kanak sertai majlis khatan anjuran Pemuda UMNO Setiawangsa


FAUZEE (kanan) berbual dengan dengan kanak-kanak yang menyertai majlis berkhatan beramai-ramai anjuran Pemuda UMNO Bahagian Setiawangsa, Kuala Lumpur baru-baru ini.


RAI. Seramai 75 orang kanak-kanak yang berusia 6 hingga 12 tahun dirai dalam majlis berkhatan beramai-ramai anjuran Pemuda UMNO Bahagian Setiawangsa di Dewan Masyarakat Serindit, AU3, Keramat, Kuala Lumpur.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Setiawangsa, Ahmad Fauzee Ahmad Shahar berkata, program itu merupakan salah satu aktiviti khidmat masyarakat yang dijalankan oleh pihaknya dan turut mendapat sokongan Ketua UMNO Bahagian Setiawangsa, Tan Sri Zulhasnan Rafique.

"Program ini juga bertujuan merapatkan silaturahim dalam kalangan anggota masyarakat di kawasan ini selain menghidupkan semula budaya berkhatan secara beramai-ramai," katanya ketika ditemui pada majlis itu baru-baru ini.

Kakitangan AmBank sahut cabaran berakit di jeram

Posted:

Kakitangan AmBank sahut cabaran berakit di jeram

Kakitangan AmBank sahut cabaran berakit di jeram


SYED ANUAR (tengah) bersama sebahagian daripada 200 kakitangan AmBank yang menyertai aktiviti berakit di jeram Sungai Jahang, Gopeng, Perak baru-baru ini.


RIADAH. Seramai 200 kakitangan AmBank menyertai aktiviti berakit jeram di Sungai Jahang, Gopeng, Perak baru-baru ini.

Presiden Kelab Kumpulan AmBank, Syed Anuar Syed Ali berkata, program rekreasi yang julung-julung kali diadakan itu berjaya mengumpulkan kakitangan bank berkenaan dari seluruh negara.

Beliau berkata, selain mengeratkan lagi hubungan sesama ahli kelab, aktiviti berakit menyusuri Sungai Jahang itu bertujuan memupuk sikap mencintai alam semula jadi dalam kalangan kakitangan AmBank.

"Oleh kerana sambutan menggalakkan, kami bercadang untuk menjadikan aktiviti berakit jeram ini sebagai salah satu program tahunan," katanya yang juga Pengurus Besar Kanan Jabatan Komunikasi Korporat dan Pemasaran Kumpulan AmBank.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved