Rabu, 18 Disember 2013

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Lelaki nyaris maut kereta terbakar di George Town

Posted:

Lelaki nyaris maut kereta terbakar di George Town

Lelaki nyaris maut kereta terbakar di George Town

18/12/2013 10:43pm

GEORGE TOWN - Seorang lelaki nyaris maut apabila kereta jenis Proton Perdana yang dipandunya secara tiba-tiba terbakar di tempat parkir kenderaan bertingkat di Lebuh Tek Soon, di sini hari ini.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Lebuh Pantai, Shamsudin Ahmad berkata, sebaik sahaja pasukannya tiba di lokasi kejadian pada pukul 3.19 petang, sebahagian besar kereta itu telah musnah dijilat api.

"Ketika kejadian pemandunya baru masuk ke dalam ruang letak kenderaan tingkat empat sebelum melihat bahagian enjin depan keretanya mengeluarkan asap dan percikan api.

"Sejurus lelaki itu keluar dari keretanya, api marak dengan pantas memusnahkan lebih 70 peratus kenderaan itu," katanya ketika dihubungi.

Katanya, enam anggota serta sebuah jentera berjaya mengawal api dari merebak dalam masa lima minit dan punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan. - Bernama

Enam rentung dalam kemalangan di Bulatan Kampung Pandan

Posted:

Enam rentung dalam kemalangan di Bulatan Kampung Pandan

Enam rentung dalam kemalangan di Bulatan Kampung Pandan

18/12/2013 10:13pm

KUALA LUMPUR - Enam warga asing rentung dalam kemalangan ngeri membabitkan sebuah kereta jenis Nissan Skyline di Bulatan Kampung Pandan, di sini awal pagi tadi.

Menurut jurucakap Polis Trafik Kuala Lumpur, mangsa yang terdiri daripada seorang lelaki warga Britain, tiga wanita warga Filipina dan dua wanita Myanmar gagal menyelamatkan diri selepas kenderaan yang dinaiki terbabas dan terbakar.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Simon John Hall, 40, pengurus syarikat Leighton Offshore, di sini; tiga wanita warganegara Filipina itu pula terdiri daripada Siso Aileen, 30; Maileen Tentative Montejo, 26; dan Mary Grace Macaraig, 24.

Dua lagi mangsa warga Myanmar yang turut maut memiliki pas United Nation High Commissioner for Refugees (UNHCR) dan dikenali sebagai Pi Pi, 20; dan Ester Sui, 26, katanya ketika dihubungi di sini.

Dalam kemalangan 12.45 pagi itu, kereta berkenaan yang dalam perjalanan ke Kampung Pandan dipercayai hilang kawalan menyebabkannya terbabas dan melanggar tiang jejambat jalan, sebelum terbakar.

Penolong Pengarah Operasi Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada kira-kira hampir 1.00 pagi sebelum dua jentera bersama 13 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pudu dan Hang Tuah dikejarkan ke tempat kejadian.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat. - Bernama

Skim harga kawalan sempena Krismas dari 23 hingga 27 Disember

Posted:

Skim harga kawalan sempena Krismas dari 23 hingga 27 Disember

Skim harga kawalan sempena Krismas dari 23 hingga 27 Disember

18/12/2013 9:58pm

PUTRAJAYA - Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Krismas 2013 akan dikuat kuasa mulai 23 hingga 27 Disember ini oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Menteri berkenaan, Datuk Hasan Malek berkata, skim kawalan harga itu akan dilaksanakan mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan antara barang yang tersenarai ialah ayam hidup dengan harga maksimum RM5.90 sekilogram, ayam standard (RM7/kg), ayam super (RM7.70/kg), ayam belanda import (RM20/kg) dan daging kambing tempatan bertulang (RM32/kg).

"Lain-lain barang ialah daging kambing biri-biri import bertulang (RM15/kg), daging kambing biri-biri import tanpa tulang dan tidak termasuk paha (RM19/kg), daging paha kambing biri-biri import bertulang (RM20/kg), telur ayam gred A (34 sen sebiji), B (33 sen) dan C (32 sen), tomato(RM3.50/kg) serta lada benggala hijau (RM7/kg).

"Peniaga harus meletakkan tanda harga berwarna merah jambu untuk barangan terbabit dan sekiranya gagal mematuhi, mereka boleh didenda sehingga RM10,000 atau kompaun sehingga RM5,000 bagi individu dan denda RM20,000 atau dikompaun sehingga RM10,000 bagi syarikat," ujarnya.

Tambahnya, peniaga yang menjual barang harga terkawal melebihi harga maksimum pula boleh didenda sehingga RM100,000 atau dipenjarakan tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya atau dikompaun sehingga RM50,000. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved