Khamis, 5 Disember 2013

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Rawat penduduk pedalaman Brazil

Posted:

Rawat penduduk pedalaman Brazil

Rawat penduduk pedalaman Brazil

MAIS MEDICOS atau "lebih banyak doktor" merupakan satu program yang diwujudkan kerajaan pimpinan Presiden Dilma Rousseff bagi memenuhi kekosongan dalam sistem kesihatan Brazil menggunakan tenaga doktor asing, terutamanya dari Cuba.

Tidak hanya dilihat sebagai penyelesaian kepada masalah kekurangan doktor di Brazil, usaha tersebut telah mewujudkan gelombang sokongan besar untuk melanjutkan tempoh pemerintahan Rousseff ke penggal kedua dalam pilihan raya tahun hadapan.

Langkah untuk mengambil bahagian dalam program doktor untuk dieksport yang dimulakan bekas pemerintah Cuba, Fidel Castro menjadi keutamaan Rousseff setelah kerajaannya menerima bantahan hebat daripada rakyat berhubung isu rasuah, pengangkutan awam yang teruk, pelajaran dan perkhidmatan kesihatan yang menggegarkan seluruh Brazil pada bulan Jun lalu.

Dalam tempoh beberapa minggu selepas lebih sejuta warga Brazil turun ke jalanan untuk melakukan protes kepada pihak pemerintah, wanita itu melancarkan Mais Medicos untuk menggaji lebih ramai doktor.

Brazil menandatangani perjanjian bertempoh tiga tahun untuk membawa ribuan doktor dari Cuba supaya berkhidmat di kawasan miskin dan pedalaman-lokasi bukan pilihan bagi doktor-doktor tempatan.

Di bawah satu perjanjian yang memberikan Cuba pulangan bernilai 225 juta dolar Amerika (RM723.6 juta) setahun, ribuan doktor warga Cuba dihantar ke pusat kesihatan di kampung dan wilayah miskin, merentasi kawasan timur laut Brazil yang sering diancam kemarau dan tidak memiliki doktor residen.

Wilayah Bahia, yang terletak di kawasan timur Brazil dapat membuka semula pusat kesihatan mereka yang sebelum ini ditutup akibat kekurangan kakitangan.

Penduduk Jiquitaia, sebuah perkampungan desa yang di kawasan pedalaman Bahia tidak lagi perlu menempuh perjalanan sejauh 46 kilometer untuk bertemu doktor.


DOKTOR dari Cuba, Lucia Lunes (dua dari kanan) dan Yadira Rojas (dua dari kiri) memerhatikan prosedur perubatan yang dijalankan seorang doktor tempatan, Norma Negreto (kanan sekali) di Brasilia.


Skim baharu

"Ini merupakan anugerah daripada tuhan," kata seorang pekerja ladang, Deusdete Bispo Pereira selepas diperiksa oleh Dania Alvero, seorang doktor dari Santa Clara, Cuba setelah mengadu sakit pada dada.

"Semua orang gembira kerana dia (Alvero) ada di sini. Kami bimbang kalau-kalau dia akan dihantar keluar," katanya.

Warga emas dan wanita mengandung memenuhi pusat kesihatan tersebut untuk diperiksa Alvero, sama seperti rakan setugas senegaranya, seorang pakar dalam bidang perubatan pencegahan.

"Terdapat pelbagai jenis penyakit di sini, sesetengah daripadanya pernah saya lihat menerusi buku, misalnya penyakit kusta yang tidak lagi wujud di Cuba," katanya dalam bahasa Sepanyol dan Portugal yang bercampur-campur.

Cuba telah mengeksport doktor ke luar negara untuk tempoh berdekad lamanya. Pada peringkat permulaan, ia adalah bagi membantu negara-negara membangun atas dasar ideologi. Doktor dihantar buat pertama kalinya oleh Fidel Castro sebagai satu bentuk percaturan dalam Perang Dingin dari Algeria dan Etiopia sehingga Angola dan Nicaragua.

Bagaimanapun selepas terjebak dalam krisis ekonomi akibat keruntuhan Kesatuan Soviet, Castro merancang skim baharu iaitu doktor untuk minyak dengan kerjasama bekas pemerintah Venezuela, Hugo Chavez pada tahun 2000.

Pelan yang digelar Barrio Adentro itu melibatkan penghantaran lebih daripada 30,000 rakyat Cuba untuk bekerja dalam sektor kesihatan di kawasan miskin dan setinggan di Caracas dan bandar-bandar lain di Venezuela. Ia memberi Chaves sokongan politik yang kuat dan dibayar dengan penghantaran minyak ke Cuba.

Gaji maksimum

Meskipun sebahagian besar daripada pendapatan menjadi kepunyaan kerajaan, doktor-doktor Cuba tetap berbesar hati untuk bekerja di luar negara kerana gaji yang diperoleh mereka masih jauh lebih besar berbanding negara asal. Gaji maksimum seorang doktor bersamaan dengan RM160 sebulan.

"Kami tidak dibayar gaji yang tinggi di negara kami, namun kami di sini bukan untuk wang. Kami di sini untuk membantu negara kami yang miskin," kata Lisset Brown yang bekerja di sebuah pusat kesihatan kejiranan di Ceilandia, kawasan setinggan terbesar di ibu negara Brazil, Barsilia.

Ketibaan 12 orang doktor Cuba telah meringankan beban hospital Celandia dan memperbaiki kredibiliti sistem kesihatan, kata seorang jururawat tempatan, Tania Ribeiro Mendonca.

"Rakyat melihat bahawa kerajaan telah melakukan sesuatu," katanya.


SEORANG wanita menunggu giliran untuk diperiksa Dania Alvero di sebuah pusat kesihatan bandar Jiquitaia, wilayah Bahia.


Cuba hari ini mempunyai lebihan doktor yang ramai. Menurut Bank Dunia, ia memiliki nisbah doktor berbanding populasi yang tertinggi di dunia pada nisbah 6.7 dalam 1,000 orang berbanding Brazil yang memiliki nisbah 1.8 doktor daripada 1,000 orang.

Kadar tersebut bagaimanapun lebih tinggi di kawasan bandar dan digemari doktor tempatan seperti Sao Paolo dan Rio de Janeiro iaitu empat orang doktor dalam 1,000 orang.

Persatuan doktor di Brazil pada mulanya cuba menghalang kedatangan rakan sekerja mereka dari Cuba, yang dilihat sebagai usaha untuk menghakis kepentingan dan standard perubatan mereka.

Pada ketibaan awal kontinjen doktor Cuba di lapangan terbang Fortaleza di bahagian utara Brazil pada Ogos lalu, sekumpulan doktor tempatan yang tidak berpuas hati menjerit "Hamba!" kepada mereka.

Bagaimanapun doktor tempatan terpaksa memperlahankan nada mereka apabila tinjauan pendapat awam memberitahu majoriti daripada rakyat Brazil menyokong usaha untuk menggaji rakyat asing disebabkan kekurangan doktor tempatan, meskipun masih wujud keraguan berhubung tahap kelayakan doktor dari Cuba.

Satu tinjauan yang dijalankan pada bulan November lalu menunjukkan 84.3 peratus daripada responden menyokong program Mais Medicos, meskipun hanya 66 peratus yang yakin bahawa doktor asing benar-benar layak untuk pekerjaan tersebut.

"Kami tidak menentang kedatangan doktor asing. Mereka boleh datang dari Rusia, England, Cuba atau Bolivia, namun kelulusan mereka mesti dinilai terlebih dahulu dan kerajaan tidak melakukan perkara tersebut," jelas Florentino Cardoso, Ketua Persatuan Perubatan Brazil.

Layanan tidak adil

Cardoso, seorang pakar bedah kanser mengadu bahawa Rousseff telah memberi tanggapan buruk kepada doktor tempatan dengan mengaitkan mereka kepada pelbagai kekurangan dalam sistem kesihatan Brazil.

Meletakkan lebih banyak doktor di kawasan terpencil katanya, tidak akan mengakhiri masalah kekurangan dana perubatan di kawasan bandar.

Bagi membolehkan doktor asing bekerja di Brazil, pentadbiran Rousseff melangkah piawaian normal untuk membenarkan doktor asing berkhidmat bagi tempoh tiga tahun meskipun ijazah mereka tidak disahkan oleh pihak berkuasa tempatan iaitu satu proses yang memakan masa bertahun-tahun lamanya.


ELZA VEGA Rodriguez (dua dari kiri) bersama pasukannya yang terdiri daripada pembantu perubatan tempatan.


Undang-undang bagaimanapun mengatakan mereka hanya boleh memberi perkhidmatan kesihatan asas.

Setelah tewas pada peringkat awal, doktor tempatan kini memfokuskan kritikan kepada apa yang mereka gelar sebagai layanan yang tidak adil kepada rakan sekerja mereka.

Tidak seperti doktor dari negara lain, doktor Cuba tidak dibenarkan untuk membawa keluarga mereka ke Brazil, kerajaan Cuba mendakwa hal tersebut adalah untuk memastikan mereka kembali ke Cuba.

Doktor Cuba juga hanya memperoleh sebahagian kecil daripada 10,000 reais (RM13,600) sebulan yang dibayar Brazil untuk setiap peserta program.

Pegawai kesihatan perbandaran di Bahia memberitahu, mereka menyediakan tempat tinggal percuma kepada doktor Cuba, yang dibayar sebanyak 800 reais (RM1,090) sebulan secara tunai di Brazil, manakala 1,200 reais (RM1,600) lagi diberikan kepada keluarga mereka di Cuba, sementara 8,000 reais (RM10,900) selebihnya diperoleh kerajaan Cuba, dibayar menerusi Pan-American Health Organization.

Berbanding doktor asing lain yang boleh bekerja di mana-mana tempat lain di Brazil setelah tempoh kontrak tiga tahun mereka tamat, doktor Cuba hanya boleh memilih untuk kembali ke Cuba atau memohon untuk menyertai program Mais Medicos sekali lagi.

"Kami telah menghapuskan perhambaan untuk satu jangka masa yang lama, namun hal ini seakan-akan serupa. Ia bukan cara terbaik untuk memperbaiki sistem kesihatan di Brazil," kata Eleuses Paiva, seorang doktor dan juga ahli kongres dari sebuah parti yang menyokong kerajaan campuran Rousseff.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Abdul Taib terima kunjungan hormat Duta China

Posted:

Abdul Taib terima kunjungan hormat Duta China

Abdul Taib terima kunjungan hormat Duta China

ABDUL TAIB (tiga dari kiri) menerima cenderamata daripada Chai Xi (dua dari kiri) di kediaman rasminya di Demak Jaya, Kuching, Sarawak baru baru ini.


RAI TETAMU. Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud menerima kunjungan hormat Duta Republik Rakyat China ke Malaysia, Datuk Chai Xi dan isteri, Datin Zhang Rufen di kediaman rasminya di Demak Jaya, Kuching, Sarawak baru-baru ini.

Terdahulu, Chai Xi yang diiringi Menteri Kewangan Kedua Sarawak, Datuk Seri Wong Soon Koh merasmikan pejabat Bank of China, Cawangan Kuching dan pejabat Pusat Perkhidmatan Permohonan Visa China di Kuching.

Hadir sama isteri Abdul Taib, Puan Sri Ragad Kurdi Taib, Konsulat Jeneral Republik Rakyat China di Kuching, Liu Quan dan Pengurus Besar Bank of China di Malaysia, Wong Hong Wei.

500 pelajar politeknik sertai kem tahunan Askar Wataniah

Posted:

500 pelajar politeknik sertai kem tahunan Askar Wataniah

500 pelajar politeknik sertai kem tahunan Askar Wataniah


SEBAHAGIAN daripada 500 anggota dan pelajar bergambar pada Kem Tahunan Wilayah Tentera Politeknik Malaysia di Lapang Sasar PGA Kulim, Kedah baru-baru ini.


LATIHAN. Kira-kira 500 pelajar dari 11 politeknik di negara ini menyertai Kem Tahunan Wilayah Tentera Politeknik Malaysia Kali Kelapan tahun 2013 yang diadakan di Lapang Sasar Pasukan Gerakan Am Kulim, Kedah baru-baru ini.

Pelajar terbabit yang merupakan sukarelawan Askar Wataniah dari pusat pengajian masing-masing menghadiri kem tahunan tersebut selama tiga hari yang dianjurkan oleh Rejimen 509 Askar Wataniah.

Mereka diberikan pendedahan mengenai aktiviti Latihan Medan Masuk Hutan, latihan dan pertandingan menembak serta karnival sukan.

Program tersebut dirasmikan oleh Komander Rejimen 509 Askar Wataniah yang juga Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Brig. Jen. Prof. Datuk Kamarudin Hussin.

KMIB adakan mesyuarat agung keempat di Ipoh

Posted:

KMIB adakan mesyuarat agung keempat di Ipoh

KMIB adakan mesyuarat agung keempat di Ipoh


ABDUL GHANI (duduk, tengah) dan Alias (duduk, dua dari kiri) bersama sebahagian ahli-ahli Koperasi Mega Ipoh Berhad selepas mesyuarat agung keempatnya di Ipoh, Perak baru-baru ini.


MESYUARAT. Koperasi Mega Ipoh Berhad (KMIB) yang terlibat dalam pemborongan beras, makanan ringan dan produk sejuk beku melantik 12 ahlinya sebagai ahli lembaga pengarah dalam mesyuarat agung keempatnya di Ipoh, Perak baru-baru ini.

Pengerusinya, Datuk Abdul Ghani Ngah berkata, walaupun baru ditubuhkan empat tahun lalu, koperasi itu berjaya meraih pelbagai kejayaan dalam memajukan aktiviti ekonomi .

Koperasi Mega Ipoh Berhad berhasrat menembusi pasaran jualan beras di utara tanah air dalam tempoh setahun akan datang.

Mesyuarat agung tersebut dirasmikan Timbalan Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Perak, Alias Anai Hai.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Bantuan khas mangsa banjir

Posted:

Bantuan khas mangsa banjir

Bantuan khas mangsa banjir

Oleh HAFIZ ABBAS, MAZLINA ABDUL MAJID, NADZARUL AMIR ZAINAL AZAM, MOHD. ZAINI SAMSU HADI, ADHAM SHADAN, KHAIRI MOHAMAD dan SHAHRULANOOR ISHAK
berita@kosmo.com.my

SULTAN Pahang, Sultan Ahmad Shah berkenan melawat dan bertanya khabar mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Banjir di SKJC Chung Ching, Kuantan semalam.


KUANTAN - Kerajaan sedia menimbangkan kemungkinan memberi bantuan khas kepada mereka yang ditimpa musibah banjir yang melanda di beberapa negeri di Pantai Timur ketika ini.

"Kita akan timbang apa yang patut selepas ini," kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada pemberita selepas meninjau kawasan yang dilanda banjir di negeri ini semalam.

Pada sebelah pagi Najib menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung UMNO 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di ibu negara sebelum bergegas meninggalkan perhimpunan itu untuk meninjau keadaan banjir di Pahang.

Terdahulu Perdana Menteri menaiki helikopter meninjau kawasan yang dilanda banjir sebelum singgah di pusat pemindahan banjir di Pekan iaitu Sekolah Menengah Sains Sultan Ahmad Shah dan Sekolah Kebangsaan Sinar Mutiara serta Sekolah Kebangsaan Sungai Puteri di Rompin.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Bah di Kelantan, Terengganu makin buruk

Posted:

Bah di Kelantan, Terengganu makin buruk

Bah di Kelantan, Terengganu makin buruk


MENTERI Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek merangkap Ahli Parlimen Kemaman (tengah) meninjau keadaan banjir di sekitar Kemaman petang semalam.


KOTA BHARU - Banjir yang masuk hari keempat semalam menyaksikan musim tengkujuh di Kelantan dan Terengganu bertambah buruk dengan mangsa yang dipindahkan meningkat.

Di Kelantan, mangsa banjir yang dipindahkan meningkat kepada 2,078 manakala Terengganu 7,163.

Keadaan sebaliknya berlaku di Pahang, Johor dan Melaka apabila air di semua kawasan yang banjir mulai surut.

Mengikut portal rasmi kerajaan negeri Kelantan, jajahan Kuala Krai mencatatkan jumlah terbesar mangsa banjir yang berpindah iaitu 753 orang di enam pusat pemindahan di Mengkebang dan Olak Jeram.

Di jajahan Machang, 242 orang dipindahkan di lima pusat pemindahan iaitu di Ulu Sat, Labok, Pulai Chondong dan Temangan sementara di Pasir Puteh, seramai 109 orang dipindahkan di tiga pusat iaitu di Limbongan, Gong Datok dan Bukit Awang.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Amaran jangan naikkan harga

Posted:

Amaran jangan naikkan harga

Amaran jangan naikkan harga

KUALA LUMPUR - Para peniaga yang cuba mengambil kesempatan menaikkan harga barang makanan dengan sesuka hati di kawasan yang terjejas banjir akan dikenakan tindakan tegas.

Bagaimanapun, Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hasan Malek berkata, pada masa ini belum ada aduan berhubung kenaikan harga barang di kawasan dilanda banjir.

Menurut beliau, para peniaga harus mengambil kira kesusahan dilalui mangsa-mangsa banjir dengan meletakkan harga barang pada kadar biasa meskipun mereka terlibat sama dengan bencana itu.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Sindrom minat artis melampau

Posted:

Sindrom minat artis melampau

Sindrom minat artis melampau

KONTROVERSI yang dicetuskan oleh Miley seharusnya menjadi sempadan kepada para peminatnya.


BERITA mengenai perkahwinan artis popular, Rozita Che Wan menjadi topik yang hangat diperbualkan di media massa dan laman sosial. Ia menjadi sensasi bukan sahaja kerana jumlah tajaan perkahwinan yang mencecah nilai jutaan ringgit, tetapi kerana ada peminat yang merasakan artis idola mereka tidak sewajarnya menjadi milik orang lain.

Begitulah yang biasa terjadi kepada hampir kebanyakan artis popular di seluruh dunia. Gerak geri mereka diperhatikan. Setiap aktiviti mereka mendapat perhatian. Malah, apa sahaja yang dilakukan oleh artis pujaan mereka ini dianggap istimewa.

Peminat fanatik ini sanggup membelanjakan wang yang banyak bagi membolehkan mereka dapat melakukan apa yang dilakukan oleh artis kesayangan mereka ini. Antaranya termasuklah fesyen rambut, gaya pakaian, solekan, mahupun cara berjalan.

Sindrom puja artis

Walaupun minat yang melampau ini bukanlah sesuatu yang janggal, tetapi penyelidikan psikologi oleh Dr. John Maltby dari University of Leicester beranggapan, ia adalah sebahagian sindrom psikologi yang dikenali sebagai sindrom memuja selebriti.

Ia merupakan sindrom yang menyebabkan peminat merasakan mereka seolah-olahnya ada ikatan secara langsung dengan artis idola mereka tadi, walaupun hakikatnya artis tadi mungkin tidak mengenalinya.

PENAMPILAN Yuna menjadi ikutan sebahagian anak-anak muda.


Peminat yang biasa mungkin hanya sekadar mengambil tahu mengenai kehidupan artis idola mereka, tetapi kepada yang ekstrem, mereka merasakan bahawa artis yang mereka minati ini sebagai kekasih. Tahap yang kritikal ini dinamakan sebagai borderline-pathological.

Walaupun minat yang melampau terhadap artis ini mungkin sesuatu yang normal dalam dunia hari ini, bagaimanapun ia tidak semestinya baik dalam semua keadaan.

Terutamanya apabila ada peminat yang terlalu fanatik dengan idola mereka. Ada perlakuan-perlakuan buruk yang dilakukan oleh artis terbabit mungkin diikuti oleh peminat yang merasakan bahawa apa sahaja yang dilakukan adalah betul dan istimewa.

Mereka akan melakukan apa sahaja yang mampu menjadikan mereka sama seperti artis yang diminati.

Sama ada secara kebetulan atau tidak, kematian artis popular Hong Kong, Leslie Cheung yang membunuh diri dengan terjun dari bangunan pada 1 April 2003 telah diikuti oleh lima kes membunuh diri dengan cara yang sama oleh beberapa individu lain dalam tempoh sembilan jam berikutnya.

Malah, satu laporan yang dikeluarkan oleh University of Hong Kong, menunjukkan peningkatan mendadak kes bunuh diri dengan cara terjun dari bangunan sepanjang bulan April itu kebanyakannya berumur antara 25 hingga 39 tahun.

Pada tahun 1986, seorang penyanyi wanita popular Jepun, Okada Yukiko telah terjun dari bangunan pejabatnya. Ketika itu, beliau berusia 20 tahun. Berdasarkan statistik, daripada 500 kes bunuh diri yang dilaporkan pada tahun 1985, angka tersebut meningkat kepada 800 kes pada tahun tersebut.

Majoritinya ialah mereka yang berumur kurang 20 tahun.

Walaupun kes bunuh diri ini mungkin disebabkan oleh pelbagai faktor lain, bagaimanapun sesetengah pengkaji melihatnya sebagai satu bentuk sindrom minat yang melampau terhadap artis kesayangan mereka.

Apa yang berlaku kepada idola mereka menyebabkan mereka berasa kecewa dan merasakan hidup tidak lagi bermakna.

Lihatlah, betapa hubungan antara artis dan peminat adakalanya menjangkaui tahap kewarasan manusia. Bagi sesetengah individu, mereka mungkin tidak merasakan apa-apa dengan kehadiran seseorang artis.

Tetapi, ia berbeza dengan golongan yang terlalu obses dengan seseorang artis.


CHEUNG yang membunuh diri menyebabkan tragedi yang sama berulang dalam tempoh sembilan jam selepas kematiannya.


Imej baharu

Dalam pada itu, kehadiran Yuna dan Najwa Latif dalam persada seni tanah air bukan sekadar menceriakan industri seni tanah air, lebih penting penampilan mereka setidak-tidaknya menggalakkan anak-anak gadis tampil sopan dan bertudung. Ia mungkin satu perubahan yang baik, setidak-tidaknya mampu memberikan imej baharu kepada anak muda.

Bagaimana pun, bayangkan jika ada artis idola yang membawakan imej yang mungkin tidak sesuai dalam norma masyarakat tertentu.

Kontroversi penyanyi muda Amerika, Miley Cyrus yang berbogel dalam satu klip videonya mungkin bukanlah satu imej baik kepada mereka yang terlalu fanatik dengan kehidupan artis.

Tidak kurang juga berita yang mengaitkan artis-artis tertentu yang menjalani kehidupan tidak bermoral dan menyimpang daripada norma masyarakat dan agama.

Semua ini tentu sahaja merosakkan peminat yang tidak mampu menyaring antara minat terhadap karya seni dan individu.

Kesimpulannya, sejauh mana sekali pun kita meminati seseorang artis, ia harus ada batasan. Mereka mempunyai kehidupan peribadi sendiri, sebagai peminat kita juga harus mempunyai sempadan dalam meminati mereka. Mereka adalah milik peminat, tetapi bukanlah dalam semua perkara.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


KJ: Kita harus garang di Myanmar

Posted:

KJ: Kita harus garang di Myanmar

KJ: Kita harus garang di Myanmar

Oleh SHANIKA ABDULLATIB
shanika.latib@kosmo.com.my

KONTINJEN negara bergambar kenangan dengan Khairy (tengah barisan belakang) selepas majlis penyerahan Jalur Gemilang kepada kontinjen negara di Bukit Jalil semalam.


MENTERI Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mahu kontinjen Malaysia terus garang dan jangan mudah mengaku kalah walaupun berdepan cabaran sengit untuk meraih pingat di Sukan SEA Myanmar nanti.

Menurut beliau, persembahan atlet negara pada temasya dwitahunan itu yang membuka tirai pada 11 hingga 22 Disember turut membawa bersama harapan 28 juta penduduk Malaysia.

"Saya harap, biarlah ketika pasukan lain meninggalkan kolam atau arena pertandingan, mereka akan ingat bahawa mereka telah berdepan atlet terbaik negara di Sukan SEA.

"Bukan sahaja akan ingat atlet kita yang berjaya meraih pingat tetapi mempunyai semangat dan tahap disiplin yang tinggi," kata Khairy selepas majlis penyerahan Jalur Gemilang kepada kontinjen negara di Majlis Sukan Negara (MSN) di Bukit Jalil, semalam.

Tidak mahu terlalu meletakkan tekanan yang tinggi untuk mencapai sasaran 40 pingat emas, Khairy percaya 556 atlet yang bertanding sudah 100 peratus bersedia untuk bertempur.

"Dengan latihan yang dilalui sepanjang masa serta penyertaan di kejohanan bertaraf antarabangsa yang lain, saya yakin para atlet telah bersedia untuk berjuang di Myanmar.

"Saya juga yakin, mereka akan dapat melakukan yang lebih baik berbanding sebelum ini. Selagi mereka tidak berputus asa, pingat akan menjadi milik mereka," kata Khairy.

Khairy juga percaya, urusan kontinjen negara sepanjang berada di Nay Pyi Taw, Yangon, Mandalay dan pantai Ngawe Saung akan berjalan dengan lancar di bawah kepimpinan Ketua Kontinjen (CDM) Datuk Wira Amiruddin Embi.

"Saya berharap tiada masalah besar akan timbul sepanjang kontinjen negara berada di sana. Sekali pun ada, saya percaya ia akan ditangani dengan baik kerana pegawai yang dihantar termasuk pegawai perubatan mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang masing-masing," jelas Khairy.

Dalam pada itu, pembawa bendera negara, Sazali Abdul Samad optimis atlet negara dapat melakukan yang terbaik dan akan bekerja keras untuk membawa pulang pingat.

"Sekurang-kurangnya pingat gangsa dalam acara masing-masing. Kita tidak mahu balik dengan tangan kosong walaupun tahu, tugasan di Myanmar tidak semudah yang dijangka," kata jaguh bina badan negara itu.

Dua gangsa daripada chinlone

Posted:

Dua gangsa daripada chinlone

Dua gangsa daripada chinlone

Daripada NORZASRUDIN
MOHAMED NOR
norzasrudin@kosmo.com.my


SKUAD chinlone negara sekali lagi meraih dua pingat gangsa dalam acara Tahap 2 pada Sukan SEA 2013 di Myanmar semalam.


NAY PYI TAW, Myanmar - Skuad chinlone lelaki dan wanita negara mengutip dua lagi pingat gangsa dalam acara Tahap 2 di Stadium Tertutup Wunna Theikdi B semalam.

Skuad lelaki yang dibimbing Nurudin Pawi berjaya mengutip 188 mata untuk menduduki tempat keempat di belakang Thailand (256 mata), Kemboja (249 mata) Laos (215 mata), manakala Singapura di tempat tercorot (109 mata).

Pingat emas acara tersebut dimenangi Thailand selepas menewaskan Kemboja 256-236 mata pada perlawanan akhir selepas skuad lelaki dan wanita Myanmar tidak mengambil bahagian dalam acara ini.

"Seperti mana yang kami beritahu sebelum ini, kami hanya meletakkan sasaran untuk memenangi pingat

gangsa dalam acara ini. Kami akan memastikan pingat perak menjadi milik Malaysia apabila beraksi dalam acara Tahap 1 esok (hari ini)," kata Nurudin kepada Kosmo! semalam.

Bagaimanapun, Nurudin berkata, kejayaan skuad lelaki memenangi dua pingat gangsa dalam acara sukan sepak takraw tradisi Myanmar ini boleh dianggap sebagai satu pencapaian yang baik berdasarkan persiapan yang dilakukan sebelum ini.

"Chinlone buat pertama kalinya di pertandingan pada Sukan SEA. Kami tidak ada pemain khusus untuk beraksi dalam acara ini. Rata-rata pemain negara yang menyertai acara ini terdiri daripada skuad elit B.

"Kami membuat persiapan kurang daripada dua bulan berbanding Myanmar, Thailand dan Laos. Mereka mempunyai pemain khusus dan sudah berlatih untuk satu tempoh yang panjang," katanya.

Sementara itu, skuad wanita yang dibimbing Mohd. Fikri Mohd. Nor itu bernasib baik apabila menamatkan saingan ditempat ketiga daripada tiga pasukan yang bertanding.

"Seperti mana yang diketahui, hanya tiga pasukan beraksi dalam acara ini. Secara tidak langsung, satu pingat sudah dijangka menjadi milik Malaysia dan saya berpuas hati dengan kejayaan ini.

"Esok (hari ini), kami akan cuba mengutip satu lagi pingat," kata Mohd. Fikri.

Pada aksi semalam, skuad negara berjaya mengumpul 110 mata berbanding Thailand (200 mata), manakala Laos (180 mata).

Thailand memenangi pingat emas selepas menewaskan Loas 202-192 pada aksi final.

Hasil kejayaan itu, Thailand kini berkongsi dua pingat emas dengan Myanmar selepas pasukan tuan rumah menguasai acara Tahap 3 kelmarin.

Pada saingan terakhir chinlone hari ini, dua lagi pingat emas bakal menjadi rebutan dalam acara Tahap 1.

Sedia rentap New Zealand

Posted:

Sedia rentap New Zealand

Sedia rentap New Zealand

Oleh SHAHRIL NIZAM ABDULLAH
shahril.abdullah@kosmo.com.my


MIRNAWAN (kanan) sentiasa membakar semangat anak-anak buahnya bagi menghadapi Piala Dunia Remaja 2013 yang bermula di New Delhi, India hari ini.


MALAYSIA sudah bersedia sepenuhnya untuk memulakan kempen pada Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja 2013 di India dengan mengutip tiga mata penuh ketika menentang New Zealand dalam aksi pertama di Stadium Hoki Dyan Chand, New Delhi hari ini.

Pengurus pasukan, Mirnawan Nawawi menjelaskan, tahap moral barisan pemainnya kini dalam keadaan terbaik selepas menjalani beberapa sesi latihan taktikal, strategi serta kekuatan psikologi sejak tiba di New Delhi.

Meskipun mengakui perasaan gementar sudah pasti wujud dalam diri setiap para pemain, namun Mirnawan yakin anak-anak buahnya mampu menangani situasi tersebut kerana telah dilatih pakar psikologi daripada Institut Sukan Negara (ISN).

"Seperti biasa saya lihat moral pemain kita berada pada tahap tertinggi dan begitu bersemangat," jelas Mirnawan semalam.

"Hari ini (semalam) kami telah menjalani beberapa sesi latihan dalam segi taktikal, fizikal serta mental.

"Mungkin ada dalam kalangan mereka yang berasa gemuruh, tetapi perkara ini adalah biasa bagi semua atlet sukan dunia.

"Saya rasa ia bukan satu masalah besar kerana saya yakin pemain kita telah dilatih dengan baik oleh pakar psikologi dari ISN, Muhd. Sallehin Abd. Jalil bagi menangani situasi ini."

Pertemuan dengan New Zealand hari ini dilihat sebagai penentu Malaysia memburu tiket suku akhir, namun Mirnawan menjelaskan, peluang anak-anak buahnya mengutip tiga mata berharga ke atas pasukan Kiwi itu masih terbuka luas.

"Misi kita esok (hari ini) adalah mengutip tiga mata, namun jika semuanya gagal berjalan dengan lancar, saya berharap kita masih mampu sekurang-kurangnya mencuri satu mata.

"Daripada analisis perlawanan New Zealand dan Australia baru-baru ini, saya rasa New Zealand bukan satu pasukan yang mudah untuk dikalahkan.

"Namun saya masih percaya kepada kemampuan pemain kita yang mana sebenarnya mereka mampu menewaskan mana-mana pasukan.

"Apa yang penting kita tidak boleh melepaskan gol yang mudah dan harus menggunakan peluang yang dicipta sebaik mungkin," ujarnya lagi.

Mengenai kelemahan pukulan sudut penalti ketika Malaysia tumpas 0-2 pada aksi persahabatan dengan Jerman dan Pakistan dua hari lalu, Mirnawan berkata: "Kami telah melakukan analisa tentang pukulan sudut penalti dan mungkin akan melakukan direct flick.

"Tetapi kami juga akan menggunakan set piece jika tiada pilihan lain. Apa pun kami masih tetap meletakkan kepercayaan terhadap pakar flick kita, Shahril Saabah dan Zulhairi Hashim untuk menyempurnakan direct flick."

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Banjir: 34,058 mangsa banjir berada di pusat pemindahan di Pahang

Posted:

Banjir: 34,058 mangsa banjir berada di pusat pemindahan di Pahang

Banjir: 34,058 mangsa banjir berada di pusat pemindahan di Pahang

05/12/2013 11:24pm

KUANTAN - Seramai 34,058 mangsa banjir masih ditempatkan di pusat-pusat pemindahan banjir di Pahang.

Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontingen Pahang, sehingga pukul 10 malam ini, semua mangsa adalah dari tujuh daerah iaitu Kuantan, Pekan, Rompin, Maran, Jerantut, Lipis dan Temerloh.

"Kuantan masih mencatatkan jumlah mangsa paling ramai iaitu 27,587 orang yang ditempatkan di 48 pusat pemindahan," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Di Rompin, seramai 4,180 mangsa banjir di 14 pusat pemindahan, Pekan 3,091 mangsa di 16 pusat pemindahan, Maran, 49 mangsa di enam pusat, Jerantut 311 mangsa di 11 pusat, Lipis 21 mangsa di dua pusat dan Temerloh dengan tujuh mangsa di satu pusat pemindahan.

Sementara itu, beberapa jalan utama masih ditutup akibat dinaiki air melebihi satu meter, antaranya KM 28 Jalan Sungai Lembing-Kuantan, KM 51 Jalan Kuantan-Kemaman, Batu 3 Jalan Kuantan-Gambang, KM 72 Jalan Kuantan-Segamat, KM 62 Jalan Kuantan-Rompin dan Jalan Utama Jerantut-Kuala Lipis.

Polis turut menasihati orang ramai supaya berjaga-jaga dan bersiap sedia berpindah berikutan masih berterusan, malam ini. - Bernama

Banjir: Jumlah mangsa di Johor meningkat semula di sebelah malam

Posted:

Banjir: Jumlah mangsa di Johor meningkat semula di sebelah malam

Banjir: Jumlah mangsa di Johor meningkat semula di sebelah malam

05/12/2013 10:54pm

JOHOR BAHRU - Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di Johor meningkat kepada 2,852 orang malam ini berbanding 2,027 orang di sebelah petang.

Mengikut maklumat portal bencana Majlis Keselamatan Negara yang dikemas kini pada pukul 9 malam, peningkatan berlaku di Kluang iaitu 774 orang berbanding 233 orang di sebelah petang.

Peningkatan juga berlaku di Segamat iaitu 491 berbanding 476 orang dan Pontian 476 (403 orang); selain pembukaan semula pusat pemindahan di Muar dengan jumlah mangsa yang sama iaitu 217 orang dan di Ledang dengan lapan mangsa.

Jumlah mangsa di Batu Pahat pula menurun daripada 503 orang kepada 474 orang manakala jumlah mangsa di Mersing dan Kota Tinggi masing-masing kekal pada 194 dan 218 orang. - Bernama

Banjir: 1,111 mangsa di Terengganu dibenarkan pulang

Posted:

Banjir: 1,111 mangsa di Terengganu dibenarkan pulang

Banjir: 1,111 mangsa di Terengganu dibenarkan pulang

05/12/2013 10:52pm

KUALA TERENGGANU - Jumlah mangsa banjir di Terengganu menurun kepada 6,052 orang malam ini berbanding 7,163 orang pada siang hari ekoran cuaca cerah di kebanyakan tempat.

Berikutan perkembangan itu, 1,111 orang dibenarkan pulang ke rumah masing-masing setelah air mulai surut di sebelah petang.

Menurut portal Majlis Keselamatan Negara setakat pukul 9 malam ini, sejumlah 1,559 keluarga masih berada di 82 pusat pemindahan berbanding 91 buah pada petangnya di seluruh Terengganu.

Daripada jumlah itu, 13 buah di Hulu Terengganu, Dungun (29), Kemaman (31), Marang dan Setiu masing-masing (4) dan Setiu (1).

Kemaman mencatat mangsa banjir paling ramai pulang ke kediaman masing-masing iaitu 1,468 orang, diikuti Dungun (538), Hulu Terengganu (90) dan Marang (63).

Bagaimanapun daerah Setiu dan Besut kini mula dilanda banjir apabila hujan beralih arah ke utara Terengganu.

Sebanyak 99 mangsa dicatatkan di Setiu manakala di Besut pula enam orang daripada dua keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan Surau Kayu Kelat pukul 12 tengah hari apabila kawasan rumah mereka dinaiki air. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Penunjuk perasaan bersihkan jalan di Bangkok

Posted:

Penunjuk perasaan bersihkan jalan di Bangkok

Penunjuk perasaan bersihkan jalan di Bangkok

SEBAHAGIAN penunjuk perasaan yang membersihkan jalan raya di Monumen Demokrasi.


BANGKOK - Sejumlah penunjuk perasaan antikerajaan pimpinan Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra membersihkan jalan raya di Ratchadanoen di sini semalam.

Para penunjuk perasaan itu melakukan kerja-kerja pembersihan selepas jalan raya itu dicemari dengan sampah akibat tunjuk perasaan sebelum ini.

Tunjuk perasaan bagi meminta Yingluck meletakkan jawatan itu berakhir buat seketika sejak semalam bagi menghormati hari keputeraan kali ke-86 pemerintah Thailand, Raja Bhumibol Adulyadej.

Sambutan hari keputeraan itu akan bermula pada hari ini.

Gabenor Bangkok, Sukhumbhand Paribatra mengarahkan beberapa buah trak air dan sampah dihantar bagi membantu para penunjuk perasaan itu membersihkan jalan raya.

Tunjuk perasaan itu bermula sejak 24 November lalu bagi meminta Yingluck meletakkan jawatan kerana beliau dianggap sebagai boneka abangnya, Thaksin Shinawatra yang juga bekas perdana menteri yang digulingkan tentera pada tahun 2006.

Thaksin yang merupakan seorang bilionair kini hidup dalam buangan bagi mengelak menjalani hukuman penjara selama dua tahun akibat kesalahan rasuah di Thailand.

Beberapa pihak menyumbangkan penyapu dan peralatan pembersihan lain kepada para penunjuk perasaan itu.

Menurut akhbar Bangkok Post, sebuah kumpulan lain turut membersihkan Kementerian Luar yang sebelum ini pernah diduduki para penunjuk perasaan.

Dalam pada itu, sejumlah lagi penunjuk perasaan memasuki ibu pejabat polis di Bangkok.

Namun, mereka kemudian meninggalkan ibu pejabat tersebut selepas mendudukinya buat seketika.

Yingluck turut kembali bertugas seperti biasa di pejabatnya selepas keadaan di Bangkok tenang buat seketika setelah satu siri tunjuk perasaan antikerajaan dilakukan.

Namun, beliau membuat kenyataan dengan meminta ketua penunjuk perasaan Suthep Thaugsuban perlu menyerah diri kepada pihak berkuasa.

Suthep yang merupakan bekas timbalan perdana menteri mengetuai tunjuk perasaan antikerajaan bagi menggulingkan Yingluck. - Agensi

Roket milik bilionair berlepas ke angkasa lepas

Posted:

Roket milik bilionair berlepas ke angkasa lepas

Roket milik bilionair berlepas ke angkasa lepas


ROKET Falcon-9 berlepas dari Stesen Tentera Udara Cape Canaveral di Florida kelmarin.


CAPE CANAVERAL - Roket Falcon 9 yang tidak mempunyai juruterbang dan membawa sebuah satelit komersial berlepas ke angkasa lepas kelmarin.

Roket itu membawa satelit sebuah syarikat dari Luxembourg.

Syarikat Space Exploration Technologies milik bilionair internet di Amerika Syarikat, Elon Musk.

Ia juga merupakan satelit pertama yang dilancarkan oleh syarikat itu.

Roket tersebut berlepas dari Stesen Tentera Udara Cape Canaveral di Florida pada pukul 5.41 petang waktu tempatan.

Sebelum ini dua percubaan untuk melancarkan roket tersebut mengalami kegagalan ekoran masalah teknikal.

Para jurutera kemudian mendapati masalah itu berpunca daripada oksigen yang terdapat di dalam sistem enjin roket tersebut.

Roket itu membawa satelit seberat 3,175 kilogram yang dimiliki syarikat SES.

Sebelum ini, syarikat SES menggunakan roket Proton buatan Rusia dan European Ariane milik Agensi Angkasa Lepas Eropah untuk menghantar satelitnya ke angkasa lepas.

Satelit itu akan digunakan untuk menyediakan perkhidmatan memancarkan siaran televisyen kabel dan untuk perkhidmatan komunikasi lain di negara China, India dan Vietnam. - Agensi

Lautan awan di Taman Negara Grand Canyon

Posted:

Lautan awan di Taman Negara Grand Canyon

Lautan awan di Taman Negara Grand Canyon


LAUTAN awan kelihatan di kawasan Taman Negara Grand Canyon di Arizona pada Jumaat lalu.


PHOENIX, Amerika Syarikat - Lautan awan menyelubungi kawasan pergunungan Taman Negara Grand Canyon di Arizona pada Jumaat lalu, lapor agensi berita Reuters semalam.

Fenomena unik itu berlaku disebabkan keadaan cuaca panas dan sejuk yang saling berinteraksi di kawasan tersebut.

Seorang pegawai meteorologi di Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan di Flagstaff, Robert Bohlin berkata, fenomena itu berlaku apabila udara sejuk terperangkap di bawah lapisan wap panas. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Berkat restu bapa

Posted:

Berkat restu bapa

Berkat restu bapa

T ETAP MENANTIMU , judul lagu yang menjadi hit saat ini. Lebih-lebih lagi selepas ia dijadikan lagu runut bunyi untuk drama rantaian popular Love You Mr. Arrogant yang berjaya mencatat rating sehingga 4.6 juta penonton.

Bagi penyanyinya Nomad, biarpun namanya masih tidak begitu dikenali berbanding lagu nyanyiannya, dia mengaku lega. Lega kerana akhirnya perjalanan karier nyanyiannya semakin lancar.

Semuanya berkat restu daripada bapanya yang selama ini tidak mengizinkannya terlibat dalam bidang nyanyian.

"Sejak umur enam tahun lagi saya dilatih bermain badminton oleh ayah. Bila umur mencecah 18 tahun, saya berjaya mewakili negeri dalam pertandingan badminton.

Bagaimanapun, selepas masuk Kolej Islam Antarabangsa, daripada minat main badminton, tiba-tiba minat saya tertumpah pula pada bidang muzik.

"Semuanya disebabkan saya menyertai sebuah kumpulan nasyid kolej sebagai pemain gitar. Perasaan pada muzik sangat membuak-buak ketika itu," luahnya ketika ditemui pada majlis menandatangani kontrak antara syarikat Indigital Sdn. Bhd. (Malaysia) dan Harpa Records (Indonesia) di Red Box The Gardens, Kuala Lumpur.

Mengambil keputusan untuk terlibat dalam bidang muzik, akhirnya Nomad atau nama sebenarnya Nor Alief Ayub, 25, menyatakan hasratnya itu kepada bapanya.

SENTUHAN magis Tam Spider buat lagu Tetap Menantimu telah melonjakkan populariti Nomad.


Dimarah

Biarpun bapanya setuju tetapi Nomad sedar bapanya tidak merestui tindakannya untuk menjadi penyanyi.

"Saya beritahu ayah nak berhenti main badminton sebab nak jadi penyanyi. Dia kata okey tetapi saya sedar dia tidak merestui tindakan saya.

"Sejak itu, apa sahaja yang saya buat dia akan marah. Sehinggalah dia bersuara supaya saya berhenti dengan angan-angan (menjadi penyanyi) tersebut. Saya tahu dia fikir jadi penyanyi tiada masa depan berbanding menjadi pemain badminton.

Bagaimanapun, saya tidak mengalah untuk membuktikan padanya bahawa menyanyi juga ada masa depan," akuinya yang bersyukur lagu Tetap Menantimu popular di corong radio, diangkat sebagai lagu runut bunyi drama Love You Mr. Arrogant.

Kejayaan lagu itu melangkah ke peringkat separuh akhir Muzik Muzik 28 adalah atas restu yang mula diraih daripada bapanya.

Sedar restu bapanya memberi sinar kepada kerjaya nyanyiannya, terbaharu, Nomad terkejut dan tidak menyangka sama sekali dilamar sebuah syarikat rakaman berpengaruh dari Indonesia iaitu Harpa Records.

Nomad yang kini bernaung di bawah syarikat Indigital Sdn. Bhd. (Malaysia) berjaya mencuri perhatian Pak Handoko iaitu wakil daripada Harpa Records ketika kedatangannya ke Malaysia bersama penyanyi cilik Tegar tempoh hari.

"Saya sangat terkejut, takut dan pada masa yang sama gembira dengan lamaran daripada Pak Handoko. Saya tidak sangka Pak Handoko menyukai suara dan lagu Tetap Menantimu serta berhasrat menguruskan kerjaya nyanyian saya di Indonesia.

"Sebenarnya, apa yang saya peroleh sekarang semuanya disebabkan restu ayah. Tanpa restu ayah saya tidak akan berada di tahap sekarang," luahnya yang turut ditemani oleh bapanya ketika bertemu dengan Pak Handoko bagi menguruskan kerjayanya di Indonesia pula.


NOMAD bakal muncul dengan album penuh tahun depan.


Diterima

Tahu bukan mudah mencuri perhatian pendengar muzik Indonesia, doa Nomad, cukup sekadar dirinya diterima di sana.

Nomad juga mengakui, masih lagi takut membuat persembahan solo di atas pentas, namun ditiupkan sedikit semangat selepas mengadakan persembahan pada peringkat peringkat separuh khir Muzik Muzik 28.

"Saya sedar masih banyak yang perlu saya belajar dari segi nyanyian dan membuat persembahan. Masa dulu saya akui masih takut setiap kali menyanyi di atas pentas. Alhamdulilah perasaan takut itu semakin berkurangan. Saya mula berjaya mengawal rasa takut semasa mengadakan persembahan pada peringkat separuh akhir Muzik-Muzik 28 baru-baru ini," ungkapnya yang gagal melangkah ke peringkat akhir.

Mengulas mengenai persediaannya ke Indonesia, jelas Nomad, dia banyak diberi perangsang dan motivasi daripada pengurusan syarikatnya iaitu Indigital Sdn. Bhd. agar lebih bersedia dari segi mental sebelum ke Indonesia.

Bagaimanapun kata Nomad, kepercayaan yang diharapkan oleh syarikat pengurusannya iaitu Indigital Sdn. Bhd. dan terbaharu di Indonesia iaitu Harpa Records tidak akan disia-siakannya.

Rabecca anggap Erma berdendam

Posted:

Rabecca anggap Erma berdendam

Rabecca anggap Erma berdendam

Oleh NOOR ASHREEN ISMAIL

SELAIN menerima syiling 5 sen, Rabecca turut menerima senaskhah al-Quran daripada Erma.


BEBERAPA bulan lalu, dunia hiburan tempatan menjadi kecoh dengan pertelingkahan antara pelakon Rabecca Nur Al-Islam dan pengarah serta penerbit terkenal, Erma Fatima.

Perasaan tidak puas hati Rabecca terhadap Erma telah dibawa ke muka pengadilan sekitar Julai lalu.

Pelakon tersebut telah menyaman produksi milik Erma iaitu Rumah Karya Citra (M) Sdn. Bhd. Rabecca mendakwa, syarikat berkenaan gagal melangsaikan baki bayaran lakonannya untuk drama Dejavu Di Kinabalu sebanyak 40 peratus.

Setelah dibicarakan, mahkamah memberi keputusan bahawa Rabecca menang dan Erma perlu membayar saman sebanyak RM11,200 iaitu baki bayaran serta kos guaman.

Selepas diperintah membayar saman tersebut, awal minggu ini Erma telah membayar jumlah saman tersebut menggunakan syiling 5 sen. Bagaimanapun, ketika dihubungi Kosmo!, Erma enggan memberi komen lanjut tentang isu berkenaan.

Kosmo!: Boleh saya minta komen tentang isu saman dan bayar guna syiling 5 sen itu?

ERMA: Saya minta maaf, saya tidak mahu beri komen apa-apa tentang perkara ini. Ini kerana jika saya beri komen, ia seperti saya memberi publisiti kepada dia. Ini kerana bila saya komen, saya akan sebut namanya. Saya kira, itu yang dia mahu sebenarnya. Jika dia mahu publisiti, biarkan dia.

Benarkah Rabecca mendakwa anda menggunakan media pihak atasan supaya tidak mengeluarkan artikel tentang kekalahan anda?

Saya benar-benar minta maaf, saya tidak mahu komen apa-apa pun. Walaupun ada yang bertanya sebelum ini, saya berikan jawapan yang sama. Saya tidak mahu beri publisiti kepada perempuan itu. Biarlah hanya bercerita tentang kerja sahaja.

INILAH bungkusan duit syiling yang diterima Rabecca.


KOSMO! juga telah menghubungi Rabecca tentang isu tersebut dan setelah menjawab beberapa soalan, Rabecca meminta pengurusnya iaitu Moammar Gaddafi untuk menjawab bagi pihaknya.

Kosmo!: Boleh cerita tentang isu wang syiling 5 sen yang diterima anda. Apa yang berlaku ketika itu?

Ketika itu saya berada di hospital haiwan kerana kucing sakit. Saya terima mesej dan gambar daripada peguam saya mengatakan saya telah menerima wang saman tersebut. Bagaimanapun, apa yang mengejutkan saya ialah ia dibayar dalam bentuk syiling 5 sen.

Katanya, ada penghantar datang ke pejabat dan berikan kotak-kotak wang syiling tersebut berserta senaskhah al-Quran.

Adakah anda menerima wang syiling tersebut?

Mengikut undang-undang, jika jumlah wang RM30 dan ke bawah sahaja boleh terima wang syiling tapi lebih daripada itu, saya berhak pulangkan semula dan minta dalam bentuk wang kertas atau mungkin cek.

Apa tujuan dia sebenarnya? Saya tidak faham. Apa yang saya lihat, dia masih ada niat busuk hati, tambahan pula saya turut diberi senaskhah al-Quran. Penghinaan apakah sebenarnya ini.

Saya juga dapat maklumat yang mengatakan ada seseorang yang hadir ke bank untuk menukar jumlah itu dengan wang syiling 5 sen. Saya anggap perangai sedemikian seperti kebudak-budakan dan sepatutnya dia harus teruskan hidup seperti biasa.

Jadi, anda rasa dia tidak dapat terima kekalahan?

Mungkin anda boleh berbicara dengan pengurus saya iaitu Moammar Gaddafi untuk jawapan lanjut.

ERMA FATIMA tidak mahu memberi sebarang komen tentang bayaran saman bernilai RM11,200 yang dibayar menggunakan duit syiling 5 sen.


Kosmo!: Sebagai pengurus, boleh komen tentang kes ini?

MOAMMAR: Keputusan sudah pun diberi oleh mahkamah, patutnya dia terima kekalahan itu. Ia seolah-olah masih ada perasaan dendam. Sepatutnya perlulah menghormati sesama kita.

Kita sama-sama manusia, Islam dan juga Melayu. Sedangkan Nabi ampunkan umat, inikan pula manusia?

Berapa jumlah satu plastik wang syiling 5 sen yang ada dalam kotak yang dihantar?

Satu paket ada RM150 syiling 5 sen. Memang banyak dan berat. Buat apa mahu panjangkan isu ini, saya tidak faham dengan apa yang dimahukan. Jika begini, perkara ini tidak akan ada kesudahan.

Adakah Rabecca sendiri berasa marah dengan keadaan ini?

Kalau marah akan jadi masalah lagi. Jadi, dia tidak marah dan faham sendiri apa niat Erma. Mungkin dia (Erma) masih lagi berdendam dan jika kami yang kalah sekali pun, kami masih akan membayarnya dengan cara elok.

Jay Park bangga dengan diri sendiri

Posted:

Jay Park bangga dengan diri sendiri

Jay Park bangga dengan diri sendiri


SEBELUM ini, Jay Park pernah berkolaborasi dengan penyanyi Malaysia, Mizz Nina menerusi lagu Around The World.


PERTAMA kali bertemu penyanyi Korea, Jay Park atau nama sebenarnya, Park Jaebeom sememangnya suatu pengalaman yang menarik.

Walaupun begitu, lawatan kali ini merupakan yang kelima buat jejaka kelahiran Washington, Amerika Syari- kat itu.

Jay Park kini merupakan satu nama besar yang terkenal di seluruh dunia terutama di negara Asia.

Kehadirannya yang mempunyai sebuah single bersama Mizz Nina, Around The World ke Malaysia ketika mengadakan showcase di Zouk, Kuala Lumpur minggu lalu membuatkan peminatnya seperti terkena histeria.

Seramai 150 peminat yang terpilih hadir ke showcase tersebut kelihatan tidak puas dengan persembahan bertenaga daripada jejaka berbadan sasa itu.

Pada malam tersebut, Jay hanya menyanyikan sebanyak empat buah lagu iaitu Joah, I Like 2 Party, Girlfriend dan HOT sempena mempromosikan saluran televisyen yang menceritakan tentang biografi dirinya di E! News Asia Special baru-baru ini.

Walaupun hanya menyampaikan beberapa buah lagu, namun persembahan Jay sangat bertenaga dan mengujakan peminatnya yang hadir melihat idola mereka itu.

Dalam sidang akhbar khas yang diadakan keesokan harinya di Mandarin Oriental, Kuala Lumpur, Jay dihujani dengan soalan tentang kehidupannya dan kesibukan kariernya.

Pengalaman mendewasakan

Jika melihatkan populariti yang diraih Jay kini, ternyata apa yang dikecapinya tidak melalui jalan yang mudah. Namun, oleh kerana minat dan tidak mudah putus asa, Jay berjaya berada di kemuncak dalam karier nyanyiannya.


PENGALAMAN bersama 2PM banyak mengajar saya tentang kehidupan sebagai seorang penyanyi. - Jay Park.


"Saya rasa jika ingin berjaya, harus berusaha bersungguh-sungguh, sentia- sa positif dan melakukan yang terbaik dalam semua perkara.

"Apa yang penting, walaupun anda bekerja dan berusaha untuk mencapai yang terbaik, anda harus menikmati hidup yang dikecapi ini," kata Jay tentang pengajaran yang diperoleh selama ini.

Cerita Jay, pengalaman bersama 2PM banyak mengajarnya tentang karier menjadi seorang penyanyi. Sebe- lum mengecapi populariti, Jay melalui naik dan turun dan pelbagai emosi yang membuatkan dirinya kuat merempuh halangan yang hadir.

"Walaupun saya telah menempuh pelbagai halangan serta naik turun dalam karier nyanyian saya, jika diberi pilihan untuk merubah, saya masih tidak mahu mengubah apa-apa pun.

"Ini kerana, secara peribadi saya berpendapat, jika tidak melalui kesila- pan, saya tidak akan menjadi diri saya kini. Selain itu, saya gembira kerana keluarga sentiasa berada di sisi saya dan bangga dengan pencapaian saya selama ini," cerita Jay panjang lebar tentang kisah hidupnya.

Jay yang pernah bekerja di sebuah kedai tayar selepas keluar daripada 2PM menyatakan, dia tidak lagi berhubung dengan bekas anggota kumpulannya itu.

Namun, dia tidak dapat menyembunyikan perasaan rindu yang wujud dalam dirinya memandangkan dahulu dia agak rapat dengan dua orang anggota 2PM iaitu Taecyeon and Nichkhun.

Kesibukan jadual

Bicara Jay Park, mempunyai syarikat dengan label sendiri yang diberi nama AOMG merupakan suatu perkara yang menarik bagi empunya diri.

Katanya, selain menguruskan jadual sendiri, dia juga perlu menguruskan beberapa artis di bawah naungan AO- MG.

"Sekarang memang jadual saya semakin padat. Jika dahulu saya hanya uruskan jadual sendiri, namun kini saya harus membuat keputusan dan menguruskan syarikat label saya, AOMG.

Kebanyakan artis di bawah AOMG iaitu Gray, LO, Jeong Goon dan Cha Cha membawa genre yang hampir serupa seperti saya iaitu hip-hop serta R&B," jelas Jay tentang perkembangannya kini secara ringkas.

JAY PARK bakal muncul dengan album baharu pada Mac 2014.


Selain sibuk menguruskan AOMG, Jay juga bakal tampil dengan sebuah album baharu yang mungkin bakal dilancarkan pada tahun depan.

"Mengenai perkembangan terbaharu saya, jika ditanya tentang siri jelajah akan datang, saya masih tidak pasti akan perkara yang bakal mendatang. Bagaimanapun, tentang album terbaharu, saya kini sedang dalam proses memilih lagu.

"Berkemungkinan album saya akan dilancarkan pada Mac tahun depan jika tiada apa-apa halangan," jelasnya.

Berbesar hati

Berbicara tentang program biografi E! News Asia Special yang memilih untuk menceritakan tentang dirinya, bicara Jay, ia merupakan suatu pengiktirafan dan penghargaan bagi dirinya.

Tuturnya, daripada program itu, peminatnya boleh mengetahui tentang dirinya yang mungkin selama ini tidak pernah didedahkan kepada umum.

Bicaranya yang sudah biasa dengan kehadiran jurukamera dalam kehidupan seharian, pembikinan autobiografi ini merupakan suatu perkara yang tidak dianggap kekok dan menarik untuk dilakukan.

"Saya rasa berbesar hati dipilih oleh E! News Asia Special dan saya rasa ia suatu perkara yang menarik. Ia juga dapat memberi peluang kepada peminat saya untuk mengetahui tentang diri saya yang tidak dapat anda ketahui selama ini," akhiri Jay ringkas. - NOOR ASHREEN ISMAIL

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved