Khamis, 5 Disember 2013

Kosmo Online - Dunia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Penunjuk perasaan bersihkan jalan di Bangkok

Posted:

Penunjuk perasaan bersihkan jalan di Bangkok

Penunjuk perasaan bersihkan jalan di Bangkok

SEBAHAGIAN penunjuk perasaan yang membersihkan jalan raya di Monumen Demokrasi.


BANGKOK - Sejumlah penunjuk perasaan antikerajaan pimpinan Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra membersihkan jalan raya di Ratchadanoen di sini semalam.

Para penunjuk perasaan itu melakukan kerja-kerja pembersihan selepas jalan raya itu dicemari dengan sampah akibat tunjuk perasaan sebelum ini.

Tunjuk perasaan bagi meminta Yingluck meletakkan jawatan itu berakhir buat seketika sejak semalam bagi menghormati hari keputeraan kali ke-86 pemerintah Thailand, Raja Bhumibol Adulyadej.

Sambutan hari keputeraan itu akan bermula pada hari ini.

Gabenor Bangkok, Sukhumbhand Paribatra mengarahkan beberapa buah trak air dan sampah dihantar bagi membantu para penunjuk perasaan itu membersihkan jalan raya.

Tunjuk perasaan itu bermula sejak 24 November lalu bagi meminta Yingluck meletakkan jawatan kerana beliau dianggap sebagai boneka abangnya, Thaksin Shinawatra yang juga bekas perdana menteri yang digulingkan tentera pada tahun 2006.

Thaksin yang merupakan seorang bilionair kini hidup dalam buangan bagi mengelak menjalani hukuman penjara selama dua tahun akibat kesalahan rasuah di Thailand.

Beberapa pihak menyumbangkan penyapu dan peralatan pembersihan lain kepada para penunjuk perasaan itu.

Menurut akhbar Bangkok Post, sebuah kumpulan lain turut membersihkan Kementerian Luar yang sebelum ini pernah diduduki para penunjuk perasaan.

Dalam pada itu, sejumlah lagi penunjuk perasaan memasuki ibu pejabat polis di Bangkok.

Namun, mereka kemudian meninggalkan ibu pejabat tersebut selepas mendudukinya buat seketika.

Yingluck turut kembali bertugas seperti biasa di pejabatnya selepas keadaan di Bangkok tenang buat seketika setelah satu siri tunjuk perasaan antikerajaan dilakukan.

Namun, beliau membuat kenyataan dengan meminta ketua penunjuk perasaan Suthep Thaugsuban perlu menyerah diri kepada pihak berkuasa.

Suthep yang merupakan bekas timbalan perdana menteri mengetuai tunjuk perasaan antikerajaan bagi menggulingkan Yingluck. - Agensi

Roket milik bilionair berlepas ke angkasa lepas

Posted:

Roket milik bilionair berlepas ke angkasa lepas

Roket milik bilionair berlepas ke angkasa lepas


ROKET Falcon-9 berlepas dari Stesen Tentera Udara Cape Canaveral di Florida kelmarin.


CAPE CANAVERAL - Roket Falcon 9 yang tidak mempunyai juruterbang dan membawa sebuah satelit komersial berlepas ke angkasa lepas kelmarin.

Roket itu membawa satelit sebuah syarikat dari Luxembourg.

Syarikat Space Exploration Technologies milik bilionair internet di Amerika Syarikat, Elon Musk.

Ia juga merupakan satelit pertama yang dilancarkan oleh syarikat itu.

Roket tersebut berlepas dari Stesen Tentera Udara Cape Canaveral di Florida pada pukul 5.41 petang waktu tempatan.

Sebelum ini dua percubaan untuk melancarkan roket tersebut mengalami kegagalan ekoran masalah teknikal.

Para jurutera kemudian mendapati masalah itu berpunca daripada oksigen yang terdapat di dalam sistem enjin roket tersebut.

Roket itu membawa satelit seberat 3,175 kilogram yang dimiliki syarikat SES.

Sebelum ini, syarikat SES menggunakan roket Proton buatan Rusia dan European Ariane milik Agensi Angkasa Lepas Eropah untuk menghantar satelitnya ke angkasa lepas.

Satelit itu akan digunakan untuk menyediakan perkhidmatan memancarkan siaran televisyen kabel dan untuk perkhidmatan komunikasi lain di negara China, India dan Vietnam. - Agensi

Lautan awan di Taman Negara Grand Canyon

Posted:

Lautan awan di Taman Negara Grand Canyon

Lautan awan di Taman Negara Grand Canyon


LAUTAN awan kelihatan di kawasan Taman Negara Grand Canyon di Arizona pada Jumaat lalu.


PHOENIX, Amerika Syarikat - Lautan awan menyelubungi kawasan pergunungan Taman Negara Grand Canyon di Arizona pada Jumaat lalu, lapor agensi berita Reuters semalam.

Fenomena unik itu berlaku disebabkan keadaan cuaca panas dan sejuk yang saling berinteraksi di kawasan tersebut.

Seorang pegawai meteorologi di Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan di Flagstaff, Robert Bohlin berkata, fenomena itu berlaku apabila udara sejuk terperangkap di bawah lapisan wap panas. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved