Khamis, 5 Disember 2013

Kosmo Online - Hiburan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Berkat restu bapa

Posted:

Berkat restu bapa

Berkat restu bapa

T ETAP MENANTIMU , judul lagu yang menjadi hit saat ini. Lebih-lebih lagi selepas ia dijadikan lagu runut bunyi untuk drama rantaian popular Love You Mr. Arrogant yang berjaya mencatat rating sehingga 4.6 juta penonton.

Bagi penyanyinya Nomad, biarpun namanya masih tidak begitu dikenali berbanding lagu nyanyiannya, dia mengaku lega. Lega kerana akhirnya perjalanan karier nyanyiannya semakin lancar.

Semuanya berkat restu daripada bapanya yang selama ini tidak mengizinkannya terlibat dalam bidang nyanyian.

"Sejak umur enam tahun lagi saya dilatih bermain badminton oleh ayah. Bila umur mencecah 18 tahun, saya berjaya mewakili negeri dalam pertandingan badminton.

Bagaimanapun, selepas masuk Kolej Islam Antarabangsa, daripada minat main badminton, tiba-tiba minat saya tertumpah pula pada bidang muzik.

"Semuanya disebabkan saya menyertai sebuah kumpulan nasyid kolej sebagai pemain gitar. Perasaan pada muzik sangat membuak-buak ketika itu," luahnya ketika ditemui pada majlis menandatangani kontrak antara syarikat Indigital Sdn. Bhd. (Malaysia) dan Harpa Records (Indonesia) di Red Box The Gardens, Kuala Lumpur.

Mengambil keputusan untuk terlibat dalam bidang muzik, akhirnya Nomad atau nama sebenarnya Nor Alief Ayub, 25, menyatakan hasratnya itu kepada bapanya.

SENTUHAN magis Tam Spider buat lagu Tetap Menantimu telah melonjakkan populariti Nomad.


Dimarah

Biarpun bapanya setuju tetapi Nomad sedar bapanya tidak merestui tindakannya untuk menjadi penyanyi.

"Saya beritahu ayah nak berhenti main badminton sebab nak jadi penyanyi. Dia kata okey tetapi saya sedar dia tidak merestui tindakan saya.

"Sejak itu, apa sahaja yang saya buat dia akan marah. Sehinggalah dia bersuara supaya saya berhenti dengan angan-angan (menjadi penyanyi) tersebut. Saya tahu dia fikir jadi penyanyi tiada masa depan berbanding menjadi pemain badminton.

Bagaimanapun, saya tidak mengalah untuk membuktikan padanya bahawa menyanyi juga ada masa depan," akuinya yang bersyukur lagu Tetap Menantimu popular di corong radio, diangkat sebagai lagu runut bunyi drama Love You Mr. Arrogant.

Kejayaan lagu itu melangkah ke peringkat separuh akhir Muzik Muzik 28 adalah atas restu yang mula diraih daripada bapanya.

Sedar restu bapanya memberi sinar kepada kerjaya nyanyiannya, terbaharu, Nomad terkejut dan tidak menyangka sama sekali dilamar sebuah syarikat rakaman berpengaruh dari Indonesia iaitu Harpa Records.

Nomad yang kini bernaung di bawah syarikat Indigital Sdn. Bhd. (Malaysia) berjaya mencuri perhatian Pak Handoko iaitu wakil daripada Harpa Records ketika kedatangannya ke Malaysia bersama penyanyi cilik Tegar tempoh hari.

"Saya sangat terkejut, takut dan pada masa yang sama gembira dengan lamaran daripada Pak Handoko. Saya tidak sangka Pak Handoko menyukai suara dan lagu Tetap Menantimu serta berhasrat menguruskan kerjaya nyanyian saya di Indonesia.

"Sebenarnya, apa yang saya peroleh sekarang semuanya disebabkan restu ayah. Tanpa restu ayah saya tidak akan berada di tahap sekarang," luahnya yang turut ditemani oleh bapanya ketika bertemu dengan Pak Handoko bagi menguruskan kerjayanya di Indonesia pula.


NOMAD bakal muncul dengan album penuh tahun depan.


Diterima

Tahu bukan mudah mencuri perhatian pendengar muzik Indonesia, doa Nomad, cukup sekadar dirinya diterima di sana.

Nomad juga mengakui, masih lagi takut membuat persembahan solo di atas pentas, namun ditiupkan sedikit semangat selepas mengadakan persembahan pada peringkat peringkat separuh khir Muzik Muzik 28.

"Saya sedar masih banyak yang perlu saya belajar dari segi nyanyian dan membuat persembahan. Masa dulu saya akui masih takut setiap kali menyanyi di atas pentas. Alhamdulilah perasaan takut itu semakin berkurangan. Saya mula berjaya mengawal rasa takut semasa mengadakan persembahan pada peringkat separuh akhir Muzik-Muzik 28 baru-baru ini," ungkapnya yang gagal melangkah ke peringkat akhir.

Mengulas mengenai persediaannya ke Indonesia, jelas Nomad, dia banyak diberi perangsang dan motivasi daripada pengurusan syarikatnya iaitu Indigital Sdn. Bhd. agar lebih bersedia dari segi mental sebelum ke Indonesia.

Bagaimanapun kata Nomad, kepercayaan yang diharapkan oleh syarikat pengurusannya iaitu Indigital Sdn. Bhd. dan terbaharu di Indonesia iaitu Harpa Records tidak akan disia-siakannya.

Rabecca anggap Erma berdendam

Posted:

Rabecca anggap Erma berdendam

Rabecca anggap Erma berdendam

Oleh NOOR ASHREEN ISMAIL

SELAIN menerima syiling 5 sen, Rabecca turut menerima senaskhah al-Quran daripada Erma.


BEBERAPA bulan lalu, dunia hiburan tempatan menjadi kecoh dengan pertelingkahan antara pelakon Rabecca Nur Al-Islam dan pengarah serta penerbit terkenal, Erma Fatima.

Perasaan tidak puas hati Rabecca terhadap Erma telah dibawa ke muka pengadilan sekitar Julai lalu.

Pelakon tersebut telah menyaman produksi milik Erma iaitu Rumah Karya Citra (M) Sdn. Bhd. Rabecca mendakwa, syarikat berkenaan gagal melangsaikan baki bayaran lakonannya untuk drama Dejavu Di Kinabalu sebanyak 40 peratus.

Setelah dibicarakan, mahkamah memberi keputusan bahawa Rabecca menang dan Erma perlu membayar saman sebanyak RM11,200 iaitu baki bayaran serta kos guaman.

Selepas diperintah membayar saman tersebut, awal minggu ini Erma telah membayar jumlah saman tersebut menggunakan syiling 5 sen. Bagaimanapun, ketika dihubungi Kosmo!, Erma enggan memberi komen lanjut tentang isu berkenaan.

Kosmo!: Boleh saya minta komen tentang isu saman dan bayar guna syiling 5 sen itu?

ERMA: Saya minta maaf, saya tidak mahu beri komen apa-apa tentang perkara ini. Ini kerana jika saya beri komen, ia seperti saya memberi publisiti kepada dia. Ini kerana bila saya komen, saya akan sebut namanya. Saya kira, itu yang dia mahu sebenarnya. Jika dia mahu publisiti, biarkan dia.

Benarkah Rabecca mendakwa anda menggunakan media pihak atasan supaya tidak mengeluarkan artikel tentang kekalahan anda?

Saya benar-benar minta maaf, saya tidak mahu komen apa-apa pun. Walaupun ada yang bertanya sebelum ini, saya berikan jawapan yang sama. Saya tidak mahu beri publisiti kepada perempuan itu. Biarlah hanya bercerita tentang kerja sahaja.

INILAH bungkusan duit syiling yang diterima Rabecca.


KOSMO! juga telah menghubungi Rabecca tentang isu tersebut dan setelah menjawab beberapa soalan, Rabecca meminta pengurusnya iaitu Moammar Gaddafi untuk menjawab bagi pihaknya.

Kosmo!: Boleh cerita tentang isu wang syiling 5 sen yang diterima anda. Apa yang berlaku ketika itu?

Ketika itu saya berada di hospital haiwan kerana kucing sakit. Saya terima mesej dan gambar daripada peguam saya mengatakan saya telah menerima wang saman tersebut. Bagaimanapun, apa yang mengejutkan saya ialah ia dibayar dalam bentuk syiling 5 sen.

Katanya, ada penghantar datang ke pejabat dan berikan kotak-kotak wang syiling tersebut berserta senaskhah al-Quran.

Adakah anda menerima wang syiling tersebut?

Mengikut undang-undang, jika jumlah wang RM30 dan ke bawah sahaja boleh terima wang syiling tapi lebih daripada itu, saya berhak pulangkan semula dan minta dalam bentuk wang kertas atau mungkin cek.

Apa tujuan dia sebenarnya? Saya tidak faham. Apa yang saya lihat, dia masih ada niat busuk hati, tambahan pula saya turut diberi senaskhah al-Quran. Penghinaan apakah sebenarnya ini.

Saya juga dapat maklumat yang mengatakan ada seseorang yang hadir ke bank untuk menukar jumlah itu dengan wang syiling 5 sen. Saya anggap perangai sedemikian seperti kebudak-budakan dan sepatutnya dia harus teruskan hidup seperti biasa.

Jadi, anda rasa dia tidak dapat terima kekalahan?

Mungkin anda boleh berbicara dengan pengurus saya iaitu Moammar Gaddafi untuk jawapan lanjut.

ERMA FATIMA tidak mahu memberi sebarang komen tentang bayaran saman bernilai RM11,200 yang dibayar menggunakan duit syiling 5 sen.


Kosmo!: Sebagai pengurus, boleh komen tentang kes ini?

MOAMMAR: Keputusan sudah pun diberi oleh mahkamah, patutnya dia terima kekalahan itu. Ia seolah-olah masih ada perasaan dendam. Sepatutnya perlulah menghormati sesama kita.

Kita sama-sama manusia, Islam dan juga Melayu. Sedangkan Nabi ampunkan umat, inikan pula manusia?

Berapa jumlah satu plastik wang syiling 5 sen yang ada dalam kotak yang dihantar?

Satu paket ada RM150 syiling 5 sen. Memang banyak dan berat. Buat apa mahu panjangkan isu ini, saya tidak faham dengan apa yang dimahukan. Jika begini, perkara ini tidak akan ada kesudahan.

Adakah Rabecca sendiri berasa marah dengan keadaan ini?

Kalau marah akan jadi masalah lagi. Jadi, dia tidak marah dan faham sendiri apa niat Erma. Mungkin dia (Erma) masih lagi berdendam dan jika kami yang kalah sekali pun, kami masih akan membayarnya dengan cara elok.

Jay Park bangga dengan diri sendiri

Posted:

Jay Park bangga dengan diri sendiri

Jay Park bangga dengan diri sendiri


SEBELUM ini, Jay Park pernah berkolaborasi dengan penyanyi Malaysia, Mizz Nina menerusi lagu Around The World.


PERTAMA kali bertemu penyanyi Korea, Jay Park atau nama sebenarnya, Park Jaebeom sememangnya suatu pengalaman yang menarik.

Walaupun begitu, lawatan kali ini merupakan yang kelima buat jejaka kelahiran Washington, Amerika Syari- kat itu.

Jay Park kini merupakan satu nama besar yang terkenal di seluruh dunia terutama di negara Asia.

Kehadirannya yang mempunyai sebuah single bersama Mizz Nina, Around The World ke Malaysia ketika mengadakan showcase di Zouk, Kuala Lumpur minggu lalu membuatkan peminatnya seperti terkena histeria.

Seramai 150 peminat yang terpilih hadir ke showcase tersebut kelihatan tidak puas dengan persembahan bertenaga daripada jejaka berbadan sasa itu.

Pada malam tersebut, Jay hanya menyanyikan sebanyak empat buah lagu iaitu Joah, I Like 2 Party, Girlfriend dan HOT sempena mempromosikan saluran televisyen yang menceritakan tentang biografi dirinya di E! News Asia Special baru-baru ini.

Walaupun hanya menyampaikan beberapa buah lagu, namun persembahan Jay sangat bertenaga dan mengujakan peminatnya yang hadir melihat idola mereka itu.

Dalam sidang akhbar khas yang diadakan keesokan harinya di Mandarin Oriental, Kuala Lumpur, Jay dihujani dengan soalan tentang kehidupannya dan kesibukan kariernya.

Pengalaman mendewasakan

Jika melihatkan populariti yang diraih Jay kini, ternyata apa yang dikecapinya tidak melalui jalan yang mudah. Namun, oleh kerana minat dan tidak mudah putus asa, Jay berjaya berada di kemuncak dalam karier nyanyiannya.


PENGALAMAN bersama 2PM banyak mengajar saya tentang kehidupan sebagai seorang penyanyi. - Jay Park.


"Saya rasa jika ingin berjaya, harus berusaha bersungguh-sungguh, sentia- sa positif dan melakukan yang terbaik dalam semua perkara.

"Apa yang penting, walaupun anda bekerja dan berusaha untuk mencapai yang terbaik, anda harus menikmati hidup yang dikecapi ini," kata Jay tentang pengajaran yang diperoleh selama ini.

Cerita Jay, pengalaman bersama 2PM banyak mengajarnya tentang karier menjadi seorang penyanyi. Sebe- lum mengecapi populariti, Jay melalui naik dan turun dan pelbagai emosi yang membuatkan dirinya kuat merempuh halangan yang hadir.

"Walaupun saya telah menempuh pelbagai halangan serta naik turun dalam karier nyanyian saya, jika diberi pilihan untuk merubah, saya masih tidak mahu mengubah apa-apa pun.

"Ini kerana, secara peribadi saya berpendapat, jika tidak melalui kesila- pan, saya tidak akan menjadi diri saya kini. Selain itu, saya gembira kerana keluarga sentiasa berada di sisi saya dan bangga dengan pencapaian saya selama ini," cerita Jay panjang lebar tentang kisah hidupnya.

Jay yang pernah bekerja di sebuah kedai tayar selepas keluar daripada 2PM menyatakan, dia tidak lagi berhubung dengan bekas anggota kumpulannya itu.

Namun, dia tidak dapat menyembunyikan perasaan rindu yang wujud dalam dirinya memandangkan dahulu dia agak rapat dengan dua orang anggota 2PM iaitu Taecyeon and Nichkhun.

Kesibukan jadual

Bicara Jay Park, mempunyai syarikat dengan label sendiri yang diberi nama AOMG merupakan suatu perkara yang menarik bagi empunya diri.

Katanya, selain menguruskan jadual sendiri, dia juga perlu menguruskan beberapa artis di bawah naungan AO- MG.

"Sekarang memang jadual saya semakin padat. Jika dahulu saya hanya uruskan jadual sendiri, namun kini saya harus membuat keputusan dan menguruskan syarikat label saya, AOMG.

Kebanyakan artis di bawah AOMG iaitu Gray, LO, Jeong Goon dan Cha Cha membawa genre yang hampir serupa seperti saya iaitu hip-hop serta R&B," jelas Jay tentang perkembangannya kini secara ringkas.

JAY PARK bakal muncul dengan album baharu pada Mac 2014.


Selain sibuk menguruskan AOMG, Jay juga bakal tampil dengan sebuah album baharu yang mungkin bakal dilancarkan pada tahun depan.

"Mengenai perkembangan terbaharu saya, jika ditanya tentang siri jelajah akan datang, saya masih tidak pasti akan perkara yang bakal mendatang. Bagaimanapun, tentang album terbaharu, saya kini sedang dalam proses memilih lagu.

"Berkemungkinan album saya akan dilancarkan pada Mac tahun depan jika tiada apa-apa halangan," jelasnya.

Berbesar hati

Berbicara tentang program biografi E! News Asia Special yang memilih untuk menceritakan tentang dirinya, bicara Jay, ia merupakan suatu pengiktirafan dan penghargaan bagi dirinya.

Tuturnya, daripada program itu, peminatnya boleh mengetahui tentang dirinya yang mungkin selama ini tidak pernah didedahkan kepada umum.

Bicaranya yang sudah biasa dengan kehadiran jurukamera dalam kehidupan seharian, pembikinan autobiografi ini merupakan suatu perkara yang tidak dianggap kekok dan menarik untuk dilakukan.

"Saya rasa berbesar hati dipilih oleh E! News Asia Special dan saya rasa ia suatu perkara yang menarik. Ia juga dapat memberi peluang kepada peminat saya untuk mengetahui tentang diri saya yang tidak dapat anda ketahui selama ini," akhiri Jay ringkas. - NOOR ASHREEN ISMAIL

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved