Jumaat, 13 September 2013

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Bayar seringgit untuk menunggang kuda

Posted:

Bayar seringgit untuk menunggang kuda

Bayar seringgit untuk menunggang kuda

TATKALA kanak-kanak lain masih berselubung dengan selimut menikmati cuti hujung minggu, ada satu susuk tubuh kecil sedang leka membersihkan kandang kuda seawal pukul 7 pagi.

Begitulah rutin yang dilakukan Ahmad Muzaffar Abd. Razak, 11, setiap kali tiba hari cuti persekolahan. Cinta pandang pertamanya terhadap kuda berputik di kandang.

Bau 'harum' yang memenuhi segenap ruang kandang berkenaan seolah-olah tidak menjadi masalah kepada dirinya. Beberapa bulan kemudian, Ahmad Muzaffar memberanikan diri untuk menunggang kuda.

Ketika itu dia baru berumur 10 tahun. Barangkali kuda-kuda yang ada di situ juga sudah mengenali Ahmad Muzaffar membuatkan dia kelihatan sangat cekap mengendalikan haiwan yang lima kali ganda lebih besar daripada tubuhnya.

"Saya rasa lebih berani selepas belajar menunggang kuda dan tidak mudah berasa takut jika terlibat dengan situasi mendebarkan.

"Jika sebelum ini saya akan lari sebaik nampak kelibat anjing, sekarang rasanya saya tidak terlalu takut dengan haiwan tersebut," katanya yang gemar menunggang kuda bernama Saqaf kerana lebih jinak dan mudah diuruskan.

Ahmad Muzaffar juga gemar menghabiskan masa lapangnya di kandang kuda berbanding bermain gajet terkini yang menjadi peneman setia segelintir remaja hari ini.

Secara tidak langsung, minatnya itu memupuk rasa bertanggungjawab terhadap haiwan dan barangan yang dimilikinya.


NUR SYUHADA bertanggungjawab bagi memastikan kuda-kuda di Pusat Sukan Sunnah diberikan makanan dan minuman yang mencukupi.


Hal tersebut diakui Jurulatih Sunnah Berkuda di Pusat Sukan Sunnah iaitu Nur Syuhada Kamaruddin, 32, yang melihat berlaku perubahan pada sikap kepimpinan Ahmad Muzaffar sewaktu dia menunggang kuda.

Tenaga pengajar

"Kebiasaannya, Ahmad Muzaffar dilihat sama sahaja seperti kanak-kanak lain yang suka bergurau dan menyakat orang. Namun dia boleh berubah menjadi lebih tegas ketika menunggang kuda," jelasnya ketika ditemui di kandang kuda yang terletak di Kampung Changkat, Gombak, Selangor.

Menariknya, mereka yang sudah mahir menunggang kuda hanya dikenakan bayaran serendah RM1 untuk mengelilingi padang seluas 0.4 hektar sebanyak tiga kali.

Mahir yang dimaksudkan ialah kebolehan menunggang kuda tanpa diiringi oleh tenaga pengajar.

Aktiviti riadah yang tergolong dalam kategori sunah ialah seperti menunggang kuda, memanah dan berenang kerana banyak mendatangkan manfaat.

Antara kelebihan berkuda ialah meningkatkan daya tahan kardiovaskular dan menguatkan otot si penunggang.

Pelajar Sarjana Muda Kewangan Islam (Perbankan) dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Nur Sulaim Ashikin Mohamad Tarmizi, 21, mula tertarik untuk belajar menunggang kuda kerana ia merupakan satu daripada sunah Rasulullah.

"Saya mengetahui tentang program sunah berkuda ini melalui pautan dalam talian yang dipromosikan di laman web UIAM.


KUDA juga seperti manusia, suka dimanja dan dibelai.


"Aktiviti ini berjaya mengajar saya mengenali karakter kuda yang berbeza yang tidak ubah seperti manusia yang memiliki pelbagai karakter. Secara tidak langsung, program ini memupuk sikap sabar dalam diri saya," jelas gadis yang kerap ke Pusat Sukan Sunnah itu bagi mengurangkan tekanan ketika belajar.

Beliau mula menyertai kelas menunggang kuda di pusat sukan tersebut selama sebulan sejak Februari hingga Mac lalu. Bayaran yang rendah iaitu RM70 bagi lima sesi latihan (bergantung kepada pakej disediakan) dianggap amat berpatutan bagi pelajar sepertinya.

Sepanjang meluangkan masa di sana, Nur Sulaim Ashikin yang mesra disapa Su sempat berkongsi kuda kegemarannya yang bernama Ruhil, seekor kuda betina yang mempunyai sifat lembut persis seorang wanita.

Bagi Su, Ruhil mudah dikendalikan dan lebih jinak berbanding kuda jantan yang bernama Adam. Pendekatan yang lebih tegas perlu digunakan ke atasnya.

Kempen

"Adam akan patuh pada arahan apabila kita berkeras dengannya," ujarnya ringkas.

Tambah Su, program yang berteraskan sunah seperti berkuda wajar disertai kerana setiap apa yang dilakukan akan mendapat ganjaran pahala.


NUR SYUHADA memberitahu cara memegang tali kekang (rein) dengan betul.


Nur Syuhada berkata, Pusat Sukan Sunnah juga sedang giat mempromosikan kempen Sejuta Pendokong H4G (Help for Gaza) menerusi penganjuran kelas berkuda bagi mengutip dana untuk disalurkan kepada umat Islam di beberapa negara bergolak.

Selain Gaza, negara yang turut menerima manfaat daripada kempen itu ialah Syria, Palestin dan Mesir. Sumbangan juga diperoleh melalui derma yang turut disalurkan menerusi internet.

"Sumbangan akan disampaikan kepada Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) sebelum disalurkan kepada golongan sasaran.

"Orang ramai yang berminat menyertai program sunah berkuda diberikan pilihan sebanyak lima pakej latihan mengikut peringkat masing-masing," jelas ibu kepada empat orang anak itu.

Mereka yang ingin menunggang kuda hendaklah duduk dengan tegak secara mendada dan memegang tali kekang mengikut teknik yang betul.

Tali kekang yang dipegang tidak boleh terlalu tegang mahupun kendur bagi mengelakkan mulut kuda daripada tercedera.

Tugas Nur Syuhada turut melibatkan penyampaian taklimat mengenai keselamatan, peraturan, pengenalan susuk badan kuda dan struktur kandang kepada peserta program.

Beliau turut bertanggungjawab dalam memastikan tahap kesihatan kuda-kuda yang terdapat di pusat sukan tersebut berada dalam keadaan baik. Semua pengunjung diberi peringatan agar mematuhi peraturan yang ditetapkan.

"Kami amat mengutamakan amalan sunah di sini. Jadi, pengunjung hendaklah memakai pakaian yang menutup aurat dan mengenakan kasut but demi menjaga keselamatan mereka," tegasnya.

Peserta program berpeluang menghayati sunah dan hikmah disebaliknya sepanjang menyertai kelas pendedahan tersebut. Keistimewaan lain yang diperoleh selepas mengikuti kelas tersebut ialah meningkatkan tahap stamina tubuh dan membentuk sikap menghormati orang lain.

Tarian tanduk 1,000 tahun

Posted:

Tarian tanduk 1,000 tahun

Tarian tanduk 1,000 tahun


SEORANG pengunjung memegang tongkat yang disambungkan dengan tanduk rusa.


KEUNIKAN sambutan tarian tanduk yang berlangsung di Abbots Bromley, England pada 9 September lalu berjaya menarik kehadiran pelancong dari serata dunia.

Tarian tanduk yang menggunakan tanduk rusa itu diadakan secara berarak mengikut alunan muzik tradisional England. Tanduk-tanduk yang digunakan dipercayai berusia lebih 1,000 tahun.

Ia mula diperkenalkan di pesta Barthelmy kira-kira 787 tahun lalu dan dianggap sebagai tarian tradisional paling lama bertahan di negara tersebut.

Dahulu, sambutan tarian tanduk rusa diadakan selama tiga hari tetapi kini dipendekkan kepada sehari dan biasanya diadakan pada hari Isnin pertama selepas tarikh 4 September.


PERARAKAN tarian tanduk rusa melewati kawasan perkampungandi Abbots Bromley, England.


Kini, tarian tersebut diadakan serentak sempena cuti sambutan Wakes Monday yang disambut oleh rakyat England dan Scotland. Tarian tanduk berkenaan merupakan acara tahunan masyarakat di Abbots Bromley.

Selepas menghimpunkan tanduk yang diperlukan untuk pesta tersebut seawal pukul 8 pagi, penari-penari yang terdiri daripada enam orang lelaki, seorang pemuzik dan pemanah, akan berarak di sepanjang kampung dan ladang sejauh 16 kilometer.

Selain penari, para pengunjung turut berarak bagi meraikan perayaan tersebut sehingga pukul 8 malam.

Uniknya, tanduk yang berwarna putih dipanggil Putih manakala tanduk berwarna perang dipanggil Biru. Tanduk Putih terbesar akan dibawa oleh ketua pasukan tarian tersebut.


PEMUZIK memainkan melodi sepanjang perarakan tarian tanduk rusa berlangsung.


Berat purata bagi tanduk rusa yang digunakan pada perarakan tersebut adalah sekitar 7 hingga 11 kilogram.

Selepas penat seharian menari di sepanjang perarakan tersebut, tanduk-tanduk yang digunakan akan dipulangkan ke gereja.

Tarikan lain yang ditawarkan kepada pengunjung adalah gerai jualan barangan kraftangan dan pameran lukisan kesenian.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Pelajar berarak bawa Jalur Gemilang di Gong Guchil

Posted:

Pelajar berarak bawa Jalur Gemilang di Gong Guchil

Pelajar berarak bawa Jalur Gemilang di Gong Guchil


PESERTA sekolah menengah sekitar Gong Guchil berarak membawa Jalur Gemilang di Besut, Terengganu baru-baru ini.


TERUJA. Seramai 128 peserta mengikuti Program Ekspedisi Pendidikan Luar Murid Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan di Kampung Gong Guchil, Besut, Terengganu baru-baru ini.

Pada program tersebut pelajar berpeluang mencuba pelbagai aktiviti contohnya permainan tradisi bermain gelang getah.

Program itu yang diadakan sempena bulan kemerdekaan negara turut dimeriahkan dengan acara simbolik perarakan membawa 56 bidang Jalur Gemilang yang dicantum di sekitar kawasan kampung.

500 meriahkan rumah terbuka Touch 'n Go

Posted:

500 meriahkan rumah terbuka Touch 'n Go

500 meriahkan rumah terbuka Touch 'n Go


ZAINAL ABIDIN (dua dari kanan) bersama tetamu pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Touch 'n Go di Hotel Le Meridien Kuala Lumpur baru-baru ini.


RAI. Kira-kira 500 orang termasuk pelanggan Touch 'n Go dirai pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Touch 'n Go bertempat di Hotel Le Meridien, Kuala Lumpur.

Menurut Penolong Pengurus Komunikasi Korporat, Touch 'n Go Sdn. Bhd., Wan Nor Azira Mazlan, majlis itu diadakan untuk meraikan pelanggan dan kakitangan Touch 'n Go yang memberi sokongan penuh kepada syarikat itu.

Tetamu dihidangkan dengan pelbagai juadah tradisional hari raya termasuk lemang, rendang dan nasi berani selain diserikan lagi dengan persembahan lagu-lagu raya oleh kakitangan Touch 'n Go sendiri.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB Holding, Datuk Seri Mohd. Nazir Razak dan Pengerusi Touch 'n Go Sdn. Bhd., Datuk Zainal Abidin Putih.

3,000 hadir majlis bacaan Yasin dan solat hajat di Kepala Batas

Posted:

3,000 hadir majlis bacaan Yasin dan solat hajat di Kepala Batas

3,000 hadir majlis bacaan Yasin dan solat hajat di Kepala Batas


REEZAL MERICAN (kiri) bersama sebahagian jemaah pada majlis bacaan Yasin dan solat hajat untuk calon peperiksaan di Masjid Abdullah Fahim Kepala Batas, Pulau Pinang baru-baru ini.


DOA. Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kepala Batas, Pulau Pinang melaksanakan Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat Perdana 2013 untuk memohon keberkatan pelajar sekitar parlimen terbabit dalam berdepan dengan beberapa peperiksaan utama.

Majlis yang diadakan di Masjid Abdullah Fahim Kepala Batas itu mendapat sambutan luar biasa apabila kira-kira 3,000 tetamu yang terdiri daripada golongan ibu bapa, pelajar dan guru-guru hadir bagi menjayakan program tersebut.

Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, program itu merupakan acara tahunan yang diadakan bagi mendapatkan keberkatan agar pelajar diberi keterangan hati dalam menjawab soalan peperiksaan seterusnya memperoleh keputusan cemerlang.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Pemotoran

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Pemotoran


Pengenalan Earth Dreams Technology Honda

Posted:

Pengenalan Earth Dreams Technology Honda

Pengenalan Earth Dreams Technology Honda

Oleh AHMAD SYUKRAN ZAINUDDIN

HONDA boleh dikatakan sebagai jenama yang bernasib baik di Malaysia. Walaupun sering berhadapan dengan cabaran sengit daripada para pesaingnya, kebanyakan model Honda yang ditawarkan tetap mendapat sambutan hangat.

Sejak kebelakangan ini, Honda sering hadir dengan berita gembira untuk pengguna tempatan. Sebagai satu pasaran yang amat sensitif dengan harga, tawaran harga berpatutan untuk produk keluarannya memang disambut baik.

Harus tahu bahawa inisiatif pengurangan harga itu dilakukan sendiri oleh Honda atau lebih spesifik lagi Honda Malaysia Sdn. Bhd. (HMSB). Tiada kena mengena dengan sebarang insentif daripada kerajaan.

Kesan penurunan harga dapat dilihat dengan pantas. Contoh terbaharu, apabila model kompak Honda Jazz versi petrol ditawarkan pada harga RM74,800 seunit, HMSB mencatat jualan tertinggi pada Julai lalu iaitu sebanyak 6,038 unit. Sebelum ini, jualan tertinggi yang dicatatkan ialah 5,045 unit pada Julai 2012.

Penawaran harga yang kompetitif dibuat menerusi usaha meningkatkan kecekapan, mengurangkan kos dan memaksimumkan komponen tempatan. Alangkah bagusnya jika semua pengeluar ada kesungguhan sebegitu.

Minggu lalu HMSB sekali lagi menggunakan formula hampir sama. Kali ini, harga yang ditawarkan cukup kompetitif bersama barisan ciri baharu yang nilainya mencecah belasan ribu ringgit.

Generasi kesembilan Honda Accord sememangnya ditunggu-tunggu kerana pesaingnya seperti Toyota Camry dan Mazda6 sudahpun tampil dengan model baharu. Menurut HMSB, sedan itu menerima pelbagai penambahbaikan yang signifikan untuk bersaing dalam segmen D yang sangat kompetitif.

Accord kini sudah berusia 37 tahun. Menerusi lapan generasi, Accord menjadi antara model utama Honda. Di peringkat global, sebanyak 19 juta Accord telah terjual di 160 buah negara sejak generasi pertamanya menemui pengguna pada tahun 1976.

Pada tahun 1982, Accord menjadi model CKD pertama yang dihasilkan di Amerika Syarikat. Sedan itu juga menjadi kenderaan terlaris di Jepun selama 15 tahun berturut-turut.


UENO (kiri) bersama Pembantu Ketua Projek Honda Accord generasi kesembilan, Masao Nakano melancarkan Honda Accord baru-baru ini.


Untuk pasaran Malaysia, Accord tampil pada tahun 2001 apabila generasi ketujuhnya diperkenalkan. Sejak itu, ia mencatatkan jumlah jualan yang memberangsangkan iaitu sebanyak 51,500 unit sehingga 31 Ogos 2013. Accord generasi kelapan sahaja terjual lebih 29,000 unit.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif HMSB, Yoichiro Ueno menyatakan Accord baharu menetapkan satu penanda aras baru dalam segmen D. Ia dibina berdasarkan kemahuan pengguna, di samping menggabungkan aspek kemewahan, prestasi, sistem keselamatan inovatif dan teknologi canggih.

Nadi Accord adalah 'Honda DNA'. Nilai-nilai dan DNA Accord seperti gaya yang tidak ditelan zaman, keselesaan dan kesenyapan terbaik dalam kelasnya dikekalkan. Bukan itu sahaja, Accord juga menjanjikan peningkatan tahap penjimatan bahan api, seronok untuk dipandu serta bernilai untuk wang.

Dengan penambahan teknologi termaju, sofistikasi, kemewahan dan kualiti, Accord serba baharu dikonsepkan agar menjadi 'Pakej paling efisien pada sebuah Sedan Premium Pintar.'

Accord serba baharu ditawarkan dalam tiga varian iaitu 2.0VTi, 2.0VTi-L dan 2.4VTi-L. Varian paling premium dikuasakan oleh enjin Earth Dreams Technology Honda yang revolusionari. Earth Dreams Technology merupakan satu set inovasi teknologi generasi akan datang yang dicipta untuk menawarkan kualiti pemanduan berprestasi tinggi dan jimat bahan api.

Jentera ini merupakan model pertama HMSB yang menggunakan rangkaian kuasa Earth Dreams Technology. Enjin-enjin tersebut dipadankan dengan kotak gear automatik lima kelajuan.

Ketiga-tiga varian ini dilengkapi ECON Mode. Apabila diaktifkan, ECON Mode akan menggabung dan mengoperasikan satu siri fungsi ECO Assist. Kombinasi pintar ini mampu meningkatkan kecekapan penggunaan bahan api kenderaan dengan hanya menekan satu butang sahaja.

Kabin luas

Satu fakta menarik tentang Accord ialah jentera itu lebih kecil dan ringan berbanding model terdahulu. Ruang kabin Accord dibina berasaskan kepada falsafah kejuruteraan dan reka bentuk Honda iaitu 'Man Maximum, Machine Minimum' (Manusia Maksimum, Mesin Minimum), Honda berjaya meningkatkan ruang dalaman untuk menjadikannya lebih luas dan selesa buat para penumpangnya.


REKAAN lampu belakang yang kemas dan elegan.


Ruang kaki penumpang belakang telah ditingkatkan sebanyak 35.5mm, manakala bahagian butnya pula 23 liter lebih besar. Secara keseluruhannya, ruang dalamannya mengutamakan kemewahan dan berkualiti tinggi bersama rekaan yang bersih untuk meningkatkan lagi keselesaan.

Perkakasan penyerapan bunyi bising yang efisien, Kawalan Bunyi Bising Aktif (Active Noise Control, ANC) dan Kawalan Suara Aktif (Active Sound Control) berfungsi untuk menawarkan kesenyapan di dalam kabin yang terbaik dalam kelasnya.

Aspek kebisingan, getaran dan kekasaran (Noise, Vibration, Harshness atau NVH) ditingkatkan secara signifikan melalui pakej pemasangan pad penyerapan. Ini membolehkan pemandu dan penumpang menikmati pemanduan menyeronokkan di dalam kabin Accord serba baharu yang luas dan selesa.

Accord dibina berdasarkan kepada kemahuan para pelanggan Honda terhadap ciri-ciri keselamatan pintar dan maju, di samping teknologi bantuan penglihatan yang sememangnya membantu pemandu. Salah satu contohnya ialah LaneWatch Camera yang ada pada varian 2.4VTi-L dan menjadi model pertama Honda Malaysia yang menerima ciri keselamatan tersebut.

Visual titik buta akan dipaparkan pada Paparan Multi Maklumat pintar (i-MID) VGA LED sepenuhnya bersaiz lapan inci. Accord (2.0VTi-L and 2.4VTi-L) juga menampilkan Kamera Pandang Belakang Pelbagai Sudut (Multi-Angle Rearview Camera) yang mampu memaparkan ruang sehingga 180 darjah untuk pandangan lebih jelas ketika mengundur kenderaan.

Ciri isyarat berhenti kecemasan (Emergency Stop Signal) dan One Touch Lane Change nyata meningkatkan lagi aspek keselamatan inovatif Accord.

Varian 2.4VTi-L turut dilengkapi sistem Active Cornering Lights (ACL) yang menawarkan pencahayaan tambahan secara automatik apabila pemandu mengaktifkan indikator atau memusingkan stereng melebihi 90 darjah. Ini adalah satu ciri baharu buat Honda. Lampu utama LED pada varian 2.4VTi-L juga merupakan yang pertama ditawarkan pada model keluaran HMSB.

Sehingga 31 Ogos lalu, HMSB telah menerima lebih 330 tempahan untuk Accord. "Kami menyasarkan untuk menjual 2,800 unit Accord sehingga hujung tahun ini dengan purata jualan sebanyak 700 unit sebulan," tambah Ueno.

Ini bermakna Accord dijangka mampu menguasai 30 peratus perkongsian pasaran untuk kenderaan segmen D eksekutif bukan nasional.

Dalam usaha memberikan pengalaman pemilikan yang terbaik, HMSB telah melanjutkan selang servis kenderaannya kepada 10,000 kilometer. Accord juga hadir dengan jaminan selama lima tahun tanpa had perbatuan.

Accord didatangkan dalam lima warna menarik iaitu kelabu, emas, hitam, putih dan perak.

Kalau berminat, anda boleh menempah Accord di salah satu daripada 64 pengedar Honda di seluruh negara. Bagi membolehkan kenderaan Honda lebih mudah diakses dan menambah baik perkhidmatannya, HMSB mengumumkan bahawa jumlah pengedar akan ditambah menjadi 80 menjelang akhir tahun ini.

Corolla E30 enjin Mazda

Posted:

Corolla E30 enjin Mazda

Corolla E30 enjin Mazda

Oleh IRWAN ASRI MOHD NOR
www.mekanika.com.my


WARNA kuning Ferrari membuatkan penampilan Toyota KE30 ini begitu menyerlah.


KETERLALUAN? Mungkin. Toyota Corolla E30 itu sangat melampau apabila dipasangkan dengan enjin Mazda rotary 13B.

Jarang dibuat orang dan saya tidak fikir ramai yang sanggup membuat modifikasi hingga ke tahap ini. Enjin rotary 13B pada Toyota KE30 mungkin sudah jadi perkara biasa. Tetapi pada model E30 dengan casis yang tua, takut tercabut pula ruang enjin bila pecut nanti.

Namun, kalau hati sudah suka dan duit bukan penghalang, modifikasi begini adalah 'permata' bagi peminat kereta yang telah diubah suai.

Enjin itu bukan masuk begitu sahaja. Sebaliknya ia dipasang dengan kemas dan sangat cantik berbanding projek Kancil L2 yang pernah saya lihat sebelum ini.

Dalam geran, model sebenar kereta itu ialah Toyota Corolla KE55R CS Sedan. Ia tergolong dalam keluarga E30 dan lebih popular disebut sebagai KE30. KE30 mempunyai banyak varian seperti coupe, hardtop, sport coupe, wagon, malah versi van pun ada (di pasaran Jepun).


ENJIN 13B Mazda RX7 yang tidak mengalami sebarang proses ubah suai ketara.


Ketika kereta itu mula-mula dikeluarkan dahulu, ia menjadi Corolla paling berjaya di pasaran Amerika Syarikat. Kecil, ekonomikal, tidak banyak kerenah dan minyaknya super jimat. Waktu itu krisis minyak sedunia sedang melanda dan orang sudah tidak terima idea gila enjin V8 atau kereta muscle yang pelahap petrol.

Modifikasi paling penting pada jentera itu ialah ekzos 5Zigen. Kalau sudah nama enjin rotary, pasang ekzos yang boleh mengejutkan orang satu pekan barulah seronok. Bunyi enjin 13B N/A (aspirasi biasa) itu semakin galak apabila dipadankan dengan paip ekzos salur terus.

Enjin itu langsung tidak diusik. Pasang paip tahan karat, hos Samco dan penapis udara K&N sahaja. Modifikasi penting ialah gandar belakang dengan bahan kitar semula Mitsubishi Lancer A174 dengan LSD. Ada lagi, klacnya ialah Twinplate OS Giken!

Apabila kereta sudah laju, suspensi mestilah berada dalam kondisi cemerlang. Jadi, ia dipasang dengan set suspensi boleh laras TRD depan belakang. Rim replika Enkei RS Evolution itu 17 inci saiznya. Nampak besar betul pada kereta itu. Tayarnya ialah Falken Ziex 215/40 depan dan 215/45 Continental di belakang.


PAPAN pemuka jentara lama ini nampak cukup ringkas.


Bagi memastikan kereta dapat diberhentikan dengan selamat, brek FD Efini depan dan belakang digunakan.

Kalau anda rasa projek begini asal boleh atau cuma harap kepada enjin dan badan sahaja yang terjaga, memang anda silap.

Bahagian dalamannya dikemaskan dengan sepasang tempat duduk Recaro merah hitam yang telah dibalut semula. Papan pemuka pula nampak kemas dengan pelekat karbon. Sementara meter asal FD ditanam dalam casis dengan kelongsong asal KE55 dibiarkan pada posisinya. Bijak bukan?

Kemasan akhir ialah warna kuning Ferrari yang nampak sangat menyerlah. Bukan sahaja catnya kemas, malah kerja restorasi badannya juga memang cemerlang.

Bukan senang hendak membaik pulih kereta lama jadi tahap sebegini. Perlu sabar dan beri kepada mekanik yang betul.

Teana 2.5 V6 wajah baharu

Posted:

Teana 2.5 V6 wajah baharu

Teana 2.5 V6 wajah baharu

Oleh MUHAMMAD MD TAJUDIN
geartinggimedia@gmail.com


JENTERA ini tampil dengan rekaan yang agak konservatif.


SAYA pernah memandu uji Nissan Teana 2.5 V6 sebelum ini. Boleh dikatakan bahawa ia satu pengalaman yang memuaskan hati. Dibandingkan dengan pesaing lain dalam segmen D, konsep binaan Teana sangat berbeza.

Jika reka bentuk pesaing lain seperti Honda Accord, Kia Optima, Hyundai Sonata dan Toyota Camry lebih tajam dan aerodinamik, Teana pula melawan arus dengan reka bentuk agak konservatif.

Disorot model segmen D Nissan terdahulu seperti Cefiro A31, ia sangat berbeza kerana model itu lebih sporty dengan bumbung rendah, badan lebar dan yang paling popular hingga kini ialah pacuan roda belakang.

Ini kerana model tersebut sebenarnya berkongsi platform dengan Nissan Skyline R32. Tahun berganti tahun, Cefiro semakin hilang sifat itu yang dizahirkan kepada model pengganti seperti Cefiro A32, Cefiro A33 (Excimo & Brougham) dan kemudiannya Teana generasi pertama (J31) dan paling baharu generasi kedua (J32).

Boleh jadi pasaran yang disasarkan Nissan kurang berminat dengan reka bentuk sporty dan mahukan imej yang lebih eksekutif dan mewah. Di pasaran global, Teana dikenali dengan beberapa nama seperti Altima di Amerika Syarikat yang telah dipasarkan menerusi model serba baharu.

Di China pula, jenama Teana masih dikekalkan. Tetapi sudah dibuat wajah baharu (facelift). Pada Mac lalu, model baharu yang sama seperti Altima di Amerika Syarikat dilancarkan.

Semasa berita Teana tempatan ingin dilancarkan semula saya menjangkakan model yang akan dikeluarkan sama seperti Teana wajah baharu pasaran China. Nampaknya Edaran Tan Chong Motor (ETCM) mempunyai pendapat lain dengan mengekalkan reka bentuk sama dengan model sedia ada. Tetapi dengan sentuhan minor seperti jeriji hadapan dengan bilah berwarna hitam serta aerokit yang lebih minimalis.

Walaupun begitu, ada satu perubahan besar yang mendahului pesaing lain dengan penggunaan teknologi Blind Spot Warning System (BSW).

Bagaimana BSW berfungsi? Konsep penggunaannya sama seperti sistem amaran lorong lain iaitu memberi amaran jika terdapat sebarang objek yang berada di sisi kenderaan.


ENJIN 2.5L V6 yang penuh kuasa.


Sistem amaran titik buta

Pemandu diberi amaran melalui nyalaan dua lampu kecil yang dipasangkan di tapak kanan dan kiri cermin sisi sama seperti lampu BLIS Volvo. Jika objek terlalu dekat dan pemandu tetap menukar lorong bunyi amaran pula akan dikeluarkan sebagai peringatan kali kedua.

Teknologi BSW menggunakan dua sensor yang dipasangkan di sebalik bampar belakang. Ia akan mengimbas objek pada lingkungan titik buta yang tidak dapat dilihat oleh pemandu.

Sistem amaran titik buta sebenarnya sangat berguna dan amat dialu-alukan jika ia dijadikan syarat wajib untuk semua kenderaan di Malaysia. Ini kerana ada segelintir pemandu yang lalai menukar lorong sesuka hati.

Lebih penting lagi, ia dapat memberi amaran apabila terdapat motosikal yang entah muncul dari mana dan mencelah semasa memandu dalam kesesakan jalan raya. Saya ucapkan tahniah kepada ETCM kerana prihatin dan berjaya memperkenalkan teknologi itu.

Selain daripada perubahan luaran yang minor dan teknologi BSW, Teana baharu juga didatangkan dengan warna interior baharu iaitu hitam berbanding warna beige sebelum ini. Walaupun warna beige sering dikaitkan dengan suasana mewah dan luas berbanding warna hitam yang lebih sporty, namun perubahan itu dilihat sesuai sekali.

Jika diimbas kembali ulasan model sebelum ini, saya tidak berkenan kerana warna beige tersebut yang menampakkan butang-butang di papan pemuka seperti plastik murah. Warna hitam yang baru nampaknya berjaya mengurangkan imej murah dan dilihat lebih senada dengan imej mewah dan premium yang ingin dibawa Teana.


PAPAN pemuka dan konsol tengah Teana 2.5 V6 ini diserikan dengan kemasan kayu.


Satu lagi perkara yang ingin saya puji dan kongsi adalah tahap keselesaan Teana yang tinggi. Memandu atau menumpang kereta itu terasa seperti duduk di atas sofa yang bergerak di atas jalan raya.

Jurutera Nissan memang handal dalam bab ini, hentakan di jalan berlopak diserap dengan elok. Pada masa yang sama putaran stereng agak jitu untuk sebuah kereta yang besar.

Dari segi luaran pula, saiznya yang besar dan reka bentuk konservatif tetapi mewah. Ia nyata mendominasi jalan raya dan memang sesuai sangat jika dipanggil sebagai kereta besar pada masa pengeluar lain mengecilkan saiz kereta mewah mereka.

Melihat dari luar terasa begitu banyak sekali besi yang digunakan oleh Nissan untuk mengeluarkan model ini. Dari segi mekanikal pula tiada apa yang berubah. Enjin 2.5 V6 CVTC dikekalkan dan dipadankan dengan transmisi CVT yang lancar.

Nissan Teana 2.5 V6 ialah sebuah kereta segmen D yang selesa bersama ruang kabin luas, penampilan luaran mewah, tahap keselesaan tinggi dan deruman enjin V6 yang mengasyikkan.

Semua ciri tersebut disempurnakan lagi dengan kemasan dalaman berwarna gelap yang nampak eksklusif. Apa yang paling penting ialah teknologi BSW yang merupakan penanda aras baharu dan sudah menjadi arus perdana dalam segmen D tempatan.

Tidak kira sama ada profail pemiliknya tauke besar, pengurus atau berkeluarga, ia cocok belaka. Saya sebenarnya tidak kisah jika Nissan Teana 2.5 V6 dijadikan kenderaan rasmi kerajaan. Diperakui dan lulus!

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Peniaga ugut KPN ditahan

Posted:

Peniaga ugut KPN ditahan

Peniaga ugut KPN ditahan

Oleh NOR SHAFAWATI YUP
shafawati.yup@kosmo.com.my

LELAKI yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi semalam untuk siasatan.


KUALA LUMPUR – Seorang lelaki yang didakwa menyarankan seseorang diupah untuk menembak mati Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar (gambar kecil), ditangkap ketika menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh berkata, lelaki berusia 33 tahun itu, ialah seorang peniaga jualan langsung dari Negeri Sembilan.

Dia hadir ke IPD Cheras seorang diri pada pukul 9.30 pagi.

Menurut beliau, lelaki itu kemudian dihantar ke IPD Dang Wangi untuk siasatan mengikut Seksyen 505(b) atas kesalahan mendatangkan khianat awam dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

2 didakwa bunuh penjaga cicak

Posted:

2 didakwa bunuh penjaga cicak

2 didakwa bunuh penjaga cicak

Oleh MEGAT RAMLI MEGAT RAOF
megat@kosmo.com.my


ROSMADY dan Azman dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Kuala Selangor, Selangor semalam selepas hadapi tuduhan membunuh penjaga cicak tokek.


KUALA SELANGOR – Dua lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan membunuh penjaga cicak tokek yang mayatnya ditemui di dalam sebuah kereta yang separuh tenggelam di lombong Jalan Rantau Panjang, Bestari Jaya di sini pada 30 Ogos lalu.

Kedua-dua tertuduh warga tempatan itu ialah Rosmady Rosman berasal dari Kuang, Rawang dekat sini dan Azman Ismail berasal dari Jeram di sini. Mereka masing-masing berusia 38 tahun.

Mengikut kertas pertuduhan, Rosmady dan Azman telah membunuh Syairul Helmy Azhar, 24, di hadapan rumah Lot 4225 Jalan Rezab Zazuli, Kampung Bukit Hijau, Jeram pada pukul 7 pagi, 30 Ogos lalu.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Wanita dituduh bunuh suami dengan minyak panas

Posted:

Wanita dituduh bunuh suami dengan minyak panas

Wanita dituduh bunuh suami dengan minyak panas


YIT KWAI dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Sungai Siput, Perak semalam selepas dituduh membunuh suaminya.


SUNGAI SIPUT – Seorang wanita warga emas didakwa di Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan membunuh suaminya dengan cara menyimbah minyak panas ke atas mangsa dalam satu pergaduhan di Kampung Baru Rimba Panjang di sini pada bulan lalu.

Dalam kejadian pada 20 Ogos lalu, tertuduh didakwa bertindak demikian selepas berang dengan sikap suaminya yang dikatakan mencuri wang berjumlah RM36 milik tertuduh.

Tertuduh Wong Lan @ Wong Yit Kwai, 65, dilihat tenang sambil matanya memandang ke lantai mahkamah ketika pertuduhan bunuh ke atasnya dibacakan oleh jurubahasa dalam bahasa Kantonis di hadapan Majistret Ahmad Shamil Azad Abdul Hamid.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Karnival kumpul dana RM200,000

Posted:

Karnival kumpul dana RM200,000

Karnival kumpul dana RM200,000

Oleh KHADIJAH MOHAMAD NOR
khadijah.mohamadnor@kosmo.com.my

PELBAGAI aktiviti menarik disediakan untuk orang ramai.


PROGRAM Fun Fair At The Park anjuran Persatuan Strok Kebangsaan Malaysia (Nasam) berlangsung penuh meriah di Tasik Taman Jaya, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Acara tahunan yang telah memasuki tahun ke-16 penganjurannya itu berjaya menarik kehadiran ramai pengunjung yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.

Ia bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai penyakit strok selain mengumpul dana yang diperlukan persatuan tersebut.

Pengurus Besar Nasam, Ng Wye Wye berkata, sehingga kini, pihaknya mempunyai lapan pusat di seluruh negara dan menyediakan perkhidmatan pemulihan dan kaunseling kepada lebih 400 survivor penyakit berbahaya itu.

"Kami bergantung hampir secara eksklusif kepada kerelaan sukarelawan dan kemurahan hati penaja serta penderma untuk memberi sokongan kepada pesakit strok.

"Kami percaya, ada kehidupan selepas diserang strok dan ia merupakan misi kami untuk membantu pesakit agar pulih dan kembali menjalani kehidupan normal," jelas Wye Wye sambil memberitahu, kos tahunan operasi Nasam mencecah RM2 juta.


PENGUNJUNG tidak melepaskan peluang untuk berbelanja di gerai jualan yang terdapat di tapak karnival.


Program yang bermula dari pukul 7 pagi hingga 2 petang itu dipenuhi dengan pelbagai aktiviti menarik seperti mewarna muka, sudut haiwan peliharaan, menunggang kuda padi, gerai permainan, persembahan nyanyian dan banyak lagi.

Kelibat beberapa orang badut yang berkeliaran di sekitar taman untuk menghiburkan orang ramai, membuatkan kanak-kanak teruja untuk mendekati mereka.

Selain itu, kehadiran maskot watak animasi Smurf turut menarik perhatian para peminatnya untuk bergambar bersama.

Tidak ketinggalan, gerai jualan makanan yang menawarkan variasi menu berbeza memberi peluang kepada pengunjung menikmatinya.

Semua pembelian di gerai atau untuk menyertai aktiviti yang ada perlu menggunakan kupon khas yang bertujuan memudahkan proses pengiraan dana yang berjaya dikumpul.


MASKOT watak animasi Smurf mencuri perhatian pengunjung.


Tampung kos

Secara keseluruhan, program Fun Fair At The Park berjaya mencapai matlamat untuk mengumpul dana berjumlah RM200,000 yang akan digunakan bagi menampung kos perbelanjaan operasi Nasam di seluruh negara.

Menurut Wye Wye, salah satu misi Nasam tahun ini adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang penyakit strok kepada semua lapisan masyarakat.

"Setiap tahun, lebih 50,000 kes baharu dilaporkan di Malaysia. Justeru, amat penting untuk setiap individu mengetahui tanda-tanda awal strok dan kesan yang membuatkan badan lemah untuk membolehkan mereka mengambil langkah berjaga-jaga di peringkat awal.

"Lantaran itu, kami turut membuka kaunter informasi berkaitan strok untuk menyebarkan maklumat ini kepada masyarakat di luar sana," terang Wye Wye yang gembira dengan sambutan luar biasa terhadap program Fun Fair At The Park tahun ini.

Untuk maklumat lanjut, layari www.nasam.org atau melalui laman sosial Facebok/National Stroke Association of Malaysia – NASAM.

Sudoku tajamkan minda

Posted:

Sudoku tajamkan minda

Sudoku tajamkan minda

Oleh NADIA SHAIFUL BAHARI
nadia.bahari@kosmo.com.my


ISMAIL (tengah) bersama Mohd. Yusri (kiri) dan Teck Guan menunjukkan ruangan peraduan Sudoku Kosmo! bersama Midea 2013.


JIKA permainan teka silang kata dipercayai mampu membuatkan anda bertambah pintar, permainan Sudoku pula berupaya menambah ketajaman minda.

Perkataan Sudoku merupakan akronim daripada suuji wa dokushin ni kagiru yang berasal dari Jepun yang bermaksud angka mesti kekal tunggal atau bersendirian.

Sudoku merupakan permainan pengendalian nombor berdasarkan logik yang memberi kepuasan kepada pemain lebih-lebih lagi apabila mereka berjaya menyelesaikan permainan itu.

Bagaimanapun, asal usul permainan Sudoku sebenarnya dicipta oleh seorang ahli matematik dari Switzerland, Leonhard Euler, pada tahun 1783. Beliau menyifatkan Sudoku sebagai sejenis permainan berkotak yang ajaib.

Presiden Persatuan Sudoku Malaysia, Ismail Omar, berkata, permainan menyusun nombor seperti Sudoku melatih seseorang untuk sentiasa peka dengan sebarang kemungkinan.

"Kami berharap lebih ramai rakyat negara ini gemar mengisi masa lapang dengan melengkapkan permainan Sudoku kerana ia juga mampu meningkatkan daya fokus pemain.

"Satu lagi kelebihan permainan ini ialah ia sesuai untuk semua peringkat umur," katanya ketika ditemui di pejabat Kosmo! baru-baru ini.

Difahamkan, permainan teka-teki angka yang juga menjadi senaman minda itu juga diakui boleh menghindarkan pelbagai penyakit berhubung sakit tua termasuk nyanyuk atau alzheimer.


KANAK-KANAK dan remaja sesuai bermain teka-teki Sudoku untuk menajamkan minda. - Gambar hiasan


Dalam pada itu, ahli jawatankuasa persatuan tersebut, Lim Teck Guan, memberitahu, ini merupakan penglibatan sulung pihaknya dalam penganjuran pertandingan Sudoku Kosmo! bersama Midea 2013. Midea merupakan pengedar rangkaian produk elektronik dan perkakasan rumah, Midea Scott & English Electronics Sdn. Bhd. (Midea).

"Orang ramai digalakkan menyertai peraduan ini bagi menguji keupayaan mereka menyelesaikan teka-teki Sudoku daripada pelbagai tahap kesukaran.

"Terdapat tiga tahap kesukaran teka-teki Sudoku yang disediakan sepanjang enam hari peraduan ini disiarkan di akhbar Kosmo!," ujarnya.

Peminat Sudoku berpeluang menyertai pertandingan permainan teka-teki itu bermula dari 16 hingga 21 September ini.

Sementara itu, Naib Presiden Persatuan Sudoku Malaysia, Mohd. Yusri Shariff, berkata, peraduan tersebut diadakan bagi menghargai pembaca setia Kosmo! yang menggemari permainan tersebut.

"Walaupun permainan ini nampak mudah, ia memerlukan teknik-teknik tertentu untuk menyelesaikan teka-teki tersebut," jelasnya.

Kesemua teka-teki Sudoku disediakan sendiri oleh syarikat pemegang hak cipta permainan tersebut iaitu Nikoli Co. Ltd. (Nikoli) yang berpangkalan di Jepun.

Nikoli turut menaja sebanyak 100 buah buku Sudoku kepada pemenang, di samping hadiah menarik lain daripada Midea. Midea akan menyediakan hadiah berupa barangan elektrik berjumlah RM15,000 kepada para pemenang.

Pemenang tempat pertama akan menerima barangan elektrik bernilai RM5,000, tempat kedua (RM3,000) dan ketiga (RM2,000).

Selain itu, 10 pemenang saguhati akan menerima perkakasan elektrik Midea bernilai RM500 seorang.

Veteran RTM kongsi pelbagai pengalaman bersejarah

Posted:

Veteran RTM kongsi pelbagai pengalaman bersejarah

Veteran RTM kongsi pelbagai pengalaman bersejarah

Oleh NIZHA PERIASWAMY

MALAYSIA melalui pelbagai rintangan dan cabaran dalam membentuk sebuah negara yang maju dan aman.


MENGENANG era pra dan pasca kemerdekaan, empat orang bekas juruhebah veteran Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang hanya dikenali Radio Malaya ketika itu mengakui ia suatu pengalaman yang sarat dengan sejuta pengertian. Memori pahit dan manis yang dikutip kekal menebal walaupun masing-masing semakin ditelan usia.

Dalam pertemuan bersama Kosmo! pada Majlis Mesra Raya anjuran Persatuan Veteran RTM di Angkasapuri, Kuala Lumpur, bekas juruhebah RTM berkenaan tidak lokek bercerita.

Bekas Ketua Pengarah Penyiaran Radio Malaya, Datuk Abdullah Muhamad, 82, berkongsi kenangan tatkala membuat liputan pilihan raya Malaya yang pertama sebelum merdeka pada tahun 1955.

Beliau yang bertugas sebagai juruhebah ketika itu berkata, tugasnya adalah untuk mengumumkan keseluruhan keputusan pilihan raya yang dimenangi parti Perikatan. Parti Perikatan memenangi 51 kerusi daripada 52 yang dipertandingkan.

"Kami ditugaskan mengumumkan kepada orang ramai tentang keputusan sedangkan kami tidak tahu-menahu mengenai pilihan raya. Walau bagaimanapun ia memberi pengalaman baharu buat saya. Situasi pada hari itu penuh teka-teki dan menjadi pendidikan tidak formal tentang sistem demokrasi di Malaya," kata beliau.

Selain itu, beliau juga memberitahu, pilihan raya tersebut menjadi titik kerjasama antara parti UMNO, MCA dan MIC dalam usaha membentuk sebuah negara merdeka.

Abdullah turut berkongsi cerita mengenai kenangan bekerjasama dengan pihak British yang menghalang fahaman komunisme merebak dan membantu melancarkan peperangan psikologi terhadap kumpulan komunis yang bersembunyi di dalam hutan.


BANGUNAN Angkasapuri ini siap dibina pada tahun 1968, tetapi para kakitangan veteran Radio Malaya sudah mula bertugas seawal tahun 1954 lagi di pejabat lama di Jalan Cenderawasih, Kuala Lumpur.


Peristiwa Hartal

Mengenang peristiwa satu tugasan pada tahun 1954, menurut Abdullah, beliau pernah terlibat dalam proses merakam suara untuk menggesa mereka yang terlibat dalam gerakan komunis supaya keluar dan kembali kepada keluarga di rumah. Kebanyakan rakaman suara itu diedarkan menggunakan kapal terbang di kawasan hutan di Pahang.

Sementara itu, bekas pengulas Radio Malaya yang pernah bekerja di Pulau Pinang pada tahun 1960-an, Amran Hamid, 73, mengakui tidak berpeluang membuat liputan kemerdekaan tetapi kisah yang dikongsi beliau juga penuh sejarah.

"Pada tahun 1967, berlaku rusuhan yang dinamakan sebagai Peristiwa Hartal. Saya antara kru yang bertugas untuk menenangkan keadaan di sekitar Pulau Pinang. Banyak pengumuman dilakukan supaya kesahihan dan penyelesaian yang benar disampaikan," kata beliau.

Peristiwa Hartal berlaku pada 24 November 1967 akibat susut nilai mata wang pound sterling. Kejatuhan nilai mata wang itu telah menjejaskan mata wang Malaysia yang dikeluarkan oleh Bank Negara. Penurunan mendadak itu menyebabkan orang ramai tidak berpuas hati dan menjurus kepada rusuhan kaum walaupun masalah itu telah diselesaikan dalam masa lima hari.

Mengenang tempoh 33 tahun bertugas di RTM, Amran memberitahu, Peristiwa Hartal merupakan kenangan paling tidak dapat dilupakan ketika bertugas selaku pengulas selama enam tahun. Kemudian, beliau beralih ke unit Pengurusan Perhubungan Awam.

Bagi bekas pembantu penyiaran, Abdul Aziz Mohd. Ibrahim, 73, yang lebih dikenali sebagai Aziz Ibrahim, pengalaman merakam dan menjadi pengulas sukan merupakan memori yang membanggakan. Ini disebabkan pasukan sukan Malaysia pada era 1960-an dan 1970-an adalah kumpulan terbaik di Asia.

Pasukan Malaysia

Beliau pernah bertugas membuat liputan Piala Thomas 1967. Pada waktu itu, Malaysia mempunyai pasukan yang kuat dan terpaksa berhadapan dengan banyak cabaran.

"Sewaktu itu, kawasan Asia Tenggara bergolak dengan konfrontasi Malaysia-Indonesia serta peralihan rejim Sukarno-Suharto di Indonesia. Berlaku kekecohan ketika Malaysia hampir menang dan acara final terpaksa dihentikan. Keadaan kami sebagai wakil komentar agak getir juga.

"Kami terpaksa menunggu dalam bilik komentar sebelum pihak berkuasa membawa kami pulang memandangkan situasi boleh mengancam nyawa," ujar Aziz yang ketika itu berada di Jakarta, Indonesia.


AMRAN


Pengalaman lain yang dikongsi beliau ialah saat pertama kali Malaysia memiliki satelit Olimpik sendiri pada tahun 1972. Kewujudan teknologi satelit tersebut memberi peluang kepada RTM dan memudahkan membuat liputan sukan Olimpik.

Tutur Aziz, bertambah menarik mengenai Sukan Olimpik pada tahun itu apabila menyaksikan pasukan bola sepak Malaysia berjaya menumbangkan jaguh Asia yang lain seperti Jepun, Korea Selatan, Filipina dan Taiwan. Secara tidak langsung Malaysia layak ke Sukan Olimpik Musim Panas 1972 di Munich, Jerman (ketika itu dikenali sebagai Jerman Barat). Ia satu-satunya edisi Olimpik yang disertai oleh skuad bola sepak Malaysia.

Walaupun kalah, Aziz dengan bangga memberitahu Malaysia merupakan wakil benua Asia untuk sukan bola sepak ketika itu.

Dalam pada itu, seorang lagi bekas kakitangan RTM, iaitu mantan Penolong Penyiaran Radio Malaya, Baharin Tahir, 74, menceritakan detik-detik cemas beliau ketika menjadi pembantu penyiaran sewaktu peristiwa 13 Mei 1969.

"Pada malam 12 Mei, semua ketua saya sudah balik awal. Saya pun tidak mahu menunggu lama kerana keadaan agak genting. Jadi saya mengambil keputusan pulang pada pukul 6 petang dari pejabat kami yang ketika itu terletak di Jalan Cenderawasih, Kuala Lumpur. Saya juga masih ingat bagaimana Tunku Abdul Rahman menangis di kaca televisyen ketika membuat pengumuman tentang darurat. Kami berpasukan bersama semua wartawan kaum lain dalam pejabat yang sama hanya makan roti kering ketika menunggu pengumuman tentang peristiwa 13 Mei itu," kata Baharin.

Mengakui ia satu pengalaman yang menggugat keamanan negara, Baharin berkata, tugasnya melapor dan berkongsi maklumat dari semasa ke semasa membuatkan pendengar RTM sedar tentang peristiwa-peristiwa penting yang melanda negara.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Semua pemain tampil aksi positif

Posted:

Semua pemain tampil aksi positif

Semua pemain tampil aksi positif

Oleh NOR AZIRAN YUNUS
aziran.yunus@kosmo.com.my

PEMAIN skuad Harimau Muda kini berlumba-lumba membuktikan kemampuan mereka dalam usaha merebut tempat dalam kesebelasan utama.


PARA pemain Harimau Muda telah membuatkan pengendalinya, Ong Kim Swee bertambah pening kepala.

Bagaimanapun, situasi tersebut merupakan satu perkembangan positif dalam kalangan para pemain skuad Bawah 23 tahun (B-23) negara itu bagi menghadapi perlawanan akhir Pestabola Merdeka 2013 menentang Myanmar malam esok.

Selain itu, skuad muda negara itu juga akan turun dalam misi mengekalkan pingat emas di Sukan SEA Disember depan.

Menurut Kim Swee, para pemain yang berada dalam skuadnya kini sangat positif serta mereka berlumba-lumba untuk mencuri perhatian saya untuk diletakkan dalam kesebelasan utama.

"Mereka (pemain) telah membuatkan saya pening kepala.

"Tetapi, sakit kepala saya itu sesuatu yang positif buat pasukan Harimau Muda kerana mereka berlumba-lumba memberikan persembahan terbaik ketika diberi peluang beraksi.

"Saya berharap sikap positif begini akan terus dikekalkan dalam diri para pemain bukan sahaja bagi menghadapi perlawanan akhir Sabtu ini (malam esok) dan pada Sukan SEA nanti, tetapi perlu dikekalkan sampai bila-bila," kata Kim Swee kepada Kosmo! semalam.

Dalam pada itu, mengulas mengenai pertemuan dengan Thailand kelmarin, Kim Swee berkata, beliau telah merehatkan beberapa tonggak utama pasukan yang kepenatan serta digantung perlawanan bagi memberi peluang seramai enam pemain yang masih belum diturunkan dalam kejohanan itu.

Kata beliau, ternyata para pemain yang diberi peluang telah membalas kepercayaan yang diberikan olehnya dengan menampilkan permainan sangat berkualiti bagi membenam musuh tradisi, skuad Gajah Perang.

"Inilah yang saya harapkan selama ini, apabila dipanggil untuk menggalas cabaran, mereka (pemain-pemain simpanan) bersedia pada bila-bila masa dan mampu memberikan satu persembahan meyakinkan.

"Bagaimanapun, ingin saya tegaskan di sini bahawa tiada gunanya kita mengutip mata maksimum dalam peringkat kumpulan tetapi gagal dalam final.

"Saya berharap para pemain mengambil kesempatan masa rehat selama dua hari ini sebelum turun pada perlawanan akhir bertemu Myanmar pada malam Sabtu ini (esok) untuk mengembalikan kecergasan dan fokuskan dalam fikiran untuk menang.

"Saya serba sedikit telah mengetahui corak permainan Myanmar namun, saya tidak mahu para pemain terlalu yakin walaupun kami menewaskan mereka 2-1 dalam aksi kumpulan sebelum ini," kata Kim Swee sambil mengingatkan pemainnya waspada dengan rentak Myanmar.

Rozaimi belum puas

Posted:

Rozaimi belum puas

Rozaimi belum puas

PENYERANG Harimau Muda, Md. Rozaimi Ab. Rahman masih belum berpuas hati dengan prestasinya setakat ini dan kini bertekad untuk mencapai tahap tertinggi dalam kariernya.

Penyerang kelahiran Sabah itu telah meledak dua gol ketika membantu skuad Harimau Muda membelasah Thailand 3-0 dalam aksi terakhir peringkat kumpulan Pestabola Merdeka 2013 di Stadium Darul Makmur Kuantan, Pahang malam kelmarin.

Md. Rozaimi yang pertama kali disenaraikan dalam kesebelasan utama skuad Bawah 23 tahun (B-23) negara pada kejohanan ini ternyata telah membalas kepercayaan yang diberikan oleh jurulatih, Ong Kim Swee.

Kata Md. Rozaimi, dia juga tidak kisah jika tidak diturunkan dalam kesebelasan utama pada perlawanan akhir bertemu Myanmar malam esok kerana yang penting adalah kejayaan pasukan negara menjulang trofi Pestabola Merdeka kali ini.

"Secara keseluruhan, saya masih tidak berpuas hati dengan prestasi diri saya dalam perlawanan bertemu Thailand semalam (kelmarin).

"Masih banyak perlu saya pelajari dalam menghadapi perlawanan-perlawanan besar seperti itu terutama ketajaman melakukan penyudah.

"Walaupun berjaya menghasilkan dua gol, tetapi saya melepaskan hampir lima peluang terbaik untuk melakukan jaringan.

"Bagaimanapun, saya dedikasikan dua jaringan serta kejayaan kami melangkah ke final itu buat semua rakyat Malaysia," kata Md. Rozaimi kepada Kosmo! semalam.

Dalam pada itu, Md. Rozaimi telah dipilih sebagai pemain terbaik dalam pertemuan dengan Thailand itu.

Sementara itu, penjaring gol sulung skuad Harimau Muda dalam perlawanan itu, Md. Nasir Basharuddin turut senada dengan Md. Rozaimi.

Menurut Md. Nasir, masih terlalu awal untuknya untuk berpuas hati dengan pencapaian singkat itu namun dia berharap akan lebih kerap diberi peluang oleh jurulatih untuk beraksi selepas ini.

Md. Nasir yang juga pemain tengah pasukan Perak itu, berkata, dia sangat gembira kerana dalam penampilan sulung bersama skuad Harimau Muda di pentas antarabangsa dia berjaya menjaringkan gol buat skuad negara.

"Saya akan berusaha lebih keras selepas ini dan sesiapa juga yang diturunkan oleh jurulatih pada perlawanan akhir nanti wajib berjuang habis-habisan untuk mengharumkan nama negara.

"Dalam aksi semalam (kelmarin), saya sangat berpuas hati dengan komitmen rakan-rakan sepasukan. Saya juga berharap, para peminat setia pasukan Harimau Muda akan membanjiri Stadium Darul Makmur pada Sabtu (esok) untuk membakar semangat para pemain," kata pemain berusia 21 tahun itu.

Selain Md. Rozaimi dan Md. Nasir, Kim Swee telah memberi peluang kepada Shahrul Mohd. Saad, Nazirul Naim Che Hashim, Saiful Ridzuwan Selamat dan Muhd. Ariff Farhan untuk beraksi buat pertama kali pada Pestabola Merdeka kali ini.

Transformasi badminton negara

Posted:

Transformasi badminton negara

Transformasi badminton negara

Oleh MOHD. IKHSAN FIRDAUS AZMI
ikhsan.azmi@kosmo.com.my


RAZIF (kiri) berbicang dengan Jeremy Gan selepas langkah penyusunan semula barisan kejurulatihan BAM semalam.


BADMINTON negara kini sedang melalui transformasi dengan harapan mampu melahirkan lebih ramai jaguh terbilang.

Sebagai permulaan, Kumpulan Pengurusan Bakat (TMG) Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sudah membuat penstrukturan semula tenaga kejurulatihan baharu.

Penyusunan semula itu dibuat selepas TMG mengadakan pertemuan selama tiga hari dengan para jurulatih yang mengendalikan skuad negara serta kumpulan yang ditempatkan di Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ).

TMG membentuk dua kumpulan dalam skuad negara iaitu Kumpulan A akan diketuai Razif Sidek yang bakal menguruskan pemain-pemain elit, manakala Kumpulan B membabitkan pemain pelapis, dipertanggungjawabkan kepada Hendrawan.

Perubahan itu dilihat sebagai satu langkah yang lebih tersusun untuk melahirkan pemain yang berpotensi menyumbangkan kejayaan kepada negara.

Selain itu, pembangunan skuad pelapis turut menjadi keutamaan.

Dalam Kumpulan A, Rashid Sidek dan Tey Seu Bock akan bersama-sama jurulatih daripada SSBJ, Zhou Kejian untuk melatih barisan pemain perseorangan lelaki.

Beregu lelaki pula akan dibimbing jurulatih dari Indonesia yang menyertai skuad negara pada awal tahun ini, Paulus Firman dan seorang lagi jurulatih SSBJ, Chang Kim Wai.

Perseorangan wanita juga akan mendapat jurulatih baharu apabila TMG melantik Rony Agustinus dan bekas pemain negara, Ng Mee Fen dan beregu wanita dibimbing bekas ratu beregu negara, Wong Pei Tty.

Jeremy Gan kekal sebagai jurulatih beregu campuran dalam skuad elit.

Bagaimanapun, barisan jurulatih Kumpulan B yang dibarisi pemain-pemain pelapis akan diterajui Wong Tat Meng selaku jurulatih perseorangan lelaki, Mohd. Hazwan Jamaluddin (perseorangan wanita), Rosman Abd. Razak (beregu lelaki), Chin Eei Hui (beregu wanita) dan Chong Kien Ling (beregu campuran).

Mengulas mengenai perubahan barisan jurulatih itu, Razif yang dilantik sebagai penilai bebas TMG percaya susunan baharu itu tidak sepatutnya menjadi isu kerana mereka berkongsi matlamat yang sama untuk melahirkan juara.

"Saya lihat penerimaan semua jurulatih baik. Ia bukannya soal turun atau naik pangkat melatih skuad elit atau pelapis tetapi hanya susunan semula barisan jurulatih," kata Razif ketika ditemui pemberita di pejabat BAM, Bukit Kiara semalam.

Sementara itu, ketua jurulatih beregu negara, Tan Kim Her dilantik sebagai pembantu kepada Pengarah TMG, Tan Aik Mong bagi melaksanakan pelan strategik lima tahun kumpulan itu.

"Tugas saya lebih kepada analisis dan membantu Aik Mong untuk membuat pelan strategik. Saya anggap ia sebagai tugas baharu dan cabaran baharu untuk saya," kata Kim Her.

Struktur baharu itu akan berkuatkuasa sepenuhnya minggu depan selepas berakhirnya Kejohanan Badminton Remaja Antarabangsa Malaysia Bawah 19 Tahun 2013, Ahad ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Tanah runtuh dikesan di Bukit Bendera

Posted:

Tanah runtuh dikesan di Bukit Bendera

Tanah runtuh dikesan di Bukit Bendera

13/09/2013 8:44pm

GEORGE TOWN - Sekurang-kurangnya 13 kawasan tebing di sekitar Bukit Bendera dikesan runtuh berikutan hujan lebat tanpa henti tiga hari lalu.

Antara yang teruk terjejas ialah Jalan Bukit Bendera di Kilometer (KM) 4 apabila sebahagian jalan sepanjang 20.8 meter runtuh.

Sumber Jabatan Kerja Raya (JKR) memberitahu, runtuhan tebing juga dikesan di KM 2.1 dan KM 2.5 (Stesen 84).

"Bagaimanapun kedua-dua jalan masih selamat dan boleh dilalui kenderaan.

"Kesan runtuhan juga boleh dilihat di beberapa kawasan lereng bukit yang menyebabkan beberapa pokok besar tumbang," ujarnya.

Difahamkan kerja-kerja membaiki jalan ini akan mengambil masa empat bulan disebabkan masalah kesukaran laluan.

Sementara itu, Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari yang meninjau keadaan di situ petang tadi meminta orang ramai terutamanya para pendaki berhati-hati terutama pada musim hujan. - KOSMO!

Ahli perniagaan Jerman, pekerja besi buruk ke tali gantung

Posted:

Ahli perniagaan Jerman, pekerja besi buruk ke tali gantung

Ahli perniagaan Jerman, pekerja besi buruk ke tali gantung

13/09/2013 8:27pm

SHAH ALAM - Seorang ahli perniagaan Jerman berusia 40 tahun dan pekerja kedai besi buruk berumur 25 tahun hari ini dijatuhi hukuman gantung sampai mati kerana kesalahan berkaitan dadah.

Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam Noor Azian Shaari menjatuhi hukuman mati

terhadap Bebou Bouraima selepas dia didapati bersalah mengedar 1.5 kilogram methamphetamine di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 22 Jan 2011.

Beliau turut menjatuhi hukuman mati terhadap L. Patmanathan yang didapati

bersalah mengedar 2.8kg ganja di kawasan letak kereta Hospital Sungai Buloh pada 27 Mac 2012. - Bernama

Empat penganggur didakwa membunuh

Posted:

Empat penganggur didakwa membunuh

Empat penganggur didakwa membunuh

13/09/2013 6:50pm

MELAKA - Empat penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang lelaki, Mei lepas.

J. L Logan Raj, 19; A. Satish, 19; G. Vincent Lawrans, 18 dan M. P

Namasivayam, 23, didakwa bersama beberapa orang yang masih bebas mencapai niat bersama membunuh R. R Sivan, 32, di hadapan rumah no. 91 Jalan BJ 2, Taman Bertam Jaya kira-kira 10 malam, 4 Mei lepas.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Tiada pengakuan dicatat.

Majistret Syajaratudur Abd. Rahman menetapkan 21 Oktober depan untuk

sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd Safri Mohammed Na'aim manakala tertuduh tidak diwakili peguam. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved