Rabu, 10 Julai 2013

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Usia bukan penentu kebahagiaan

Posted:

Usia bukan penentu kebahagiaan

Usia bukan penentu kebahagiaan

KIRA-KIRA lapan tahun yang lalu, negara pernah digemparkan dengan kisah mengenai perkahwinan antara seorang wanita warga emas iaitu Wook Kundur dan Mohd. Nor Musa di Hulu Terengganu, Terengganu.

Ternyata, berita perkahwinan itu mendapat perhatian ramai memandangkan Wook ketika itu sudah berusia 103 tahun, manakala Mohd. Nor baru berusia 34 tahun.

Jarak perbezaan usia antara mereka berdua mencecah 69 tahun.

Sebenarnya, sesebuah percintaan atau perkahwinan yang melibatkan wanita yang berpasangan dengan lelaki muda merupakan perkara yang sudah menjadi kebiasaan dan bukanlah sesuatu yang menghairankan.

Namun begitu, ia akan menarik perhatian umum sekiranya membabitkan kisah seperti pasangan Wook dan Mohd. Nor.

Apatah lagi, jika ia melibatkan artis atau selebriti ternama yang pernah dilanda kontroversi bersiri seperti penerbit filem Raja Azmi Raja Sulaiman.

Raja Azmi cukup sinonim dengan kisah panas dirinya yang dikaitkan menjalinkan hubungan dengan lelaki yang lebih muda daripada dirinya.

Setelah bercerai dengan bekas pemain badminton kebangsaan, Jailani Sidek, 50, pada bulan Jun tahun lepas, Raja Azmi ternyata tidak menunggu lama untuk mencari pengganti.

Pada awal tahun ini, Raja Azmi mengakui telah menjalinkan hubungan cinta dengan seorang pemuzik berusia 27 tahun yang hanya dikenali sebagai Hafiz.

Ketika ramai yang memperkatakan mengenai hubungan mereka berdua, ternyata hubungan Raja Azmi dan Hafiz tidak bertahan lama apabila hanya berkesempatan mengecap nikmat percintaan selama sebulan.

Tidak lama kemudian iaitu pada bulan Februari pula dia telah diperkenalkan dengan pemain bass kumpulan rock CRK yang popular sekitar 90-an, Mohd. Eddie Ghazali, 45.

Beberapa hari selepas itu mereka mengambil keputusan untuk menjadi pasangan kekasih.

Bercerita lebih lanjut mengenai perkahwinan yang membabitkan selebriti wanita dengan lelaki yang lebih muda, Raja Azmi menyatakan bahawa ia sudah menjadi satu kebiasaan dalam hidupnya.

"Kalau diikutkan usia bekas suami saya iaitu Jailani pun lebih muda ketika kami mendirikan rumah tangga pada tahun 1984. Ketika itu saya berusia 25 tahun, Jailani pula baru berusia 21 tahun.

RAJA AZMI dan Eddie bakal bertunang pada 15 Julai ini


"Jadi, menjalinkan hubungan dengan lelaki yang lebih muda bukanlah perkara asing buat diri saya. Kali ini, saya ditakdirkan pula bertemu dengan Eddie yang berusia 45 tahun," jelasnya sambil mengakui hubungannya dengan bekas suami masih lagi baik sehingga sekarang.

Apabila ditanya faktor yang menyebabkan dia gemar memilih lelaki yang lebih muda sebagai teman hidup, Raja Azmi menjelaskan, seboleh-bolehnya dia mahu mengelak berkahwin dengan suami orang.

"Pada usia saya sekarang ini kalau hendak cari lelaki yang sebaya atau lebih tua, kebanyakannya pasti suami orang. Saya memang mahu elak daripada menjalinkan hubungan dengan lelaki yang sudah menjadi milik orang," tegasnya.

Menurut Raja Azmi lagi, dia gembira kerana ketiga-tiga anaknya iaitu Puteri Suraya, 27, Puteri Suaida, 23, dan Megat Dali, 18, turut merestui hubungannya dengan Eddie.

Ujarnya, bagi menguji sejauh mana keikhlasan kekasihnya itu untuk menjalinkan hubungan yang lebih serius, mereka mengambil keputusan untuk mengikat tali pertunangan pada 15 Julai ini.

"Sebenarnya saya tidak mahu bertunang kerana usia saya pun sudah mencecah 54 tahun, tetapi anak-anak yang telah mendesak kami bertunang. Tujuan mereka berbuat demikian untuk melihat bahawa kami ada ikatan yang lebih kukuh.

"Apabila saya berbincang mengenai perkara ini (pertunangan) dengan Eddie, dia bersetuju untuk masuk meminang saya dan sebuah majlis kecil-kecilan akan diadakan di rumah saya di Ampang, Selangor," jelasnya.

Tambahnya, tempoh pertunangan mereka mungkin tidak berlarutan untuk tempoh yang lama memandangkan mereka akan mendirikan rumah tangga pada 15 September ini.

"Setelah gagal dalam perkahwinan yang pertama, kali ini saya berharap hubungan dengan Eddie akan berkekalan sampai bila-bila. Biarlah apa yang orang lain hendak kata, asalkan saya telah membuat pilihan yang tepat.

"Lagipun, saya percaya perbezaan usia ini bukanlah penentu kebahagiaan sesebuah pasangan. Apa yang lebih penting perlunya ada keserasian dan persefahaman kalau ingin melalui kehidupan berumah tangga yang bahagia," tuturnya.

ZAIN dan Che Ta masih belum mendedahkan tarikh perkahwinan mereka tetapi mengakui ia dijadualkan bakal berlangsung pada tahun ini.


Bersikap matang

Seorang lagi pelakon wanita popular yang turut menjadi tumpuan ramai ialah Rozita Che Wan, 42, yang kini sedang menjalinkan hubungan serius dengan pelakon kacak Zain Saidin, 29.

Mengakui sudah bercinta selama tiga tahun dengan Zain, Rozita mempunyai pendapat yang sama apabila tujuannya memilih lelaki muda kerana ingin mengelak bercinta dengan suami orang.

Menurut Rozita atau lebih selesa dengan panggilan Che Ta, selepas bercerai dengan bekas suaminya pada tahun 2003, tidak dinafikan terdapat beberapa lelaki yang mahu menjalinkan hubungan lebih serius dengannya.

"Selama 10 tahun bergelar janda memang ada lelaki yang mahu ajak saya bercinta. Paling saya ingat apabila seorang lelaki yang sudah mencecah usia 60-an mahu menjalinkan hubungan serius dengan saya.

"Namun begitu, saya menolaknya dengan cara baik kerana tidak mahu mendapat suami yang terlalu tua. Selain itu, ada juga suami orang yang ajak bercinta, tetapi saya tidak mahu dan lebih suka memilih lelaki bujang," jelasnya.

Ketika ditanya apa yang membuatkan dia tertarik dengan Zain memandangkan perbezaan umur yang agak jauh iaitu 13 tahun, Che Ta memberitahu sikap Zain yang matang membuatkan mereka mudah mendapatkan keserasian.

"Sepanjang kami bercinta selama tiga tahun saya melihat Zain seorang lelaki matang dan bijak membuat keputusan dalam sesuatu perkara. Jadi, saya rasa selesa dengannya dan berasakan seolah-olah umur kami ini sebaya.

"Cuma saya tidak nafikan ada segelintir lelaki muda ini agak cepat emosi, tetapi mudah untuk ditenangkan dan mereka senang ikut rentak pasangan," jelasnya yang sebelum ini pernah dikaitkan dengan seorang penyanyi muda iaitu Shahir AF.

Che Ta turut berpesan bahawa mana-mana wanita yang mahu menjalinkan hubungan dengan lelaki muda, mereka tidak perlu berasa janggal dan masing-masing harus bijak untuk menyesuaikan diri.

"Kalau ada yang kata seseorang wanita berkahwin dengan lelaki muda tidak akan berkekalan, rasanya itu pandangan yang salah kerana bekas suami saya sendiri tua dua tahun daripada saya.

"Bagi saya, kebahagiaan itu bukanlah terletak pada perbezaaan usia sesebuah pasangan. Apatah lagi, jodoh dan pertemuan juga sudah ditentukan oleh Allah," ujarnya.

Ketua keluarga

Sementara itu, salah seorang ahli kumpulan Forteen, Izzue Islam, 23, yang mendirikan rumah tangga dengan pengurus peribadinya, Awin Nurin, 31, pada bulan lalu menyatakan dia langsung tidak peduli tentang perbezaan umur antara mereka berdua ketika mula-mula menjalinkan hubungan.

Meskipun usia Izzue yang kini menempa nama sebagai pelakon dan isterinya berbeza lapan tahun, namun hubungan percintaan yang terjalin tidak mendatangkan sebarang masalah yang besar.

SEBELUM membuat keputusan untuk berkahwin, Izzue dan Awin menjalinkan hubungan cinta terlebih dahulu selama lima tahun.


Ini kerana masing-masing saling memahami antara satu sama lain.

"Kami bercinta selama lima tahun dan pada masa yang sama, dia merupakan pengurus peribadi saya sepanjang bergelar anak seni.

"Selama kami bersama, dia banyak membantu mengembangkan kerja lakonan dan nyanyian saya.

"Apabila kami mengambil keputusan untuk berkahwin, ahli keluarga dan rakan-rakan langsung tidak mempertikaikannya.

"Mereka tetap menyokong keputusan yang dibuat dan tidak kisah siapa sahaja yang saya pilih untuk dijadikan isteri," ujarnya.

Mengulas lanjut mengenai perhubungan yang terjalin antara seseorang wanita dengan lelaki muda, Izzue berpendapat bahawa suami perlu memainkan peranan utama sebagai ketua keluarga.

"Tidak kisahlah berapa jauh jarak beza usia antara pasangan masing-masing, namun peranan suami tetap lebih besar dan isteri pula perlu menghormati suami tanpa mengira usia," tegasnya.

Menurut Izzue lagi, dia gembira dan bersyukur kerana mendapat seorang isteri yang baik dan tidak pernah melihat perbezaan usia menjadi penghalang utama sepanjang menjalinkan hubungan cinta dahulu.

Pucuk muda laris di Hollywood

Posted:

Pucuk muda laris di Hollywood

Pucuk muda laris di Hollywood

Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN

DEMI MOORE sudah bercerai dengan suami mudanya, Ashton Kucther.


PERCINTAAN antara selebriti wanita terkenal dengan lelaki muda merupakan sesuatu yang lumrah di Hollywood.

Ternyata jarak usia yang terjalin antara pasangan masing-masing bukanlah penghalang untuk menjalinkan hubungan serius, malah ada hubungan beberapa pasangan yang bertahan sehingga sekarang.

Berikut senarai selebriti wanita dan pasangan kekasih muda masing-masing.

1. Elizabeth Taylor & Larry Fortensky

Pelakon legenda , mendiang Elizabeth Taylor merupakan antara selebriti Hollywood yang pernah mendirikan rumah tangga sebanyak lapan kali sepanjang hayatnya.

Suami pertamanya, Conrad Hilton Jr. merupakan seorang ahli perniagaan yang cukup terkenal. Mereka berkahwin pada tahun 1950, tetapi jodoh kedua-duanya tidak panjang dan bercerai setahun kemudian.

Kemudian pelakon sensasi kelahiran London, England itu berkahwin dengan beberapa lelaki lain. Namun begitu, sesuatu yang cukup menarik perhatian berhubung dengan perkahwinan terakhirnya pada tahun 1991.

Ketika itu Elizabeth yang berusia 59 tahun membuat keputusan memilih seorang buruh binaan, Larry Fortensky yang baru berusia 39 tahun menjadi suaminya. Perkahwinan mereka cuma bertahan lima tahun dan bercerai pada tahun 1996.

2. Tina Turner & Erwin Bach

Hubungan cinta yang terjalin antara penyanyi popular Tina Turner yang sudah berusia 73 tahun dengan seorang penerbit kelahiran Jerman, Erwin Bach bukanlah menjadi satu rahsia buat para peminatnya.

Bagaimanapun, pada bulan Mac lalu sebuah akhbar dari Switzerland, Blick melaporkan Tina dan Erwin telah mengambil keputusan untuk mengikat tali pertunangan.

Menariknya, akhbar tersebut menyatakan pasangan itu sudah lama menjalinkan hubungan cinta dan tinggal bersama-sama di Switzerland sejak 18 tahun lalu. Erwin yang kini berusia 56 tahun dikatakan mengambil masa dua tahun untuk melamar Tina.

Sebelum ini penyanyi yang dikenali menerusi lagu Simply The Best itu pernah mendirikan rumah tangga dengan Ike Turner pada tahun 1962 dan bercerai 16 tahun kemudian.

3. Madonna & Brahim Zaibat

Pada usia yang bakal mencecah 55 tahun pada Ogos ini, penyanyi sensasi Madonna dilihat masih mampu lagi mengekalkan kejelitaannya serta berpenampilan menarik.

Jadi, tidak hairanlah pemilik nama sebenar Madonna Louise Ciccone ini menjadi tarikan lelaki muda. Ketika ini penyanyi tersebut menjalinkan hubungan cinta dengan seorang penari yang dikenali sebagai Brahim Zaibat.

Biarpun ramai yang beranggapan bahawa Madonna kelihatan seperti seorang ibu kepada Brahim yang baru berusia 26 tahun, namun bukan halangan buat kedua-duanya menjalinkan hubungan yang lebih serius sebagai pasangan kekasih.

Madonna dan Brahim dikatakan mula keluar berdua-duaan setelah berkenalan pada tahun 2010. Perkenalan mereka bermula ketika Brahim menjadi penari semasa majlis pelancaran single terbaharu Madonna berjudul Material Girl yang berlangsung di New York.


MADONNA bersama kekasih mudanya, Brahim Zaibat.


4. Mariah Carey & Nick Cannon

Jika dalam perkahwinan pertamanya dahulu penyanyi Mariah Carey memilih jejaka yang lebih berusia, untuk perkahwinan kedua pula lelaki lebih muda telah menjadi pilihan hatinya.

Pada tahun 1993, Mariah yang ketika itu baru berusia 23 tahun telah mengambil keputusan drastik mendirikan rumah tangga dengan seorang pengarah muzik berusia 44 tahun, Tommy Mottola.

Namun begitu, perkahwinan Mariah dan Tommy tidak berkekalan apabila mereka bercerai pada tahun 1998. Selepas menjanda selama 10 tahun, Mariah membuat keputusan untuk mengahwini pelakon dan penyanyi Nick Cannon yang muda 10 tahun daripada dirinya. Mereka kini telah dikurniakan sepasang anak kembar iaitu Moroccan dan Monroe yang kini berusia dua tahun.

5. Jennifer Lopez & Casper Smart

Setelah tiga kali gagal dalam perkahwinannya yang terdahulu, penyanyi dan pelakon popular Jennifer Lopez, 43, telah menjalinkan hubungan dengan Casper Smart yang baru berusia 25 tahun dan merupakan bekas penarinya sendiri.

Menariknya, dalam satu kenyataannya kepada majalah People pada awal tahun ini, Jennifer telah meluahkan bahawa dia berasa agak risau untuk menjalinkan hubungan dengan jejaka yang muda 18 tahun berbanding dirinya.

Bagaimanapun, bekas juri rancangan American Idol itu mengakui dia selesa sepanjang bercinta dengan Casper. Jejaka tersebut sering menjadi tempatnya meluahkan perasaan ketika dia berhadapan masalah dengan bekas suaminya iaitu penyanyi Marc Anthony.

6. Demi Moore & Ashton Kutcher

Demi Moore merupakan seorang lagi pelakon wanita popular Hollywood yang selalu mencuri tumpuan ramai terutamanya mengenai kisah perkahwinan yang pernah dilaluinya sebelum ini.

Dalam perkahwinannya yang pertama pada tahun 1980, Demi telah mendirikan rumah tangga semasa berusia 18 tahun dengan memilih penyanyi Freddy Moore, tetapi mereka bercerai lima tahun kemudian.

Dia mengahwini aktor popular Bruce Willis setelah dua tahun bergelar janda. Sepanjang perkahwinan mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Rumer, 25, Scout, 22 dan Talullah, 19.

Namun, mereka bercerai 13 tahun kemudian. Pada 2003, Demi menjalinkan hubungan dengan aktor Ashton Kutcher yang muda 16 tahun daripada usianya.

Dua tahun kemudian mereka berkahwin sebelum akhirnya bercerai pada tahun lalu.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Horizon

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Horizon


Takluk Kala Patthar tanpa Sherpa

Posted:

Takluk Kala Patthar tanpa Sherpa

Takluk Kala Patthar tanpa Sherpa

Oleh MUHAMMAD AYMAN GHAFFA

DUA sahabat, Asisten Superintendan Mohd. Hafiz Shamsudin dan Asisten Superintendan Raiz Mukhliz Azman yang bertugas di Bukit Aman, Kuala Lumpur tidak memandang ringan cabaran mendaki Gunung Kala Patthar di Nepal.

Kedua-dua mereka yang berusia 38 tahun telah membuat persediaan rapi membabitkan mental serta fizikal termasuk membaca pelbagai risalah dan maklumat berkaitan kawasan pergunungan itu.

Ini kerana perjalanan tersebut memakan masa selama 16 hari sebelum boleh menakluki gunung yang terletak berdekatan puncak tertinggi dunia itu iaitu Gunung Everest.

Bagi Raiz Mukhliz, mendaki Gunung Kala Patthar memerlukan ketahanan stamina, justeru dia melakukan latihan dengan berjalan kaki sejauh 10 kilometer (km) setiap hari.

Setelah yakin dengan kemampuan diri dan persiapan telah lengkap, mereka akhirnya memilih untuk mendaki gunung tersebut pada Januari lalu kerana pada waktu itu musim sejuk sedang menyelubungi seluruh Banjaran Himalaya.

Perancangan mendaki ketika musim sejuk itu merupakan salah satu cara untuk mencabar ketahanan diri mereka yang sebelum ini sudah menawan banyak kawasan pergunungan di tanah air seperti Gunung Tahan dan Gunung Kinabalu.

"Sepanjang pendakian selama lapan hari ke puncak dan enam hari turun, kami tidak menggunakan penunjuk arah dan pengangkut barangan. Peta merupakan komponen penting yang dibawa sepanjang pendakian bagi memandu arah kami," ujar Mohd. Hafiz.

Menurutnya, kebanyakan pendaki dari Asia menggunakan khidmat penunjuk arah dan pengangkut barang untuk ke Everest Base Camp atau Kala Patthar. Namun, ada antara mereka yang terpaksa berpatah balik kerana mengalami serangan penyakit akut ketinggian (AMS).

Paling bahaya

Puncak Kala Patthar merupakan salah satu kawasan terbaik untuk melihat keindahan panorama Gunung Everest dengan jelas sekali gus menjadi tumpuan jurugambar.

Penerbangan selama lima jam dari Kuala Lumpur ke Kathmandu pada 17 Januari lalu merupakan perjalanan yang mengujakan mereka. Tiba di ibu kota negara Nepal itu, penerbangan diteruskan ke Lapangan Terbang Lukhla yang mengambil masa selama 45 minit.


LATAR belakang Glasier Khumbu di kawasan Everest Base Camp pada hari kelapan ekspedisi pendakian.


Bagi pendaki yang ingin ke Gunung Everest dan Gunung Kala Patthar, Lapangan Terbang Lukhla merupakan antara cabaran awal yang perlu dilalui.

Menurut Mohd. Hafiz, lapangan terbang itu merupakan lapangan terbang paling bahaya di dunia.

"Jarak landasan kapal terbang itu amat pendek, curam dan berdekatan kawasan berbukit namun ia tidak memberikan masalah kepada juruterbang," jelasnya.

Setibanya di Lukhla, mereka ke terus berjalan kaki mengikut trek bersalji melalui laluan pendaki ke Phakding. Suhu sejuk yang mencecah 3 darjah Celcius menjadi peneman setia sepanjang perjalanan mereka.

Di Phakding, pemandangan kawasan pergunungan membuatkan mereka kembali mengimbau kenangan mendaki Gunung Kinabalu. Dengan pendakian tanpa penunjuk arah daripada penduduk tempatan, perjalanan mereka ternyata lebih santai walaupun ada misi yang perlu diselesaikan. Mereka boleh singgah untuk bermalam dan berehat di mana sahaja dengan harga yang murah.

Dengan bajet kurang daripada RM5,000, pendakian secara sendirian adalah pilihan yang terbaik untuk mendaki kawasan pergunungan itu. Ia meliputi tiket penerbangan, kelengkapan pendakian dan penginapan.

Ketika di tanah air, Mohd. Hafiz telah bersiap sedia membawa sehelai Jalur Gemilang. Dalam keghairahannya, dia tertinggal bendera itu dan cuma menyedarinya apabila tiba di bumi Nepal.

Bagi mengekalkan semangat patriotisme, Raiz Mukhliz melukis bendera Malaysia pada kertas untuk diletakkan di salah sebuah restoran di sana.

Antara kawasan yang menjadi laluan dan persinggahan semasa pendakian dari Phakding ke Kala Patthar ialah Namche Bazaar, Tengboche, Dingboche, Lobuche dan Gorak Shep kemudian melalui Everest Base Camp sebelum sampai ke puncak Kala Patthar.

Menurut Raiz Mukhliz, setibanya di Namche Bazaar dari Phakding yang mengambil masa selama tujuh jam itu, mereka memasuki Taman Negara Sagarmatha untuk membayar permit mendaki pergunungan itu.

Ketika di kawasan tersebut, mereka perlu memakai pakaian yang lebih tebal kerana salji tebal dan suhu mencecah -2 darjah Celcius.

"Namche Bazaar ialah kawasan persinggahan utama para pendaki ke Everest Base Camp. Di sana, pendaki boleh mendapat bekalan makanan dan tempat tinggal sebelum meneruskan perjalanan," jelas Mohd. Hafiz ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.

Paling mencabar

Ceritanya lagi, di setiap persinggahan, dia dan sahabatnya itu meringankan beg dengan cara menyimpan makanan yang dibawa dari Malaysia di hotel-hotel dan mengambil kembali bekalan itu sewaktu pulang.

MOHD. Hafiz (kiri) dan Raiz sempat bergambar kenangan di Kuil Swayambunath, Kathmandu, sebelum pulang ke tanah air.


Pendakian mereka turut menemukan dengan lembu bertanduk panjang serta berbulu tebal yang jarang ditemui di kawasan lain iaitu yak.

Ketika ditanya cabaran yang paling getir dihadapi oleh mereka, Mohd. Hafiz memberitahu, pendakian dari Phakding ke Namche Bazaar paling menguji ketahanan mental dan fizikal mereka.

"Laluan sepanjang 3,500 meter dari Phakding ke Namche Bazaar bukanlah kawasan tertinggi sepanjang pendakian kami. Namun, laluan yang seolah-olah menegak itu ternyata menyukarkan kami untuk meneruskan perjalanan," ujarnya.

Menurutnya lagi, mereka juga berselisih dengan pendaki dari Belanda, Jepun serta Korea Selatan bersama dengan penunjuk arah dan pengangkut barang yang sudah berjaya menamatkan pendakian mereka.

Dua sahabat itu juga berjumpa dengan seorang pendaki berumur dalam lingkungan 20-an yang berpatah balik kerana diserang AMS. Namun, situasi itu tidak melemahkan semangat mereka untuk meneruskan pendakian.

Sepanjang pendakian ke Everest Base Camp dan Kala Patthar, terdapat dua tempat yang harus dijadikan persinggahan pendaki bertujuan mengelakkan serangan AMS.

"Namche Bazaar dan Dingboche merupakan kawasan persinggahan untuk para pendaki menyesuaikan perubahan tekanan. Sekiranya pendaki terkena serangan AMS, mereka akan mengalami pening kepala yang teruk sehingga boleh menyebabkan kematian," jelas Raiz Mukhliz.

Keghairahan mereka tersentap apabila melihat banyak gambar bersaiz besar ditampal pada batu peringatan yang menunjukkan pendaki yang hilang ketika mendaki Gunung Everest.

"Ketika berada di Laboche ke Gorak Shep, kami melihat dan menjerit ke arah seorang pendaki solo dari China yang tersasar dari trek untuk ke Kala Patthar. Nasibnya baik kerana kami sempat memanggilnya. Jika tidak, gambarnya pasti terpapar pada batu-batu peringatan itu," jelas Mohd. Hafiz.

Pada pukul 10 pagi, 26 Januari lalu, mereka akhirnya berjaya menjejakkan kaki ke puncak Gunung Kala Patthar. Peluang itu digunakan sepenuhnya oleh mereka untuk mengambil gambar dan berehat sebelum kembali meneruskan perjalanan menuruni gunung tersebut.

"Bagi pendaki yang ingin mendaki Kala Patthar tanpa penunjuk arah dan pengangkut barang, pastikan anda membuat persediaan yang rapi terutama mental dan fizikal. Banyakkan membaca dan membuat kajian mengenai perjalanan yang harus ditempuhi," ujar Mohd. Hafiz.

Iftar amal bersama Aman Palestin

Posted:

Iftar amal bersama Aman Palestin

Iftar amal bersama Aman Palestin


ANAK-ANAK yatim turut diraikan pada Majlis Iftar Amal di Hotel Grand Blue Wave.


BERSEMPENA dengan bulan Ramadan, sebuah pertubuhan bukan kerajaan, Aman Palestin Berhad (Aman Palestin) yang berperanan memberi pertolongan dan sokongan kepada rakyat Palestin mengalu-alukan penyertaan rakyat Malaysia dalam Majlis Iftar Amal.

Majlis tersebut bertujuan mengumpul dana bagi membantu umat Islam di bumi para syuhada itu. Ia diadakan di dua lokasi berbeza iaitu Hotel Residence, Universiti Tenaga Nasional (Uniten), Bangi dan Hotel Grand Blue Wave, Shah Alam, Selangor.

Bagi majlis iftar di Hotel Residence, ia dianjurkan oleh Aman Palestin dan Ikatan Muslimin Malaysia (Isma).

Majlis berbuka itu diadakan pada 20 Julai ini bagi mengisi tabung membaik pulih masjid yang menjadi kebanggaan umat Islam di bumi Palestin iaitu Masjid Al-Aqsa.

Sementara itu, majlis iftar kedua di Hotel Grand Blue Wave, Shah Alam pula berlangsung pada 3 Ogos bertujuan mengumpul dana untuk tabung wanita dan kanak-kanak di negara tersebut.


RAKYAT Malaysia berpeluang membantu kanak-kanak dan wanita Palestin melalui penyertaan dalam Majlis Iftar Amal anjuran Aman Palestin.


Pihak Aman Palestin turut mengadakan tayangan multimedia, pidato dan bacaan ayat al-Quran sebagai acara selingan sementara menunggu waktu berbuka puasa.

Bagi iftar di Hotel Residence, majlis itu akan disertai sekurang-kurangnya 500 penyumbang dari sekitar Kajang dan Bangi. Bagi iftar di Hotel Grand Blue Wave pula, seramai 30 orang anak-anak yatim dari Lembah Klang akan turut serta.

Selain untuk mengumpul dana, Majlis Iftar Amal itu mahu mengajak umat Islam di Malaysia menghayati erti ibadah puasa pada bulan Ramadan.

Aman Palestin amat berharap dengan majlis iftar itu, rakyat Malaysia dapat menghayati perjuangan umat Islam Palestin mempertahankan Masjid Al-Aqsa.

Imam muda dari Gaza yang menyertai majlis itu akan mengimamkan solat sunat tarawih. Mereka terdiri daripada Khaled Abu Aathraah, Waleed Mustofa, Abed Barzaq dan Islam Diab Qanitoh.

Bukit Tabur pilihan pendaki

Posted:

Bukit Tabur pilihan pendaki

Bukit Tabur pilihan pendaki

Oleh MUHAMMAD AFIQ MOHD. ASRI


SAAT dapat menawan Bukit Tabur pasti memberi kepuasan.


BILA berbicara mengenai kerja, ramai yang mengakui penat dan tertekan selepas seminggu bertugas di pejabat atau tempat kerja. Sesekali apa kata kita merapatkan hubungan dengan alam semula jadi untuk merehatkan minda. Aktiviti mendaki antara rekreasi mesra alam yang memberi kepuasan diri.

Penulis baru-baru ini berpeluang mendaki Bukit Tabur bersama empat rakan dalam ekspedisi yang dijalankan selama sehari bagi melihat panorama indah bukit itu.

Ia menawarkan terapi minda bagi warga kota yang sudah lumrah dengan kehidupan penuh tekanan.

Bukit Tabur yang terletak di Taman Melawati, Gombak, Selangor juga dikenali oleh penduduk tempatan sebagai Bukit Hangus dengan ketinggian 396 meter.

Bukit yang membentuk permatang kuarza sepanjang kira-kira 14 kilometer itu berada dalam Hutan Simpan Hulu Gombak Tambahan Satu. Ia boleh dilihat dari Lebuh Raya Lingkaran Tengah Kuala Lumpur 2 (MRR2).

Bagi laluan pendakian untuk ke sana anda boleh melalui Kampung Klang Gates yang terletak 50 meter dari pintu pagar Empangan Klang Gates iaitu di belakang kawasan perumahan Taman Melawati.

Menurut satu sumber, Empangan Klang Gates yang merentangi Sungai Klang adalah kawasan tadahan air utama untuk Kuala Lumpur. Ia juga empangan yang tertua di Malaysia.

Empangan itu dibuka pada tahun 1958 sebagai satu daripada Projek Nasional Malaysia. Selain empangan, di sana juga terdapat taman rekreasi yang berupa kolam-kolam air serta air terjun di sepanjang anak sungai yang terhasil daripada limpahan air empangan.


EMPANGAN Klang Gates merupakan kawasan tadahan air yang boleh ditemui pendaki.


Pemandangan

Bagi peminat aktiviti berkhemah dan merentas hutan pastinya, Bukit Tabur menjanjikan kepuasan. Sebelum pengunjung sampai ke puncak bukit, mereka akan melalui beberapa penanda aras yang ditandakan pada batu iaitu dari Checkpoint 1 hingga Checkpoint 12.

Di Checkpoint 3, pengunjung dapat melihat Empangan Klang Gates yang terbentang luas seakan-akan laut yang dilitupi banjaran gunung.

Seorang pendaki profesional yang mahu dikenali sebagai Alam, 27, memberitahu, pendakian ke puncak bukit itu mengambil masa selama satu jam setengah.

"Pengunjung bakal diuji oleh laluan yang berbukit-bukau, laluan sempit, tebing curam serta licin selain memanjat batu yang berbahaya. Bagaimanapun, segala kesukaran dan keletihan akan hilang apabila pengunjung tiba di puncak bukit yang menjanjikan pemandangan menarik serta suasana nyaman," katanya.

Menurut Alam, dari puncak bukit pengunjung boleh menikmati pemandangan yang mengujakan iaitu seluruh ibu kota Kuala Lumpur.

Mendaki adalah salah satu aktiviti lasak yang cukup popular di dunia, namun faktor keselamatan harus diutamakan. Berdasarkan pemerhatian penulis ketika mendaki Bukit Tabur, aliran denai dakian yang ditetapkan begitu sempit.

Untuk sampai ke puncak, pengunjung akan melalui tebing curam yang tinggi serta permukaan bukit yang terdiri daripada batuan keras.

Kepada pengunjung yang ingin mendaki Bukit Tabur anda disarankan bergerak secara berkumpulan. Sebaik-baiknya sebelum mendaki laporkan diri ke balai polis yang berdekatan.

Pengunjung juga tidak digalakkan mendaki ketika hujan kerana laluan agak licin.

Penjawat awam, Mazizul Akmal Abdullah, 27, menjadikan aktiviti mendaki sebagai rutin wajib hujung minggunya.

"Mendaki adalah hobi saya, jika ada kelapangan saya akan ke sini dan Bukit Tabur adalah tempat ekstrem yang penuh dengan cabaran.

"Lagipun aktiviti ini sinonim dilakukan di kawasan berbukit-bukau dan gunung-ganang yang memerlukan kekuatan mental dan fizikal," katanya. – Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Malakoff anjur program sosial korporat di sekolah

Posted:

Malakoff anjur program sosial korporat di sekolah

Malakoff anjur program sosial korporat di sekolah

SUKARELAWAN Malakoff (berdiri, barisan belakang) bersama sebahagian guru dan murid SK Segari yang terlibat dalam Program Melentur Buluh di Lumut, Perak baru-baru ini.


KERJA SOSIAL. Syarikat penjana tenaga bebas, Malakoff Corporation Berhad (Malakoff) telah menganjurkan Program Melentur Buluh di Sekolah Kebangsaan (SK) Segari, Lumut, Perak baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Malakoff, Zainal Abidin Jalil berkata, program tanggungjawab sosial korporat tersebut melibatkan seramai 96 pelajar sekolah.

Beliau berkata, kakitangan Malakoff bergotong-royong menaik taraf dan menceriakan perpustakaan di sekolah tersebut bagi menggalakkan minat membaca dalam kalangan murid-murid.

"Sebagai salah sebuah daripada 10 sekolah angkat Malakoff, pengurusan SK Segari turut menerima bantuan kewangan tahunan sebanyak RM200,000 bagi menjalankan aktiviti peningkatan pencapaian akademik," katanya.

Petugas TNB, anggota polis gotong-royong di sekolah agama

Posted:

Petugas TNB, anggota polis gotong-royong di sekolah agama

Petugas TNB, anggota polis gotong-royong di sekolah agama


KAKITANGAN TNB dan polis bergambar sebelum terlibat dalam Program Gotong- Royong di KAFA, Kuantan, Pahang baru-baru ini.


KERJASAMA. Sebanyak 120 pegawai dan kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengadakan Program Gotong-Royong bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) di kawasan sekitar Sekolah Agama Rakyat Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA), Kompleks Polis Alor Akar di Kuantan, Pahang.

Hadir pada majlis itu ialah Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Ab. Ghani dan Pengurus Negeri Pahang Bahagian Penghantaran TNB, Ir. Abdul Halim Baharuddin, .

Tujuan program tersebut diadakan antara lainnya untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara TNB dan polis di samping mewujudkan persekitaran kondusif bagi pelajar KAFA.

Shell Tikam Batu, PDRM anjur kempen keselamatan

Posted:

Shell Tikam Batu, PDRM anjur kempen keselamatan

Shell Tikam Batu, PDRM anjur kempen keselamatan


SEBAHAGIAN pelajar yang mendengar ceramah pada Kempen Keselamatan Jalan Raya yang diadakan di Stesen Shell Tikam Batu, Sungai Petani, Kedah baru-baru ini.


KESEDARAN. Kira-kira 200 pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Pekula Jaya menghadiri Kempen Keselamatan Jalan Raya-Kami Prihatin di Stesen Servis Shell Tikam Batu, Sungai Petani, Kedah baru-baru ini.

Program tersebut adalah anjuran Shell Trading Wilayah Utara, Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Pulau Pinang.

Pelbagai aktiviti diadakan termasuk ceramah berkaitan keselamatan jalan raya, penggunaan peralatan menyelamat, pertunjukan memadam kebakaran serta pertolongan cemas dan kuiz.

Menurut penyelaras program, Ismail Aroff, kempen tersebut bertujuan memupuk semangat keprihatinan masyarakat tentang keselamatan jalan raya terutama dalam kalangan para pelajar sekolah.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Skandal ibu bukan lagi rahsia

Posted:

Skandal ibu bukan lagi rahsia

Skandal ibu bukan lagi rahsia

Oleh MULLER ASEN
muller.asen@kosmo.com.my

CHRISTINA yang kritikal selepas melecur teruk akibat disimbah cuka getah masih dirawat di HUS kelmarin.


KUCHING – Tindakan seorang lelaki yang menyimbah cuka getah ke badan isterinya hingga menyebabkan wanita itu kritikal selepas melecur teruk dalam kejadian di Kampung Pejiru di sini kelmarin mungkin didorong oleh perasaan marah yang sudah lama dipendam.

Anak sulung pasangan itu, Edy Jiriem, 27, mendakwa, ia kerana kelakukan ibunya, Christina Nyoeh, 43, yang mengadakan hubungan sulit dengan seorang lelaki Afrika sejak 2007 bukan rahsia lagi buat mereka sekeluarga.

Menurut Edy, walaupun kecewa dengan perbuatan ibunya, namun kini dia merasa sedih selepas melihat wanita itu yang sedang bertarung nyawa di Hospital Umum Sarawak (HUS) angkara perbuatan suami sendiri.

"Saya sedih setiap kali memandang wajah ibu yang melecur teruk itu dan saya harap ia dapat dipulihkan segera walaupun ia sesuatu yang mustahil.

"Saya pasrah dengan kejadian itu dan mula belajar hakikat yang ibu tidak akan boleh menjalani kehidupan seperti orang lain selepas ini," katanya ketika ditemui di HUS.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Dua remaja mangsa pertama meriam buluh

Posted:

Dua remaja mangsa pertama meriam buluh

Dua remaja mangsa pertama meriam buluh

Oleh NORLIDA AKMAR IDROS dan NORLIA RAMLI
berita@kosmo.com.my


ISMAIL ZOAWE menunjukkan meriam buatan sendiri yang digunakan mangsa di Baling semalam.


ALOR SETAR - Keseronokan sekumpulan remaja lelaki bermain meriam buatan sendiri di Taman Bersatu, Baling dekat sini malam kelmarin membawa padah apabila dua daripada mereka melecur teruk di muka dan tangan selepas meriam tersebut tiba-tiba meletup.

Dua mangsa terbabit ialah Mohd. Aiman Amzar Jamsari, 13, dan rakannya, Mohamad Hanif Mohd. Nawi, 14.

Mohd. Aiman Amzar yang dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini melecur di muka dan tiga jari kanan, manakala Mohamad Hanif yang dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani dekat sini melecur di muka.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Polis cari tiga lelaki bantu siasat kes tipu

Posted:

Polis cari tiga lelaki bantu siasat kes tipu

Polis cari tiga lelaki bantu siasat kes tipu



KUALA LUMPUR - Polis mencari tiga lelaki termasuk dua beranak bagi membantu siasatan berhubung 70 kes penipuan pindah milik kenderaan mewah yang dicuri di sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Melaka sejak 2011.

Mereka ialah Thong Nai Khuen @ Terry, 53, Thong Cheong Kat @ Calvin, 32, dan Lee Kean Tat, 30. Nai Khuen merupakan tauke sebuah syarikat tunda kereta dan merupakan bapa Cheong Kat manakala Kean Tat pula ialah pekerja Nai Khuen.

Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat), Asisten Komisioner Ramli Mohamed Yoosuf berkata, tiga lelaki itu merupakan ketua sindiket yang aktif melakukan penipuan membabitkan proses pindah milik kenderaan mewah yang dicuri sejak 2011 di sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Melaka.

Katanya, antara kereta yang sering dicuri termasuk jenis Honda, Toyota dan Naza.

"Mereka disyaki telah terlibat sekurang-kurangnya dalam 70 kes," katanya ketika dihubungi.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Atur aksi persahabatan kelas A

Posted:

Atur aksi persahabatan kelas A

Atur aksi persahabatan kelas A

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my

RAJAGOBAL (dua dari kiri) lebih gemar bereksperimen sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan peminat dan pemerhati bola sepak tanah air.


LEGENDA bola sepak negara, Datuk Shukor Salleh menyifatkan kejatuhan ranking Harimau Malaya berpunca daripada kegagalan skuad kendalian Datuk K. Rajagobal itu mengadakan aksi persahabatan kelas A dengan pasukan-pasukan kebangsaan.

Menurut Shukor, kedudukan Harimau Malaya dalam ranking dunia mungkin akan jatuh atau terus statik jika Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) lebih gemar mengatur aksi 'pemanas badan' menentang pasukan berstatus kelab.

"Kita harus sedar ranking skuad negara (Harimau Malaya) tidak begitu bagus ketika ini dan sepatutnya kita mengambil langkah langkah untuk memperbaiki situasi itu.

"Jika Indonesia boleh mengaturkan perlawanan menentang Belanda, mengapa kita tidak boleh melakukan demikian dan ranking kita adalah lebih baik daripada mereka (Indonesia) yang menduduki tangga ke-168 dunia.

"Saya lihat skuad negara kita lebih kerap menentang pasukan berstatus kelab dan ini bukanlah satu langkah yang positif.

"Persoalan sekarang, sampai bila kita hendak lawan pasukan berstatus kelab? Kini terserah kepada pihak pengurusan FAM untuk menetapkan hala tuju skuad negara ke arah lebih baik," kata Shukor ketika dihubungi semalam.

Berdasarkan ranking terbaru yang dikeluarkan oleh Per sekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) minggu lalu, skuad kendalian Datuk K. Rajagobal itu kekal menghuni tangga ke-159, sama seperti kedudukan bulan lalu.

Ketika mengadakan sesi latihan di Australia bulan lalu, Harimau Malaya turut berpeluang 'mengasah taring' dengan menentang tiga kelab dari negara itu.

Selasa depan, anak-anak buah Rajagobal dijadual menentang kelab Thailand, Chonburi FC pada aksi persahabatan di Stadium Shah Alam sebelum menentang gergasi England, Chelsea 21 Julai nanti.

Pada penghujung bulan ini pula, Harimau Malaya akan mengadakan tiga aksi persahabatan dengan tiga kelab Jepun.

Sejurus tamat 'berguru' di Jepun, Harimau Malaya dijadual menentang juara Liga Sepanyol, Barcelona di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 10 Ogos depan.

"Saya faham, jurulatih (Rajagobal) mahu menguji kekuatan dan kelemahan pasukan tetapi lebih baik lawan dengan pasukan kebangsaan.

"Kejayaan lalu (pemenang pingat emas acara bola sepak Sukan SEA 2009 dan juara Piala AFF Suzuki 2010) tidak boleh dijadikan ukuran, sebaliknya jadikan sebagai satu suntikan untuk lebih berjaya pada masa akan datang.

"Mahu ranking lebih baik, kita sepatutnya menentang dengan pasukan kebangsaan, bukan lawan kelab," katanya.

'Bagi Paul masa untuk berehat'

Posted:

'Bagi Paul masa untuk berehat'

'Bagi Paul masa untuk berehat'

Oleh SHAHRIL NIZAM ABDULLAH
shahril.abdullah@kosmo.com.my


IMBAS... Revington dikerumuni pihak media sejurus mengadakan pertemuan dengan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri Zolkeples Embong di Bukit Jalil 18 Jun lalu.


NAIB Presiden Kanan Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Datuk Nur Azmi Ahmad yakin jurulatih, Paul Revington akan terus kekal membimbing skuad negara sehingga Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil.

Keyakinan Nur Azmi itu sudah pasti menghadirkan sedikit kelegaan kepada barisan pemain dan peminat hoki tanah air selepas tercetusnya isu kontroversi peletakan jawatan Revington dua minggu sebelum Liga Hoki Dunia berlangsung di Johor Bahru.

Bagaimanapun, semuanya masih belum terjamin selagi Revington sendiri belum mengesahkan mengenai pendiriannya itu.

Justeru, Nur Azmi menasihatkan supaya peminat hoki negara memberi sedikit ruang dan masa kepada Revington agar jurulatih kelahiran Afrika Selatan itu tidak terlalu tertekan membuat keputusan dengan situasi yang dihadapinya ketika ini.

"Saya yakin Paul akan terus bersama skuad hoki kita seperti yang dipersetujui dalam kontraknya iaitu sehingga Sukan Olimpik 2016 di Brazil," jelas Nur Azmi kepada Kosmo! semalam.

"Buat masa ini, beliau masih belum memberitahu keputusan sebenarnya tetapi secara peribadi, berdasarkan apa yang saya kenal tentang dirinya ialah beliau pasti akan meneruskan tanggungjawabnya itu.

"Apa pun, kita perlu bersabar sedikit dengan perkara ini. Berilah dia sedikit ruang dan masa untuk berehat daripada segala tekanan yang dihadapinya ketika ini."

Selepas gagal dalam misi memenangi satu daripada tiga slot automatik ke Piala Dunia 2014 pada kempen di Johor baru-baru ini, skuad negara kini memiliki peluang terakhir untuk melakukannya pada Piala Asia 2013 yang bakal berlangsung di Ipoh, Perak bermula 24 Ogos hingga 1 September depan.

Khidmat Revington yang dinobat sebagai Jurulatih Terbaik 2011 oleh Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) itu pastinya amat ditagih di Ipoh nanti dalam usaha skuad negara menamatkan kemarau beraksi di pentas dunia tersebut setelah gagal dalam dua edisi terdahulu, 2006 dan 2010.

Sejak membimbing skuad negara, beliau yang juga bekas jurulatih Ireland berjaya membawa transformasi baharu dalam kalangan barisan pemainnya sehingga menyaksikan mereka memenangi tempat keempat Cabaran Juara-Juara I di Argentina serta muncul naib juara Piala Sultan Azlan Shah 2013 di Ipoh, Mac lalu.

"Beliau mungkin kecewa kerana gagal merealisasikan sasaran membawa skuad negara dalam kelompok empat terbaik pada Liga Hoki Dunia baru-baru ini.

"Namun, saya rasa beliau sudah tentu mahu meneruskan misi itu pada Piala Asia 2013 nanti kerana beliau seorang lelaki yang sejati.

"Beliau pasti mahu mencapai sasaran yang diletakkan oleh dirinya sendiri iaitu membawa Malaysia beraksi pada Piala Dunia dan juga Sukan Olimpik 2016," tambah Nur Azmi.

MSWP adakan mesyuarat hari ini

Posted:

MSWP adakan mesyuarat hari ini

MSWP adakan mesyuarat hari ini

Oleh SHANIKA ABDULLATIB
shanika.latib@kosmo.com.my

MAJLIS Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP) akan mengadakan mesyuarat penubuhan Jawatankuasa Siasatan Khas hari ini bagi menyiasat dakwaan atlet bola baling lelaki Wilayah Persekutuan membawa masuk dan minum minuman keras di Perkampungan Sukan Malaysia (Sukma) 2013 di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang baru-baru ini.

Difahamkan, mesyuarat kali pertama itu bakal melibatkan wakil daripada Persatuan Bola Baling Malaysia (PBBM).

"Segala-galanya akan diputuskan esok (hari ini) dan perlu dijelaskan, siasatan itu hanya berkaitan dengan isu disiplin iaitu minum minuman keras.

"Hal melibatkan kes rogol akan diuruskan oleh pihak polis manakala mengenai isu keselamatan yang didakwa longgar di Perkampungan Sukan itu, MSWP akan serahkan perkara tersebut kepada pihak penganjur untuk melakukan siasatan," ujar Pengarah MSWP, Mohd. Hamidi Abu Bakar ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Isnin lalu, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri Zolkples Embong mengesahkan MSWP akan menubuhkan Jawatankuasa Siasatan Khas itu.

Berkenaan kes penggantungan skuad bola baling lelaki Wilayah Persekutuan, Hamidi menjelaskan, pihaknya menggunakan kuasa yang ada pada mereka untuk menjatuhkan hukuman.

"Penggantungan skuad itu hanya melibatkan aktiviti atau penganjuran daripada MSWP. Bagi program atau aktiviti lain, kita tunggu keputusan yang dibuat selepas siasatan dijalankan," tambahnya.

Sebelum ini, akhbar tempatan melaporkan seorang pegawai pengiring wanita berusia 19 tahun membuat laporan polis mendakwa dia dirogol secara bergilir-gilir oleh atlet lelaki bola baling di Perkampungan Sukan tersebut.

Tiga atlet yang dipercayai membawa minuman keras ke dalam Perkampungan Sukan berkenaan telah ditahan reman tujuh hari bagi membantu siasatan polis berkaitan kes rogol itu.

Tiga suspek berusia antara 18 dan 19 tahun itu ditahan Jumaat lalu di Perkampungan Sukan di UPM, sehari selepas mangsa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Dikri umum pilihan raya presiden tahun depan

Posted:

Dikri umum pilihan raya presiden tahun depan

Dikri umum pilihan raya presiden tahun depan

PASUKAN tentera Mesir berkawal di sekitar bangunan Pengawal Republikan di Bandar Nasr, Kaherah, Mesir semalam.- AP


KAHERAH - Presiden sementara Mesir, Adly Mansour semalam berikrar akan mengadakan pilihan raya baharu menjelang awal tahun depan selepas puluhan penyokong Presiden Mesir yang telah digulingkan, Mohammed Morsi maut dalam pertempuran kelmarin.

Ikhwanul Muslimin yang mengetuai protes terhadap tentera menggesa pengikutnya supaya bangkit setelah askar dan polis membunuh kira-kira 51 orang penyokongnya ketika menunaikan sembahyang Subuh pada Isnin lalu.

"Setiap wilayah akan mengadakan majlis pengebumian dan demonstrasi," jelas jurucakap Ikhwanul Muslimin, Gehad El-Haddad.

Di sebalik insiden tersebut, Mansour telah mengeluarkan dikri yang menetapkan jadual untuk satu referendum terhadap perlembagaan yang telah digubal, sebelum pilihan raya presiden diadakan.

Keseluruhan proses itu dikatakan tidak akan mengambil masa lebih 210 hari. Maksudnya, pilihan raya bakal diadakan selewat-lewatnya pada Februari 2014.

Menurut dikri tersebut, satu panel yang mewakili parti politik, agama dan perkhidmatan keselamatan akan bersetuju dengan penggubalan akhir perlembagaan dan menjadikan sebagai satu referendum dalam tempoh lima bulan.

Sementara pilihan raya parlimen akan disempurnakan kurang dari tiga bulan perlembagaan itu dimeterai.

Dalam pada itu, Ikhwanul Muslimin menyenaraikan nama 42 orang yang terbunuh dalam insiden di luar ibu pejabat Pengawal Republikan.

Ketua perkhidmatan kecemasan, Mohammed Sultan memberitahu sekurang-kurangnya 51 terbunuh dan 435 yang lain cedera dalam kejadian tersebut. - AFP

Bar ais pertama dibuka di New York

Posted:

Bar ais pertama dibuka di New York

Bar ais pertama dibuka di New York


DUA pasangan menikmati minuman mereka di bar ais yang diberi nama Minus5 Ice Bar yang terletak New York kelmarin. - REUTERS


NEW YORK - Penduduk bandar raya ini kini mempunyai satu lokasi untuk menyejukkan badan ketika musim panas apabila sebuah bar ais yang pertama dibuka di hotel Hilton di Six Avenue, Manhattan.

Pengunjung akan dikenakan bayaran masuk sebanyak AS$20 (RM60) untuk minuman koktail dan sarung tangan tebal ketika berada di dalamnya.

Diberi nama Minus5 Ice Bar, keseluruhan bar itu diperbuat daripada ais.

"Dinding, kerusi, gelas, malah lampu diperbuat daripada ais. Ais-ais ini diambil dari Kanada, Philadelphia, Las Vegas and Minneapolis," kata pengurus bar terbabit, Chris Eldridge.

Kira-kira 350 blok ais yang setiap satunya seberat 45 kilogram digunakan untuk menghasilkan persekitaran dengan suhu serendah -5 darjah Celsius. - Agensi

Jim Carrey mohon maaf kepada pemilik senjata

Posted:

Jim Carrey mohon maaf kepada pemilik senjata

Jim Carrey mohon maaf kepada pemilik senjata

LOS ANGELES - Pelakon terkenal, Jim Carrey yang menentang keganasan senjata selepas satu siri insiden tembakan di Amerika Syarikat pada 2012 meminta maaf kerana mengkritik golongan yang melindungi hak memiliki senjata.

Carrey sebelum ini ada menulis beberapa mesej di laman Twitter yang menghina pemilik-pemilik dan penyokong hak menggunakan senjata, terutama selepas pembunuhan beramai-ramai di sekolah Newtown Connecticut yang meragut nyawa 26 orang dan 20 daripadanya ialah kanak-kanak.

"Sesiapa yang masih mahu membeli raifal selepas tragedi pembunuhan beramai-ramai di Newton tidak perlu dilindungi lagi," kata Carey dalam mesej Twitternya pada Februari lalu.

Namun, kelmarin Carrey menukar pendirian tentang isu terbabit.

"Kepada peminat raifal, saya memang tidak bersetuju atau takut kepada anda. Tetapi saya mohon maaf kerana menghina anda ketika sedang marah. Perbuatan itu salah," ujar aktor kelahiran Kanada itu.

Bulan lalu, Carrey, 51, memberitahu dia tidak akan turut serta dalam promosi filem Kick-Ass 2 kerana berpendapat filem itu terlalu ganas. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Masjid Shah Alam sedia 1,200 bungkus bubur lambuk setiap hari sepanjang Ramadan

Posted:

Masjid Shah Alam sedia 1,200 bungkus bubur lambuk setiap hari sepanjang Ramadan

Masjid Shah Alam sedia 1,200 bungkus bubur lambuk setiap hari sepanjang Ramadan

10/07/2013 8:33pm

SHAH ALAM - Sebanyak 1,200 bungkus bubur lambuk diagihkan kepada orang ramai bermula hari ini di perkarangan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini sepanjang bulan Ramadan.

Pengerusi Jawatankuasa Pengimarahan Masjid, Datuk Sri Abu Bakar Abdul Hamid berkata, pengagihan bubur lambuk itu merupakan acara tahunan masjid itu dan sebanyak RM100,000 telah diperuntukan untuk program tersebut.

"Peruntukan untuk kami menyediakan bubur lambuk ini telah disumbangkan pelbagai pihak termasuk individu dan syarikat korporat.

"Bubur ini diagihkan kepada orang ramai diperkarangan masjid selepas solat Asar, bermula hari ini sehingga 27 Ramadan (5 Ogos) depan," katanya pada majlis pelancaran sumbangan bubur lambuk itu di masjid berkenaan. - Bernama

Tiga rentung selepas MPV bertembung lori

Posted:

Tiga rentung selepas MPV bertembung lori

Tiga rentung selepas MPV bertembung lori

10/07/2013 8:36pm

KUCHING - Empat maut, tiga daripada mereka rentung setelah kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori pengangkut sebelum terbakar di kilometer 56, Jalan Sri Aman-Sarikei, hari ini.

Kesemua yang maut dipercayai warga Indonesia dan pemandu MPV yang dikenal pasti sebagai Tinus Salleh, 45, telah terpelanting keluar terjatuh di permukaan jalan dan mati di tempat kejadian akibat kecederaan teruk di bahagian kepala.

Jurucakap Balai Polis Sri Aman yang dihubungi dari sini berkata identiti tiga yang rentung masih belum dapat dikenal pasti.

Katanya dalam kejadian kira-kira 10.25 pagi itu, MPV berkenaan terperosok ke bahagian bawah lori sebelum terbakar.

Menurutnya kemalangan itu dipercayai berlaku selepas MPV itu hilang kawalan dan melencong ke laluan bertentangan dan bertembung dengan lori berkenaan.

Katanya pemandu lori berumur 34 tahun dan dua penumpangnya terselamat dan mereka dibawa ke Balai Polis Sri Aman untuk disoal siasat.

Mayat keempat-empat mangsa dibawa ke Hospital Sri Aman untuk bedah siasat. - Bernama

Kad raya: Pos sebelum 2 Ogos

Posted:

Kad raya: Pos sebelum 2 Ogos

Kad raya: Pos sebelum 2 Ogos

10/07/2013 8:28pm

KUALA LUMPUR - Pos Malaysia menasihatkan orang ramai agar mengirimkan kad ucapan Hari Raya sebelum 2 Ogos, untuk memastikan kad tersebut sampai kepada penerima sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Pos Malaysia Berhad, dalam kenyataan hari ini berkata, syarikat itu akan terus menawarkan kadar sama rata 50 sen bagi penghantaran kad raya kepada mana-mana bahagian di Malaysia, agar lebih ramai boleh menghantarnya kepada rakan dan anggota keluarga, pada kadar yang lebih murah daripada pos biasa.

"Kadar promosi 50 sen akan ditawarkan mulai 8 Julai hingga 16 Ogos. Kadar ini terpakai untuk semua saiz kad ucapan Hari Raya yang beratnya tidak melebihi 50 gram," menurut kenyataan itu.

Pos biasa sebelum promosi untuk mel standard yang beratnya kurang 20 gram ialah 60 sen dan 70 sen bagi mel berat di bawah 50 gram, menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Pos Malaysia Shukrie Mohd Salleh berkata pihaknya memahami trend perubahan rakyat Malaysia yang memilih alternatif lain berkomunikasi seperti melalui media sosial, telefon bimbit dan gajet elektronik.

"Bagaimanapun, ramai rakyat Malaysia masih menghargai sentuhan peribadi untuk menghantar kad ucapan fizikal untuk mengucapkanya kepada rakan dan orang tersayang," menurut kenyataan itu. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Jadual padat Erra, Rozita dan Raja Azura

Posted:

Jadual padat Erra, Rozita dan Raja Azura

Jadual padat Erra, Rozita dan Raja Azura

BULAN Ramadan yang tiba setahun sekali pastinya dijalani dengan penuh kesyukuran dan kenikmatan oleh umat Islam. Biasanya bulan Ramadan merupakan bulan rehat yang panjang untuk artis yang menghentikan sementara kerjaya seni demi memberi fokus kepada ibadah puasa.

Tidak ketinggalan, ada antara mereka yang mengambil kesempatan menunaikan umrah dan ada yang menjalankan perniagaan hanya pada bulan Ramadan.

Berbeza pula halnya dengan tiga orang pengacara sensasi program bual bicara Primadona, Erra Fazira, Rozita Che Wan dan Raja Azura.

Menurut tiga bintang tersebut, sepanjang Ramadan, jadual kerja mereka bertambah padat dan ketat daripada biasa. Bahkan, mereka juga terpaksa menjalani ibadah puasa di set penggambaran program Primadona.

Erra bisnes hamper raya

Sudah menjadi kelaziman buat aktres, penyanyi dan pengacara jelita, Erra Fazira untuk menjalankan perniagaan hamper raya setiap kali bulan Ramadan selain merehatkan diri daripada segala aktiviti seni.

Bagaimanapun, tahun ini agak berbeza buatnya, apabila jadual kerjanya terlalu padat sehingga memaksanya mengurangkan jumlah tempahan hamper kerana bimbang tidak dapat memenuhi permintaan semua pelanggannya.

"Tahun ini sangat berbeza. Selalunya bila tiba bulan Ramadan, saya akan berehat panjang dan fokus kepada perniagaan hamper raya. Namun, tahun ini saya ada beberapa hutang dengan produksi Erma Fatima selain sibuk di set penggambaran program Primadona, jadi sepanjang Ramadan saya akan bekerja.

"Niat di hati memanglah nak berehat dan memberi tumpuan pada ibadah puasa, tetapi kerja tetap didahulukan kerana sudah berjanji.

"Tahun ini, saya berasa sedikit sedih kerana perlu berbuka puasa pada hari pertama di set penggambaran Primadona, sedangkan saya selalunya berbuka puasa pada hari pertama dengan keluarga," kata Erra.

Menyentuh tentang makanan, kata Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, 39, makanan wajib untuknya sepanjang bulan Ramadan adalah martabak yang akan dibelinya di bazar Ramadan.

"Saya suka martabak, selalunya saya beli sahaja di bazar Ramadan. Biasanya saya minta orang belikan, jika saya sendiri yang ke bazar Ramadan bukan sahaja martabak yang saya beli, tetapi tangan akan penuh dengan plastik makanan. Saya jenis rambang mata dan mudah tergoda dengan bau-bau makanan yang enak.

"Biasanya waktu berbuka saya lebih suka makan kuih sahaja. Selepas solat Maghrib baru saya akan makan nasi. Puasa bukan bererti kita boleh makan apa sahaja, tetapi harus kekal mengamalkan pengambilan makanan yang sihat," akuinya yang menjaga rapi soal pemakanan.

ROZITA CHE WAN sedikit terkilan kerana tidak dapat menunaikan umrah pada bulan Ramadan ini.


Bercakap tentang Ramadan bersama anaknya Engku Aleesya yang kini berusia empat tahun, jelas Erra, anak perempuan tunggalnya itu terlalu muda untuk menjalani ibadah puasa, bagaimanapun sebagai ibu, Erra tetap menerangkan ibadah tersebut kepada anaknya.

"Aleesya kecil lagi untuk berpuasa, tetapi saya selalu cerita kepadanya, apa itu puasa dan kenapa kita wajib berpuasa. Mungkin bila dia masuk enam tahun, dia sudah boleh belajar puasa separuh hari. Saya tidak akan memaksanya, kena juga lihat kemampuan anak itu sendiri, lebih baik kita ajar secara perlahan-lahan supaya dia rasa seronok untuk berpuasa," katanya.

Rozita wajib bersahur

Kekasih kepada pelakon Zain Saidin, aktres Rozita Che Wan, 40, pada mulanya berniat untuk menjalani ibadah puasa dengan menunaikan umrah di Mekah seperti tahun-tahun sebelum ini.

Bagaimanapun, disebabkan undang-undang baharu kerajaan Arab Saudi yang mewajibkan jemaah wanita membawa mahram bermula tahun ini, Rozita atau mesra disapa Che Ta membatalkan hasratnya itu.

"Ramadan untuk saya tahun ini sama sahaja, cuma ralat juga tidak dapat ke Mekah untuk tunai umrah. Kalau boleh saya ingin beraya di sana, tetapi disebabkan undang-undang baharu yang memerlukan mahram tidak jadilah saya pergi. Siapa yang mahu teman saya ke Mekah, semua adik-beradik pun sibuk dengan hal masing-masing," katanya.

Selain itu, Che Ta juga sibuk di set penggambaran Primadona dan juga bisnes tudungnya di butik Padusi.

Terangnya, bulan Ramadan bukanlah bulan bercuti untuknya kerana dia sedar sebagai ibu tunggal kepada dua anak lelaki, dia harus berusaha untuk mencari pendapatan tambahan bagi menyambut raya.

"Kalau saya tidak kerja, siapa pula yang nak beri saya duit. Mahu tidak mahu, saya kena juga bekerja, tetapi saya tidak lupa pada ibadah puasa. Sama sahaja seperti orang lain yang tetap pergi bekerja dan juga berpuasa. Mungkin pada sesetengah artis, bulan Ramadan merupakan bulan rehat untuk mereka, tetapi tidak untuk saya.

"Jika saya tidak sibuk dengan penggambaran, saya akan sibuk di butik Padusi yang menjual tudung.

"Tambahan dekat hari raya, butik akan bertambah sibuk kerana jumlah jualan akan meningkat lebih daripada biasa, saya harus turun padang untuk membantu kakitangan. Seronok sebenarnya berniaga, saya bersyukur kerana perniagaan tudung berjalan dengan baik," ujarnya yang berkongsi perniagaan itu bersama adik-beradiknya yang lain.

Bercerita tentang dua anak lelakinya, Ammar Effendy, 17, dan Aniq Ezzra, 15, Che Ta memberitahu rutinnya pada bulan Ramadan bertambah apabila sudah menjadi tanggungjawabnya mengejutkan dua anak bujangnya itu bangun sahur.

"Sibuk macam mana pun, saya tetap wajib bangun sahur begitu juga dengan anak-anak. Kalau tidak sahur, esoknya saya rasa tidak bermaya (ketawa). Tahun ini, sepanjang Ramadan, ibu tinggal di rumah saya, jadi setiap kali sahur, kami pasti akan masak lauk yang baharu.

"Anak-anak saya tidak cerewet, apa yang saya masak mereka makan. Cuma saya sedih, biasanya setiap kali berbuka, kami sekeluarga akan berkumpul, seperti tahun ini adik-beradik semua merancang untuk berbuka secara giliran di rumah saya kerana ibu kami ada di sini.

"Kami sudah merancang untuk memasak bersama kerana banyak resipi masakan yang ingin saya cuba, tetapi saya pula yang sibuk," ujarnya yang mendapat tempat ketiga dalam program MasterChef Selebriti Malaysia 2.

Bagaimanapun, Che Ta memberitahu, dia tetap akan mencari hari yang terluang menghabiskan masa bersama keluarga dan akan mula bercuti awal untuk pulang ke kampung halamannya di Alor Setar, Kedah bagi menyambut hari raya.


ERRA FAZIRA terpaksa menolak tempahan membuat hamper kerana sibuk dengan penggambaran program bual bicara Primadona.


Raja Azura bangun pukul 3 pagi

Penyampai radio Sinar FM dan juga pengacara popular Raja Azura atau nama sebenarnya Raja Azura Tengku Ahmad Tajudin, 41, sama seperti Erra dan Che Ta, namun dia bertambah sibuk apabila terpaksa bangun seawal pukul 3 pagi pada bulan Ramadan untuk memasak dan mengejutkan tiga orang anaknya bersahur.

"Rutin harian saya bertambah padat, saya akan bangun pukul 3 pagi untuk memasak kemudian mengejutkan mereka bersahur sebelum menyiapkan mereka untuk ke sekolah dan saya juga harus berada di konti pada pukul 5.30 pagi kerana akan ke udara pada pukul 6 pagi.

"Selepas di konti, saya akan berkejar pula ke set penggambaran Primadona. Saya memang sangat sibuk, tidak sempat mengambil sebarang tawaran lakonan untuk raya. Fikir balik memang penat, tetapi sudah tanggungjawab seorang ibu, anak-anak harus diutamakan, penat saya boleh ditolak ke tepi," katanya.

Tambah Raja Azura atau mesra disapa Kak Engku, anak-anaknya sukakan menu yang ringkas ketika bersahur tetapi juadah berbuka mereka wajib mendapatkan martabak hasil tangan Kak Engku sendiri.

"Saya beruntung kerana kerja pada pagi hari, jika tiada penggambaran Primadona saya sudah boleh berada di rumah dengan anak-anak pada waktu tengah hari. Setiap kali Ramadan menu wajib adalah martabak, bukan yang dibeli di bazar Ramadan, tetapi mereka mahu yang saya masak sendiri," ujarnya.

Meskipun sudah berpisah dengan suaminya, Adzmin Tan Sri Osman pada Oktober 2010, ibu kepada Megat Muhammad Raziq, 11, Megat Luqman Hakim, 10, serta Puteri Mia Maizurah, 7, mereka masih mempunyai hubungan yang baik dengan bekas suaminya itu.

"Kami masih berbaik seperti biasa demi anak-anak. Tiada apa yang perlu digaduhkan, bekas suami tetap bapa kepada anak-anak saya. Minggu lalu, kami telah keluar membeli-belah persiapan raya anak-anak bersama.

"Saya suka beli baju raya anak-anak awal kerana harga masih murah dan tidak perlu bersesak dengan orang ramai. Itu adalah rutin yang tetap kami teruskan meskipun kami telah berpisah. Anak-anak juga akan beraya di kampung halaman bapa mereka terlebih dahulu di Alor Setar, Kedah sebelum ke kampung saya," balasnya.

Siti membuai emosi

Posted:

Siti membuai emosi

Siti membuai emosi

Oleh KHAIRUL AMRI HASSAN


SITI mendendangkan sebanyak 21 buah di Dewan Filharmonik Petronas pada kali ini.


PENANTIAN lebih 12 tahun penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza untuk kembali menjejakkan kaki di dewan berprestij, Dewan Filharmonik Petronas (DFP) akhirnya menjadi realiti menerusi konsert Siti Nurhaliza in Symphony hujung minggu lalu.

Pada tahun 2001, Siti pernah membuat kemunculan khas bersama penyanyi legenda Tan Sri SM Salim di pentas yang sama.

Namun ketika itu Siti hanya berkesempatan mengalunkan dua buah lagu duet bersama SM Salim iaitu Pandang Pandang Jeling Jeling dan Mohon Kasih.

Malah, mengambil secebis kata-kata penyanyi pujaannya itu, Siti mengakui menyanyi dengan orkestra bukan tugas mudah.

"Siti masih teringat pesanan Tan Sri SM Salim. Katanya: 'Menyanyi dengan orkestra susah, adakalanya kita kena kejar tempo kadangkala kita terpaksa kejar balik'. Jadi, Siti perlu sentiasa peka dan bersedia," katanya yang ditemui sebaik selesai membuat persembahan pada malam Jumaat lalu.

Menjayakan konsert bersama Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO) antara impian yang didambakan Siti selepas beraksi di Royal Albert Hall, London tujuh tahun lalu.

Mandat yang diberikan kepada penyanyi kelahiran Kuala Lipis, Pahang itu sejujurnya berjaya digalas dan pentas dimonopoli cemerlang tanpa sebarang gimik melainkan magis vokal lunak.

Telus kata Siti, dia sedikit gugup namun teruja untuk menghiburkan peminatnya. Ujarnya: "Alhamdulillah, konsert berjalan dengan baik namun masih ada beberapa perkara yang perlu diperbaiki."

Repertoir

Siti membuka tirai persembahan dengan lagu yang telah mengangkat namanya di persada seni, Kau Kekasihku. Sambil bercanda bersama penonton, Siti meneruskan langkah dengan irama Malaysia yang diberi sentuhan baharu, Badarsila.

Menyusuri rentak mengulit kalbu, Siti menghadiahkan aneka lagu balada popularnya iaitu Jerat Percintaan, Bukan Cinta Biasa, Diari Hatimu dan Percayalah.

Selain itu, penonton turut dihiburkan dengan rangkaian lagu popularnya yang lain seperti Di Taman Teman, Biarlah Rahsia, Seindah Biasa, Lebih Indah dan paling mengasyikkan, gubahan mantap konduktor Kevin Field untuk lagu Purnama Merindu yang pernah melonjakkan nama Siti di Kazakhstan dan China.

Segmen tribut kepada legenda Allahyarham P. Ramlee diselitkan Siti menerusi rantaian lagu Malam Bulan Dipagar Bintang dan Tiada Kata Secantik Bahasa serta lagu Terasing buat bintang yang berkongsi tempat kelahirannya iaitu Allayarham Sudirman Haji Arshad.


FIGURA tersohor ini mengakui dilanda sedikit perasaan gugup di pentas persembahan konsertnya ini.


Selain dua bintang pujaannya, Siti memilih untuk menyanyikan lagu yang pernah dipopularkan oleh Alleycats dan Jamal Abdillah berjudul Senandung Semalam.

Mungkin ada yang terkilan apabila kebanyakan lagu yang menjadi igauan tidak dinyanyikan penyanyi itu.

Kata Siti, dia telah menyenaraikan hampir 30 buah lagu pada mulanya sebelum dipilih mengikut kesesuaian susunan.

"Bukan tak nak nyanyikan lagu-lagu lain atau lagu bahasa Inggeris Siti tetapi selepas perbincangan dengan konduktor dan penyusun muzik, 21 buah lagu sahaja yang terpilih," tambahnya.

Main darbuka

Bersambung selepas rehat, Siti yang mengenakan busana Khoon Hooi pada malam pertama turut memperlihatkan bakatnya bermain instrumen Asia Barat iaitu darbuka menerusi lagu Cindai.

Menghadiahkan peminatnya dengan lagu-lagu tradisional, Siti beraksi lincah bersama rangkaian lagu Ku Mahu, Balqis dan Ya Maulai sebelum menutup tirai persembahannya dengan lagu Muara Hati.

Dua hari tempoh masa yang diperuntukkan oleh Siti untuk membuat persiapan bersama MPO, bagaimanapun lebih sebulan sebenarnya penyanyi itu berlatih menggunakan rakaman cakera padat dan stamina menjelang konsert.

"Walaupun persiapan dibuat awal tetapi ada beberapa lompang yang mengehadkan jadual latihan Siti. Sementelah, menyanyi dengan orkestra perlukan pernafasan panjang terutama lagu-lagu balada.

"Jadi, kebanyakan masa Siti mempersiapkan diri dengan stamina dan menjaga kesihatan. Biasanya suamilah yang menjadi peneman Siti paling setia," ungkap Siti sambil tertawa kecil.

Usai mengadakan konsert Siti Nurhaliza in Symphony, Siti akan membuat persiapan untuk konsertnya bersama Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK) pula di Istana Budaya pada bulan September depan.

Halim, Adibah ronda di Sabah

Posted:

Halim, Adibah ronda di Sabah

Halim, Adibah ronda di Sabah


ADIBAH bersama pendengar bertuah Suria FM yang ke-12,000.


PADA 24 hingga 28 Jun lalu telah berlangsung program Ronda Impian Ceria Pagi di Sabah bersama penyampai radio popular Suria FM, Halim Othman dan Adibah Noor.

Misi yang disasarkan adalah untuk meronda di sekitar Sabah bermatlamat bagi bertemu dengan 20,000 pendengar untuk berjabat tangan atau bersalam dengan mereka dalam tempoh lima hari.

"Peluang ini turut digunakan saya dan Adibah untuk beramah mesra dengan peminat yang tidak jemu-jemu memberikan sokongan kepada Suria FM," ujar Halim.

Program tersebut diceriakan lagi oleh lima pemenang Ronda Impian Ceria Pagi Sabah Lima iaitu Karatika Sari, Rozzer Achong, Raimon@Ahmad Tarmizie Aboi, Siti Aisyah Malek dan Florence Silimon.

Kelima-lima mereka berpeluang menjadi pemandu pelancong untuk membawa Halim dan Adibah ke tempat-tempat menarik di Sabah seperti Pulau Manukan, Jambatan Gantung Tamparuli, Rumah Terbalik, Taman Kinabalu, Taman Buaya Tuaran dan Kampung Air Tanjung Aru.

Dalam pada itu, Halim dan Adibah tidak ketinggalan dibawa beramah mesra dengan masyarakat Kampung Sipitang.

Ujar Halim, dalam tempoh tiga hari program tersebut berlangsung, dia dan Adibah berjaya bersalam dengan hampir 10,000 peminat dan masuk hari kelima sasaran untuk mencapai angka 20,000 itu berjaya dicapai.

Berikut beberapa foto menarik yang dirakam sepanjang perjalanan Halim dan Adibah bersempena Ronda Impian Ceria Pagi di Sabah.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved