Rabu, 10 Julai 2013

Kosmo Online - Dunia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Dikri umum pilihan raya presiden tahun depan

Posted:

Dikri umum pilihan raya presiden tahun depan

Dikri umum pilihan raya presiden tahun depan

PASUKAN tentera Mesir berkawal di sekitar bangunan Pengawal Republikan di Bandar Nasr, Kaherah, Mesir semalam.- AP


KAHERAH - Presiden sementara Mesir, Adly Mansour semalam berikrar akan mengadakan pilihan raya baharu menjelang awal tahun depan selepas puluhan penyokong Presiden Mesir yang telah digulingkan, Mohammed Morsi maut dalam pertempuran kelmarin.

Ikhwanul Muslimin yang mengetuai protes terhadap tentera menggesa pengikutnya supaya bangkit setelah askar dan polis membunuh kira-kira 51 orang penyokongnya ketika menunaikan sembahyang Subuh pada Isnin lalu.

"Setiap wilayah akan mengadakan majlis pengebumian dan demonstrasi," jelas jurucakap Ikhwanul Muslimin, Gehad El-Haddad.

Di sebalik insiden tersebut, Mansour telah mengeluarkan dikri yang menetapkan jadual untuk satu referendum terhadap perlembagaan yang telah digubal, sebelum pilihan raya presiden diadakan.

Keseluruhan proses itu dikatakan tidak akan mengambil masa lebih 210 hari. Maksudnya, pilihan raya bakal diadakan selewat-lewatnya pada Februari 2014.

Menurut dikri tersebut, satu panel yang mewakili parti politik, agama dan perkhidmatan keselamatan akan bersetuju dengan penggubalan akhir perlembagaan dan menjadikan sebagai satu referendum dalam tempoh lima bulan.

Sementara pilihan raya parlimen akan disempurnakan kurang dari tiga bulan perlembagaan itu dimeterai.

Dalam pada itu, Ikhwanul Muslimin menyenaraikan nama 42 orang yang terbunuh dalam insiden di luar ibu pejabat Pengawal Republikan.

Ketua perkhidmatan kecemasan, Mohammed Sultan memberitahu sekurang-kurangnya 51 terbunuh dan 435 yang lain cedera dalam kejadian tersebut. - AFP

Bar ais pertama dibuka di New York

Posted:

Bar ais pertama dibuka di New York

Bar ais pertama dibuka di New York


DUA pasangan menikmati minuman mereka di bar ais yang diberi nama Minus5 Ice Bar yang terletak New York kelmarin. - REUTERS


NEW YORK - Penduduk bandar raya ini kini mempunyai satu lokasi untuk menyejukkan badan ketika musim panas apabila sebuah bar ais yang pertama dibuka di hotel Hilton di Six Avenue, Manhattan.

Pengunjung akan dikenakan bayaran masuk sebanyak AS$20 (RM60) untuk minuman koktail dan sarung tangan tebal ketika berada di dalamnya.

Diberi nama Minus5 Ice Bar, keseluruhan bar itu diperbuat daripada ais.

"Dinding, kerusi, gelas, malah lampu diperbuat daripada ais. Ais-ais ini diambil dari Kanada, Philadelphia, Las Vegas and Minneapolis," kata pengurus bar terbabit, Chris Eldridge.

Kira-kira 350 blok ais yang setiap satunya seberat 45 kilogram digunakan untuk menghasilkan persekitaran dengan suhu serendah -5 darjah Celsius. - Agensi

Jim Carrey mohon maaf kepada pemilik senjata

Posted:

Jim Carrey mohon maaf kepada pemilik senjata

Jim Carrey mohon maaf kepada pemilik senjata

LOS ANGELES - Pelakon terkenal, Jim Carrey yang menentang keganasan senjata selepas satu siri insiden tembakan di Amerika Syarikat pada 2012 meminta maaf kerana mengkritik golongan yang melindungi hak memiliki senjata.

Carrey sebelum ini ada menulis beberapa mesej di laman Twitter yang menghina pemilik-pemilik dan penyokong hak menggunakan senjata, terutama selepas pembunuhan beramai-ramai di sekolah Newtown Connecticut yang meragut nyawa 26 orang dan 20 daripadanya ialah kanak-kanak.

"Sesiapa yang masih mahu membeli raifal selepas tragedi pembunuhan beramai-ramai di Newton tidak perlu dilindungi lagi," kata Carey dalam mesej Twitternya pada Februari lalu.

Namun, kelmarin Carrey menukar pendirian tentang isu terbabit.

"Kepada peminat raifal, saya memang tidak bersetuju atau takut kepada anda. Tetapi saya mohon maaf kerana menghina anda ketika sedang marah. Perbuatan itu salah," ujar aktor kelahiran Kanada itu.

Bulan lalu, Carrey, 51, memberitahu dia tidak akan turut serta dalam promosi filem Kick-Ass 2 kerana berpendapat filem itu terlalu ganas. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved