Jumaat, 17 Mei 2013

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Masuk hutan pasang kamera litar tertutup

Posted:

Masuk hutan pasang kamera litar tertutup

Masuk hutan pasang kamera litar tertutup

KELAJUAN langkah kaki mereka sentiasa tetap walaupun sudah berjalan lebih dua jam, tidak terlalu laju ataupun amat perlahan. Bertindak sebagai pemandu arah, kedua-duanya kelihatan sangat boleh dipercayai untuk diikuti dalam hutan tebal.

Ketika rata-rata individu yang menyertai kumpulan sukarelawan Traffic Southeast Asia (Traffic) sudah memperlahankan langkah dengan sisa tenaga yang ada, langkah mereka sentiasa malar.

Dengan parang sentiasa erat digenggam pada tangan Akia Talib, 29, dan Charang Tonel, 24, mereka terus melibas batang-batang buluh dan lalang untuk membuka laluan perjalanan kepada kumpulan sukarelawan itu.

Tiada alatan elektronik moden seperti Sistem Penentu Kedudukan Global (GPS) di sisi, mereka terus berjalan melalui denai, menaiki bukit kemudian menuruni ke permukaan yang lebih landai.

Kadangkala, mereka meninggalkan tanda di persimpangan jalan yang kelihatan tiada kesan laluan manusia dengan menakik jh9 batang pokok.

Kedua-duanya mempunyai ketinggian antara 168 hingga 170 sentimeter sama seperti penduduk Asia lain. Rona kulit mereka agak gelap. Akia lebih mesra dipanggil Puyi, manakala si Charang mesra dengan panggilan Cha.

Personaliti mereka agak pemalu, segan untuk berkata-kata dan setiap kali soalan diajukan, Puyi dan Cha akan tersenyum atau tergelak bergantung pada tahap keseriusan pertanyaan.

Barangkali Puyi lebih berumur berbanding Cha, dia paling banyak menjawab soalan. Puyi dan Cha merupakan pemuda keturunan Temiar daripada pecahan etnik Senoi.

Mereka berasal dari Kampung Semelor yang terletak di Hutan Simpan Temengor, Perak. Bilangan kaum Temiar antara 14,000 hingga 20,000 orang daripada jumlah keseluruhan Orang Asli di Semenanjung, kira-kira 100,000 orang, dipetik daripada laman web www.temiar.com.

Selain kampung yang didiami oleh puak Temiar, hutan simpan itu juga menjadi kediaman bagi Orang Asli keturunan Jahai daripada pecahan Negrito.

Puyi dan Cha mula meneroka hutan sejak berumur sembilan tahun. Pada peringkat awal, mereka hanya mengikut ayah atau orang yang lebih tua untuk mencari hasil hutan.

Dari situ, kedua-duanya mula mengembangkan seni berjalan di dalam hutan baik dari segi mengawal kelajuan langkah mahupun mengenal pasti tapak haiwan sama ada masih baharu atau tidak.

Antara yang dicari ialah sumber hutan untuk dijadikan makanan atau ubat-ubatan seperti kacip fatimah, ubi jaga dan tongkat ali. Selain itu, hasil hutan seperti rotan turut dikutip untuk dijual kepada orang luar.


STEVEN (dua dari kanan) dan pasukan penyelidiknya masuk ke dalam hutan untuk melakukan kerja-kerja konservasi gajah.


Rotan makin mahal

Mengutip hasil hutan merupakan pekerjaan mereka sebelum ini. Dalam sebulan, Puyi dan Cha boleh mendapat hasil sekitar RM400 sebulan.

Seiring dengan masa, hasil tumbuh-tumbuhan semakin sukar dicari dan mereka perlu meredah laluan sehingga ke dalam kawasan hutan tebal.

Ia menjadikan harga rotan sangat mahal sehingga mencecah RM5 setiap batang yang mempunyai panjang sekitar 2.4 meter. Berbanding sedekad lalu, harganya antara RM1 hingga RM2 sahaja dengan kepanjangan yang sama.

"Susah hendak cari rotan sekarang. Dalam sebulan, sekali baru dapat berjumpa dan kita terpaksa masuk jauh ke dalam hutan," kata Puyi ketika ditemui di Gerik, Perak.

Menurut Puyi, Orang Asli tidak memburu haiwan seperti rusa atau kancil untuk dijadikan makanan. Mereka beranggapan kedua-dua haiwan itu mempunyai badi.

Masyarakat itu juga amat takut untuk bertembung dengan gajah dan harimau. Puyi memberitahu, kebanyakan yang memburu di situ ialah orang Melayu dari kawasan berdekatan.

Puyi pernah sekali bertembung dengan harimau pada tahun lalu tetapi bukan di Belum-Temengor tetapi di Tasik Kenyir.

Pengurus projek lapangan, Pengurusan dan Ekologi Gajah-Gajah Malaysia (MEME), Steven Lim Boon Hock, 50, menceritakan saat-saat kali pertama membawa mereka bersama ke ekspedisi mencari gajah.

Elak bertemu gajah

"Apabila bertembung dengan gajah, mereka terus lari, tetapi kini kedua-duanya sudah tidak berasa terlalu takut seperti sebelum ini tetapi masih cuba mengelak untuk bertemu.

"Kami perlu menunjukkan kepada mereka bahawa tujuan mencari gajah adalah untuk kajian dan menyelamatkan haiwan tersebut," cerita Steven yang turut serta dalam kumpulan sukarelawan Traffic.

Kini, mereka masih lagi masuk ke dalam hutan setiap hari tetapi bukan untuk memburu atau mencari hasil hutan sebaliknya, memasang kamera litar tertutup.

Kad memori kamera tersebut ditukar setiap dua minggu sekali atas faktor kos dan jarak, manakala rakaman kelakuan gajah dikaji oleh MEME.

Sudah hampir dua tahun mereka bekerja dengan MEME sebagai pembantu penyelidik di lapangan. MEME merupakan sebuah projek penyelidikan dalam pengurusan dan konservasi gajah-gajah Malaysia.

Rutin harian Puyi dan Cha bermula seawal pukul 8 atau 9 pagi bergantung pada laluan dan jarak yang perlu dilalui. Mereka diberi kawasan berkeluasan beberapa meter persegi di Hutan Belum-Temengor untuk memasang peranti tersebut.

Jarak perjalanan yang Puyi dan Cha lalu mencapai beberapa kilometer sehari dengan mengambil masa lebih kurang 1 jam setengah bagi jarak 3 kilometer.

Kali ini, mereka perlu membawa GPS bagi mendapatkan lokasi tepat bagi memasang kamera. Selepas segalanya selesai, kedua-duanya pulang tanpa menggunakan gajet tersebut.

Gaji bulanan mereka kini sebanyak RM1,400, satu jumlah yang berlipat kali ganda berbanding dahulu.

"Saya dapat melakukan perkara yang sama seperti dahulu tetapi pada masa yang sama mendapat gaji yang lebih baik," kata Cha sambil tersenyum.

Paling penting, mereka dapat menjaga hutan yang menjadi sebahagian daripada hidup masyarakat Orang Asli sekali gus ubat-ubatan dan haiwan-haiwan liar dapat dipelihara, ungkap Puyi.

Skil semula jadi Puyi dan Cha sangat mengagumkan walaupun sukar dikesan. Ketika pasukan sukarelawan itu sampai ke suatu kawasan dipanggil Sira Tersau, mereka sempat memberi amaran kepada kami supaya tidak pergi jauh ke dalam hutan.

"Bau gajah yang lalu di sini masih lagi kuat," ringkas kata Cha tetapi telah menyebabkan langkah pasukan itu terhenti untuk terus pergi lebih jauh ke dalam hutan.

Apabila melihat di sekeliling, telahan mereka benar kerana najis-najis gajah yang masih segar kelihatan merata-rata di kawasan alur sungai itu.

Selain menjaga rentak langkah kaki sepanjang perjalanan, mereka juga mengambil ubat-ubatan tradisional yang diajar oleh orang lama.


WAJAH kanak-kanak Orang Asli suku Jahai, salah satu suku mendiami Gerik, Perak selain Temiar.


Kaji tentang gajah

Sambil tertawa mereka berdua bersetuju bahawa kedua-duanya ada mengamalkan herba tradisional, tongkat ali.

Puyi yang masih bujang memberitahu, dia tidak pernah sesat di dalam hutan, sambil dipersetujui oleh Cha dengan menganggukkan kepalanya tanda setuju.

Setakat ini, seramai lima individu Orang Asli yang tinggal di Hutan Belum-Temengor bekerja dengan MEME sebagai pembantu penyelidik termasuk Puyi dan Cha.

Mereka menetap di motel penyelidik yang terletak di sebuah taman perumahan di bandar Gerik supaya mudah dipanggil apabila ada kecemasan.

Menurut Steven, mengambil Orang Asli bagi mengisi jawatan tersebut merupakan sebahagian daripada program MEME kepada penduduk tempatan selain melakukan kerja-kerja kajian terhadap gajah.

"Kami masuk ke kampung-kampung Orang Asli dan memberi penerangan serta mengajak mereka menyertai kami.

"Kemahiran yang mereka miliki seperti berjalan dalam hutan dapat memberi manfaat untuk kerja-kerja pemeliharaan dan pemuliharaan," kongsinya lagi.

Pekerjaan tersebut juga menjadi alternatif bagi masyarakat Orang Asli, mereka masih berpeluang masuk ke dalam hutan tanpa memburu atau mengutip hasil hutan.

Selain kamera, MEME bersama Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara sedang dalam kerjasama memasang kolar satelit-GPS bagi mengesan pergerakan gajah-gajah liar di Semenanjung Malaysia.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


SKM Kuala Muda anjur kursus motivasi

Posted:

SKM Kuala Muda anjur kursus motivasi

SKM Kuala Muda anjur kursus motivasi


SEBAHAGIAN ahli SKM Daerah Kuala Muda selepas mengikuti Kursus Motivasi Pembentukan Organisasi Koperasi Cemerlang di Resort Pantai Merdeka, Sungai Petani, Kedah baru-baru ini.


TINGKAT SEMANGAT. Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Daerah Kuala Muda menganjurkan Kursus Motivasi Pembentukan Organisasi Koperasi Cemerlang di Resort Pantai Merdeka, Sungai Petani, Kedah baru-baru ini.

Kira-kira 50 peserta dari 26 buah koperasi terdiri Ahli Lembaga Koperasi (ALP) dan ahli-ahli koperasi lain mengikuti pelbagai ceramah antaranya mengenai pemahaman sebagai ahli lembaga, pengurusan dalam memastikan visi, matlamat organisasi, teknik-teknik dan pembentukan pasukan modal insan.

Timbalan Pengarah SKM Daerah Kuala Muda, Norafifah Abd. Hamid berkata, semua koperasi dapat digerakkan jika ALP dan ahli-ahlinya memahami fungsi koperasi masing-masing.

Pemimpin koperasi boleh menghubungi pejabat SKM melalui talian 04-421 2454 bagi mendapatkan maklumat berkaitan koperasi.

Rombongan LKPIM Kelantan sokong aktiviti ahli Perlis

Posted:

Rombongan LKPIM Kelantan sokong aktiviti ahli Perlis

Rombongan LKPIM Kelantan sokong aktiviti ahli Perlis


BI SAMIHAH (duduk, empat dari kiri) dan ahli-ahli LKPIM Kelantan dan Perlis yang menyertai Malam Amal Mesra Kasih di Kangar, Perlis baru-baru ini.


SOKONG. Sebanyak 12 orang ahli Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia (LKPIM) Negeri Kelantan menghadiri Majlis Amal Mesra Kasih LKPIM Perlis di Kangar baru-baru ini.

Pengerusi LKPIM Negeri Kelantan, Datuk Bi Samihah Mohd. Salleh berkata, pihaknya menerima jemputan itu bagi memberi sokongan kepada ahli-ahli yang terlibat dalam kerja sukarela di negeri itu.

Katanya, walaupun terdapat persamaan aktiviti pihaknya di Kelantan dan Perlis tetapi usaha mengadakan majlis bagi mengumpulkan dana itu amat dialu-alukan.

"Dana berkenaan pastinya untuk disumbangkan kepada golongan miskin di Perlis. Usaha murni ini perlu diteruskan bagi memastikan orang susah tidak terlepas pandang daripada mendapat perhatian," ujarnya.

Pelajar SMK Seri Budiman sertai program berbasikal

Posted:

Pelajar SMK Seri Budiman sertai program berbasikal

Pelajar SMK Seri Budiman sertai program berbasikal


SEBAHAGIAN pelajar yang menyertai Program Cari Bakat Sukan Berbasikal After School Program di SMK Seri Budiman, Kuala Terengganu, Terengganu baru-baru ini.


CUNGKIL BAKAT. Sebanyak 50 pelajar tingkatan satu hingga tiga dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Budiman, Kuala Terengganu, Terengganu menyertai Program Cari Bakat Sukan Berbasikal After School Program yang diadakan di sekolah berkenaan baru-baru ini.

Program anjuran Majlis Sukan Negeri Terengganu, Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri dan Pusat Satelit Institut Sukan Negara (ISN) Terengganu itu merupakan yang pertama seumpamanya di negeri itu untuk mencungkil bakat-bakat muda.

Ketua jurulatihnya, Syed Muhammad Husaini Syed Mazlan berkata, program itu bertujuan mencari pelapis sukan berbasikal selain menyediakan medium untuk pelajar memanfaatkan minat mereka.

"Sekolah ini sebenarnya mempunyai prestasi yang baik dalam sukan berbasikal kerana telah melahirkan jaguh-jaguh kebangsaan dan antarabangsa," katanya.

Menurutnya, program itu dilaksanakan secara berterusan dengan kerjasama pihak sekolah dengan pelajar akan melalui beberapa fasa daripada peringkat pengenalan teknik berbasikal yang betul sehingga penglibatan dalam kejohanan peringkat kebangsaan.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Pemotoran

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Pemotoran


Kekal DNA tahan lasak dan jimat bahan api

Posted:

Kekal DNA tahan lasak dan jimat bahan api

Kekal DNA tahan lasak dan jimat bahan api

Oleh AHMAD SYUKRAN ZAINUDDIN

SELEPAS sekian lama menunggu, trak pikap popular keluaran Isuzu iaitu D-Max generasi kedua akhirnya dilancarkan secara rasmi pada malam Rabu lalu. Jika dilihat kepada skala majlis pengenalannya, Isuzu Malaysia Sdn. Bhd. (Isuzu Malaysia) nampak serius untuk memberitahu semua orang tentang kemunculan produk terkininya itu.

Harus tahu bahawa ia bukanlah model naik taraf. D-Max yang tampil dengan rekaan lebih segar dan kontemporari itu merupakan model serba baharu. Sama ada dari segi penampilan, teknologi, mahupun rangkaian kuasanya.

Model itu sebenarnya telah menjenguk pasaran Thailand sejak tahun 2011. Sambutan yang diterimanya juga amat menggalakkan apabila 250,000 unit telah berjaya dijual. D-Max bukan popular di Thailand sahaja. Kalau dilihat di pasaran antarabangsa, trak pikap itu sudah terjual lebih 2.5 juta unit di 80 buah negara di seluruh dunia.

Program pembangunan komprehensif

Pengguna di Malaysia mula diperkenalkan dengan D-Max pada tahun 2003. Sejak itu, ciri utama D-Max iaitu ketahanan, kebolehpercayaan dan penjimatan bahan api sudah diketahui oleh rakyat negara ini.

Maka, tidak hairanlah jika lebih 30,000 unit D-Max sudah menemui pemiliknya. Malah, semuanya berpuas hati dengan kualiti yang ditawarkannya.

Bagi menjadikannya terus kekal relevan dalam segmen trak pikap yang begitu sengit, D-Max juga telah menjalani proses penambahbaikan sebanyak beberapa kali.

"Pasukan jurutera Isuzu bukan sekadar meningkatkan ciri-ciri utama seperti ketahanan, kebolehpercayaan dan penjimatan bahan api. Malah pakej keseluruhan seperti keselesaan, keselamatan dan prestasi pada Isuzu D-MAX serba baharu ini juga telah dibawa ke tahap lebih tinggi," kata Ketua Pegawai Eksekutif Isuzu Malaysia, Kimitoshi Kurokawa.


KUROKAWA (kiri) dan Pengarah Eksekutif Kanan Isuzu Motors Ltd., Katsumasa Nagai ketika melancarkan Isuzu D-Max serba baharu di Kuala Lumpur pada Rabu lalu.


Merupakan hasil daripada program pembangunan paling komprehensif dalam sejarah Isuzu Motors, D-Max kini nyata tampil dengan lebih bersedia untuk memenuhi apa jua keperluan pelanggannya.

Program pembangunan D-Max baharu melibatkan penyelidikan dan kaji selidik pelanggan dari seluruh dunia secara ekstensif. Hasilnya, trak pikap itu mampu menjelma menjadi sebuah kenderaan yang benar-benar tahan lasak. Tidak percaya? D-Max sudah pun ujian ketahanan sejauh lebih empat juta kilometer!

Menyambung kolaborasi daripada model generasi pertama, D-Max baharu turut dibangunkan bersama General Motors (GM). Tetapi Isuzu mengetuai proses pembangunan tersebut. Maka, produk yang mereka hasilkan iaitu D-Max dan Chevrolet Colorado adalah berbeza dari segi enjin, transmisi, dinamik pemanduan dan gayaan luaran. Apa yang sama cuma platform dan ruang dalamannya sahaja.

D-Max kini mempunyai saiz yang lebih besar pada setiap dimensi. Selain mampu menawarkan ruang kabin dan kargo lebih luas, penampilannya juga semakin maskulin dan agresif.

Sekiranya diteliti, profail rekaan badan yang berbentuk seperti baji itu sebenarnya direka untuk kecekapan. Fokus kepada aspek aerodinamik, rekaan itu dicipta menggunakan kemudahan terowong angin milik Institut Penyelidikan Teknikal Kereta Api Jepun. Ia merupakan kemudahan sama yang digunakan untuk membangunkan kereta api laju Jepun yang terkenal itu.

Hasilnya, tahap pekali seretan (coefficient of drag, Cd) D-Max adalah yang paling rendah dalam kelasnya. ia sekaligus menjadikannya sebah kenderaan yang lebih senyap dan cekap terutama ketika memecut di lebuh raya.

Isuzu menyatakan bahawa kualiti ruang kabin D-Max sekarang sudah seperti sebuah SUV. Selepas duduk seketika di dalamnya, saya bersetuju dengan kenyataan tersebut. Ruang kokpitnya kini semakin luas, moden dan mewah.

Sistem audio mewah

Pereka Isuzu memastikan semua butang kawalan diposisikan agar mudah dicari dan dicapai oleh pemandu. Sebagai contoh, posisi pemilihan mod pacuan empat roda sebelum ini diletakkan pada fascia papan pemuka. Kini, tombol itu diletakkan lebih hampir dengan pemandu dan tuil gear. Ini membolehkan pemandu untuk memilih mode pemanduan tanpa perlu mengalihkan pandangan daripada jalan raya.

Kefungsian ruang juga dipertingkatkan. Kini terdapat sepuluh tempat untuk anda meletak minuman dan 15 kompartmen barang, termasuklah di bahagian bawah tempat duduk belakang.

Untuk keselesaan maksimum penumpang, tempat duduk belakangnya mempunyai sudut kedudukan terbaik dalam kelasnya. Ketiga-tiga orang penumpang belakang juga mempunyai perehat kepala dan tali pinggang keledar tiga poin sendiri. Jika tiada penumpang di tengah, perehat tangan boleh diturunkan untuk menambah keselesaan. Untuk mereka yang mempunyai anak kecil, ciri ISOFIX disediakan.

Berita baik untuk peminat muzik, D-Max kini dilengkapi sistem audio mewah yang mampu menghasilkan bunyi berkualiti tinggi. Di samping pembesar suara, Sistem Audio Premium Isuzu turut hadir dengan sepasang tweeter 'exciter' yang dipasang kemas pada kemasan bumbung di bahagian atas kepala penumpang.

Bercakap tentang prestasi pula, sumber kuasa trak pikap tersebut diperoleh daripada unit enjin 2.5 liter Super Commonrail baharu. Ia dilengkapi sistem turbo Variable Geometry System (VGS) yang dikawal oleh komputer.


RUANG kabin trak pikap ini menggunakan warna hitam dan calitan warna perak sebagai latar utamanya.


Enjin berkenaan bukan sahaja memberikan maklum balas pendikit dan prestasi yang lebih baik, malah para jurutera Isuzu berjaya mengimbanginya dengan mengurangkan emisi ekzos serta penggunaan bahan api lebih efisien sehingga sepuluh peratus .

Enjin baharu dengan kod nama 4JK1-TCX itu mampu menghasilkan kuasa sehingga 100kW (136PS) @ 3,600 rpm dan tork 320Nm di antara 1,800rpm hingga 2,800rpm. Ia sememangnya lebih berkuasa jika dibandingkan dengan prestasi enjin 3.0 liter sebelum ini.

Berbanding enjin 2.5 liter terdahulu, kuasa dan tork enjin baharu meningkat sebanyak 17 dan 14 peratus. Selain memaksimumkan kecekapan enjin, pengecas turbo VGS berfungsi menghilangkan 'turbo lag' bagi memberikan pecutan lebih pantas. Saiz intercooler juga ditingkatkan bagi menambah baik prestasi penyejukan dan memastikan suhu operasi yang konsisten untuk jangka hayat enjin lebih lama.

Enjin itu kemudian dipadankan dengan pilihan kotak gear lima kelajuan manual atau automatik yang baharu bersama mode penukaran berurutan bagi memberikan kawalan sepenuhnya kepada pemandu.

Tidak pernah kompromi dengan keselamatan pengguna, D-Max dilengkapi pelbagai ciri keselamatan aktif dan pasif. Misalnya Traction Control System (TCS), Electronic Stability Control (ESC), ABS dengan Electronic Brake Distribution (EBD) dan Brake Assist. Kerangka dan dinamik tubuh juga menerima penambahbaikan ketara.

D-Max ditawarkan melalui lima varian berbeza. Varian-varian tersebut dibezakan oleh sistem pacuan roda, enjin, transmisi, aksesori dan jumlah beg udara yang ada padanya. Harga D-Max bermula dari RM69,799 hingga RM101,150 seunit.

Bagi memberi pilihan lebih luas kepada bakal pemiliknya, D-Max hadir dalam lima warna menarik iaitu merah, kelabu, hitam, putih dan perak.

Nissan Almera Grade E

Posted:

Nissan Almera Grade E

Nissan Almera Grade E

Oleh MUHAMMAD MD TAJUDIN


WALAUPUN nampak kompak, ruang dalaman Almera sebenarnya luas.


SAYA pernah bertanya kepada bekas seorang Pengarah Urusan sebuah syarikat automotif mengenai pengeluar manakah yang bakal menjadi ancaman kepada syarikatnya.

Jawapannya di luar jangkaan apabila dia tidak menyebut jenama Korea Selatan seperti yang saya jangkakan. Jawapan yang diberikan ialah Nissan dengan alasan pengeluar tersebut boleh menawarkan harga kereta yang murah.

Benar katanya, selang beberapa bulan kemudian, Nissan melancarkan Almera pada harga RM66,000 yang berada pada paras harga kereta nasional.

Serta-merta Almera menjadi popular dan mencatat rekod tempahan melebihi 15,000 unit dalam masa tiga bulan selepas dilancarkan pada penghujung Oktober 2012. Almera juga terbukti popular apabila mencatat carian tertinggi dalam senarai automotif Google untuk tahun 2012.

Selepas enam bulan dilancarkan, saya mendapat peluang untuk memandu uji Nissan Almera Grade E. Sebelum itu, sudah lama saya memerhatikan Almera dari luar. Memang diakui saiznya besar dan saya fikir itulah antara faktor jualan utama model tersebut.

Nampaknya pasukan pembina model itu berjaya menekan butang yang betul memandangkan banyak sungguh Almera di atas jalan sekarang. Demografi pembelinya juga pelbagai. Lelaki, wanita, muda dan berusia. Selain itu, Almera merupakan alternatif yang segar di antara pesaingnya yang lain seperti Toyota Vios dan Honda City yang kini sudah memasuki kitaran akhir produk.

Nissan dilihat mempunyai jalan mudah untuk membuat penanda aras memandangkan kedua-dua model itu sudah lama berada di pasaran. Senang kata, Nissan dapat mengagak selera pembeli berdasarkan ciri-ciri yang ada pada pesaingnya. Hasilnya, Almera tampil dengan pakej yang kena dengan selera pengguna. Jadi tidak hairanlah kenapa model itu merupakan sedan global terlaris Nissan.

Saiz dalaman Almera memang besar walaupun dari luar nampak kompak. Ini berjaya dilakukan melalui teknik memaksimumkan ruang. Ruang kaki penumpang belakang luas, begitu juga dengan bonet.

Dua ciri tersebut sangat penting berdasarkan budaya pembeli terutama sekali di negara membangun yang mempunyai keluarga, selain suka berjalan jauh seperti pulang ke kampung dan bercuti. Kerusi pemandu dan penumpang juga selesa. Saya yakin penumpang pasti lena tidur semasa dalam perjalanan.

Penjimatan kos

Daripada tempat duduk pemandu, kerusinya boleh dilaras ke atas dan ke bawah. Namun disebabkan fizikal saya yang tinggi perbezaannya tidak ketara. Melihat keluar, kereta ini terasa tinggi namun itu merupakan poin bonus untuk pemandu wanita dengan fizikal yang rendah.

Almera Grade E adalah varian kedua termurah pada harga RM69,000. Maka peralatannya tidaklah semewah varian lain. Terdapat beberapa ciri-ciri penjimatan kos seperti stereng yang kurang selesa dipegang. Perkakasan plastik juga nampak kasar permukaannya.

Paparan grafik meter juga berbeza daripada varian lain dan nampak biasa-biasa sahaja. Almera Grade E didatangkan dengan hanya satu beg udara di sebelah pemandu. Tetapi sistem keselamatan lain seperti EBD, BA dan ABS dikekalkan.

Dari segi pemanduan, Almera sememangnya ditala untuk negara membangun dengan keadaan jalan yang tidak sempurna. Almera menyerap hentak lopak jalan dengan baik. Pada kelajuan sederhana di atas lebuh raya, kereta terasa stabil walaupun dengan saiz tayar yang langsing. Kiranya dua ciri tersebut boleh saya kelaskan sebagai bagus.


RUANG kabin dengan rekaan ringkas dan praktikal.


Suasana di dalam kabin juga agak senyap. Namun Almera tidak boleh lari daripada sifat kereta sedan biasa. Olengannya sederhana sewaktu mengambil selekoh, manakala stereng tidaklah 'setajam' mana.

Untuk kuasa pula, Almera dijana oleh enjin bersesaran 1.5 liter CVTC yang dipadankan dengan transmisi empat kelajuan. Pecutan Almera terasa linear dan saya fikir mungkin itulah karakter enjin moden yang mungkin dipengaruhi oleh teknologi penjimatan minyak.

Sewaktu memandu dalam keadaan normal, enjin Almera sememangnya senyap dan lancar. Namun karakternya berubah menjadi lebih 'garau' apabila gear dianjak daripada seleksi D ke gear 2 semasa mendaki bukit atau memotong kenderaan.

Harus diakui Nissan memang pandai memasarkan kereta mereka bagi memenuhi pelbagai kehendak pasaran. Ini boleh dilihat melalui aksesori rasmi dengan jaminan kilang seperti Nismo, Autech dan paling popular ialah Impul.

Bagi mereka yang mahukan penampilan dan karakter sporty, Nissan ada menyediakan pakej Impul. Pakej itu terdiri daripada kit badan, sistem suspensi dan ekzos dengan tambahan RM10,000 untuk pakej penuh.

Pembeli juga boleh menaik taraf aksesori standard seperti pemain cakera padat kepada DVD dan sistem navigasi, kerusi kulit dan roda aluminium. Jika terasa banyak sangat yang hendak ditambah, beli sahaja model spesifikasi penuh iaitu Grade VL yang pastinya lebih menarik dan mewah.

Setakat ini saya sudah memandu uji tiga buah model Nissan. Harus diakui bahawa produknya mempunyai ciri tersendiri seperti pemanduan selesa dan semestinya penggunaan minyak yang ekonomikal.

Berdasarkan pengalaman pandu uji, saya dapat rasakan Almera dibina dan dibangunkan oleh pasukan jurutera dan pereka berpengalaman. Mereka berjaya memberikan semua ciri-ciri yang diperlukan oleh pasaran.

Almera juga dilihat popular kerana ia menawarkan alternatif sesuai untuk mereka yang baru berkeluarga dan pilihan yang segar untuk menaik taraf daripada kereta bandar. Nissan memasarkan Almera pada masa yang sangat sesuai, ketika pengeluar lain sedang menyiapkan model masing-masing.

Liberty berimej premium

Posted:

Liberty berimej premium

Liberty berimej premium

Oleh SHAWKATH AZDE


SKUTER jenama Itali ini sesuai untuk kegunaan harian dalam kawasan bandar.


JIKA ditanya model skuter jenama Itali yang kerap kelihatan atas jalan raya tempatan, sudah pasti jawapannya Vespa LX150.

Sebenarnya, ada satu lagi produk sekelasnya diedarkan oleh pengedar sama, Naza Premira Sdn. Bhd. (Naza Premira). Model yang dimaksudkan ialah Piaggio Liberty 150ie.

Tidak dinafikan Liberty 150ie agak sukar ditemui berbanding LX150. Mungkin disebabkan populariti Vespa lebih dekat dengan pengguna sejak zaman Allahyarham Tan Sri P. Ramlee lagi.

Pelancaran Liberty 150ie diadakan bersama perasmian bilik pameran Naza Premira di Kota Damansara, Selangor pada Julai 2011.

Produk keluaran kilang pemasangan Piaggio di Vietnam itu dikuasakan oleh enjin empat lejang bersesaran 150cc. Transmisi pemboleh ubah berterusan automatik (CVT) dan sistem pancitan bahan api diberikan sebagai padanan.

Skuter berkenaan berupaya menjana kuasa maksimum sebanyak 8.9kW pada 7,750rpm, manakala tork puncaknya adalah 11.8Nm @ 6,500rpm.

Jika diamati, Liberty 150ie mencerminkan kombinasi rekaan sebuah skuter moden bersama gayaan klasik. Lampu hadapannya berbentuk segi tiga. Bentuk piramid pula diaplikasi pada lampu isyarat membelok.

Wajah hadapan skuter dan fork hadapan diberi kemasan krom. Begitu juga dengan perumah dan batang cermin pandangan sisi. Ia kelihatan mewah.

Garis dan lekuk pada bahagian tubuh menonjolkan imej tegap. Set lampu belakang separa bulat menjadi tarikan pada bahagian belakang.

Liberty 150ie menggunakan saiz rim aloi berbeza. Bahagian hadapan ialah 15 inci dan 14 inci untuk roda belakang.

Melihat ke arah meter instrumen, ia memaparkan meter laju, status bekalan petrol, odometer, jam dan tarikh digital. Di samping beberapa lampu petunjuk kecil berhubung keadaan semasa skuter itu.


ENJIN yang dipasang pada model ini menawarkan kuasa pecutan yang boleh diberi pujian.


Ruang simpanan

Anda juga dibekalkan dengan ruang simpanan barang. Barang-barang boleh ditempatkan di dalam kotak simpanan yang disediakan di bawah hendal atau tempat duduk.

Bagaimanapun, ia tidak cukup besar untuk memuatkan sebuah topi keledar.

Untuk memulakan operasi enjin, tarik tuil brek dan tekan butang pemula enjin. Tiada penendang kaki disediakan bagi model ini.

Sewaktu enjin dihidupkan, getaran tetap dirasai. Keadaan bertukar lebih lancar apabila roda mula menjelajah jalan raya.

Pendikit minyak jentera tunggang uji sedikit keras namun menawarkan prestasi pecutan agak baik. Dalam tempoh beberapa saat sahaja, jarum meter laju sudah sampai ke angka 60 kilometer sejam (km/j).

Berhubung soal penggunaan petrol, pengisian RON95 sebanyak RM8 (4.45 liter) membolehkan saya mencapai jarak perjalanan sejauh 161km.

Kadar kelajuan tunggangan adalah sekitar 60km/j hingga kelajuan maksimum iaitu 110km/j.

Tugas memperlahan atau memberhentikan jentera diberikan kepada set brek cakera hadapan dan jenis gelendong di belakang.

Sepanjang enam hari sesi tunggang uji, didapati kawalan dan pengendalian Liberty 150ie agak mudah. Skuter itu tidak berdepan masalah apabila mengharung trafik di bandar.

Posisi hendal dan pelana empuk membantu meningkatkan keselesaan tunggangan. Keselesaan kaki juga dibantu oleh rekaan lantai yang rata.

Peranan fork hadapan dan sistem penyerap hentak tunggal belakang boleh dikatakan sebagai sederhana keras. Ia menggalas tugas dengan baik ketika menyerap hentakan atas laluan tidak rata.

Piaggio Liberty 150ie dijual pada harga asas RM8,420 seunit. Jaminan yang diberikan adalah selama setahun atau jarak perbatuan 10,000km (mana-mana tiba dahulu).

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Jangka hayat kaum lelaki pendek

Posted:

Jangka hayat kaum lelaki pendek

Jangka hayat kaum lelaki pendek

Oleh ROSMIZAN RESDI
berita@kosmo.com.my

Sebahagian daripada wanita yang menjayakan program sambutan Hari Hipertensi Sedunia di Balai Rukun Tetangga Ketereh, Kelantan semalam.


KOTA BHARU - Satu kajian empirikal mendapati purata jangka hayat lelaki di Malaysia lebih pendek daripada wanita dengan perbezaan kini sehingga tujuh tahun.

Dekan Fakulti Perubatan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Datuk Dr. Khalid Yusof berkata, golongan wanita mampu mencapai usia sehingga 79 tahun berbanding lelaki hanya setakat 72 tahun.

Beliau berkata, keadaan tersebut berpunca daripada kegagalan kaum lelaki mengamalkan gaya hidup sihat sehingga mudah terdedah kepada risiko pelbagai jenis penyakit.

"Golongan lelaki lebih terdedah kepada risiko untuk mendapat pelbagai jenis penyakit seperti sakit jantung, strok, buah pinggang, diabetes dan kanser.

"Kurangnya penjagaan kesihatan kerana lebih mementingkan urusan kerja turut mengakibatkan kaum lelaki lebih berisiko diserang penyakit berbanding kaum wanita," katanya ketika ditemui selepas sambutan Hari Hipertensi Sedunia di Balai Rukun Tetangga (KRT) Ketereh di sini semalam.

Purata jangka hayat lelaki di Malaysia pada tahun 2010 adalah 71.9 tahun berbanding wanita 77 tahun.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Gubal akta perhimpunan gerunkan pengganggu gugat

Posted:

Gubal akta perhimpunan gerunkan pengganggu gugat

Gubal akta perhimpunan gerunkan pengganggu gugat

KUALA LUMPUR - Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) meminta kerajaan menggubal satu akta baharu bagi menimbulkan kegerunan kepada orang ramai supaya tidak melakukan pelbagai kegiatan perhimpunan haram yang mengganggu-gugat ketenteraman awam dan keselamatan negara.

Menurut mereka, langkah itu perlu memandangkan banyak pihak kini mengambil kesempatan terhadap kelemahan Akta Perhimpunan Aman 2012 untuk memperlekehkan undang-undang dengan sengaja melakukan pelbagai kegiatan yang mengganggu-gugat keselamatan.

Bekas Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM), Datuk Muhammad Abdul Ghani berkata, akta baharu perlu digubal segera sebagai satu cara untuk memastikan kedamaian masyarakat berbilang kaum di negara ini berkekalan.

Menurut beliau, Akta Perhimpunan Aman 2012 dilihat longgar, tidak seperti ISA yang dilaksanakan sejak merdeka yang sangat ketat dan menakutkan orang ramai untuk melakukan sebarang tindakan yang boleh mengganggu-gugat ketenteraman awam dan keselamatan negara.

"Selepas Akta Perhimpunan Aman 2012 diguna pakai, didapati ada pihak berani mencabar undang-undang itu.

"Kita berharap kerajaan tidak tunduk dengan pihak-pihak yang cuba mengganggu-gugat kestabilan negara dengan menjadikan akta sedia ada sebagai senjata untuk melemahkan kerajaan kembali," katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Beliau diminta mengulas mengenai kesan langsung pelaksanaan Akta Perhimpunan Aman 2012 yang kini disalahgunakan oleh orang ramai dan parti-parti pembangkang yang tidak puas dengan keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 untuk mengadakan siri perhimpunan haram di beberapa negeri.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Hormati keputusan MCA

Posted:

Hormati keputusan MCA

Hormati keputusan MCA

KUALA LUMPUR - Ketua Biro Publisiti MCA Selangor, Datuk Yap Pian Hon meminta ahli MCA menghormati keputusan parti itu untuk tidak menerima sebarang jawatan dalam Kabinet.

"Pada perhimpunan agung tahunan 2011 dan 2012, anggota parti sebulat suara meluluskan resolusi untuk tidak menerima sebarang jawatan dalam kerajaan sekiranya prestasi MCA pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) lebih buruk daripada PRU-12.

"Ahli parti perlu menerima keputusan ini dan tidak memandang ringan mengenainya. Kita perlu akui bahawa pemilih Cina telah meninggalkan MCA," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Pameran fotografi amal Lahad Datu

Posted:

Pameran fotografi amal Lahad Datu

Pameran fotografi amal Lahad Datu

Oleh KHADIJAH MOHAMAD NOR

SEKUMPULAN pengunjung turut menyumbang kepada Tabung Wira Lahad Datu pada pameran tersebut.


AIR MATA Alimah Bakar, 54, pantas mengalir membasahi pipinya apabila melihat gambar kemusnahan harta benda penduduk di Kampung Tanjung Batu akibat pertempuran antara kumpulan pengganas Sulu dan pasukan keselamatan dalam Ops Daulat.

Sambil menyeka air mata dengan lengan baju kurungnya, wajah Alimah kelihatan sebak apabila merenung gambar yang dipamerkan pada Pameran Fotografi Amal Lahad Datu baru-baru ini.

"Sebagai anak kelahiran Tawau, Sabah, saya juga merasai kesukaran dan kesedihan yang dialami oleh masyarakat di sana rentetan pencerobohan yang dilakukan pengganas Sulu.

"Peristiwa ini membuktikan bahawa keamanan dan keharmonian yang dikecapi negara amat penting untuk dipertahankan oleh generasi masa hadapan," ujar Alimah yang mengakui dirinya tidak putus-putus berdoa untuk kesejahteraan negara selepas tragedi berdarah yang mengorbankan 10 anggota keselamatan itu.

Kesedaran patriotik

Berlangsung di Pudu Sentral, Kuala Lumpur pada 11 hingga 17 April lalu, pameran tersebut memberi peluang kepada khalayak untuk menatap koleksi gambar yang dirakam oleh jurufoto agensi media tempatan yang bertugas di sana.

Ia dianjurkan oleh Kelab Kebajikan dan Rekreasi 1 Media (KKR1M) yang mula ditubuhkan pada awal Januari lalu. Presiden KKR1M, Abdul Rahman Salleh berkata, pameran ini merupakan program pertama yang dianjurkan mereka.

"Objektif utama pameran ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran patriotik kepada pengunjung dalam aspek mempertahankan kedaulatan negara yang menjadi tanggungjawab semua.


BEBERAPA pengunjung serius menyaksikan gambar yang dipamerkan pada Pameran Fotografi Amal Lahad Datu baru-baru ini.


"Selain itu, ia juga bertujuan untuk menghargai jasa para anggota keselamatan dan petugas media yang telah banyak berkorban dalam melaksanakan tugas masing-masing," jelas Abdul Rahman sambil memberitahu pihaknya turut melancarkan kutipan derma bagi mengisi Tabung Wira Lahad Datu.

Terdapat lebih 40 koleksi gambar yang dirakam lensa jurugambar dari pelbagai sudut ketika membuat liputan di kawasan zon perang antara pasukan keselamatan negara dengan pengganas Sulu sempena Ops Daulat dipaparkan pada pameran berkenaan.

Tidak ketinggalan, orang ramai juga berpeluang berinteraksi dengan jurugambar-jurugambar yang bertugas di lokasi kejadian untuk mengetahui kisah sebenar yang berlaku di sebalik tugasan mereka.

Tambah Abdul Rahman, semua koleksi gambar tersebut dirakamkan oleh jurufoto media daripada Kumpulan Utusan Melayu (M) Berhad, Bernama, akhbar The Star dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

"Sambutan yang diterima sangat menggalakkan. Malah, KKR1M turut berbesar hati apabila mendapat kerjasama daripada Nikon Malaysia dan Pusat Transformasi Bandar Kuala Lumpur untuk menjayakan pameran ini," tutur beliau.

Pertembungan grafiti di Genting Highland

Posted:

Pertembungan grafiti di Genting Highland

Pertembungan grafiti di Genting Highland

Oleh MUHAMMAD AYMAN GHAFFA


ANTARA karya grafiti peserta yang boleh diundi menerusi Facebook.


SUHU sejuk di Taman Tema Resorts World Genting tidak menghalang peserta menyembur cat di dinding dan kepingan papan yang disediakan oleh pihak penganjur.

Cat berwarna-warni merupakan keperluan asas peserta untuk menghasilkan karya grafiti terbaik dalam usaha merebut wang tunai keseluruhan bernilai RM40,000 dalam Pertandingan Seni Grafiti Resorts World Genting 2013 peringkat akhir pada 12 hingga 14 April lalu.

Pertandingan peringkat awal yang bermula pada 21 hingga 13 Mac itu berjaya mencungkil bakat seramai 30 peserta untuk bertanding pada peringkat akhir. Ia terbahagi kepada dua kategori iaitu terbuka dan pelajar.

Sebelum pertandingan bermula, peserta perlu menghantar satu konsep visual karya grafiti yang bertemakan Fun & Excitement di laman Facebook Resorts World. Seramai 30 finalis pertandingan itu dipilih berdasarkan kriteria yang ditetapkan, undian peminat di Facebook dan panel hakim.

Seorang finalis kategori terbuka, Fizzy Suhaimi, 31, memberitahu lakaran grafiti yang dipersembahkan pada peringkat akhir pertandingan itu merupakan idea spontan untuk menzahirkan keriangan kanak-kanak yang sedang bermain permainan di taman Taman Tema Resorts World Genting.

Gabungan warna cat

Dia yang tampil dengan grafiti bertajuk, Baby Evil Crown Enjoying Himself At Genting Highlands, Trying It All! Woohooo! menggabungkan pelbagai jenis warna cat untuk menyerlahkan karyanya itu.

"Saya cuba sedaya upaya untuk memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh pihak penganjur. Keriangan kanak-kanak yang sedang bermain permainan memberi inspirasi kepada saya dalam penghasilan karya ini.

"Pesaing utama saya pada pertandingan ini ialah Hafiz Abdul Rahman atau lebih dikenali dengan nama Katun. Grafiti yang dihasilkan olehnya mempunyai pelbagai karakter dan tona warnanya juga bertepatan dengan tema," ujarnya mempunyai lapan tahun pengalaman dalam lakaran grafiti.

Hadiah utama untuk kategori terbuka merupakan wang tunai berjumlah RM3,000 dan pakej percutian ke Resorts World Langkawi. Pemenang tempat kedua dan ketiga, masing-masing akan membawa pulang wang tunai RM2,000 dan RM1,000 serta baucar penginapan tiga hari dua malam di Hotel First World, Genting Highlands.

Bagi kategori pelajar pula, pemenang hadiah utama akan membawa pulang wang tunai bernilai RM1,000 dan baucar penginapan tiga hari dua malam di Hotel First World.


GRAFITI di Taman Tema Resorts World Genting merupakan antara tarikan baharu kepada pengunjung ke kota keriangan itu.


Karya grafiti kesemua peserta peringkat akhir akan dipaparkan di laman sosial Facebook Resorts World Genting. Pemilihan untuk menentukan pemenang bagi kedua-dua kategori pertandingan tersebut akan dinilai berdasarkan keputusan para juri dan jumlah undian Like.

Kesemua karya grafiti itu turut menjadi tarikan baharu kepada pelancong ke Taman Tema Genting. Selepas pertandingan tersebut berakhir, ia tidak akan dipadam sebaliknya dibiarkan sahaja untuk tatapan pelancong.

Seorang pelancong dari Thailand, Washirasak Charoenhiruntorn, 23, berpendapat bahawa karya grafiti yang dihasilkan oleh kebanyakan peserta ternyata lebih realistik jika dibandingkan karya-karya yang biasa dilihatnya.

"Ia satu pengalaman yang menarik apabila datang bercuti dan berpeluang melihat karya-karya unik daripada pelukis grafiti dari Malaysia," ujarnya.

Persediaan

Sementara itu, seorang peserta, Chai Vui Yung, 31, atau lebih dikenali dengan nama Kenji Black Fryday dalam arena seni grafiti negara memberitahu, dia mengambil masa selama lapan jam untuk menghasilkan grafiti untuk dipersembahkan kepada juri dan pengunjung.

"Saya membuat persediaan rapi terutama aspek lukisan dan warna yang ingin ditonjolkan. Lakaran awal merupakan langkah penting dalam penghasilan grafiti yang mengikut tema yang ditetapkan," ujar anak jati Sandakan, Sabah itu.

Orang ramai boleh mengundi peserta yang menyertai Pertandingan Seni Grafiti Resorts World Genting 2013 dengan menekan butang Like pada karya grafiti pilihan anda di www.facebook.com/resortsworldgenting. Tarikh tutup undian dan keputusan pemenang akan diberitahu oleh pihak penganjur kelak.

Graduan Kolej Saito cemerlang

Posted:

Graduan Kolej Saito cemerlang

Graduan Kolej Saito cemerlang


SERAMAI 412 pelajar menerima diploma masing-masing pada majlis Konvokesyen Kolej Saito, Petaling Jaya, baru-baru ini.


ULANG tahun ke-25 Kolej Saito, Petaling Jaya, Selangor tahun ini diraikan dengan penuh bersejarah apabila mencatatkan jumlah graduan paling ramai pada upacara konvokesyen yang berlangsung baru-baru ini.

Seramai 412 pelajar kolej tersebut menerima diploma dalam pelbagai jurusan seperti Reka Bentuk Kreatif, Reka Bentuk Grafik, Seni Reka Dalaman, Reka Bentuk Multimedia, Pengurusan Keselamatan dan Teknologi Maklumat Perniagaan.

Dalam ucapan perasmian istiadat konvokesyen tersebut, Pengarah Eksekutif Kolej Saito, Datuk Mustapha Abdul Hamid mencabar graduan baharu supaya melakukan perubahan, kreatif dan belajar bersungguh-sunguh.

"Matlamat utama kami adalah mendidik dan membentuk pelajar menjadi insan yang berguna sekali gus menarik minat pihak industri. Selain itu, melahirkan para pelajar yang mempunyai pelbagai kemahiran, cekap, yakin dan kreatif.

"Kami berbangga dengan kejayaan yang dicipta malah graduan Saito amat dihormati atas keupayaan teknikal dan kesediaan mereka untuk memasuki alam pekerjaan," ujar Mustapha.

Pada upacara konvokesyen tersebut, Grace Chia Choi Hoong menerima Anugerah Pengerusi manakala Chan Yuen Yin, Pang Si Yu, Lee Kok Siong dan A. Sumathi menerima anugerah atas prestasi cemerlang dalam projek akhir masing-masing.

Selain itu, enam pelajar turut menerima Anugerah Pelajar Terbaik.

Mereka terdiri daripada Loh Kiang Peng (Sijil Reka Bentuk Kreatif), Cedric Cha Jyoong (Diploma Rekaan Grafik), Lee Kok Siong (Diploma Reka Bentuk Multimedia), Grace Chia Choi Hoong (Diploma Seni Reka Dalaman), Mohd. Halim Haron (Diploma Pengurusan Keselamatan) dan S. F. Jacyita (Diploma Teknologi Maklumat Perniagaan).

Tidak ketinggalan, seramai 26 pelajar dipilih bagi menerima hadiah berupa buku yang ditaja oleh International Business Machines Corp., Evo Pictures, Musework, Sungei Wang Plaza Management Corporation dan Monster Interactive.

"Kami sedang menaik taraf sistem pengurusan kolej bagi membolehkan perkongsian maklumat antara semua jabatan dan pelajar menjadi lebih efektif. Ia juga bertujuan mewujudkan persekitaran kerja dan pembelajaran yang lebih sinergi," jelas Mustapha.

Difahamkan, pendaftaran pelajar di Kolej Saito meningkat sepanjang beberapa tahun lepas. Mustapha menjangkakan bilangan pelajar di kolej itu akan meningkat kepada 3,000 orang menjelang tahun 2015.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Pencalonan dibuka bagi Anugerah APICTA 2013

Posted:

Pencalonan dibuka bagi Anugerah APICTA 2013

Pencalonan dibuka bagi Anugerah APICTA 2013

17/05/2013 8:47pm

KUALA LUMPUR - Anugerah Perikatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Asia Pasifik (APICTA) ke-14 Koridor Raya Multimedia (MSC) Malaysia 2013 kini dibuka bagi pencalonan.

Tarikh tutup untuk mengemukakan pencalonan bagi anugerah anjuran Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC) dan Persatuan Kebangsaan ICT Malaysia (Pikom) itu ialah 15 Jun, 2013.

Dalam satu kenyataan, MSC berkata pencalonan itu mestilah dikemukakan dalam talian kepada www.mscmalaysia.my/apicta, yang memaparkan senarai penuh kategori anugerah dan maklumat tambahan.

Anugerah APICTA adalah satu platform bagi pencipta inovasi dan usahawan dalam sektor ICT di rantau ini menanda aras produk masing-masing dan menjalin rangkaian dengan rakan seniaga di peringkat serantau. - Bernama

LKIM perlukan RM350 juta naik taraf Pelabuhan Perikanan Chendering

Posted:

LKIM perlukan RM350 juta naik taraf Pelabuhan Perikanan Chendering

LKIM perlukan RM350 juta naik taraf Pelabuhan Perikanan Chendering

17/05/2013 8:45pm

KUALA TERENGGANU - Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Terengganu memerlukan peruntukan kira-kira RM350 juta untuk menaik taraf kemudahan di Pelabuhan Perikanan Chendering di sini untuk menjadikannya pusat pelabuhan perikanan berdaya maju.

Pengarahnya, Mohd Saffe Mohamad berkata, LKIM bercadang mahu meneruskan pembinaan tembok pemecah ombak dan mendalamkan perairan di sekitar pelabuhan bagi memastikan keselamatan nelayan terjamin.

Katanya sehingga kini, 120 bot pelbagai jenis menggunakan kemudahan di pelabuhan itu untuk mendapatkan bekalan minyak diesel dan mendaratkan hasil tangkapan mereka.

"Pihaknya telah mengemukakan permohonan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani melalui kerajaan negeri Terengganu beberapa tahun lalu, namun masih belum menerima kata putus sehingga kini," katanya kepada pemberita selepas penyerahan sumbangan 1,000 jaket keselamatan oleh Kumpulan AmBank kepada nelayan di sini hari ini.

Selain Chendering, Terengganu mempunyai beberapa pelabuhan perikanan lain seperti di Besut, Pulau Kambing, Marang, Dungun dan Kemaman. - Bernama

Kewangan Islam kini bergerak ke arah pertumpuan - Zeti

Posted:

Kewangan Islam kini bergerak ke arah pertumpuan - Zeti

Kewangan Islam kini bergerak ke arah pertumpuan - Zeti

17/05/2013 8:11pm

KUALA LUMPUR - Kewangan Islam kini lebih bergerak ke arah pertumpuan, dengan isu-isu mengenai pengharmonian interpretasi dan penyelarasan syariah mengenai dasar antarabangsa dan proses tadbir urus dalam kalangan penggiat industri, menjadi topik utama perbincangan.

Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz berkata, dialog dalam kalangan cendekiawan serta kesedaran yang semakin meningkat akan menyumbang ke arah pengharmonian prinsip-prinsip Islam.

"Kini pertumpuan dalam industri kewangan Islam sudah meliputi 80 peratus, dan 20 peratus lagi isu-isu asas masih dibincangkan.

"Usaha itu adalah untuk pertumpuan," katanya pada Sidang Kemuncak Lembaga Perkhidmatan Kewangan Islam (IFSB) ke-10 pada panel perbincangan mengenai

'Lessons Drawn: Prospects for the Future.'

Zeti berkata, IFSB yang memberi tumpuan ke atas pembangunan institusi, menjayakan Forum Kestabilan Kewangan Islam bagi membolehkan pembabitan yang lebih mendalam bersama industri untuk berkongsi maklumat dan pengalaman.

"Tahap berikutnya ialah penyelarasan dasar, yang membabitkan proses tadbir urus dan dimensi antarabangsa," katanya.

Zeti berkata di Malaysia, Kewangan Islam berkembang pesat, dengan perbankan Islam meningkat 23 peratus dalam sistem perbankan.

Sementara itu, sidang kemuncak IFSB mengetengahkan mengenai keberkesanan kewangan Islam dalam kalangan golongan miskin berikutan instrumen kewangan Islam yang berasaskan prinsip Perkongsian risiko.

Bagaimanapun perlu ada lebih banyak usaha untuk menyokong kesedaran mengenai manfaat kewangan Islam, katanya.

Ketua Pengarah Institut Penyelidikan dan Latihan Islam (IRTI), Islamic Development Bank Group, Prof. Dr Azmi Omar, berkata satu daripada instrumen itu ialah kewangan mikro Islam.

Penggunaan kewangan mikro Islam masih kurang. Yang kita perlukan ialah menyediakan kemudahan latihan dan pembangunan kapasiti untuk kewangan mikro Islam menyokong perniagaan kecil," katanya. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Ke$ha bimbang dipukul peminat One Direction

Posted:

Ke$ha bimbang dipukul peminat One Direction

Ke$ha bimbang dipukul peminat One Direction

KE$HA


LOS ANGELES - Penyanyi terkenal, Ke$ha bimbang dia akan dipukul para peminat kumpulan nyanyian One Direction, lapor portal berita TNVZ semalam.

Kebimbangan itu menyelubungi dirinya selepas khabar angin menyatakan dia menjalin hubungan dengan Harry Styles yang merupakan anggota kumpulan nyanyian One Direction.

Baru-baru ini, Ke$ha, 26, mendedahkan dia telah menghantar mesej kepada Styles, 19, dan mengaku tertarik terhadapnya.

"Saya berharap mereka (para peminat One Direction) tidak akan memukul saya. Saya juga cuma seorang peminat," kata Ke$ha semasa memberitahu majalah LOOK.

Penyanyi lagu Die Young itu juga menjelaskan bahawa dia dan Styles cuma bersahabat baik dan kandungan khidmat pesanan ringkasnya tidak mempunyai unsur-unsur seks.

Kumpulan One Direction dari Britain turut dianggotai oleh Niall Horan, Louis Tomlinson, Zayn Malik dan Liam Payne. - Agensi

Dutt serah diri untuk jalani hukuman

Posted:

Dutt serah diri untuk jalani hukuman

Dutt serah diri untuk jalani hukuman


DUTT (dua dari kanan) dikerumuni jurugambar semasa tiba di sebuah mahkamah untuk menyerah diri di Mumbai semalam.


NEW DELHI - Aktor terkenal Bollywood, Sanjay Dutt semalam tiba di sebuah mahkamah di Mumbai untuk menyerah diri serta memulakan hukuman penjara.

Dutt, 53, didapati bersalah kerana memiliki sejumlah senjata api yang dibekalkan oleh ketua-ketua gengster India.

Ketua-ketua gengster itu dikaitkan dengan satu siri serangan bom terburuk di negara ini yang berlaku pada tahun 1993 sehingga menyebabkan 257 orang mati.

Bintang terkenal itu akan meringkuk di dalam penjara selama tiga tahun dan enam bulan.

Mahkamah Tinggi India sebelum ini menjatuhkan hukuman lima tahun penjara ke atasnya kerana kesalahan tersebut.

Bagaimanapun, Dutt telah menjalani hukuman penjara selama 18 bulan sebelum dibebaskan dengan ikat jamin pada tahun 2007 ketika menunggu rayuannya berhubung kes tersebut.

Dia kini menjalani baki hukuman tersebut. - Agensi

Kapsul di atas kapal persiaran

Posted:

Kapsul di atas kapal persiaran

Kapsul di atas kapal persiaran


IMEJ yang dihasilkan menerusi komputer menunjukkan sebuah kapsul bergerak di atas kapal Quantum of the Seas.


NEW YORK - Sebuah kapal persiaran mewah menyediakan kapsul bergerak yang membolehkan para penumpang melihat pemandangan laut.

Ia merupakan kemudahan yang akan disediakan untuk para penumpang kapal persiaran Quantum of the Seas milik syarikat perkapalan Royal Caribbean International.

Para penumpang dibenarkan berada di dalam kapsul berkaca itu jika mereka mahu melihat pemandangan pada ketinggian 91.44 meter dari permukaan laut.

Kapal tersebut akan memulakan pelayaran pada tahun depan. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Pesona

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Pesona


Pisang Kampung Lubuk Jaya pilihan Starbucks

Posted:

Pisang Kampung Lubuk Jaya pilihan Starbucks

Pisang Kampung Lubuk Jaya pilihan Starbucks

Oleh NIZHA PERIASWAMY
nizha.periaswamy@kosmo.com.my

KAMPUNG Lubuk Jaya di Kuala Selangor, Selangor yang terletak kira-kira satu setengah jam perjalanan dari bandar raya Kuala Lumpur masih sarat dengan persekitaran menghijau dan mendamaikan. Kebanyakan penduduknya merupakan petani dan mereka melalui kehidupan yang serba ringkas seperti kebanyakan perkampungan tani yang lain.

Baru-baru ini satu lagi berita gembira diraikan penduduk kampung tersebut apabila syarikat rangkaian minuman berasaskan kopi, Starbucks memilih perkampungan tersebut untuk program kemasyarakatannya, Connecting Communities (Menghubung Komuniti) di Malaysia.

Kampung Lubuk Jaya menjadi perkampungan pertama yang dipilih Starbucks. Program kebajikan itu bukan sahaja mendekatkan warga kampung dengan komuniti bandar, bahkan melonjakkan taraf ekonomi penduduk kampung.

Ketua Kampung Lubuk Jaya, Ajis Jaafar, 40-an yang juga seorang guru mengakui, gembira dan bersyukur apabila mendapat tahu kampung itu menjadi penggerak pertama program Menghubung Komuniti.


KOLABORASI Starbucks bersama penduduk kampung mampu meningkatkan pendapatan petani.


Katanya, ia bakal memperkasa dan menggandakan pendapatan penduduk sekali gus nama kampung tersebut dalam kalangan penggemar makanan dalam rangkaian syarikat Starbucks di seluruh Malaysia.

Program yang dijalankan seiring dengan sambutan ulang tahun ke-15 Starbucks bulan Disember ini. Para pekebun kecil luar bandar di Malaysia dilihat bakal mendapat manfaat melalui kerjasama dua hala Starbcuks dan penduduk kampung.

Istimewanya, Kampung Lubuk Jaya kerana penduduknya mengusahakan komoditi pisang sebagai sumber pendapatan utama.

Ia membuatkan Starbucks mendapat idea mengadakan usaha sama dengan memperkenal pelbagai menu pisang menggunakan tanaman daripada Kampung Lubuk Jaya sendiri.

Melalui usaha sama itu, Starbucks membeli hasil tanaman pisang sekali gus meningkatkan pendapatan pekebun pisang di kampung tersebut.

Starbucks memilih pisang-pisang berangan Gred A untuk diproses bagi kegunaan pastri dan biskut pisang.

"Ia pastinya meningkatkan taraf hidup kami kerana pembelian secara pukal oleh pihak Starbucks memotivasi kami untuk berkerja lebih dan memastikan hasil tanaman dapat dipasarkan dengan lebih konsisten.

PASTRI DANISH PISANG


"Malah, program pembinaan pusat komputer komuniti (CCC) juga dilihat akan memanfaat anak-anak muda, golongan belia dan mereka yang mahu mengakses kepada dunia Informasi Teknologi (IT)," kata Ajis atau lebih mesra dengan panggilan Cikgu Ajis.

Beli setiap hari

Kampung Lubuk Jaya terdiri daripada 240 orang dengan pendapatan utama penduduk kampung tersebut adalah komoditi pisang yang ditanam di atas tanah sekitar 500 ekar (202 hektar). Tanah selebihnya ditanam dengan tanaman lain seperti jagung, kelapa sawit dan keladi.

"Melalui projek ini, kami membeli kira-kira 100 kilogram pisang setiap hari secara langsung daripada petani. Pisang ini akan diproses menjadi sebahagian daripada makanan di Starbukcs antaranya kek, dan mufin," kata Pengarah Utusan Starbucks Malaysia, Sydney Quays.

Beliau juga memberitahu pisang dipilih kerana ia mudah diperoleh sepanjang tahun dan mudah dipelbagai sebagai makanan.

"Saya amat berterima kasih dan menghargai program ini. Ia akan membawa kami selangkah maju bukan sahaja dari segi pendapatan, tetapi celik komputer apabila pembinaan CCC juga dibuat di sini," ujar Ajis.

Dalam pada itu, Pengarah Eksekutif HOPE Sedunia Malaysia, Katy Lee menyambut baik inisiatif itu serta menyampaikan rasa besar hati dapat berkerjasama dengan Starbucks dalam menepati kehendak dan keperluan komuniti pedalaman.


PELANGGAN yang hadir ke majlis pelancaran projek Menghubung Komuniti oleh Starbucks tidak melepaskan peluang menikmati makanan berasaskan pisang.


"Dengan kerjasama daripada para sukarelawan, kami berharap untuk melengkapkan kanak-kanak dengan kemahiran teknologi dan pengetahuan komputer yang akan membantu mereka apabila keluar bekerja kelak," kata Katy lagi.

Projek CCC yang dimaksudkan oleh Katy adalah langkah susulan yang bertujuan akan mendermakan 15 peratus pembelian Starbucks menggunakan kad Starbucks bagi mengumpul dana RM100,000 untuk menubuhkan pusat pembelajaran komputer di kampung berkenaan.

Pusat pembelajaran itu kemudian dijangka dikendalikan oleh badan bukan kerajaan (NGO), Hope Worldwide Malaysia.

Pusat pembelajaran komputer atau projek CCC dirancang beroperasi pada bulan Disember ini dengan kemudahan akses yang lengkap seperti Wi-Fi dan pendingin hawa, lampu, kipas, 10 buah komputer, perabot serta rak buku.

Lari sambil tutup mata

Posted:

Lari sambil tutup mata

Lari sambil tutup mata

Oleh NURUL IZZA ROSLY
izza.rosly@kosmo.com.my


KEPUASAN terpancar di wajah para peserta selepas berjaya memecahkan rekod dunia yang menjadi milik China sebelum ini.


KETIKA orang lain sedang lena diulit mimpi, lebih kurang 500 peserta berkumpul seawal pukul 6.30 pagi di Central Park berhampiran pusat beli-belah 1 Utama, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Masing-masing sibuk melakukan senaman regangan sebelum memulakan larian Run For Sight 2.0. Larian yang dianjurkan oleh Persatuan Glaukoma Malaysia itu bukan larian biasa, tetapi anda perlu berlari dengan mata tertutup.

Sebelum memulakan larian, peserta diberikan penerangan bagaimana larian tersebut akan dijalankan selain menunjukkan demonstrasi cara menutup mata menggunakan kain penutup mata yang disediakan.

Larian tersebut dilakukan secara berpasangan iaitu seorang peserta akan ditutup mata, manakala rakannya memikul tanggungjawab untuk menjadi 'jurupandu' arah sepanjang larian sejauh lima kilometer berlangsung.

Apabila masing-masing sudah bersedia, tepat pukul 7 pagi, para peserta berkumpul di garisan permulaan untuk memulakan larian.

Sebaik sahaja dilepaskan kelihatan beratus pasangan berusia 16 tahun ke atas berlari sambil berpegangan tangan.

Bukan mudah untuk berjalan dengan mata tertutup, apatah lagi berlari sejauh lima kilometer dengan pandangan mata yang gelap.

Larian lima kilometer

Walaupun ada rakan yang memimpin larian tersebut, ada segelintir peserta yang tidak selesa berlari dalam keadaan sedemikian.

Ada yang berlari laju, ada pula yang berlari-lari anak dan tidak kurang pula yang berjalan.

Jeritan seperti: "Jangan laju sangat, aku takut," antara dialog popular dalam kalangan peserta tidak kira bangsa, mahupun usia.

Beberapa minit berlalu, kelompok peserta semakin terpisah.

Ada yang sudah jauh di hadapan, manakala ada pasangan agak terkebelakang kerana tidak yakin untuk berlari dalam keadaan mata tertutup.

Dengan bantuan sukarelawan bertugas, peserta di belakang dibantu untuk tidak kehilangan jejak trek larian.

Sungguhpun berlari dengan mata tertutup, tepat pukul 7.25 pagi, pasangan pertama tiba di garisan penamat dengan penuh gaya. Tidak lama kemudian, peserta kedua pula menyusul diikuti dengan peserta-peserta yang lain.


SALAH seorang pasangan perlu menutup mata dengan kain hitam sebelum memulakan larian yang dipimpin oleh pasangannya.


"Cepatlah, dah nak sampai ni," kedengaran rakan larian memberi galakan dan sokongan kepada pasangannya yang sudah kehabisan tenaga untuk menamatkan larian.

Hampir langgar tiang

Pelbagai ragam dirakamkan pada hari tersebut. Ada yang hampir terlanggar tiang lampu atau tersadung kaki akibat jalan tidak rata.

Apa yang penting, para peserta merasai sendiri kesukaran hidup dalam kegelapan walaupun ada rakan yang 'memandu' perjalanan mereka.

Sebaik semua peserta menamatkan larian, kelihatan ada antara mereka mengalami kecederaan di lutut, mungkin akibat terjatuh mendapatkan rawatan segera di khemah yang menempatkan petugas St. John Ambulance.

Dek kehausan akibat penat berlari, para peserta menyerbu stesen air yang disediakan. Ada juga yang mengunjungi khemah pemeriksaan tekanan mata bagi memastikan mata mereka tidak mempunyai sebarang masalah menghidap glaukoma.

Jika bacaan tekanan mata terlalu tinggi, seseorang itu disarankan berjumpa dengan doktor untuk pengesahan dan tindakan selanjutnya.

Glaukoma atau dikenali sebagai 'pencuri penglihatan senyap' kini merupakan salah satu punca buta di dunia.

Ia menjejaskan lebih daripada 70 juta orang di seluruh dunia dan angka tersebut dijangka meningkat kepada 88 juta orang pada tahun 2020.

Di Malaysia, dianggarkan lebih daripada 100,000 orang terjejas disebabkan glaukoma.


PARA peserta bersiap sedia untuk melakar sejarah memecahkan rekod berjalan serentak dengan mata tertutup sejauh 50 meter.


Salah seorang peserta, Sabariah Ahmad, 43, menyifatkan penganjuran acara larian sedemikian sangat bagus.

"Larian ini memberikan orang biasa yang mampu melihat seperti kami merasai sendiri pengalaman berlari sambil menutup mata. Ia bukan sesuatu yang mudah untuk dilakukan walaupun dibantu rakan. Penyertaan kami ini, tanda sokongan kepada golongan yang menghidap glaukoma," katanya yang menyertai larian tersebut bersama 100 rakan-rakannya yang lain.

Dalam pada itu, Hilmi Ayub, 28, dan Salmegi Zakaria, 36, yang kali pertama menyertai larian tersebut memberitahu, larian itu sangat mencabar.

"Seseorang itu perlu memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada rakan supaya dapat melaksanakan larian tanpa sebarang kecederaan.

"Mungkin penganjuran larian sebegini dapat membuatkan seseorang itu lebih menghargai pancaindera mata kerana ia sangat penting untuk menjalani kehidupan seharian," kata Salmegi yang akan menyertai larian tersebut pada masa akan datang.

Dalam majlis yang sama, turut diadakan acara memecahkan rekod dunia yang pernah dilakukan oleh 100 orang dengan berjalan sejauh 50 meter sambil menutup mata di China.

Bagi memecahkan rekod tersebut, pihak penganjur berjaya mengumpulkan seramai 118 peserta untuk berjalan serentak sejauh 50 meter dengan mata tertutup.

Satu persatu langkah diatur sehingga ke garisan penamat oleh para pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Subang Utama, Petaling Jaya.

Ruam jangan dipandang mudah

Posted:

Ruam jangan dipandang mudah

Ruam jangan dipandang mudah

PERIKSA kulit anak anda, kerana apabila mereka banyak bermain di luar, mereka terdedah dengan pelbagai serangga.


BERCAKAP mengenai masalah kesihatan berkaitan kulit, antara yang paling biasa tetapi menjengkelkan adalah masalah ruam pada kulit. Lazimnya dilihat berlaku pada kawasan kulit yang mudah berpeluh, ruam menjadi masalah kulit yang membimbangkan ramai orang.

Ruam biasanya berlaku kerana iritasi pada kulit yang boleh disebabkan oleh pelbagai masalah. Ruam merupakan satu masalah kecil yang sebenarnya boleh dihindari dengan rawatan di rumah sahaja. Namun, dalam keadaan tertentu ruam turut memerlukan rawatan klinikal.

Ruam boleh berlaku dalam kalangan dewasa dan kanak-kanak disebabkan oleh sesuatu yang memberi iritasi kepada kulit. Ruam akan bermula dalam jangka masa 48 jam selepas terkena dengan alergen atau bahan penyebab (dermatitis). Dermatitis akan mengakibatkan kemerahan pada kulit atau ruam dengan tompokan merah. Ruam atau dermatitis yang lebih teruk menyebabkan masalah yang lebih buruk seperti bengkak, kemerahan dan luka.

Punca ruam

Ruam bukan selalunya berlaku pada kali pertama anda berhubung dengan alergen atau bahan iritasi. Keadaan apabila berlakunya tindak balas dengan bahan tersebut, menyebabkan berlakunya ruam. Ruam tidak merbahaya tetapi lazimnya menyebabkan kegatalan, kadangkala sehingga terluka. Antara alergen utama yang menyebabkan berlakunya ruam atau dermatitis ialah:

lTumbuhan beracun seperti ivy, oak atau sumac.

lSabun, bahan pencuci, syampu, minyak wangi, kosmetik atau losyen.

lBarang kemas atau fabrik.

SERANGAN ruam boleh menjadi lebih buruk jika anda tidak merujuk kepada pakar perubatan.


lPeralatan baharu, mainan, alat, atau objek lain.

Ruam juga boleh berlaku dengan jangkitan virus seperti herpes zoster, jangkitan kulat contohnya yis, jangkitan bakteria dan jangkitan kelamin (STI). Ruam juga boleh berlaku sebagai tanda-tanda penyakit yang lebih serius, seperti penyakit hati, penyakit buah pinggang atau sesetengah jenis kanser.

Ruam juga didapati muncul selepas terdedah kepada serangga atau parasit seperti hama. Anda boleh mendapat ruam apabila anda berjalan ke kawasan luar bandar atau mengembara di dalam hutan.

Ruam lebih serius

Ruam menjadi penanda masalah kulit yang kronik seperti jerawat, ekzema, psoriasis atau dermatitis seborrheic. Sebab-sebab lain termasuk ruam kering, cuaca sejuk, cuaca yang amat panas (ruam panas) dan tekanan emosi. Emosi seperti kekecewaan atau rasa malu boleh menyebabkan ruam yang gatal.

Keperluan untuk rawatan perubatan sering bergantung kepada gejala-gejala. Terdapat ruam yang berlaku dengan gejala-gejala lain seperti sesak nafas atau demam, menandakan sejenis tindak balas alahan atau jangkitan yang serius.

Periksa tanda-tanda anda untuk memutuskan jika dan apabila anda perlu berjumpa doktor.

Rawatan di rumah

Kebanyakan ruam akan hilang tanpa rawatan perubatan. Rawatan di rumah selalunya boleh melegakan kesakitan dan gatal-gatal sehingga ruam hilang.

Jika anda mempunyai ruam, anda tidak perlu berada dalam hubungan dengan kanak-kanak atau wanita hamil. Kebanyakan virus yang menyebabkan ruam adalah berjangkit, terutamanya jika ia turut menyebabkan demam.


PASTIKAN cadar bilik anda sentiasa bersih kerana ia boleh menjadi punca kepada ruam akibat hama.


Elakkan kegatalan

lPastikan kawasan yang gatal berada dalam keadaan sejuk dan lembap. Meletakkan kain direndam di dalam air ais pada ruam beberapa kali sehari. Ruam yang terlalu kering akan mengeringkan kulit, yang boleh menggandakan kegatalan.

lPastikan anda berada dalam persekitaran sejuk dan berjauhan daripada matahari. Haba boleh membuat gatal semakin teruk.

l Cuba mandi menggunakan bijiran gandum untuk melegakan gatal-gatal. Balut satu cawan bijiran gandum dengan kain kapas dan rebus seperti yang anda lakukan untuk memasak.

lBiarkan ia sejuk dalam suhu bilik dan gunakan sebagai span. Anda boleh mandi dalam air sejuk tanpa sabun.

lElakkan daripada menggaru. Potong kuku pendek atau memakai sarung tangan kapas pada waktu malam untuk mengelakkan anda menggaru secara tidak sengaja.

lPakai pakaian kapas. Jangan memakai bulu dan kain sintetik.

lGunakan sabun lembut seperti Cetaphil, Dove atau Minyak Olay, dan sabun yang sedikit sahaja. Jangan gunakan sabun deodoran.

lBasuh pakaian anda dengan sabun pelembut, bukannya detergen. Bilas dua kali untuk membuang semua kesan sabun. Jangan gunakan bahan cuci yang kuat.

lBerehat sepanjang hari untuk melakukan senaman santai, terutamanya sebelum tidur kerana tekanan juga boleh menyebabkan gatal atau ruam bertambah buruk.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved