Rabu, 11 Disember 2013

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Penyiar ketiga ditembak mati di Filipina dalam tempoh dua minggu

Posted:

Penyiar ketiga ditembak mati di Filipina dalam tempoh dua minggu

Penyiar ketiga ditembak mati di Filipina dalam tempoh dua minggu

11/12/2013 11:02pm

MANILA - Seorang lagi penyiar radio ditembak mati di Filipina hari ini, menjadikan ia kes pembunuhan ketiga membabitkan penyiar dan juga wartawan negara itu selepas kes terakhir berlaku dua minggu lepas.

Rogelio Butalib, 44, diserang seorang lelaki bermotosikal di bandar Tagum, selatan Pulau Mindanao, kata jurucakap polis wilayah, Ketua Inspektor Jed Clamor.

"Kami sedang meneliti kemungkinan bahawa dia dibunuh kerana profesionnya. Butalib merupakan pengulas stesen tempatan, Radyo Natin, dan mungkin mempunyai musuh kerana program yang dikendalinya memaparkan isu-isu tempatan, termasuk rasuah," kata Clamor.

Walau bagaimanapun, Clamor berkata, pembunuhan itu mungkin juga bermotifkan politik kerana mangsa sebelum ini telah dipilih bertanding jawatan daerah Oktober lalu.

Sebelum ini, pengacara rancangan bual bicara untuk radio DXFM, Michael Diaz Milo telah dibunuh di bandar Butuan pada Jumaat lalu, manakala seorang lagi penyiar, Joas Dignos, dibunuh di bandar Valencia pada 29 November.

Semalam, seorang lelaki bersenjata tidak dikenali telah bertindak menembak dan mencederakan seorang wartawan radio keempat, Jonavin Villalbal, di tengah bandar Iloilo. Keempat-empat suspek serangan tersebut masih dalam buruan polis.

"Ia amat menyedihkan kerana salah seorang daripada pengamal media kita telah dibunuh," kata Pengerusi Kesatuan Kebangsaan Wartawan Filipina, Rowena Paraan. - AFP

Letupan bom korbankan empat anggota tentera Thailand

Posted:

Letupan bom korbankan empat anggota tentera Thailand

Letupan bom korbankan empat anggota tentera Thailand

11/12/2013 9:46pm

BANGKOK - Empat orang anggota tentera terbunuh, manakala 12 yang lain cedera dalam letupan bom yang menggegarkan sebatang jalan di selatan Thailand hari ini.

Bom seberat 50 kilogram itu disembunyikan di dalam kanister gas sebelum ia diletupkan menggunakan alat telefon bimbit ketika sebuah trak tentera lalu berhampirannya tengah hari tadi, jelas seorang pegawai polis di daerah Kha Pho wilayah Pattani.

"Enam daripada jumlah 12 orang anggota tentera yang tercedera masih lagi dirawat dan berada dalam keadaan kritikal.

"Ketika kejadian, kesemua 16 orang anggota tentera itu berada dalam trak dan direhatkan dari bertugas dan dibawa beriadah," katanya.

Sementara itu, polis di wilayah berdekatan Yala berkata, dua orang penduduk Muslim di sebuah kampung telah ditembak mati tanpa sebarang sebab dan usul periksa semalam.

Sejak tahun 2004, terdapat lebih daripada 5,500 orang penduduk majoriti Islam di selatan Thailand dilaporkan terbunuh akibat letupan dan tembakan yang didalangi kumpulan pemberontak.

Awal tahun ini, Thailand telah mengadakan rundingan damai rasmi pertamanya dengan pemberontak selatan tetapi tiada kata putus dibuat dan serangan itu tetap berterusan di negara Gajah Putih itu. - AFP

Proton jangka keluar kereta hibrid pada akhir 2014

Posted:

Proton jangka keluar kereta hibrid pada akhir 2014

Proton jangka keluar kereta hibrid pada akhir 2014

11/12/2013 9:28pm

PUTRAJAYA - Proton Holdings Berhad (Proton), anak syarikat DRB-HICOM, dijangka mengeluarkan kereta hibrid pada akhir tahun depan.

Pengerusi Eksekutif Proton, Tan Sri Mohd. Khamil Jamil berkata, Proton yang juga pengeluar kereta nasional, kini dalam usaha mencari jalan dan cara inovatif untuk mengeluarkan dan memasarkan kereta hibrid berkenaan.

"Kami masih lagi berusaha dengan projek itu. Kami akan menyiapkan teknologi baharu itu menjelang akhir 2014," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan Proton Perdana berwajah baharu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Kompleks Perdana Putrajaya di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Mohd. Khamil berkata, Proton dijangka melancarkan Kenderaan Elektrik (EV) menjelang akhir tahun 2015.

"Prototaip kereta EV sudah siap dan kami kini dalam peringkat percubaan untuk memastikan ia memenuhi spesifikasi tempatan," katanya. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved