Rabu, 11 Disember 2013

Kosmo Online - Sukan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Pembukaan penuh warna-warni

Posted:

Pembukaan penuh warna-warni

Pembukaan penuh warna-warni

PERCIKAN bunga api menghiasi setiap ruang di Stadium Wunna Theikdi, Myanmar malam tadi menandakan bermulanya secara rasmi temasya Sukan SEA 2013.


NAY PYI TAW, Myanmar - Misi Malaysia memburu 40 pingat emas Sukan SEA 2013 bermula secara rasminya semalam.

Jaguh bina badan negara, Sazali Samad mengetuai barisan atlet dan pegawai kontinjen Malaysia seramai 69 orang memasuki Stadium Wunna Theikdi pada majlis perasmian pembukaan temasya Sukan SEA 2013 malam tadi.

Kontinjen Malaysia yang segak memakai pakaian rasmi berbelang harimau kelihatan bersemangat pada majlis tersebut yang turut dihadiri Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Kegembiraan terpancar di wajah mereka terutamanya selepas Malaysia berjaya mengutip lima pingat emas, lima perak dan 12 gangsa sebelum edisi ke-27 temasya itu dirasmikan.

Selepas wusyu menghadiahkan tiga pingat emas, semalam giliran atlet ekuestrian pula mengutip dua pingat emas menerusi acara endurance.

Kini, hanya tinggal 35 pingat emas lagi untuk mencapai sasaran 40 pingat emas yang diletakkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Majlis upacara perasmian pembukaan semalam bermula pada pukul lima petang waktu tempatan yang diterajui oleh pengacara, Zaw Myo Oo dan Chaw Su Su Kyi diikuti dengan penerangan tentang perjalanan Sukan SEA 2013 yang sudah 44 tahun tidak diadakan di Myanmar sejak 1969.

Myanmar sudah bersedia untuk menganjurkan 33 acara yang menawarkan 460 pingat emas yang bakal direbut oleh 11 negara Asia Tenggara dan segala janji tersebut telah diterjemahkan melalui lagu tema Colourful Garden nyanyian Htoo L Linn and Sone Thin Parr.

Pengiraan detik perasmian dimulakan sambil diikuti pertunjukan bunga api, persembahan orkestra angkatan tentera serta perarakan masuk bendera setiap negara yang mengambil bahagian dan bendera Persekutuan Sukan SEA.

Seterusnya perarakan masuk kontinjen dengan Malaysia menjadi negara kelima memasuki stadium selepas Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos manakala selebihnya, Filipina, Singapura, Thailand, Timor Leste, Vietnam dan negara tuan rumah, Myanmar.

Ucapan perasmian disampaikan oleh Menteri Sukan Myanmar, U Tint San diikuti simbolik perasmian yang dilakukan Presiden Myanmar, Thein Sein melakukan upacara perasmian semalam, pegawai, atlet dan pengadil memulakan bacaan ikrar untuk melakukan yang terbaik di temasya dwitahunan kali ini.

Ia diikuti dengan larian obor beberapa atlet legenda Myanmar sebelum upacara menyalakan obor dibuat dengan penuh debaran apabila api dinyalakan pada anak panah oleh atlet memanah negara tuan rumah, Maung Wai Lin Tun dan ia disasarkan ke arah kawah obor menandakan bahawa semangat atlet akan sentiasa menyala sepanjang 12 hari temasya berlangsung.

Persembahan kebudayaan juga mewarnai upacara perasmian pembukaan dengan bertemakan sejarah negara tersebut. Apa yang menarik, beberapa negara Asia Tenggara lain turut membuat persembahan seperti Brunei, Kemboja dan Indonesia.

Sebagai negara yang berbilang bangsa, persembahan dari kaum Kachin, Kayah, Kayin, Chin, Bamar, Mon, Rakhine dan Shan turut diadakan, diikuti dengan persembahan nyanyian beberapa penyanyi popular Myanmar seperti Zaw Pai dan Rebbca Win.

Upcara tersebut ditutup dengan persembahan bunga api luar biasa dan penuh warna-warni, sekali gus menandakan bahawa 11 negara Asia Tenggara bakal beraksi dengan penuh semangat kesukanan.

Ekuestrian sumbang dua emas

Posted:

Ekuestrian sumbang dua emas

Ekuestrian sumbang dua emas


DARI kiri, Asri, Abdul Halim, Sulaiman dan Bulkhari menunjukkan pingat emas yang dimenangi dalam acara berpasukan di Pusat Ekuestrian Wunna Theikdi semalam.


NAY PYI TAW, Myanmar - Atlet ekuestrian negara, Mohd. Sulaiman Muda berjaya menjinakkan kuda liar yang ditunggangnya untuk menghadiahkan dua pingat emas awal pagi semalam.

Sulaiman, 27, yang menunggang kuda bernama Bagan Thitsar mengambil masa enam jam 26:04 saat (s) untuk menamatkan acara perlumbaan kuda lasak (endurance) sejauh 80 kilometer (km), sekali gus menewaskan dua pelumba Indonesia, Yusnar Yusuf (6.26:05s) dan Otto Satyawan Rachmad (6.59:00s).

Selain emas dalam acara individu tersebut, atlet yang bernaung di bawah kelab Royal Terengganu Endurance Stable (RTES) itu turut merangkul pingat emas berpasukan.

Sulaiman yang bergandingan dengan Abdul Halim Alihan, Asri Abdul Aziz dan Mohd. Bulkhairi Rozali mengumpul masa keseluruhan 21.23:39s untuk menewaskan gandingan Myanmar (26.17:35s) dan Indonesia (13.25:05s).

Meskipun kedua-dua penunggang Indonesia berjaya mencatat masa yang baik, mereka gagal untuk memenangi pingat emas dalam acara berpasukan selepas seorang lagi rakan sepasukan mereka gagal menamatkan perlumbaan.

"Ketika mula-mula keluar, kuda saya seakan-akan gila kerana terkejut dengan tepukan para penonton. Saya sukar untuk mengawalnya pada pusingan pertama (36km).

"Bagaimanapun, saya semakin serasi pada pusingan kedua (24km) dan tidak ada masalah untuk menunggang pada pusingan ketiga (20km).

"Saya berjaya menjinakkannya dengan cara membelai meskipun adakalanya ia menjadi liar," kata Sulaiman pada majlis penyampaian pingat di Pusat Ekuestrian Wunna Theikdi semalam.

Sulaiman berkata, kejayaan itu sangat bersejarah buat dirinya dan juga Malaysia.

Selain memenangi pingat emas pertama pada penampilan sulung Sukan SEA, kejayaan itu juga menamatkan penantian selama 12 tahun Malaysia selepas kali terakhir melakukannya pada 2001.

"Saya mula mengenali sukan ekuestrian ketika bekerja sebagai penjaga kandang kuda pada usia 22 tahun.

"Bermula daripada situ, minat saya kepada sukan ini semakin mendalam dan saya tidak mempersia-siakan peluang itu," jelasnya.

Sementara itu, pengurus pasukan ekuestrian negara, Che Mat Din Ismail berkata, beliau sudah menjangkakan kejayaan tersebut berdasarkan prestasi semasa atlet negara.

"Kami tidak meletakkan sasaran yang tinggi tetapi saya sudah menjangkakan kemenangan itu. Kami mahu mengejutkan rakyat Malaysia dengan kejayaan ini.

"Kalau guna kuda sendiri, saya yakin dua pingat akan menjadi milik Malaysia. Saya lihat, kuda yang ditunggang atlet negara sukar untuk dikawal dan liar," katanya.

Bekas 'regu emas' negara bidas PSM

Posted:

Bekas 'regu emas' negara bidas PSM

Bekas 'regu emas' negara bidas PSM


NORMANIZAM (tengah) dan Futra (kanan)


DUA bekas pemain sepak takraw negara membidas keengganan Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) meletakkan sasaran pingat emas pada Sukan SEA 2013 apabila skuad elit memulakan aksi berpasukan menentang Thailand hari ini.

Bekas perejam, Mohd. Futra Abd. Ghani dan tekong, Mohd. Normanizam Ahmad menyifatkan tindakan PSM itu sesuatu yang tidak wajar, malah menggambarkan badan induk tersebut tidak yakin langsung dengan kemampuan barisan bimbingan Jamaluddin Hassan menggapai emas.

Futra dan Normanizam yang menamatkan kemarau emas 12 tahun skuad sepak takraw negara pada Sukan SEA 2005 di Filipina, turut hairan mengapa PSM lebih gemar mencanangkan bahawa sasaran sebenar ialah emas Sukan Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan.

"Saya tidak setuju dengan sasaran PSM. Emas Sukan SEA tetap penting sebagai satu semangat dan keyakinan awal pasukan negara.

"Bagaimana hendak mencongak peluang atau kemampuan pada tahap yang lebih tinggi macam Sukan Asia jika awal-awal lagi sudah menyerah dalam Sukan SEA.

"Sebagai bekas pemain negara, kami tetap meyakini kemampuan skuad sekarang," kata Futra.

Normanizam pula sempat berpesan kepada skuad elit negara agar menguatkan mental mereka apabila berdepan lawan seperti Thailand.

"Pantang kita terus menyerah biarpun ketika ketinggalan jauh mata. Jurang kita dengan lawan pun bukanlah banyak bezanya," jelasnya.

Malaysia akan menghadapi musuh tradisi, Thailand dan tuan rumah, Myanmar hari ini selain Indonesia pada keesokannya.

Jika memenangi kesemua aksi liga sepusingan itu, Malaysia akan mengakhiri kemarau emas berpasukan sepak takraw Sukan SEA sejak temasya 1991 di Manila.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved