Khamis, 14 November 2013

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Singapura gesa kerjasama serantau banteras penggodam

Posted:

Singapura gesa kerjasama serantau banteras penggodam

Singapura gesa kerjasama serantau banteras penggodam

14/11/2013 11:27pm

SINGAPURA - Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong meminta bantuan kerjasama serantau dari negara-negara Asia Tenggara untuk banteras ancaman siber selepas beberapa laman web rasmi republik itu digodam oleh pihak yang menuntut kebebasan Internet.

"Saya tidak fikir mana-mana negara terlepas daripada ancaman ini. Justeru, kita perlu mengukuhkan pertahanan masing-masing dan bekerjasama untuk menangani ancaman serupa ini," katanya pada persidangan telekomunikasi serantau dan menteri-menteri teknologi maklumat.

Hsien Loong berkata, laman-laman web di Thailand, Filipina, Malaysia dan Indonesia juga telah terjejas dan beliau berjanji untuk mendakwa pihak bertanggungjawab terhdap ancaman di Singapura itu 'sehingga ke tahap akhir undang-undang'.

Dalam pada itu, lima warga Singapura telah disiasat selepas disyaki menggodam laman web Perdana Menteri dan Presiden negara itu minggu lalu.

Laman web rasmi Hsien Loong telah digodam oleh ahli kumpulan aktivis global bernama Anonymous yang menuntut pemerintah Singapura membatalkan peraturan permohonan lesen tahunan bagi laman web berita. Kumpulan itu menyifatkan tindakan pemerintah Singapura itu sebagai usaha menyekat kebebasan akhbar dalam talian. - AFP

188 pasukan sertai Kejohanan Paintball Piala Dunia Asia Naza World (NWCA) esok

Posted:

188 pasukan sertai Kejohanan Paintball Piala Dunia Asia Naza World (NWCA) esok

188 pasukan sertai Kejohanan Paintball Piala Dunia Asia Naza World (NWCA) esok

14/11/2013 10:16pm

LANGKAWI - Sebanyak 188 pasukan dari 40 buah negara bakal berentap dalam Kejohanan Paintball Piala Dunia Asia Naza World (NWCA) 2013 bermula esok di Dewan Pameran Antarabangsa Mahsuri (IMEC), Langkawi.

Pegawai Eksekutif AKR Event, Syed Mohd. Johan Rizal berkata, beliau menjangkakan pasukan tempatan akan memberikan kejutan kepada peminat sukan tersebut.

"Tahun lepas pasukan tempatan menamatkan saingan di tempat ketiga jadi peluang mereka untuk mendapat gelaran juara sangat tinggi pada tahun ini… Ini semua tidak mustahil.

"Mereka juga telah menyertai lebih 20 perlawanan di peringkat Asia, benua, tempatan serta antarabangsa dan masing-masing berada dalam kelompok lima terbaik," katanya sidang media di sini hari ini.

Kejohanan edisi ketiga yang akan membuka tirainya bermula esok hingga Isnin ini bakal menyaksikan pertaruhan sengit dengan Infernal dari Thailand berusaha mempertahankan juara Divisyen Satu.

Untuk rekod, pasukan Infernal melakar kejutan muncul sebagai juara pada kejohanan edisi kedua yang menawarkan ganjaran bernilai RM60,000 itu apabila berjaya menewaskan juara bertahan Datis dari Iran pada aksi suku akhir.

Kejohanan itu juga akan turut menyaksikan persaingan sengit dengan kehadiran pasukan ternama seperti STK dari Australia, Datis serta pasukan tunggal wanita Divisyen Satu, Poison Ivy dari Norway. - Bernama

Kedah perlu lebih banyak industri untuk jana ekonomi - Tun Mahathir

Posted:

Kedah perlu lebih banyak industri untuk jana ekonomi - Tun Mahathir

Kedah perlu lebih banyak industri untuk jana ekonomi - Tun Mahathir

14/11/2013 10:13pm

ALOR SETAR - Kerajaan Kedah perlu mewujudkan lebih banyak kawasan perindustrian untuk menjana pendapatan tinggi, tetapi pada masa sama tidak boleh mengabaikan sektor pertanian berasaskan padi.

Ini kerana padi merupakan jaminan bekalan makanan kepada rakyat negara ini, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Mahathir berkata, sektor pertanian padi perlu diuruskan dengan cekap untuk memastikan produktiviti yang tinggi, sekali gus dapat menyumbang pendapatan tinggi kepada petani.

"Dua perkara saya lihat penting di Kedah iaitu jaminan makanan dan juga meningkatkan pendapatan rakyat. Untuk itu, kerajaan negeri memerlukan aktiviti industri yang dapat menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan," katanya dalam majlis dialog sembang petang sempena Karnival 7 Hari 7 Malam, Muzium Padi di Gunung Keriang di sini hari ini. Karnival bermula sejak 11 November lepas.

Beliau berkata, untuk memperoleh hasil yang lebih baik, pesawah perlu menggunakan peralatan pertanian berteknologi moden bagi meningkatkan hasil pengeluaran mereka. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved