Khamis, 14 November 2013

Kosmo Online - Dunia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Mangsa Haiyan terkorban kerana cari makanan

Posted:

Mangsa Haiyan terkorban kerana cari makanan

Mangsa Haiyan terkorban kerana cari makanan

SEORANG penduduk menutup hidung ketika dia melintasi mayat-mayat yang ditutup dengan kain di Tacloban semalam.


TACLOBAN - Sebuah gudang beras diceroboh masuk oleh mangsa-mangsa Taufan Haiyan di wilayah Lyte, tengah Filipina menyebabkan lapan orang terbunuh kelmarin.

Lapan orang terbunuh itu dihempap dinding bangunan gudang berkenaan selepas mangsa-mangsa tersebut kelaparan.

Ketika kejadian, mangsa-mangsa taufan tersebut cuba melarikan ribuan guni beras yang terdapat di dalam gudang berkenaan.

Gudang berkenaan terletak kira-kira 24 kilometer dari sini.

Kejadian tembakan juga berlaku semalam di jambatan San Juanico di ini melibatkan anggota-anggota keselamatan dengan sekumpulan lelaki bersenjata.

Sejak taufan itu melanda wilayah tengah Filipina pada Jumaat lalu, sejumlah orang telah menyerbu rumah, gudang, garaj untuk mendapatkan bekalan makanan dan minuman.

Terdapat juga laporan yang menyatakan, sekumpulan lelaki bersenjata yang melaku- kan rompakan.

Perintah berkurung telah dikuatkuasakan bermula pada pukul 8 malam hingga pukul 5 pagi.

Polis menyatakan, situasi di wilayah berkenaan semakin pulih selepas kejadian yang tidak diingini itu berlaku.

"Kami telah memulihkan ketenteraman," kata Pengarah Pasukan Tindakan Khas Filipina, Carmelo Espina Valmoria.

Dalam pada itu, angka korban rasmi akibat Taufan Haiyan di Filipina kini meningkat kepada 2,275 orang.

Majlis Pengurangan Risiko dan Penguru- san Bencana Kebangsaan menyiarkan maklumat jumlah kematian tersebut petang semalam.

Ia menyatakan, seramai 3,804 orang cedera dengan 79 lagi mangsa masih hilang.

Sebelum ini, media tempatan dan luar negara melaporkan, lebih 10,000 orang menjadi korban taufan yang bertiup pada kela- juan melebihi 300 kilometer sejam itu.

Ribut antara yang terkuat di dunia itu memusnahkan puluhan ribu bangunan dan menyebabkan sekitar 600,000 orang hilang tempat tinggal.

Satu operasi menyelamat besar-besaran sedang giat di jalankan tetapi ramai mangsa di zon bencana masih belum menerima seba- rang bantuan. - Agensi

iPad Mini baharu masuki pasaran

Posted:

iPad Mini baharu masuki pasaran

iPad Mini baharu masuki pasaran


SEORANG kakitangan syarikat Apple memegang iPad Mini baharu pada 22 Oktober lalu di San Francisco, Amerika Syarikat.


CUPERTINO, California - Versi terbaharu iPad Mini keluaran Apple mula memasuki pasaran kelmarin.

Gajet mini itu merupakan versi iPad lebih kecil yang pertama menampilkan paparan resolusi tinggi yang dikenali sebagai retina.

Ia turut dilengkapi cip jimat tenaga A7 dengan fungsi wayarles lebih pantas.

Komputer tablet itu didatangkan dalam dua warna iaitu perak atau kelabu.

Versi wayarles akan dijual pada harga bermula AS$399 (RM1,281) untuk model berkapasiti 16 gigabit manakala harga permulaan untuk model selular 16 gigabit pula ialah AS$529 (RM1,699). - AP

Lukisan termahal dunia dilelong RM457.3 juta

Posted:

Lukisan termahal dunia dilelong RM457.3 juta

Lukisan termahal dunia dilelong RM457.3 juta


GAMBAR tidak bertarikh menunjukkan lukisan berjudul Three Studies of Lucian Freud.- AP


NEW YORK - Sebuah lukisan yang dihasilkan pada tahun 1969 oleh pelukis Britain, Francis Bacon mencatat rekod dunia sebagai karya seni termahal pernah dijual dalam satu lelongan yang di- adakan di sini kelmarin.

Lukisan berjudul Three Studies of Lucian Freud itu dibeli pada harga AS$142.4 juta (RM457.3 juta) dalam lelongan seni anjuran firma lelongan Christie's.

Karya seni itu menampilkan rakan Bacon yang juga seorang pelukis.

Lukisan itu dilelong selepas berlaku tawar-menawar selama enam minit di bilik lelongan dan melalui telefon di Galeri Acquavella di Manhattan.

Sebelum ini, lukisan berjudul The Scream yang dihasilkan Edvard Munch merupakan yang paling mahal apabila ia mencatat rekod dunia pada tahun 2012 apabila dibeli pada harga AS$120 juta (RM385.4 juta).

Firma lelongan tersebut bagaimanapun tidak mendedahkan nama pembeli lukisan itu. - AP

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved