Khamis, 14 November 2013

Kosmo Online - Varia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


50,000 kes strok baharu setiap tahun

Posted:

50,000 kes strok baharu setiap tahun

50,000 kes strok baharu setiap tahun

YEO (lima dari kanan) bergambar bersama wakil-wakil syarikat korporat yang menyumbang sejumlah RM150,000 kepada Nasam baru-baru ini.


SETIAP dua saat, seorang individu akan diserang strok dan enam saat mati kerana disebabkan penyakit ini di seluruh dunia.

Tanpa mengenal usia atau jantina, penyakit strok berisiko kepada sesiapa sahaja, terutamanya individu yang tidak tahu tentang tanda-tanda dan cara pencegahannya.

Serangan strok berlaku apabila salur darah tersumbat dan bekalan darah beroksigen tidak sampai ke sebahagian bahagian otak. Kekurangan oksigen tersebut menyebabkan sel-sel otak rosak atau mati, sekaligus bahagian tubuh badan yang dikuasai oleh bahagian berkenaan menjadi lumpuh.

Menurut Pengasas Persatuan Strok Kebangsaan Malaysia (Nasam), Janet Yeo, pengetahuan rakyat Malaysia tentang strok masih rendah.

"Sebanyak 50,000 kes baharu pesakit strok dilaporkan setiap tahun di Malaysia dan kadar tersebut dijangka akan terus meningkat.

"Fenomena ini berpunca kerana orang ramai masih lagi tidak mengetahui tentang bahaya strok dan cara pencegahannya," katanya.

Sehubungan dengan itu, Yeo memberitahu, Nasam melancarkan kempen kesedaran strok sepanjang tahun sebagai tindakan mengawal angka kematian dan peningkatan penghidap penyakit strok.

Bersama mencegah dan merawat penyakit strok dalam kalangan rakyat Malaysia, empat syarikat korporat iaitu Pusat Perubatan Ara Damansara, Hovid Berhad, Yee Lee Trading Berhad (YLC) dan Pengurusan Runcit Farmasi Caring Sdn. Bhd. (Farmasi Caring) menyumbangkan dana keseluruhan berjumlah RM150,000 kepada badan bukan kerajaan itu.

Menurut Pengarah Urusan Farmasi Caring, Chang Yeow Siang, pihaknya menyokong kempen yang diadakan oleh Nasam kerana ia mempunyai matlamat sama iaitu untuk menyediakan kepakaran, kualiti dan perkhidmatan berkaitan kesihatan bagi menjamin kesejahteraan orang ramai.

"Kami berharap sumbangan sebanyak RM25,000 ini dapat membantu Nasam dalam mempergiatkan lagi usaha membantu mangsa strok dan mendidik rakyat Malaysia untuk mencegahnya," katanya.

Dalam pada itu, Ketua Pengawai Eksekutif Pusat Perubatan Ara Damansara, Sue Lee memberitahu, kajian yang dilakukan oleh sebuah jabatan penyelidikan di Kanada mendedahkan penduduk di Asia Selatan kini berdepan dengan risiko besar mengalami strok.

"Penduduk Malaysia adalah antara negara yang paling berisiko tinggi menghadapi masalah sakit jantung dan strok ekoran masalah darah tinggi serta diabetes. Melihatkan fenomena ini, pihak kami mengambil peluang bersama-sama menghulurkan dana sebanyak RM50,000 sebagai sokongan usaha meningkatkan kesedaran umum yang dianjurkan Nasam," katanya.

Maklumat lanjut mengenai cawangan, pusat pemulihan strok dan inisiatif Nasam boleh diperoleh melalui laman web www.nasam.org.

Keasyikan aiskrim Magnum versi mini

Posted:

Keasyikan aiskrim Magnum versi mini

Keasyikan aiskrim Magnum versi mini

ORANG ramai boleh menikmati enam batang aiskrim Magnum mini pada harga RM12.90 satu kotak.


KERANGUPAN kepingan lapisan luar coklat Belgium oleh aiskrim Magnum sememangnya mampu mengukirkan senyuman di bibir penggemar manisan sejuk.

Memperkenalkan tiga rasa coklat asli, Magnum menawarkan Magnum Mini Classic, Magnum Mini Almond dan Chocolate Mini Brownie di pasaran.

Kini, produk Wall's Malaysia itu menawarkan manisan tersebut dalam saiz mini bagi memenuhi keinginan serta keperluan peminatnya.

Menurut Pengerusi dan Pengarah Urusan Unilever (Malaysia) Holdings Sdn. Bhd. (Unilever Malaysia), Rakesh Mohan, kini rakyat Malaysia boleh menikmati versi mini aiskrim popular itu pada bila-bila masa.

"Penggemar aiskrim Magnum kini boleh menikmati manisan mereka dalam keadaan yang lebih selesa tanpa perlu untuk membuka mulut yang luas," katanya berseloroh pada pelancaran Magnum Mini di pusat beli-belah Publika, Solaris Dutamas, Kuala Lumpur.

Turut hadir, Pengarah Pemasaran Unilever Malaysia, Herry Budiazhari.

Herry memberitahu, Magnum Mini itu dihasilkan bagi menggalakkan rakyat Malaysia memberi ganjaran kepada diri atas segala usaha harian mereka.

"Magnum Mini memberi ganjaran yang memuaskan pada harga lebih murah dan kuantiti lebih banyak.

"Ia dijual pada harga RM12.90 untuk satu kotak yang mempunyai enam batang aiskrim," jelasnya.

Orang ramai boleh mendapatkan Magnum Mini di semua pasar raya besar, kedai serbaneka dan kedai di stesen minyak di seluruh negara.

Terdahulu, majlis pelancaran Magnum Mini itu turut dimeriahkan dengan tarikan Keseronokkan Rumah Mini yang didirikan sehingga esok di Publika.

Pengunjung boleh merasai pengalaman seperti berada di dalam rumah sebenar sambil merakamkan detik-detik manis bersama Magnum Mini menerusi pemancar skrin khas yang disediakan.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved