Rabu, 20 November 2013

Kosmo Online - Sukan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


'Kotakan janjimu demi kebaikan'

Posted:

'Kotakan janjimu demi kebaikan'

'Kotakan janjimu demi kebaikan'

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my

KHALID


BEKAS pemain kebangsaan, Khalid Ali menggesa jurulatih Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal menunaikan janjinya untuk meletakkan jawatan selepas menyaksikan skuad negara gagal untuk layak secara automatik ke pusingan akhir Piala Asia 2015 di Australia.

Khalid menegaskan, ia adalah masa terbaik buat Rajagobal berundur, lebih-lebih lagi beliau gagal menepati Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) yang ditetapkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Jelasnya lagi, beliau percaya bahawa khidmat bekas jurulatih Selangor dan Kelantan yang muncul sebagai individu utama bertanggungjawab di atas kegagalan tersebut, sudah tidak lagi relevan.

Katanya, beliau yakin FAM sudah boleh menilai kemampuan sebenar Rajagobal berdasarkan persembahan hambar skuad negara dalam beberapa perlawanan persahabatan mahu pun kejohanan kompetitif.

"Saya fikir tak payah kekalkan Rajagobal. Kekalahan skuad negara ini berpunca daripada jurulatih.

"Saranan saya, lebih baik beliau menarik diri secara terhormat dan bagi jurulatih lain pula mengambil alih tugas melatih skuad kebangsaan.

"Dulu, beliau pernah berkata jika gagal bantu Harimau Malaya layak ke pusingan akhir Piala Asia 2015, beliau sendiri mengakui bersedia untuk melepaskan jawatannya.

"Kini, saya harap Rajagobal kotakan janji itu dahulu dan sudah tiba masanya kita perlukan sentuhan daripada jurulatih yang berwibawa," katanya ketika dihubungi Kosmo!, semalam.

Kelmarin, hasrat untuk menyaksikan skuad Harimau Malaya menempah slot automatik ke pusingan akhir Piala Asia 2015 tidak kesampaian selepas tewas tipis 0-1 di tangan Qatar pada aksi kelayakan kelima peringkat Kumpulan D di Stadium Shah Alam.

Kini, tumpuan mula terarah kepada FAM sama ada mahu atau tidak menyambung kontrak Rajagobal yang bakal berakhir pada 31 Disember depan.

Begitupun, Rajagobal dilihat masih berminat untuk menyelesaikan aksi terakhir kelayakan Piala Asia 2015 menentang Yemen pada 5 Mac depan.

"Kontrak saya habis (tamat) pada 31 Disember depan. Buat masa ini, masih belum ada perbincangan (dengan pihak pengurusan FAM) dan saya harus bersikap profesional.

"Saya masih ada tugas (menentang Yemen) dan jika boleh, saya mahu menyelesaikan tugas itu (sebelum melepaskan jawatan).

"Selepas aksi tersebut, saya akan terima apa juga keputusan (FAM)," kata Rajagobal pada sidang akhbar selepas tamat perlawanan kelmarin.

Hafiz serasi bersama Pahang

Posted:

Hafiz serasi bersama Pahang

Hafiz serasi bersama Pahang

Oleh M.RIZAL NOR
sukan@kosmo.com.my


HAFIZ (kanan) membuat keputusan kekal bersama Pahang untuk satu musim lagi.


KESERASIAN dan kepuasan beraksi menjadi faktor utama buat tonggak tengah Pahang, Mohd. Hafiz Kamal untuk terus kekal bersama skuad Tok Gajah yang muncul juara Piala Malaysia 2013 itu pada musim depan.

Pemain kelahiran Pantai Remis, Perak itu berkata, beliau tetap bersama Pahang untuk semusim lagi sebelum memikirkan beralih angin ke pasukan lain.

"Saya sangat seronok bersama Pahang apatah lagi kami baru menjulang Piala Malaysia pada 3 November lalu.

"Saya mahu bersama skuad Tok Gajah semusim lagi untuk mengecapi lebih banyak kejayaan musim depan," katanya semalam.

Menurutnya, hampir keseluruhan pemain musim ini kekal bersama Pahang dan beliau tidak menghadapi masalah untuk terus mempamerkan aksi yang lebih baik.

Mohd Hafiz berkata, rakan seperjuangannya di bahagian tengah, Mohd. Amirulhadi Zainal, Azidan Sarudin dan Mohd. Faizol Husin juga berhasrat untuk kekal bersama Tok Gajah.

"Kami akan memantapkan lagi posisi tengah agar Pahang tampil dengan lebih mantap," ujarnya.

Dalam pada itu, Mohd. Hafiz mengakui sanggup menolak tawaran lumayan dari pasukan Perak yang ingin mendapatkan khidmatnya pada musim depan.

"Daripada segi gaji memang lumayan tapi masalah yang wujud pada penghujung musim ini dan penghijrahan ramai pemain membuatkan saya belum bersedia untuk berhijrah kepada pasukan negeri kelahiran saya.

"Saya bukan tidak mahu berkhidmat untuk negeri sendiri tetapi saya mahu membina kerjaya bersama pasukan lain dahulu sebelum berbakti kepada Perak," jelasnya.

Pemain berusia 26 itu memberitahu, kecelaruan yang berlaku dalam skuad Perak juga mengambil masa untuk diselesaikan sebelum dapat menjadi pasukan yang benar-benar mantap.

"Setakat ini saya selesa bersama Pahang dan sokongan diberikan oleh penyokong setia Tok Gajah membuatkan kami semakin bersemangat," katanya.

Keputusan bakal terjawab Ahad

Posted:

Keputusan bakal terjawab Ahad

Keputusan bakal terjawab Ahad

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) mendedahkan, kedudukan pengendali Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal bakal diputuskan dalam Mesyuarat Exco FAM pada Ahad ini.

Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin (gambar) yang menjelaskan bahawa pihaknya telah menilai perkembangan tahap prestasi skuad kendalian Rajagobal sepanjang tahun ini.

Menurutnya, keputusan sama ada untuk membenarkan Rajagobal meneruskan tugasan terakhirnya bertemu Yemen pada 5 Mac depan bergantung dengan keputusan ahli jawatankuasa FAM.

Namun, Hamidin mengakui FAM tidak berniat untuk menyambung kontrak Rajagobal yang akan tamat pada 31 Disember depan.

"Kontrak Rajagobal akan habis (tamat) pada 31 Disember depan. Masih ada sebulan tetapi FAM tiada niat mahu memperbaharui kontrak tersebut.

"Walaubagaimanapun, ahli jawatankuasa FAM telah meneliti persembahan pasukan bimbingan Rajagobal sepanjang tahun ini dan inilah kemuncaknya.

"Saya jangkakan perkara ini akan dibincangkan dalam Mesyuarat Exco FAM pada Ahad ini. Sama ada beliau dibenarkan untuk meneruskan baki tugasannya atau tidak, ia akan terjawab pada mesyuarat itu nanti," katanya ketika dihubungi Kosmo!, semalam.

Kosmo! kelmarin melaporkan, status Rajagobal menjadi tanda tanya apabila beliau gagal menepati Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) untuk membawa pasukan layak secara automatik ke pusingan akhir Piala Asia 2015 di Australia nanti.

Rajagobal dilihat masih berminat untuk meneruskan baki tugasan dengan membimbing pasukan buat kali terakhir pada aksi kelayakan Piala Asia 2015 Kumpulan D menentang Yemen.

Begitupun, pengkritik-pengkritik sukan negara mahu bekas jurulatih Selangor dan Kelantan itu berundur secara terhormat memandangkan Rajagobal sebelum ini berjanji untuk melepaskan jawatannya jika gagal membantu skuad negara layak secara automatik ke pusingan akhir Piala Asia 2015.

Sebagai rekod, Harimau Malaya kini menduduki tangga ketiga Kumpulan D selepas sekadar mengutip empat mata sepanjang lima perlawanan.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved