Rabu, 20 November 2013

Kosmo Online - Varia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Stik tulang T Top Steak House

Posted:

Stik tulang T Top Steak House

Stik tulang T Top Steak House

Oleh MUHAMMAD AYMAN GHAFFA

DARI kanan: Azhar, pemilik bersama Top Steak House, Hazen Husin dan Mohd. Razmil bergambar bersama staf restoran cawangan Medan Niaga Tasik Damai.


BARU dibuka sejak bulan Februari lalu, Top Steak House merupakan sebuah destinasi baharu bagi penggemar hidangan ala Barat di ibu kota. Restoran yang menggunakan kayu pain diimport dari Australia sebagai dekorasi dinding itu menghidangkan lebih 60 menu.

Top Steak House di Medan Niaga Tasik Damai, Sungai Besi, Kuala Lumpur juga merupakan pilihan terbaik bagi mereka yang gemarkan rasa hidangan ala Barat yang berbeza di restoran lain.

"Lamb Chop dan Chicken Chop merupakan hidangan wajib sekiranya saya berkunjung ke restoran ini bersama keluarga mahupun rakan-rakan. Bagi saya, rasa pedas sos barbeku pada setiap hidangan merupakan keistimewaan Top Steak House berbanding restoran lain," ujar seorang pelanggan, Mohd. Khairul Mohamed, 27.

Menurut Khairul yang menjalankan sebuah perniagaan berdekatan dengan restoran itu, dia sering berkunjung ke Top Steak House dua kali sebulan untuk menikmati hidangan ala Barat.

Belum pun setahun beroperasi, restoran milik penuh syarikat bumiputera itu kini mempunyai dua cawangan di Medan Niaga Tasik Damai dan Taman Sri Rampai, Kuala Lumpur.

Kedua-dua restoran itu menyediakan hidangan dan kualiti makanan sama yang pasti memberi kepuasan kepada pelanggan.


SMOKED Salmon merupakan salah satu menu yang wajib dicuba oleh para pelanggan.


Antara makanan ala Barat yang dihidangkan di Top Steak House ialah chicken cordon blew, smoked salmon, stik daging lembu lada hitam, stik daging batang pinang dan stik kaki kambing.

Pemilik restoran, Azhar Abdul Ghani memberitahu, pelanggan yang pertama kali berkunjung ke Top Steak House perlu mencuba hidangan stik tulang T.

Menurutnya, isi tulang T merupakan salah satu bahagian yang lembut pada bahagian seekor lembu.

"Dijual pada harga RM26.90, pelanggan dapat menikmati hidangan stik tulang T dengan pilihan sos lada hitam, cendawan, masam manis dan sos perang. Harga yang ditawarkan juga berpatutan jika dibandingkan dengan restoran lain yang menyediakan hidangan sama," ujarnya ketika ditemui Kosmo! di restoran Top Steak House cawangan Medan Niaga Tasik Damai, Sungai Besi baru-baru ini.

Tulang T merupakan sebahagian daripada daging batang pinang yang terdapat pada seekor lembu.

Stik campuran dan chicken combo merupakan menu yang mendapat sambutan daripada pelanggan selain stik tulang T.

Tempahan awal

Menu di Top Steak House terbahagi kepada lima kategori iaitu ayam, ikan, daging lembu, daging kambing dan hidangan masakan Itali.

Pelanggan juga harus mencuba hidangan makaroni goreng yang juga merupakan menu istimewa di restoran itu.

Sementara itu, Pengurus Top Steak House, Mohd. Razmil Azhar memberitahu, sesetengah hidangan di restoran tersebut perlu ditempah sehari awal sebelum dihidangkan kepada pelanggan.


SELAIN mengenyangkan, harga untuk setiap hidangan ala Barat di restoran itu amat berpatutan.


"Menu udang harimau panggang dan udang karang panggang merupakan hidangan yang perlu ditempah terlebih dahulu. Ia merupakan satu langkah terbaik bagi menjamin kesegaran hasil laut untuk para pelanggan. Ia dijual dengan harga RM51.90 untuk satu hidangan," ujarnya.

Menurutnya, menu combo stik campuran merupakan hidangan terbaik untuk pelanggan yang inginkan daging lembu, ayam dan udang galah dalam satu hidangan.

Bagi yang inginkan selera berbeza, hidangan sizzling dan plat panas dengan 48 jenis menu mi dan nasi merupakan pilihan lain di Top Steak House.

Kepada pelanggan yang menikmati hidangan Barat di restoran itu, jus buah-buahan seperti jus durian belanda dan tembikai laici merupakan minuman baik untuk membantu menurunkan suhu badan selepas menikmati stik lembu dan kambing.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved