Ahad, 3 November 2013

Kosmo Online - Rencana Utama


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Gian memancing selepas umpan mengena

Posted:

Gian memancing selepas umpan mengena

Gian memancing selepas umpan mengena

PEMANCING wanita amatur itu kelihatan terkial-terkial ketika cuba memasang umpan ke mata kail sebatang joran yang dihadiahkan oleh suaminya. Biarpun kurang arif dengan apa yang dilakukannya, beliau tekun mencuba. Berkali-kali juga kedengaran suara si suami yang duduk di sisi memberitahu satu demi satu langkah yang betul untuk memancing.

Lagi ditegur, lagi kusut jadinya. Hartini Che Mat, 36, meminta pertolongan si suami untuk merapikan semula tali joran yang berselirat dikerjakannya.

"Saya mula berminat untuk memancing selepas berjaya mendapat ikan sewaktu mengikut suami memancing di Kolam Taman Templer, Rawang di Selangor.

"Perasaan gembira tidak dapat digambarkan pada masa itu. Rasa macam gian untuk keluar memancing lagi," kata wanita yang menetap di Gombak, Selangor itu.

Beliau merupakan salah seorang daripada peserta kelas memancing dalam teknik balingan joran khas untuk golongan wanita yang dianjurkan secara percuma baru-baru ini.

Kelas tersebut mendedahkan peserta kepada teknik-teknik asas yang perlu diketahui ketika membaling joran dan cara memasang umpan dengan betul.

Tambah Hartini, beliau berasa kekok dan menganggap aktiviti memancing itu sesuatu yang susah sehingga membuatkan dirinya disulami perasaan gementar. Semuanya gara-gara ibu kepada dua orang cahaya mata itu belum mahir teknik-teknik asas memancing.

Pada mulanya, Hartini pernah mempersoalkan tindakan suaminya yang obses dengan aktiviti memancing. Beliau beranggapan memancing merupakan hobi yang mahal kerana menelan banyak belanja.

"Saya pernah tanya kepada suami kenapa dia sanggup membazirkan wang untuk membeli peralatan memancing. Namun, selepas saya merasa sendiri keseronokan aktiviti ini, baru saya memahami perasaannya.

"Kelas memancing seperti ini wajar dianjurkan lebih kerap untuk membuka peluang kepada lebih ramai pemancing wanita mendapatkan ilmu yang bermanfaat," jelasnya yang baru kali pertama menyertai kelas tersebut.


PEMANCING perlu memahami habitat kawasan yang dikunjungi.


Kini, Hartini pasti membawa anak-anaknya menemani beliau dan suami keluar memancing setiap kali ada masa lapang atau pada musim cuti sekolah.

Ahli perniagaan wanita, Normala Abd. Rahman, 27, mengakui minatnya yang mendalam terhadap aktiviti memancing sudah masuk tahun ketiga. Beliau tidak kisah berhabis wang semata-mata untuk mengumpul kelengkapan memancing yang kini sudah mencecah ribuan ringgit.

Normala yang mesra disapa Mala agak keberatan untuk memberitahu jumlah sebenar wang yang dilaburkan bagi tujuan tersebut. Baginya, biarlah jumlah berkenaan kekal rahsia agar dapat mengikis pandangan orang ramai yang beranggapan aktiviti memancing merupakan satu hobi yang mahal.

Ketenangan

"Memancing bukan sahaja memberikan kepuasan ketika memperoleh tangkapan tetapi saya lebih suka dengan ketenangan yang diperoleh ketika memancing.

"Saya gemar memancing di laut kerana lokasi tersebut seolah-olah mempunyai aura ketenangan yang sukar didapati di mana-mana. Ia sedikit sebanyak mengurangkan tekanan setelah penat bekerja," jelas Mala yang berasal daripada Johor Bahru, Johor itu.

Katanya, minat memancing bermula selepas berpeluang mengikuti ibu saudaranya memancing. Kegilaan ibu saudaranya itu terhadap hobi tersebut kini berjangkit kepada Mala pula.

Seperti hobi yang lain, memancing juga memiliki risiko keselamatan yang perlu diberi perhatian. Mala tidak menolak hakikat bahawa pemancing wanita tidak seperti pemancing lelaki yang boleh keluar memancing ke tengah laut atau kelong bersendirian.

Selain kelengkapan memancing yang banyak, pemancing wanita juga memiliki kekuatan yang terbatas untuk membawa kesemua peralatan memancing.


SEBAHAGIAN daripada para peserta wanita yang menyertai bengkel memancing yang dianjurkan di Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur baru-baru ini.


Cabaran lain yang perlu dihadapi ialah kekangan masa dan komitmen wanita sebagai pekerja, ibu dan isteri.

"Wanita bujang mungkin tidak menghadapi masalah untuk bergerak mengikut kehendak mereka. Apa yang penting, pemancing wanita harus keluar secara berkumpulan demi keselamatan masing-masing," jelasnya.

Setakat ini, Mala sudah memiliki 13 joran pelbagai saiz dan kegunaan. Mala turut menulis tentang hobinya itu di blog superyounglady.blogspot.com untuk berkongsi tip dan pengalaman bersama pemancing wanita lain.

Minatnya yang mendalam terhadap hobi tersebut mendorong Mala menubuhkan Kelab Memancing Wanita.

Sementara itu, Presiden Persatuan Memancing Malaysia, Ridzuan Ghazali memberitahu, pihaknya mengadakan kelas memancing wanita bagi menghimpunkan mereka untuk sesi pengenalan dan menilai pengetahuan pemancing wanita terhadap aktiviti tersebut.

Modul kelas

"Selepas pengetahuan setiap peserta dapat dinilai, barulah kami menyediakan modul yang sesuai bagi kelas yang akan datang.

"Selain itu, kelas ini turut mengajar peserta tentang teknik-teknik memancing menggunakan umpan tiruan yang jauh lebih mudah dan mudah," katanya ketika ditemui di Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur baru-baru ini.

Tambah Ridzuan, aktiviti memancing sudah dianggap sebagai satu bentuk aktiviti rekreasi dan pakaian pemancing masa kini tidak lagi kotor seperti sebelum ini. Umpan tiruan yang digunakan lebih bersih dan bukan daripada cacing, serangga atau tepung.

Beberapa etika memancing yang diterapkan dalam kelas tersebut adalah aspek hormat pada orang lain, penjagaan dan pemuliharaan ikan. Pemancing perlu tahu jenis ikan yang boleh dibunuh adalah daripada ikan luar yang mampu merosakkan ekosistem kawasan tersebut.


JENIS-JENIS umpan tiruan yang digunakan oleh pemancing.


Selain itu, aspek lain yang ditekankan ialah hormat kepada alam sekitar, tidak lokek ilmu memancing antara peserta dan kepentingan menjaga keselamatan diri sendiri serta orang awam.

Kelas tersebut diadakan secara percuma dan akan diadakan dengan lebih kerap pada masa depan bagi menggalakkan lebih ramai wanita melibatkan diri dengan aktiviti memancing.

"Saya amat berharap kerajaan dapat memberikan galakan dan mengiktiraf aktiviti memancing sebagai satu bentuk sukan. Peralatan memancing agak mahal tetapi jika pelepasan cukai dapat diberikan kepada si pembeli sama seperti barangan sukan yang lain, sudah tentu semakin ramai orang awam berminat dengan aktiviti memancing.

"Bukan itu sahaja, aktiviti memancing ini dapat menggalakkan pertumbuhan industri pelancongan di negara kita. Bayangkan jika seorang pemancing membeli kelengkapan peralatan mencecah RM10,000, berapa pendapatan yang boleh dijana jika 1,000 rakyat Malaysia gemar memancing?," katanya penuh semangat.

Kekuatan mental sukarelawan kebakaran

Posted:

Kekuatan mental sukarelawan kebakaran

Kekuatan mental sukarelawan kebakaran


PETUGAS berdepan pelbagai risiko sewaktu memadamkan kebakaran termasuk angin kencang dan bahang.


GRANT Aitken berusia 12 tahun ketika Perkhidmatan Bomba Luar Bandar (RFS) melawat sekolahnya yang terletak di Blue Mountains barat Sydney, Australia. RFS datang ke sekolahnya untuk menyampaikan satu ceramah yang telah mengubah hidupnya.

Walaupun beliau tidak dibenarkan bergiat aktif sehingga umurnya mencecah 16 tahun, Aitken mengambil keputusan untuk menyertai Pasukan Sukarelawan Keselamatan Kebakaran Australia. Beliau sanggup menjadi salah seorang daripada 70,000 ahli sukarelawan itu biarpun tanpa bayaran.

Cabaran pertama yang perlu dihadapi oleh Aitken ialah khidmatnya diperlukan untuk bertarung dengan api di Oberon, New South Wales pada tahun 1997.

"Saya hanya ingin membantu. Saya masih ingat pada tahun 1994, Grose Valley terbakar ketika saya masih kecil dan saya melihat orang awam dalam keadaan cemas.

"Tiga tahun kemudian, tanpa ragu-ragu, saya segera mendaftar selepas sudah cukup umur," katanya sambil menambah bahawa beliau menyertai RFS selepas melihat kesan teruk daripada api yang merebak.

Memiliki tiga kali ganda saiz tentera Australia, RFS yang merupakan sebuah organisasi tempatan di New South Wales bersama tujuh lagi negeri serta wilayah di Australia, merupakan tulang belakang kepada operasi memadam kebakaran musim panas yang kerap berlaku di negara itu.

Malah, Perdana Menteri Australia, Tony Abbott yang telah menjadi ahli RFS selama sedekad telah turun padang dan membantu dalam operasi memadam kebakaran hutan di negara itu baru-baru ini.

Menurut undang-undang negara berkenaan, majikan dikehendaki memberi pelepasan kepada ahli RFS apabila khidmat mereka diperlukan, terutamanya yang berada di kawasan pedalaman.

Aitken yang berusia 31 kini menyandang jawatan sebagai timbalan kapten pasukan tersebut. Berbekalkan pengalaman selama 16 tahun, beliau merupakan antara ahli yang pertama dipanggil untuk bertugas.


SEORANG sukarelawan RFS memastikan bekalan air mencukupi untuk memadamkan kebakaran.


Ribut kebakaran

Beliau sedang bertugas apabila berlaku kejadian ribut kebakaran mengejut yang memusnahkan sebahagian besar gunung termasuk lebih 200 rumah penduduk.

"Pada hari Khamis dan Jumaat beberapa minggu lalu di Winmalee, telah berlaku kejadian mengerikan apabila api merebak dengan cepat dan kami sedaya-upaya memadamkan api daripada terus marak.

"Kejadian itu sangat mencemaskan. Ia satu pengalaman yang sukar digambarkan. Keadaan amat panas dan sangat memenatkan," katanya.

Menurut Aitken, persahabatan dengan rakan sekerja lain amat penting ketika bertugas dan di luar waktu tugas.

"Ia penting kerana jika anda tidak mempunyai keakraban dan kepercayaan individu ketika memadamkan api, pelbagai perkara buruk boleh berlaku," ujarnya.

Lelaki itu bertugas mengawal karavan komunikasi di Gunung Victoria, menyampaikan mesej kepada krew yang sedang bertugas di luar dan ibu pejabat operasi.

Keupayaan mental mereka diuji apabila berdepan dengan keadaan berisiko tinggi seperti keadaan angin kencang dan bahang yang panas menghalang operasi memadam kebakaran besar di Blue Mountains.

Seperti ahli pasukanRFS yang lain, Aitken terpaksa meninggalkan harta bendanya di Woodford bagi menyempurnakan tugasan.

Baginya, api merupakan perkara biasa dalam kehidupan kerana mereka tinggal di kawasan pedalaman yang terdedah kepada kebakaran.– AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved