Ahad, 3 November 2013

Kosmo Online - Komuniti Kita


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Konvoi bantu etnik Rohingya

Posted:

Konvoi bantu etnik Rohingya

Konvoi bantu etnik Rohingya

AHMAD SANI (dua dari kiri) dan Azmi (tiga dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada salah seorang kanak-kanak Rohingya di Masjid Padang Temusu, Sungai Petani, Kedah baru-baru ini.


KONVOI AMAL. Sebanyak 20 ahli Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) mengadakan konvoi ke Myanmar bagi membawa pelbagai bantuan perubatan dan makanan untuk diagihkan kepada masyarakat Islam etnik Rohingya di negara itu baru-baru ini.

Setiausaha Agung Mapim, Azmi Abd. Hamid berkata, sumbangan bantuan itu perlu bagi membantu orang Islam di negara berkenaan yang kekurangan bekalan makanan akibat penindasan etnik.

Katanya, konvoi tersebut turut singgah di Sungai Petani, Kedah untuk menyerahkan sumbangan barangan dapur kepada sekumpulan etnik Rohingya yang menetap di situ.

Bantuan disediakan oleh Araby Group dan disampaikan pengarahnya, Ahmad Sani Abdul Halim Araby.

Kosmo! menang tempat ketiga boling UDA Holdings

Posted:

Kosmo! menang tempat ketiga boling UDA Holdings

Kosmo! menang tempat ketiga boling UDA Holdings


SEBAHAGIAN daripada 100 pengamal media yang menyertai pertandingan Boling Media 2013 anjuran UDA Holdings, Kuala Lumpur baru-baru ini.


BOLING MEDIA. Lebih 100 pengamal media berkumpul di Cosmic Bowl, Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur untuk menyertai pertandingan Boling Media 2013 anjuran UDA Holdings baru-baru ini.

Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan UDA, Raja Azmi Raja Nazudin membuat lontaran awal sebagai gimik perasmian pertandingan itu.

Kejohanan tersebut dimenangi pasukan Sinar Harian yang berjaya membawa pulang RM2,500 selepas melakukan 2,094 jatuhan pin.

Tempat kedua pula dibolot oleh pasukan RTM dengan hadiah RM2,000 (2,038 pin), manakala pasukan Kosmo! yang diwakili oleh Md. Rikiman Yusof, Salmy Man, Azmi Md. Nordin dan Rashidah Kassim mendapat tempat ketiga dengan memperoleh RM1,500 (1,904 pin).

15 tetamu profesional jadi ikon murid sekolah

Posted:

15 tetamu profesional jadi ikon murid sekolah

15 tetamu profesional jadi ikon murid sekolah


SEORANG tetamu profesional berkongsi pengalaman dengan pelajar SK Kelana Jaya 2, Petaling Jaya, Selangor pada program Kerjaya Ria 2013 di sekolah itu baru-baru ini.


IKON. Seramai 15 tetamu profesional terdiri daripada doktor, juruterbang, kapten kapal, saintis, peguam, pegawai polis dan pengarah filem hadir pada program Kerjaya Ria 2013 di Sekolah Kebangsaan (SK) Kelana Jaya 2, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Menurut guru besar sekolah itu, Sabariah Sapari, kehadiran mereka secara tidak langsung dapat memberi inspirasi kepada murid-murid untuk mengikut jejak kejayaan kalangan jemputan itu.

Program itu disempurnakan oleh Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Petaling, Abu Omar Mos dan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah itu, Ahmad Jaidi Tajuddin.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved