Khamis, 24 Oktober 2013

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Najib ajak rakyat ikuti pembentangan Belanjawan 2014 esok secara langsung di laman Twitternya

Posted:

Najib ajak rakyat ikuti pembentangan Belanjawan 2014 esok secara langsung di laman Twitternya

Najib ajak rakyat ikuti pembentangan Belanjawan 2014 esok secara langsung di laman Twitternya

24/10/2013 9:37pm

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengajak rakyat untuk sama-sama mengikuti pembentangan Belanjawan 2014 di Parlimen esok secara langsung menerusi laman Twitter miliknya.

Najib berkata, tweet secara langsung pembentangan bermula jam 4 petang itu boleh diikuti menerusi laman Twitter @NajibRazak.

"Kongsi berita ini dengan teman-teman dan keluarga anda, serta lawati laman FB (Facebook) ini untuk perkembangan terkini," kata Perdana Menteri melalui laman sosial Facebook dan Twitter beliau.

Najib yang juga Menteri Kewangan menarik perhatian bahawa belanjawan itu telah dirangka untuk memastikan ekonomi negara terus stabil dan kebajikan rakyat sentiasa terpelihara. - Bernama

Pengedar kad prabayar rugi RM40,000 disamun

Posted:

Pengedar kad prabayar rugi RM40,000 disamun

Pengedar kad prabayar rugi RM40,000 disamun

24/10/2013 9:25pm

NIBONG TEBAL - Seorang pengedar kad prabayar telefon bimbit kerugian hampir RM40,000 selepas kereta dan wang tunainya disamun seorang lelaki dalam kejadian di Taman Widuri, di sini petang semalam.

Jurucakap polis berkata, dalam kejadian 6 petang itu, wanita berusia 24 tahun terbabit baru selesai menghantar kad prabayar kepada pelanggan di sebuah kedai runcit di taman berkenaan.

"Ketika dia mahu pulang seorang lelaki tidak dikenali masuk ke dalam keretanya di bahagian penumpang belakang dan mengacukan sebilah pisau sebelum menyuruh dia memandu ke kawasan lain.

"Mangsa yang bimbang dicederakan hanya mampu mengikut arahan lelaki terbabit dan dalam perjalanan itu suspek sempat bertanyakan mangsa berapa wang yang dia ada ketika itu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya mangsa yang ketakutan memberitahu dia mempunyai wang tunai sebanyak RM7,500 hasil kutipan jualan kad prabayar yang disimpan di dalam beg pinggang miliknya.

"Suspek yang mendengar jumlah wang yang agak banyak itu kemudian meminta mangsa memberhentikan kereta dan mengarahkannya turun dari kenderaan sebelum dia memecut meninggalkan wanita itu di tepi jalan," katanya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS), Superitendan Shafien Mamat ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

"Polis sedang memburu suspek yang dianggar berusia 30-an," katanya. - Bernama

Penyamun larikan RM8,000 selepas acu parang di leher juruwang

Posted:

Penyamun larikan RM8,000 selepas acu parang di leher juruwang

Penyamun larikan RM8,000 selepas acu parang di leher juruwang

24/10/2013 9:19pm

KEPALA BATAS - Seorang juruwang sebuah stesen minyak di Permatang Sintok di sini melalui detik cemas apabila diacu parang di lehernya oleh dua penyamun dalam kejadian malam semalam.

Jurucakap polis berkata, kejadian berlaku pukul 8.30 malam, apabila dua lelaki bersenjatakan parang menyerbu ke dalam premis dan mengacu parang ke leher mangsa sambil mengarahkannya mengeluarkan wang dari mesin daftar tunai.

"Kejadian itu berlaku tidak sampai dua minit dan disaksikan oleh seorang lagi pekerja premis berkenaan yang tergamam. Suspek kemudian beredar dengan menaiki motosikal tanpa mencederakan mangsa berusia 21 tahun itu," katanya.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

"Mangsa gagal mengecam wajah suspek manakala nombor pendaftaran motosikal yang berjaya dicatat oleh mangsa didapati nombor palsu," katanya. Abdul Rahman berkata dalam kejadian itu penyamun berjaya melarikan wang tunai berjumlah RM8,000 hasil jualan minyak semalam.

Katanya polis kini meneliti rakaman televisyen litar tertutup di stesen minyak tersebut. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved