Khamis, 24 Oktober 2013

Kosmo Online - Dunia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Tunjuk perasaan desak kerajaan Tunisia dibubar

Posted:

Tunjuk perasaan desak kerajaan Tunisia dibubar

Tunjuk perasaan desak kerajaan Tunisia dibubar

SEBAHAGIAN daripada para penunjuk perasaan yang menyertai tunjuk perasaan antikerajaan di Tunis semalam.


TUNIS - Ribuan penduduk berarak di seluruh bandar ini bagi meminta supaya kerajaan yang diketuai kumpulan Islam dibubarkan.

Kerajaan itu dibentuk dua tahun lalu selepas mendapat mandat daripada pengundi Tunisia.

Tunjuk perasaan itu diadakan ketika pihak pembangkang dan kerajaan perikatan terlibat dalam satu dialog bagi membincangkan tentang perdamaian kebangsaan.

Para penunjuk perasaan itu bimbang bahawa kerajaan yang diketuai oleh Parti Enahda tidak akan menunaikan janji untuk dibubarkan sebagai sebahagian daripada proses perdamaian kebangsaan itu.

Perkembangan ekonomi yang lemah dan pembunuhan dua ahli politik telah digunakan sebagai bukti oleh pihak pembangkang sebagai kegagalan kerajaan memerintah.

Tunisia sebelum ini merupakan negara pertama di Afrika yang berjaya menumbangkan sebuah kerajaan yang dianggap korup dan zalim dalam kebangkitan rakyat pada tahun 2011.

Menurut laporan media, tiga anggota Pasukan Pengawal Kebangsaan telah terbunuh dan sejumlah lagi cedera dalam pertempuran dengan militan di selatan negara ini.

Dua militan terbunuh termasuk dua anggota polis lagi berada dalam keadaan parah.

Laporan itu menyatakan, anggota-anggota Pasukan Pengawal Kebangsaan mendekati sebuah rumah di kawasan berbukit dekat Kampung Sidi Ali Bououn di wilayah Sidi Bouzid.

Setakat ini belum diketahui sama ada militan itu telah ditangkap.

Negara tersebut telah bertempur dengan para militan yang mempunyai kaitan dengan Al-Qaeda sejak tahun lalu. - Agensi

Pesawat pengebom ditemui di dasar sungai

Posted:

Pesawat pengebom ditemui di dasar sungai

Pesawat pengebom ditemui di dasar sungai


BEBERAPA orang menyaksikan serpihan pesawat pengebom yang ditemui di Sungai Yangtze di Wangjiang pada 16 Oktober lalu.- REUTERS


WANGJIANG, China - Beberapa serpihan badan sebuah pesawat perang ditemui oleh empat orang nelayan di dasar Sungai Yangtze di sini pada 16 Oktober lalu.

Nelayan-nelayan itu menemui serpihan pesawat tersebut selepas pukat mereka tersangkut di dasar sungai.

Menurut media tempatan, tulisan pada serpihan pesawat itu menunjukkan ia milik North American Aviation Inc. yang merupakan syarikat pengeluar pesawat di Amerika Syarikat (AS).

Pesawat itu dikeluarkan syarikat itu pada 15 Februari 1943.

Beberapa penganalisis menyatakan, pesawat pengebom itu merupakan sebahagian daripada Unit Tugas Khas tentera udara AS semasa Perang Dunia Kedua.

Serpihan itu dipercayai dari sebuah pesawat pengebom B-25. - Agensi

Cincin tunang Kim Kardashian bernilai RM25.3j

Posted:

Cincin tunang Kim Kardashian bernilai RM25.3j

Cincin tunang Kim Kardashian bernilai RM25.3j


SEBENTUK cincin berlian (dalam bulatan) yang diberikan West dipakai Kardashian.- YOUTUBE


LOS ANGELES – Bintang realiti televisyen Amerika Syarikat (AS), Kim Kardashian menerima sebentuk cincin pertunangan bernilai AS$8 juta (RM25.3 juta) daripada kekasihnya, Kanye West, lapor akhbar New York Daily News semalam.

West melamar Kim di hadapan keluarga dan rakan-rakannya di Taman AT&T, San Francisco sempena hari lahir kekasihnya yang ke-33 pada Isnin lalu.

Seorang pakar berlian Forevermark, Adelaide Polk-Bauman membuat anggaran nilai cincin berlian gergasi yang diberikan West kepada Kardashian itu.

"Hanya beberapa tempat di dunia yang mempunyai berlian seperti itu," kata Polk-Bauman.

Cincin berlian seberat 15 karat itu direka khas oleh Lorraine Schwartz yang merupakan pereka barang kemas untuk beberapa selebriti terkenal antaranya penyanyi Jennifer Lopez.

West dan Kardashian yang bercinta sejak tahun lalu telah dikurniakan seorang bayi perempuan, North West pada 15 Jun lalu.– Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved