Rabu, 2 Oktober 2013

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Pemotong rumput temui mayat reput di tepi parit

Posted:

Pemotong rumput temui mayat reput di tepi parit

Pemotong rumput temui mayat reput di tepi parit

02/10/2013 10:02pm

SANDAKAN - Seorang pekerja pemotong rumput di sini terkejut apabila menjumpai mayat seorang lelaki yang sudah reput di tepi parit berhampiran sebuah gereja di Batu 4, Kim Fung, semalam.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Rowell Marong berkata, mayat Christi Sidin, 43, ditemui kira-kira jam 4.10 petang dan dipercayai mati biasa tanpa unsur jenayah.

Turut ditemui di tempat kejadian ialah beg sandang serta dompet berisi kad pengenalan dan dua buah telefon bimbit milik mangsa.

Rowell berkata, siasatan awal polis menunjukkan tiada kesan luka atau unsur jenayah ke atas diri mangsa.

Katanya polis telah memanggil waris atau keluarga mangsa untuk tampil membuat pengecaman di Hospital Duchess of Kent. - Bernama

Terhidu gas beracun, 27 murid dan seorang guru dikejarkan ke hospital

Posted:

Terhidu gas beracun, 27 murid dan seorang guru dikejarkan ke hospital

Terhidu gas beracun, 27 murid dan seorang guru dikejarkan ke hospital

02/10/2013 9:54pm

ALOR SETAR - Sebanyak 27 murid dan seorang guru Sekolah Kebangsaan Batu 4, Jalan Jeniang, Gurun dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani dan Hospital Yan kerana terhidu gas beracun hari ini.

Kejadian kira-kira 6 petang itu dipercayai berpunca daripada racun perosak serangga yang disembur pekerja sebuah ladang berhampiran sekolah itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya Kedah, Datuk Tajul Urus Md Zain berkata, berdasarkan makluman awal daripada Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan, kejadian berlaku ketika kebanyakan murid berada di sekolah bagi sesi petang.

Beliau berkata, kejadian disedari selepas beberapa murid mengadu pening kepala dan muntah-muntah.

"Mangsa dihantar ke klinik kesihatan berdekatan sebelum dirujuk ke Hospital Yan. Namun, disebabkan hospital itu masih mempunyai ramai pesakit yang dirawat akibat keracunan makanan tempoh hari, murid terlibat kemudian dihantar ke HSAH malam ini," katanya ketika dihubungi hari ini.

Tajul Urus berkata, punca sebenar kejadian masih dalam siasatan manakala mereka yang dirujuk ke hospital kini berada dalam keadaan stabil.

Beliau meminta murid atau penduduk sekitar kawasan sekolah yang mengalami simptom seperti terhidu gas agar segera mendapatkan rawatan di klinik atau hospital berdekatan. - Bernama

Ujian kehamilan pelatih wanita PLKN tidak akan dibatalkan

Posted:

Ujian kehamilan pelatih wanita PLKN tidak akan dibatalkan

Ujian kehamilan pelatih wanita PLKN tidak akan dibatalkan

02/10/2013 9:43pm

KUALA LUMPUR - Kementerian Pertahanan tidak akan membatalkan ujian kehamilan kepada pelatih wanita yang akan menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, perkara itu telah dikaji secara mendalam berkaitan aspek sensitiviti dan hak privasi pelatih yang akan menjalani ujian kehamilan.

Beliau berkata, kajian yang dibuat sebuah jawatankuasa khas diketuai Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berpendapat kelangsungan hidup ibu dan bayi yang dikandung lebih penting serta mengatasi hak privasi pelatih wanita.

Hishammuddin berkata, demikian dalam jawapan bertulis kepada Sim Tong Him (DAP-Kota Melaka) yang bertanya adakah kementerian telah mengenal pasti kesan negatif yang timbul dengan pelaksanaan ujian berkenaan.

Pelaksanaan ujian kehamilan ke atas pelatih wanita PLKN telah diputuskan Jemaah Menteri yang bermesyuarat 12 Julai lepas. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved