Rabu, 2 Oktober 2013

Kosmo Online - Varia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Catan figuratif tiga pelukis

Posted:

Catan figuratif tiga pelukis

Catan figuratif tiga pelukis

LUKISAN Do Not Look Down oleh Arif ini merupakan salah satu catan landskap terbesar pernah dihasilkan pelukis tempatan.


KARYA-KARYA figuratif dan realisme tidak pernah sunyi mewarnai alam seni lukisan tempatan. Sejak awal perkembangan seni lukis moden tempatan, karya-karya unsur ini berkembang dari generasi ke generasi, dekad ke dekad dalam pelbagai bentuk dan tema.

Juntaian kata itu disampaikan oleh kurator Galeri Arti, Mohd. Yusri Abdul Rahman. Beliau berpendapat, setiap generasi pelukis memanipulasikan unsur-unsur tersebut bersesuaian dengan zaman mereka.

"Dari segi gaya persembahan dan pengolahannya berbeza pada setiap dekad. Perubahan ini adalah faktor penting dalam perkembangan seni lukis moden," jelasnya ketika ditemui pada pelancaran pameran Dekad #9 yang bermula pada 15 September hingga 12 Oktober 2013 di Galeri Arti, Desa Melawati, Kuala Lumpur.

Dekad #9 menampilkan tiga pelukis muda tempatan iaitu Rohaizad Shaari, 44, Arif Fauzan Othman, 34, dan Suzuan Suhaimi, 24.

Perbezaan umur 10 tahun mungkin tidak membawa apa-apa pengertian tetapi sebagai pengamal seni, cetusan idea dan ilham boleh diinspirasi berdasarkan persekitaran, sosio politik dan pendidikan pada dekad kelahiran mereka.


ROHAIZAD menggunakan skuter Vespa sebagai subjek utama dalam lukisannya.


Sinonim dengan medium cat air, Rohaizad seperti kebiasaannya membawa pengolahan alam, benda dan landskap.

Jika sebelum ini, dia banyak menggunakan basikal sebagai subjek utama, kini Rohaizad memilih skuter Vespa sebagai citra sembilan keping lukisannya.

Bereksperimen

Namun, dia masih mengekalkan suasana perkampungan yang dihiasi denai-denai sawah, rumah usang dan hutan rimba. Ia sebagai satu penghargaan kepada susunan memorinya sewaktu tinggal di Jitra, Kedah.

"Dulu, skuter Vespa banyak digunakan sebagai kemudahan pengangkutan di kampung. Banyak kenangan berkaitan Vespa melatari kehidupan saya semasa kecil," ujarnya.

Arif Fauzan pula bereksperimen dengan catan figuratif dan landskap. Melalui lukisannya seperti The Reader, Death of The Author, The Classic dan Do Not Look Down, dia semakin matang mengolah komposisi figuranya.

Penggunaan warna yang muram, tona pudar tetapi harmoni dan sapuan yang kasar mencetus perasaan nostalgia dan penuh keharuan seperti yang dipaparkan dalam The Classic.

SUZUAN menggunakan figura wanita bagi mengangkat isu-isu berkaitan feminisme.


Arif memperlihatkan kemampuannya dalam menangani medium besar berukuran 1.5 x 3 meter (m) melalui lukisan Do Not Look Down dan mampu mengisi ruang dengan imej-imej yang bersesuaian. Ia merupakan salah satu catan landskap terbesar pernah dihasilkan pelukis tempatan.

Pelukis muda, Suzuan pula melakukan percubaan dan eksperimen yang menyumbang kepada perkembangan seni kontemporari.

Pada pameran ini, dia mempamerkan dua keping catan figuratif ekspresif berukuran 1.8 x 1.5m iaitu Asal Boleh Memang Boleh dan Mambang Mabuk Minum Brandi.

Suzuan cuba bermain dengan subjek sinikal sebagai respon terhadap sosiobudaya tanah air. Dia banyak menggunakan figura wanita bagi mengangkat isu-isu semasa berkaitan feminisme.

Contohnya, Asal Boleh Memang Boleh diambil daripada poster We Can Do It karya J. Howard Miller, pada awalnya, bertujuan untuk menggalakkan kaum wanita pada tahun 1943 untuk bekerja di kilang-kilang senjata.

Namun, pada tahun 1980-an sehingga hari ini, ia digunakan sebagai ikon gerakan feminisme.

Wangian gambaran perasaan wanita

Posted:

Wangian gambaran perasaan wanita

Wangian gambaran perasaan wanita


TENG (kiri) bersama Duta Jenama Lux dan pelakon terkenal, Nur Fazura (tengah) dan Pengurus Jenama Unilever Malaysia, Siti Suhaila Abdul Hamid pada bengkel wangian eksklusif Lux di Ayer Keroh, Melaka baru-baru ini.


JENAMA kecantikan ikonik, Lux bersama pakar-pakar haruman terkemuka dunia telah bekerjasama menghasilkan sabun mandian yang diperkaya dengan wangian terbaik dan eksklusif.

Sabun mandian itu terdiri daripada wangi-wangian elegan mempersona yang menyediakan pengalaman mandian mewah sekali gus memberikan kesan keanggunan pada setiap wanita.

Sejak kewujudannya pada tahun 1925, Lux telah merevolusikan dunia sabun kecantikan dan mandian badan serta menambat jutaan hati wanita di seluruh dunia. Ini seterusnya meletakkan jenama sabun kecantikan itu pada kedudukan nombor satu dunia.

"Nadi dalam setiap sabun mandian Lux ialah wangian kerana ia merupakan bahagian penting dalam amalan kecantikan bagi setiap wanita.

"Wangian memberikan rasa positif terhadap diri. Wanita yang menggunakan sabun mandian kami, mampu menggambarkan perasaan sebenar mereka melalui kesan haruman yang berpanjangan," kata Tanya Teng, Pengurus Jenama untuk Pembersihan Kulit, Unilever (M) Sdn. Bhd. (Unilever Malaysia).

Tambahnya, dalam usaha untuk terus memberi inspirasi kepada wanita, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pakar haruman terkemuka dunia seperti Ann Gottlieb.

Pakar haruman

Gottlieb telah mencipta antara haruman yang terkenal di dunia seperti Obsession, CK One dan Eternity untuk jenama Calvin Klein, Daisy oleh Marc Jacobs dan J'Adore Christian Dior.

"Para pelanggan Lux pasti menikmati setiap mandian mereka apabila haruman tersebut dihasilkan oleh seorang pakar haruman terkemuka dunia.

"Lux membangkitkan deria dan kenikmatan tanpa tandingan terhadap pengalaman mandian dan penjagaan kulit anda. Ia suatu yang unik bagi Lux," ujar Teng.

Antara varian wangian sabun mandian Lux ialah Lux Soft Touch, Lux Velvet Touch, Lux White Impress, Lux Magical Spell dan Lux Wake Me Up.

Gottlieb bersama pasukan pembangunan wangian di pusat haruman kelas dunia, Givaudan, telah menghasilkan haruman yang kompleks dan penuh misteri seperti Lux Magical Spell.

"Saya telah menghabiskan masa selama 50 tahun bagi menghasilkan haruman-haruman eksklusif untuk individu dalam senarai A seperti Calvin Klein, Sarah Jessica Parker dan legenda industri kecantikan seperti Estee Lauder.

"Saya sangat teruja dengan usaha sama yang menjanjikan satu penemuan baharu ini," katanya.

David Boyd, Pengarah Wangian Global Givaudan turut hadir untuk mengendalikan bengkel wangian eksklusif bagi media baru-baru ini.

"Menghasilkan wangian untuk sabun mandian juga sesuatu yang kompleks sama seperti menghasilkan sebotol minyak wangi.

"Pelbagai eksperimen dan kreativiti diperlukan bagi memastikan wangian tersebut berpadanan dengan jenama, emosi pengguna dan pengalaman yang menakjubkan," ujar Boyd.

Sabun mandian Lux disediakan dalam dua saiz botol berbeza. Botol 700 mililiter (ml) dijual pada harga RM15.90 dan 220 ml pada harga RM6.00 manakala pek isian semula ditawarkan pada harga RM8.90.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman web www.unilever.com.

Sumbangan korban bantu rakyat Bangladesh

Posted:

Sumbangan korban bantu rakyat Bangladesh

Sumbangan korban bantu rakyat Bangladesh


PROGRAM 'Qorban for life' bermatlamat meringankan beban penduduk di Bangladesh di samping memastikan mereka ceria sepanjang Hari Raya Aidiladha nanti.


PRIHATIN dengan nasib saudara seagama yang miskin dan hidup serba kekurangan di Bangladesh, sebuah syarikat tempatan, Ukhuwah Tijarah Sdn. Bhd. (UTSB) menganjurkan program Qurban for life sempena sambutan Hari Raya Aidiladha tahun ini.

Pengarah Urusan UTSB, Mohd. Faizal Mohammad berkata, program dengan kerjasama Yayasan Dr. Jama Ussin dari Bagladesh itu bertujuan mengumpul sumbangan dan sedekah korban bagi menjalankan ibadat korban di negara berkenaan.

Bagi tujuan itu, katanya, pihaknya mengalu-alukan mana-mana pihak sama ada daripada agensi kerajaan, swasta atau individu yang berminat memberi sumbangan sekali gus menjayakan misi kemanusiaan yang dijalankan.

"Kadar yang ditetapkan bagi seekor lembu ialah RM1,960 manakala seekor kambing pula berharga RM480.

"Bagi satu bahagian lembu kadarnya ialah RM280 manakala sedekah korban pula ialah sebanyak RM60 seorang," katanya kepada Kosmo!.

Tambah Mohd. Faizal, program itu merupakan kemuncak daripada program-program amal yang pernah dilaksanakan UTSB di negara berkenaan sepanjang tahun ini.

"Mungkin ramai yang tidak tahu terdapat 170 juta umat Islam di Bangladesh dengan 60 peratus daripadanya berada pada paras kemiskinan.

"Justeru, program sebegini bukan sahaja dapat membantu dan meringankan beban mereka malah memeriahkan sambutan perayaan Hari Raya Aidiladha di negara berkenaan," katanya.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak bimbang tentang urusan korban berkenaan kerana wakil UTSB turut berada di negara tersebut.

"Kami turut mengeluarkan resit rasmi dan sijil penyertaan kepada mereka yang terlibat. Di samping itu juga terdapat rakaman video yang akan dihantar kepada penyumbang melalui e-mel atau video cakera digital," jelasnya.

Mereka yang berminat untuk turut serta boleh menyalurkan sumbangan ke Akaun Maybank Ukhuwah Tijarah Sdn. Bhd. bernombor 564221628561.

Maklumat lanjut, hubungi Mohd. Faizal di talian 013-302 1545 atau layari laman web http://www.ukhuwwahtijarah.com/ dan laman sosial Facebook, Ukhuwwah Tijarah Sdn. Bhd.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved