Selasa, 15 Oktober 2013

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Jutawan Indonesia beli kelab gergasi Itali

Posted:

Jutawan Indonesia beli kelab gergasi Itali

Jutawan Indonesia beli kelab gergasi Itali

15/10/2013 9:56pm

MILAN - Ahli perniagaan Indonesia, Erick Thohir telah membeli majoriti saham kelab ternama Itali, Inter Milan pada awal hari ini.

Pembelian itu telahpun disahkan oleh Presiden Kelab, Massimo Moratti.

"Thohir sudah menandatangani dokumen jual beli," ujar Moratti yang telah bertemu dua kali dengan jutawan Asia Tenggara itu sebelum ini, bagaimanapun gagal menemui kata sepakat.

Menurut laporan media Itali, Thohir perlu membeli lebih 70 peratus saham sebelum menguasai sepenuhnya kelab Nerazzurri itu.

Inter merupakan salah satu daripada tiga kelab utama di Itali, selain seteru setempat, AC Milan dan juara Serie A 2013, Juventus. - AFP

Nazri seru rakyat Amerika lawat Malaysia

Posted:

Nazri seru rakyat Amerika lawat Malaysia

Nazri seru rakyat Amerika lawat Malaysia

15/10/2013 9:33pm

NEW YORK - Tiba di New York pada Isnin selepas melawat Los Angeles dan Vancouver, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, menyeru rakyat Amerika agar melawat Malaysia, sambil menyatakan kedatangan mereka amat dialu-alukan.

Bercakap pada perhimpunan pengusaha dan agen pelancongan, media antarabangsa dan tetamu khas di Hotel Hilton New York, Mohamed Nazri memberitahu bahawa rakyat Amerika diberi kemudahan visa semasa ketibaan untuk 90 hari.

Beliau yang berada di sini untuk mempromosi Tahun Melawat Malaysia 2014 berkata, mengikut Pertubuhan Pelancongan Dunia, Malaysia dinamakan dalam senarai 10 destinasi paling dilawati di dunia.

"Kami menerima lebih 22 juta pelancong pada 2012, meningkat 1.5 peratus daripada tahun sebelumnya, dan ini jelas menunjukkan bahawa Malaysia adalah destinasi yang selamat dan kami mengalu-alukan kedatangan rakyat Amerika," katanya.

Sepuluh pasaran teratas pelancong ke Malaysia ialah dari Singapura, Indonesia, China, Thailand, Brunei, India, Filipina, Australia, Jepun dan United Kingdom. — Kira-kira 12.6 juta pelancong asing melawat Malaysia dalam tempoh enam bulan pertama 2013, menunjukkan peningkatan 7.9 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas dan menjana pendapatan RM31.18 bilion, meningkat 16.3 peratus daripada tahun sebelumnya.

Pendapatan pelancongan yang diperoleh Malaysia berjumlah RM60.6 bilion pada 2012, meningkat sebanyak 3.8 peratus berbanding 2011.

Lebih 240,000 orang dari Amerika Syarikat melawat Malaysia pada 2012, meningkat 10.8 peratus berbanding tahun sebelumnya; dan dalam setengah tahun pertama 2013, Malaysia menerima kedatangan 127,221 orang dari Amerika Syarikat, meningkat sebanyak 6.4 peratus berbanding tempoh sama tahun sebelumnya.

Malaysia menyasarkan ketibaan 248,000 pelancong dari Amerika Syarikat sepanjang tahun ini.

Kempen Tahun Melawat Malaysia 2014 menyasarkan 28 juta pelancong asing, termasuk 250,000 dari Amerika Syarikat, melawat Malaysia tahun depan. - Bernama

Marahkan isteri akibat cemburu, bayi dua minggu mati dipukul

Posted:

Marahkan isteri akibat cemburu, bayi dua minggu mati dipukul

Marahkan isteri akibat cemburu, bayi dua minggu mati dipukul

15/10/2013 9:30pm

BELURAN - Seorang bayi lelaki berusia dua minggu mati disyaki dipukul oleh bapanya di rumah kongsi pekerja ladang kelapa sawit di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 malam itu, lelaki berusia 34 tahun rakyat Indonesia itu turut mencederakan isterinya berusia 35 tahun dan tiga lagi anaknya berusia dua, empat dan tujuh tahun.

Ketua Polis Daerah Beluran, DSP Sivanathan Velautham berkata, lelaki terbabit ditahan kira-kira pukul 3.30 pagi ini di rumah kongsi pekerja itu dan polis merampas sebilah parang daripadanya.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kejadian itu bermotifkan cemburu apabila lelaki berkenaan mendakwa isterinya mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain.

Selepas pergaduhan, lelaki terbabit bertindak menikam beberapa kali kepala isterinya menggunakan gunting, katanya.

Beliau berkata lelaki itu kemudian memukul empat anaknya termasuk bayi berkenaan, anak perempuan berusia tujuh tahun dan dua tahun serta anak lelaki berusia empat tahun menggunakan besi paip.

Sivanathan berkata, bayi berkenaan mati di tempat kejadian, isteri dan anak perempuannya yang berusia dua tahun cedera parah dan dirawat di Hospital Duchess of Kent Sandakan. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved