Selasa, 15 Oktober 2013

Kosmo Online - Hiburan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Selesa tanpa hidup mewah

Posted:

Selesa tanpa hidup mewah

Selesa tanpa hidup mewah

TERKENAL dengan lakonan hebat, jolokan imej seksi dan sering bersosial dengan teman lelaki, menjadikan nama Nabila Huda atau Abil begitu kuat dalam persada seni buat masa ini.

Biarpun banyak cerita negatif yang dihamburkan kepadanya, Abil tetap dengan pendiriannya malah, tidak pernah sesekali berubah mengikut kemahuan orang mahupun peminatnya.

Tinggalkan cerita negatif tentang diri Abil, aktres berusia 29 tahun itu juga melalui pengorbanan yang besar dalam hidupnya.

Hampir dua tahun hidup sebagai ibu tunggal, Abil membesarkan Keisha dengan limpahan kasih sayang selain turut berjuang mencari rezeki dalam bidang lakonan untuk meneruskan kelangsungan hidup dan membesarkan Keisha.

Bagaimanapun, hati ibunya sedikit remuk tatkala orang lain menuding jari menyalahkannya atas kemalangan yang terjadi ke atas Keisha herhampiran Betong, Pahang pada awal September lalu.

Lindungi Keisha

Selepas insiden tersebut, adakah Abil lebih bersikap pelindung kepada Keisha?

Luah Abil, jika kemalangan tersebut tidak berlaku, sebagai ibu dia sentiasa melindungi anak perempuannya itu dengan sebaik-baiknya.

"Sebagai ibu saya sendiri yang tahu macam mana susahnya mengandung dan melahirkannya. Walaupun kemalangan tersebut tidak berlaku, saya sentiasa melindunginya sepanjang masa," luahnya ketika ditemui pada sesi penggambaran drama Dia Suamiku di Bukit Jelutong, Shah Alam baru-baru ini.

Bicara Abil lanjut, selepas insiden tersebut, dia lebih berhati-hati untuk membawa anaknya ke lokasi penggambaran.

NABILA mengakui dia tidak boleh berjauhan dengan anaknya, Keisha dan sanggup membawanya bersama ke set penggambaran drama lakonannya.


Bagaimanapun, dia juga tidak sanggup berjauhan dengan Keisha dan disebabkan itu, dia terpaksa juga membawa anaknya itu ke lokasi.

Namun, Abil akui akan memastikan Keisha selesa dan selamat setiap kali mengikutnya ke lokasi penggambaran.

"Saya sebenarnya tidak boleh berjauhan dengan dia (Keisha). Disebabkan itu, jika melibatkan penggambaran selama seminggu lebih saya akan membawanya ke lokasi," jelas Abil.

Bakal pulang menyambut Aidiladha di kampung neneknya, di Johor Bahru, Abil turut berkongsi erti pengorbanan sebagai seorang ibu dan juga pelakon.

Bagi Abil, pengorbanan paling besar yang dilakukannya apabila menjadi pelakon, tetapi tidak mempunyai masa yang cukup untuk anak dan dirinya.

"Saya sedar kehidupan saya menjadikan masa untuk bersama Keisha dan juga diri sangat terhad. Namun, saya tidak pernah menyesal dengan apa yang saya buat (berlakon) kerana ia membuatkan saya gembira," tuturnya.

Tidak mahu VIP

Bersyukur hidup secara sederhana tanpa limpahan duit, Abil juga menolak anggapan sesetengah pihak yang mengatakan artis sering memburu golongan VIP kerana tamakkan duit.

Bagi Abil, dia tidak perlu hipokrit menyayangi golongan tersebut semata-mata kerana duit tetapi hatinya tidak gembira.

"Saya bersyukur dengan kehidupan seperti ini. Saya tidak pernah terfikir untuk kejar Tan Sri atau orang kaya. Sebabnya, saya tidak mahu hipokrit menyayangi mereka tetapi perasaan sendiri tidak gembira," luahnya yang sesekali memeluk Keisha ketika sesi temu bual berlangsung.

Ujar Abil, sebagai seorang yang hidup dalam dunia realistik, dia hanya memerlukan seorang lelaki biasa yang mampu dipertanggungjawabkan sebagai ketua keluarga selain menyayangi dirinya sebaik mungkin.

Begitu juga dalam bidang lakonan apabila dia tidak pernah meletakkan standard agar sesebuah produksi itu perlu membayarnya mahal melihat populariti yang dikecapinya sekarang.

Ujar Abil, dia sentiasa ingat asal usul dan sentiasa mengingatkan diri supaya tidak mementingkan duit sebaliknya memikirkan kebahagiaan anak dan dirinya.

"Sejak dahulu, saya tidak pernah meletakkan harga perkhidmatan saya setiap kali dipanggil bekerja. Ini kerana, saya gembira dengan pekerjaan saya dan saya percaya pihak penerbit boleh menilai harga kerja saya dari semasa ke semasa. Kini, kebanyakan penerbit meletakkan harga yang hampir sama untuk mendapatkan khidmat saya sebagai pelakon mereka," ujarnya.

NABILA mengakui enggan hipokrit apabila diajukan tentang isu artis yang dikatakan sering memburu golongan VIP kerana wang ringgit.


Watak baik

Sering melihat Abil dalam lakonan antagonis, kali ini menerusi drama Dia Suamiku, aktres itu memainkan karakter sebagai seorang isteri bernama Aisyah yang sanggup mengorbankan cita-citanya sebagai pereka fesyen bagi menumpukan sepenuh perhatian terhadap suami dan anaknya.

Bagaimanapun pengorbanan Aisyah sia-sia apabila suaminya mula bermain cinta dengan Hana (lakonan Yana Samsudin).

Ramai yang menganggap anak kepada penyanyi rock hebat, Amy Search itu suka membawakan watak antagonis sebaliknya, akui Abil, sebenarnya watak baik menjadi pilihannya kerana ia sukar untuk dibawa.

"Sebenarnya saya lebih senang membawakan watak baik berbanding jahat dalam drama. Sebab watak baik ini perlu banyak bermain dengan perasaan dalaman," ungkapnya lagi.

Mengulas mengenai lakonan bersama Fauzi Nawawi, kata Abil, ia merupakan gandingan kali pertama mereka sebagai suami isteri.

Meniti dasar hatinya, Abil turut disoal bagaimana berlakon di samping Fauzi yang diakui merupakan seorang pelakon yang berkaliber, selain aktor sering digosip mempunyai skandal dengan ramai wanita.

Bagi Abil, dia selesa berlakon di samping Fauzi. Malah, dia melabelkan suami aktres Lisdawati itu sebagai seorang yang kelakar.

"Saya tiada masalah berlakon dengan dia atau sesiapa. Saya akan selesakan diri. Saya juga akan cuba bina keserasian apabila berlakon dengannya.

"Sebenarnya dia (Fauzi) seorang yang kelakar walaupun raut wajahnya kelihatan garang," ujarnya.

Johan hadiri showcase Shila

Posted:

Johan hadiri showcase Shila

Johan hadiri showcase Shila

SHILA turut mengalunkan lagu-lagu daripada album terbaharunya.


PENTHOUSE @ The Icon yang terletak di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur menjadi saksi buat peminat, penonton dan media untuk menonton persembahan terbaharu penyanyi yang kini sedang menempa nama di luar negara, Shila Amzah menerusi showcase pertama dalam rangka perancangan awal sebelum kemunculan konsert mega dirinya pada tahun hadapan.

Shila yang sibuk di luar negara mengambil masa yang singkat ini untuk membuat showcase sebagai apresiasi dan berterima kasih kepada peminat dan rakan media yang sentiasa menyokong kerjaya seninya. Selain itu, showcase ini bertujuan untuk memperkenalkan album terbaharu beliau.

"Ini merupakan showcase saya yang pertama dan bertujuan hadiah saya kepada peminat. Showcase ini saya kira adalah satu praktis untuk menjadi lebih baik dalam jangka masa yang panjang dan ingin melihat sejauh mana penghargaan peminat kepada saya untuk terus bernyanyi di industri tanah air.

"Selain itu, showcase ini bertujuan untuk memperkenalkan album terbaharu saya yang memuatkan tujuh buah lagu kesemuanya dan kesemua lagu-lagu yang terdapat dalam album ini adalah hasil karya saya.

"Malah, saya mahu mereka yang hadir pada hari ini mendapat satu pengalaman yang berharga sebagaimana saya di studio untuk menyiapkan lagu-lagu di dalam album ini," ujarnya.


PERSEMBAHAN memukau Shila menerusi showcase yang meriah dan penuh bertenaga.


Showcase yang berlangsung penuh meriah dan bertenaga itu menjadi satu persembahan yang cukup bermakna dan menggamatkan suasana, khususnya buat penonton yang hadir. Shila antaranya turut mengalunkan lagu-lagu daripada album terbaharunya seperti Maaf, Masih Aku Cinta, Cinta Hati dan Tulus.

Menambahkan lagi kemeriahan persembahannya kali ini, Shila tidak ketinggalan mendendangkan lagu medley yang pernah dipersembahkan pada pertandingan Asian Wave 2012 di Shanghai, China.

Majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran artis-artis ternama yang hadir sebagai penonton yang termasuklah Datuk Siti Nurhaliza dan Datuk DJ Dave.

Namun kehadiran pelakon Johan As'ari yang pernah digosip mempunyai hubungan cinta dengan Shila turut meraih perhatian. Namun, Shila seakan sudah bersedia dengan jawapan kepada persoalan itu.

Katanya: "Kehadiran Johan adalah atas jemputan dan jemputan diuruskan sepenuhnya oleh ibu saya. Saya dan Johan hanyalah teman rapat.

"Buat masa sekarang saya lebih selesa begini kerana saya ingin menumpukan sepenuhnya tentang kerjaya seni. Malah, saya akan ke Singapura untuk majlis Anugerah Planet Muzik 2013 kerana tercalon dalam lima kategori dan sebelum itu akan membuat persembahan kebajikan di sana." - NAJIY JEFRI

Kenapa sekarang mengaku tunang saya? - Wawa

Posted:

Kenapa sekarang mengaku tunang saya? - Wawa

Kenapa sekarang mengaku tunang saya? - Wawa

ISU Wawa dan Aeril yang berkahwin sebanyak dua kali masih diperkatakan ramai.


BELUM reda isu pengakuan berkahwin, isteri pelakon Aeril Zafrel, Wawa Zainal sekali lagi dilanda 'badai'. Kali ini, pelakon cantik berusia 21 tahun itu dikatakan masih tunangan orang sewaktu bernikah dengan Aeril pada 25 Februari 2012.

Dakwaan tersebut dikeluarkan sendiri oleh individu yang dikenali hanya sebagai Rashid yang mendakwa dirinya sebagai tunangan Wawa itu tersiar dalam sebuah akhbar mingguan, Ahad lalu.

Kosmo! berjaya menghubungi pelakon yang kini muncul dengan filem Longkai tersebut yang menegaskan ini merupakan kali pertama dia menjawab panggilan telefon pihak media selepas kali terakhir muncul bersama Aeril pada sidang akhbar, Jumaat 11 Oktober lalu.

Wawa tidak menafi atau mengiyakan status dirinya yang dikatakan masih 'tunang orang ' seperti yang didakwa Rashid, namun dia mempunyai sesuatu untuk dijelaskan kepada umum berhubung isu tersebut.

Kosmo!: Benarkah Wawa adalah tunangan seorang guru sekolah bernama Rashid semasa anda bernikah dengan Aeril seperti yang didakwa seorang lelaki pada Ahad lalu?

WAWA: Sebenarnya saya tidak mahu memberi apa-apa komen berkaitan dengan isu ini kerana saya sendiri juga tidak tahu untuk menjelaskan keadaan kami. Ini kerana perbincangan tersebut (hubungan) berlaku antara ibu bapa saya dan juga ibu bapa pihak lelaki itu.

Saya akui, saya memang mengenali lelaki tersebut, namun kami juga sudah hampir empat tahun tidak berhubung dan saya hairan kenapa baru sekarang dia muncul dan mengaku bahawa dia adalah tunang saya. Atau mungkin dia diminta untuk tampil secara sengaja dan diminta untuk timbulkan isu ini?

Adakah benar dakwaan Rashid bahawa anda pernah menumpang di rumah adik perempuannya semasa anda kali pertama jejakkan kaki di Kuala Lumpur?

Ya, saya mengaku pernah menumpang di rumah adik lelaki tersebut seperti yang didakwa. Saya memang datang ke Kuala Lumpur selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2010, sebelum saya menjadi artis. Bagaimanapun, sama seperti mana saya tidak berhubung dengan lelaki tersebut, begitu juga dengan adiknya. Kali terakhir saya berhubung dengan lelaki tersebut adalah kira-kira hampir empat tahun lalu dan kini memang telah terputus hubungan.

Beralih kepada soalan berkaitan perkahwinan Wawa dengan Aeril, apakah komen anda tentang kenyataan akhbar Penasihat Agama Johor, Datuk Noh Gadut yang mengatakan bahawa pasangan berkahwin hanya perlu hadir ke pejabat agama untuk mengesahkan pernikahan mereka (dengan membawa saksi termasuk wali dan bukti mengatakan mereka sudah bernikah) tanpa perlu bernikah kali kedua?

Saya minta maaf, saya tidak arif untuk memberi komen tentang isu ini. Jadi saya kira lebih baik merujuk terus kepada peguam saya, Zulhasmi Zakaria.

Bagaimanakah dengan kehidupan Wawa selepas pendedahan status perkahwinan kalian?

Sejujurnya, saya masih dalam trauma dengan wartawan selepas dihentam dengan teruk sekali pada majlis sidang akhbar pada Jumaat lepas. Bagaimanapun, saya rasa lega dan bahagia kini dengan kehidupan bersama Aeril dan anak kami, Ahmad Fakhruddin Attar.

Adakah Wawa masih dengan keputusan untuk memberi fokus terhadap anak dan akan kembali aktif dalam dunia seni pada satu tempoh yang ditetapkan?

Sebenarnya, saya ada mendapat tawaran berlakon daripada produksi luar (bukan MIG) dan drama daripada stesen televisyen TV3 dan TV9. Namun, seperti yang saya putuskan, saya akan tetap memberi fokus buat anak saya dulu dan merancang menjaganya sendiri sehingga dia berusia empat atau lima bulan sebelum kembali aktif.

Dari mana anda mendapat kekuatan berhadapan dengan kemelut ini?

Secara jujurnya, saya mendapat kekuatan untuk berhadapan dengan masalah ini daripada anak kami. Cuma, Aeril, buat masa ini, dia masih berada dalam keadaan yang sangat tertekan sehingga tidak keluar rumah kecuali untuk penggambaran. - HAIKAL RAMAN

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved