Selasa, 15 Oktober 2013

Kosmo Online - Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Peluru dalam kerongkong budak

Posted:

Peluru dalam kerongkong budak

Peluru dalam kerongkong budak

Oleh MOHD. AZLI ADLAN
azli.adlan@kosmo.com.my

RUMAH tempat seorang anggota polis berpangkat sarjan terlepas tembakan yang mengenai seorang budak lelaki ketika mangsa melalui jalan tar mini (kanan) di Kampung Belanja Kiri dekat Parit, Perak kelmarin.


PARIT - Seorang anggota polis tidak menyangka kepulangannya untuk menyambut Hari Raya Aidiladha bersama keluarga mertua di Kampung Belanja Kiri dekat sini berakhir dengan tragedi kelmarin.

Dalam kejadian pada pukul 4.30 petang itu, suspek yang berpangkat sarjan dipercayai terlepas tembakan menyebabkan seorang budak lelaki cedera parah.

Mohd. Amar Mohd. Azizi, 10, yang cedera di leher dikejarkan ke sebuah klinik berdekatan sebelum dirujuk ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh bagi menjalani pembedahan membuang peluru di dalam kerongkongnya.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Fakri Che Sulaiman (gambar kecil) berkata, kejadian dipercayai berlaku ketika anggota itu yang duduk di atas tangga di hadapan rumah mertuanya sedang mengosongkan peluru daripada pistol jenis P99.

"Tiba-tiba satu das tembakan terlepas mengenai leher seorang budak lelaki yang kebetulan lalu di hadapan rumah mertua anggota tersebut.

"Mangsa yang cedera rebah di atas jalan tar mini mini dan dikejarkan ke klinik berhampiran bagi mendapatkan rawatan " katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Nyaris maut dilanggar bapa

Posted:

Nyaris maut dilanggar bapa

Nyaris maut dilanggar bapa

Oleh NADZARUL AMIR ZAINAL AZAM
amir.azam@kosmo.com.my


MOHD. FARISH


KUALA TERENGGANU – Nyawa seorang bayi lelaki berusia setahun empat bulan masih panjang apabila dia hanya luka di badan selepas dilanggar sebuah kereta yang sedang diundur bapanya semalam.

Kejadian pada pukul 9 pagi di Kampung Kemat Hulu Terengganu di sini berlaku ketika bapa bayi itu, Mohd. Farish Hakimi Mohd. Faizal sedang mengundurkan kereta Perodua Viva miliknya.

Cerita bapa mangsa, Mohd. Faizal Ibrahim, 31, ketika kejadian, dia yang pulang beraya di kampung mertuanya mahu pergi ke kedai sementara menunggu isterinya bersiap untuk balik ke rumah mereka di Kampung Wakaf Mempelam di sini.

"Mohd. Farish beria-ia masuk ke dalam kereta untuk mengikut saya ke kedai.

"Saya terpaksa ambil dia dan meletakkannya semula di atas beranda tempat dia bermain. Saya lakukan perkara sama sebanyak tiga kali," katanya ketika ditemui di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini.

Menurut lelaki itu, dia kemudian masuk semula ke dalam kereta selepas yakin anak kedua daripada tiga beradik tersebut berada di dalam rumah.

Jelas Mohd. Faizal, dia hanya menyedari mangsa dilanggar apabila terasa seperti terlanggar sesuatu objek ketika sedang mengundurkan kereta Perodua Viva itu.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Warga asing dalang edar syabu dalam ladang kelapa sawit diberkas

Posted:

Warga asing dalang edar syabu dalam ladang kelapa sawit diberkas

Warga asing dalang edar syabu dalam ladang kelapa sawit diberkas


MADANG menunjukkan pasport suspek warga asing yang dirampas bersama dadah pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Bintulu, Sarawak semalam.


BINTULU - Polis menumpaskan kegiatan pengedaran dadah yang dijalankan oleh kumpulan warga asing dengan penahanan 17 suspek termasuk lima wanita dua serbuan berasingan di daerah ini pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintendan Madang Usat berkata, dalam serbuan pertama pada pukul 5.50 pagi, pihaknya menahan dua pemuda berusia 20-an di Batu 36, Jalan Bintulu-Miri dekat Simpang Bakun di sini.

"Bersama dua lelaki termasuk seorang rakyat tempatan itu, kita merampas sejumlah dadah disyaki syabu.

"Tidak lama kemudian, kita menahan 15 lagi suspek yang terdiri daripada 10 lelaki dan lima wanita warga asing berusia 22 hingga 38 tahun di sebuah rumah teres dua tingkat di Jalan Tun Hussein Onn di sini," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved