Jumaat, 11 Oktober 2013

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


159 mangsa bot ekspres Kawan Mas terima wang ihsan

Posted:

159 mangsa bot ekspres Kawan Mas terima wang ihsan

159 mangsa bot ekspres Kawan Mas terima wang ihsan

11/10/2013 9:11pm

KAPIT - Sekumpulan 159 mangsa terselamat dalam tragedi bot ekspres Kawan Mas yang karam di Giam Bungan di Belaga pada 28 Mei lepas, menerima bantuan wang ihsan daripada kerajaan hari ini.

Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Alfred Jabu yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bantuan Bencana Alam Negeri, menyampaikan wang ihsan itu sumbangan Majlis Keselamatan Negara dan Yayasan 1Malaysia.

Setiap mangsa yang terselamat menerima RM1,000 manakala keluarga tiga mangsa yang meninggal dunia pula masing-masing mendapat RM10,000.

Tiga penduduk tempatan yang paling awal menyelamatkan mangsa menerima RM3,000 seorang.

Ketika berucap di majlis itu, Jabu berkata kerajaan negeri membuat keputusan menghentikan operasi mencari dan menyelamat selepas 24 hari disebabkan keadaan sungai yang sukar dan berbahaya.

"Dalam mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Alam Negeri pada 19 Jun, kami dinasihati polis bahawa Kawan Mas terbenam jauh ke dalam sungai dan sangat berisiko untuk pasukan penyelam mengesan serta mengapungkannya.

"Namun sebaik sahaja tragedi itu berlaku pada 28 Mei, kerajaan dan semua pihak yang terlibat telah melakukan yang terbaik," katanya.

Jabu berkata, telah disahkan bahawa 222 penumpang berhimpit-himpit di dalam bot ekspres menghala Kapit/Sibu yang karam kira-kira 8.30 pagi di Sungai Rajang selepas terlanggar balak yang separuh tenggelam dan kemudiannya mengalami masalah enjin.

"Daripada jumlah itu 219 terselamat manakala tiga lagi meninggal dunia," katanya.

Beliau berkata 60 lagi mangsa yang terselamat akan menerima bantuan wang ihsan di sini minggu depan. - Bernama

Aeril Zafrel, Wawa Zainal mengaku telah bernikah dua kali

Posted:

Aeril Zafrel, Wawa Zainal mengaku telah bernikah dua kali

Aeril Zafrel, Wawa Zainal mengaku telah bernikah dua kali

11/10/2013 7:29pm

PETALING JAYA - Pasangan pelakon Aeril Zafrel dan Wawa Zainal akhirnya mengaku telah berkahwin dua kali pada tarikh 25 Fabruari 2012 dan 4 Februari 2013 di lokasi yang sama iaitu Taman Datuk Harun, Petaling Jaya, Selangor.

Perkahwinan dua kali itu dilaksanakan untuk mendapatkan status yang sah kepada anak pasangan itu untuk didaftarkan di bawah Jabatan Pendaftaran Negara.

Perkara itu didedahkan Aeril dalam sidang akhbar tergempar di Restoran Western 114, Neo Damansara, di sini hari ini. Wawa Zainal turut hadir dengan imej berhijab.

Pernikahan Aeril dan Wawa kali pertama berwalikan bapa Wawa, Zainal Abidin Sulong dan disaksikan oleh pengurus peribadi Aeril, Shahriman Wahab.

Menerusi pernikahan pertama, Aeril dan Wawa mengaku telah dikurniakan seorang cahaya mata bernama Ahmad Fakhruddin Attar yang dilahirkan pada 24 Ogos 2013 di sebuah hospital swasta di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. - KOSMO!

MotoGP: Hafizh Syahrin sasar 10 terbaik pada sesi kelayakan esok

Posted:

MotoGP: Hafizh Syahrin sasar 10 terbaik pada sesi kelayakan esok

MotoGP: Hafizh Syahrin sasar 10 terbaik pada sesi kelayakan esok

11/10/2013 7:15pm

SEPANG - Pelumba Petronas Raceline Malaysia Hafizh Syahrin Abdullah menyasarkan untuk berada pada kelompok 10 terbaik pada sesi kelayakan perlumbaan Grand Prix Motosikal (MotoGP) Malaysia di Litar Sepang esok.

Pelumba wild card Moto2 itu mencatat masa dua minit 0.900 saat dalam sesi latihan bebas kedua dengan kedudukan ke-14. Pada sesi latihan pertama, Hafizh Syahrin mencatat masa 2:09.668s di kedudukan ke-15.

"Saya berpuas hati dalam sesi latihan kedua hari ini. Pada sesi latihan pertama, jentera saya mengalami masalah enjin, selepas tukar enjin jentera bertambah baik, saya juga dapat meningkatkan catatan masa yang baik.

"Semasa sesi latihan kedua tadi saya hampir berada dalam kelompok 10 terbaik, kalau dibandingkan catatan masa saya dengan pelumba yang berada pada kedudukan kedua hari ini (Thomas Luthi dari pasukan Interwetten Paddock Moto2 Racing), beza masa kami hanya 0.09 saat," katanya kepada pemberita selepas selesai sesi latihan di sini hari ini.

Pada sesi latihan kedua hari ini, Esteve Rabat dari pasukan Tuenti HP40 mencatat masa terpantas dengan 2:07.321s diikuti Thomas Luthi (pasukan Interwetten Paddock Moto2 Racing) dengan catatan masa 2:08.030. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved