Kosmo Online - Komuniti Kita |
- 27 kakitangan DOSH takluk Gunung Kinabalu
- Ikram hulur bantuan raya haji kepada 16 buah negara
- 100 staf UIA sertai kem ibadah
27 kakitangan DOSH takluk Gunung Kinabalu Posted: 27 kakitangan DOSH takluk Gunung Kinabalu
CABARAN. Seramai 27 orang kakitangan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) menyertai ekspedisi mendaki Gunung Kinabalu, Sabah baru-baru ini. Ekspedisi itu bertujuan meraikan Hari Malaysia sekali gus mampu menaikkan semangat patriotik dalam kalangan peserta. Penyelaras program, Siti Hawa Sidek berkata, ekspedisi itu menjadi momen indah yang tidak dapat dilupakan oleh para peserta. | |
Ikram hulur bantuan raya haji kepada 16 buah negara Posted: Ikram hulur bantuan raya haji kepada 16 buah negara![]() NAHAR (tengah) bersama sekretariat QKU Ikram menunjukkan poster Program Qurban Kasih ketika ditemui di Taman Melawati, Kuala Lumpur baru-baru ini. SUMBANGAN. Sebanyak 16 buah negara bakal menerima sumbangan daging korban dan bantuan kewangan hasil sumbangan rakyat Malaysia melalui program Qurban Kasih Ummah (QKU) anjuran Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram). Menurut Pengarah Sekretariat QKU, Nahar Mohd. Nor, Ikram akan mengagihkan daging korban kepada penduduk beragama Islam di Lebanon, Sudan, Indonesia, Filipina, Kemboja, Afghanistan, Sri Lanka, Myanmar, Thailand, Bangladesh, Pakistan, Iraq, Vietnam dan tidak terkecuali Malaysia. Bagi yang berminat menghulurkan bantuan untuk dana Ikram boleh melayari laman web www.ramadhan-qurban.org atau di talian 03-4108 9669/03-4105 3159. | |
100 staf UIA sertai kem ibadah Posted: 100 staf UIA sertai kem ibadah![]() KAKITANGAN UIA bergambar kenangan pada majlis makan malam sempena Kem Ibadah 2013 di George Town, Pulau Pinang baru-baru ini. CERIA. Seramai 100 orang termasuk 49 kakitangan Bahagian Teknologi Maklumat Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Gombak menghadiri Kem Ibadah 2013 yang diadakan di sebuah hotel di Batu Feringghi, George Town, Pulau Pinang baru-baru ini. Pengerusi program, Nuraqmar A. Amirudin berkata, program selama tiga hari dua malam itu bertujuan untuk mengeratkan silaturahim antara petugas bahagian berkenaan dan menambahkan lagi ilmu-ilmu Islam di dada. Katanya, pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang kem berlangsung seperti ceramah agama, qiamulaill, lawatan ke masjid bersejarah dan Bukit Bendera, sukaneka serta majlis makan malam. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Komuniti Kita To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan