Sabtu, 26 Oktober 2013

Kosmo Online - Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Bunuh sebab dengar bisikan ghaib

Posted:

Bunuh sebab dengar bisikan ghaib

Bunuh sebab dengar bisikan ghaib

Oleh MOHD. TURMADZI MADUN
turmadzi.madun@kosmo.com.my

GAMBAR fail menunjukkan suspek yang cedera digari sebelum dibawa ke HKL untuk rawatan akibat dibelasah orang ramai.


KUALA LUMPUR – Seorang lelaki yang mengamuk di dua buah stesen transit aliran ringan (LRT) Gombak dan Taman Melati di sini Khamis lalu didakwa telah mendengar suara ghaib yang mengarahkannya untuk membunuh.

Sumber berkata, penagih dadah berusia 26 tahun tersebut kini diletakkan di bawah pengawasan Unit Psikologi dan Kaunseling Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi memastikan tahap kesihatan mentalnya yang dikatakan mengalami gangguan.

Katanya, setakat ini siasatan kes sudah hampir 50 peratus dengan polis telah mengambil keterangan daripada ramai saksi bebas yang melihat kejadian itu di dua tempat berkenaan.

Bagaimanapun katanya, keterangan daripada suspek yang berasal dari Segamat, Johor itu masih belum direkodkan memandangkan sekarang bukan masa yang sesuai untuk berbuat demikian.

"Doktor di HKL mengesahkan kepada kita suspek merupakan seorang penagih dadah selepas ujian air kencing yang dilakukan ke atasnya menunjukkan keputusan positif.

"Setakat ini, tidak banyak yang diketahui mengapa suspek bertindak demikian namun siasatan awal mendapati selain mengalami masalah mental, dia juga mendakwa sering mendengar suara ghaib yang menyuruhnya melakukan pembunuhan atas sebab-sebab yang belum dapat dipastikan lagi," katanya kepada Kosmo! Ahad di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kurangkan makanan bergula

Posted:

Kurangkan makanan bergula

Kurangkan makanan bergula

YAN - Semua peniaga diingatkan supaya tidak menaikkan harga barang makanan berasaskan gula sesuka hati berikutan pemansuhan subsidi bahan tersebut sebanyak 34 sen sekilogram berkuat kuasa semalam.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek berkata, pemansuhan subsidi itu tidak memberi kesan ketara, justeru tiada sebab harga barangan berasaskan gula perlu dinaikkan sesuka hati.

Beliau berkata, dalam konteks ini, peniaga perlu bersama kerajaan untuk membantu mengurangkan barang makanan berasaskan gula di pasaran.

"Rakyat pula perlu melihat pemansuhan harga gula tersebut daripada sudut positif termasuk bagi mengurangkan jumlah pesakit diabetes di negara ini yang membimbangkan.

"Kerajaan membuat keputusan kurang popular tetapi memberikan keuntungan kepada rakyat," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Jom Check Motor di Taman Mahsuri, Sungai Limau di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Polis cari penyebar klip video

Posted:

Polis cari penyebar klip video

Polis cari penyebar klip video

KUALA LUMPUR - Polis telah mengambil keterangan dua anggotanya dari Balai Polis USJ, Subang Jaya bagi membantu siasatan berhubung penyebaran klip video rakaman kes tembak mati seorang Pegawai Operasi AmBank di Jalan USJ Sentral 2, Rabu lalu.

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd. Shukri Dahlan, keterangan kedua-dua anggota itu telah dirakam bagi membolehkan siasatan terperinci dijalankan.

"Kita juga akan menjalankan siasatan ke atas pekerja di bank itu bagi mengesan pihak yang bertanggungjawab menyebarkan gambar mangsa mati ditembak di dalam bilik kebal," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Dalam kejadian itu, mangsa, Norazita Abu Talib, 37, ditembak di muka oleh seorang pengawal keselamatan bank yang dikenali sebagai Ardi Hamza, 37, selepas mangsa membuka pintu bilik kebal bank itu.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved