Rabu, 18 September 2013

Kosmo Online - Sukan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


FAM kenal pasti tiga calon hebat

Posted:

FAM kenal pasti tiga calon hebat

FAM kenal pasti tiga calon hebat

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my

KONTRAK Rajagobal (kanan) bersama FAM akan tamat pada 31 Disember depan.


SPEKULASI mengenai pengganti Datuk K. Rajagobal sebagai ketua jurulatih Harimau Malaya semakin bertiup kencang apabila Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengesahkan telah menerima permohonan daripada tiga pengendali bertaraf dunia yang berminat mengisi jawatan tersebut.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin memberitahu, pihaknya telah menapis senarai jurulatih berdasarkan kemampuan calon-calon tersebut.

Sebelum ini, bekas jurulatih Jepun, Philippe Troussier antara calon paling 'panas' dikaitkan sebagai pengganti Rajagobal selepas FAM dikatakan sedang berusaha untuk mendapatkan khidmatnya.

Sebagai rekod, Troussier berjaya membimbing skuad Samurai Biru itu beraksi di peringkat kalah mati Piala Dunia 2002 di Jepun dan Korea selain menjulang Piala Asia tahun 2000.

Hamidin yang menepis laporan media bahawa FAM serius untuk mendapatkan khidmat Troussier menegaskan, pihaknya telah menerima tiga permohonan daripada jurulatih yang memiliki pencapaian cemerlang berbanding pengendali kelahiran Perancis itu.

Difahamkan, bekas jurulatih skuad utama Liverpool, Alex Miller selain legenda Jerman, Rudi Voller adalah antara tiga individu tersebut.

"Sebenarnya ada lagi calon yang telah kemukakan permohonan (jawatan jurulatih Harimau Malaya), malah mungkin (status) mereka lebih hebat daripada Troussier.

"Permohonan kini terus meningkat setiap hari dan seperti yang saya katakan sebelum ini, itu adalah hak jurulatih yang berminat untuk menghantar permohonan mereka.

"Saya tidak dapat memberitahu siapakah individu terbabit kerana buat masa ini, peringkat (untuk mencari pengganti Rajagobal) masih belum ada dan kami sebenarnya tidak pernah membuka jawatan tersebut," katanya kepada pemberita di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.

Hamidin memberitahu, pihaknya masih memberikan perhatian terhadap perkembangan Rajagobal yang diletakkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi membimbing Harimau Malaya layak secara automatik ke pusingan akhir Piala Asia 2015.

Hamidin menegaskan, buat masa ini FAM belum memberi kata putus mengenai masa depan Rajagobal yang berkemungkinan akan dilanjutkan kontraknya jika beliau berjaya mencapai KPI yang ditetapkan.

"Peluang Harimau Malaya masih belum tertutup (pada kempen kelayakan Piala Asia).

"Ini kerana perlawanan terakhir menentang Yemen bakal menjadi penentu nasib Harimau Malaya dalam saingan kelayakan Piala Asia.

"Selepas itu baru FAM akan tampil membuat satu kenyataan sama ada mahu melanjutkan kontrak Rajagobal atau sebaliknya," katanya.

Langkah Kelantan makin bergaya

Posted:

Langkah Kelantan makin bergaya

Langkah Kelantan makin bergaya

Oleh KHAIRI MOHAMAD
khairi.mohamad@kosmo.com.my


TONGGAK Kelantan, Azizi Mat Rose (kanan) diasak Owona pada aksi Piala Malaysia di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah malam kelmarin.


KEMENANGAN 3-1 ke atas Terengganu di gelanggang lawan malam kelmarin ternyata membuka laluan lebih cerah buat Kelantan mara ke saingan suku akhir Piala Malaysia.

Sebelum bertandang ke Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, Kelantan diramal menghadapi tugas getir untuk sekurang-kurangnya membawa pulang satu satu.

Bagaimanapun, Kelantan membuktikan betapa mereka benar-benar mahu mempertahan kejuaraan yang dimenangi musim lalu apabila mudah membenam Terengganu di hadapan ribuan penyokong skuad Peteh itu.

Percaturan pengendali Kelantan, Bojan Hodak meletakkan tiga pemain tengah, Shakir Shaari, Mohd. Badhri Radzi dan Zairo Anuar Zailani ternyata memberi impak sehingga membolehkan The Red Warriors pulang dengan tiga mata berharga.

"Sebenarnya kemenangan 3-1 ke atas Terengganu di hadapan ribuan penyokong mereka bukan suatu yang mudah.

"Mereka mempunyai pemain serangan yang baik tetapi kami berjaya mendominasi bahagian tengah sehingga menyebabkan mereka agak sukar untuk bergerak dan melakukan sesuatu," kata Hodak ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Mengulas mengenai persembahan Dickson Nwakaeme, Hodak tidak berpuas hati dengan aksi yang dipamerkan tonggak import dari Nigeria itu biarpun hanya diturunkan dalam tempoh kurang 45 minit.

"Saya tidak gembira dengan persembahannya (Dickson) kerana dia memiliki banyak peluang dan gagal menyudahkannya. Namun, perlu diingat dia baru sahaja pulih daripada kecederaan serta cuba mencari kembali rentak.

"Saya fikir sumbangannya termasuk terlibat dalam menghasilkan gol ketiga yang dijaringan oleh Piya (Badhri) itu sudah mencukupi. Dia perlu bersedia untuk perlawanan seterusnya dan cergas secepat mungkin," ujarnya.

Pada aksi kelmarin, Kelantan terlebih dulu memecahkan kebuntuan pada minit ke-27 menerusi jaringan sendiri kapten Terengganu, Hasmizan Zakaria yang tertampan bola ke gawang sendiri.

Babak kedua menyaksikan Kelantan terus menjarakkan kedudukan apabila Indra Putra Mahayuddin menanduk bola hantaran Badhri pada minit ke-56.

Terengganu berjaya merapatkan defisit gol apabila Ashaari Samsudin meledak gol pada minit ke-74.

Badhri melengkapkan malam gemilang Kelantan menerusi gol ketiga lima minit sebelum perlawanan tamat.

Penyokong Johor cetus kekecohan

Posted:

Penyokong Johor cetus kekecohan

Penyokong Johor cetus kekecohan

Oleh TAUFIK SALIMIN
sukan@kosmo.com.my


SEBAHAGIAN penyokong Johor berkumpul di hadapan bilik persalinan pemain
di Stadium Perbandaran Pasir Gudang malam kelmarin.


HAMPIR 2,000 penyokong setia Johor membuat kecoh di pekarangan Stadium Perbandaran Pasir Gudang kerana kecewa dan tidak berpuas hati dengan keputusan seri antara Johor dan Sime Darby pada saingan Kumpulan A kempen Piala Malaysia malam kelmarin.

Difahamkan, kekecohan tersebut timbul kerana penyokong Johor beranggapan keputusan seri tersebut telah diatur memandangkan ia telah tersebar menerusi laman sosial Facebook sejak seminggu yang lalu.

Pengurus Johor, Onn Jabbar berkata, perkara itu menjadi serius kerana secara kebetulan keputusan perlawanan kelmarin sama dengan dakwaan yang terdapat dalam laman sosial tersebut.

"Sebenarnya mereka (penyokong) tidak berpuas hati dengan beberapa pemain Johor kerana menganggap perkara itu sudah dirancang dan mendakwa mereka tertipu apabila secara kebetulan keputusan pada perlawanan itu sama seperti dalam dakwaan tersebut," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Onn bagaimanapun menafikan terdapat unsur-unsur mengatur perlawanan atau bookie yang melibatkan para pemainnya.

Katanya, penyokong hanya bertindak melulu dan mempercayai dakwaan tersebut tanpa memaklumkan perkara tersebut kepada pihak pengurusan pasukan.

"Sepatutnya mereka memberitahu kepada pihak pengurusan kerana antara kami sudah mengenali dan perkara itu boleh disiasat dengan lebih terperinci," katanya.

Onn turut memaklumkan, disebabkan kejadian itu, pihak pengurusan membawa beberapa pemain dan jurulatih bersemuka dengan penyokong bagi menyelesaikannya.

Justeru, katanya, pihak pengurusan akan menjalankan siasatan bagi mencari punca isu tersebut yang mencetuskan kecoh selama satu jam sejurus perlawanan tamat.

"Kita pun tidak mengenali siapa bookie yang dimaksudkan itu," katanya.

Onn turut menasihatkan para penyokong Johor agar tidak bertindak secara melulu dan menganggap apa yang berlaku kelmarin amat merugikan pasukan.

"Penyokong sepatutnya memberikan peluang kepada pemain sehingga tamat perlawanan dan tidak membuat provokasi yang akhirnya memberi kelebihan pasukan lawan," katanya.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved