Rabu, 18 September 2013

Kosmo Online - Dunia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Puluhan polis Thailand cedera dalam protes

Posted:

Puluhan polis Thailand cedera dalam protes

Puluhan polis Thailand cedera dalam protes

SEKUMPULAN penunjuk perasaan bertempur dengan anggota polis antirusuhan di wilayah Nakhon Si Thammarat untuk menuntut subsidi getah yang lebih tinggi.- AP


NAKHON SI THAMMARAT - Kerajaan Thailand menyatakan semalam bahawa mereka akan mengisytiharkan darurat di sebuah daerah di selatan negara itu bagi membendung tunjuk perasaan ganas berhubung harga getah yang rendah.

Perkara itu diputuskan sehari selepas berpuluh-puluh anggota polis dan penunjuk perasaan cedera dalam rusuhan.

Sejumlah penunjuk perasaan yang menuntut subsidi lebih tinggi untuk penoreh getah membaling batu, bata dan beberapa objek lain ke arah polis antirusuhan serta membakar beberapa kenderaan polis kelmarin.

Kejadian berlaku di dae- rah Cha-uat, wilayah Na- khon Si Thammarat.

Seramai 77 anggota polis dan sekurang-kurangnya 10 penunjuk perasaan cedera.

Keganasan meletus selepas polis cuba meleraikan para penunjuk perasaan yang menyekat lalu lintas.

Bantahan bermula sejak Ogos lalu apabila beribu-ribu penoreh getah menghalang sebahagian jalan dan landasan kereta api di sela- tan negara itu.

Timbalan Setiausaha Agung kepada Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra, Suporn Atthawong berkata, lokasi bantahan yang terletak 580 kilometer dari Bangkok tenang semalam.

Ia selepas pihak berkuasa Nakhon Si Thammarat menggubal satu perintah keselamatan khas bagi menghalang penunjuk pera- saan mendekati kawasan itu.

"Kerajaan sedang menilai keadaan. Beberapa agensi keselamatan akan menentu- kan sama ada undang-undang lain seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri diperlukan," kata Atthawong.

Dalam pada itu, jurucakap polis, Mejar Jeneral Somchai Uamthanom berkata, sebahagian besar keganasan dicetuskan oleh golongan remaja yang menyertai bantahan tersebut. - AP

12 mati ditembak bekas anggota tentera

Posted:

12 mati ditembak bekas anggota tentera

12 mati ditembak bekas anggota tentera


SEKUMPULAN anggota polis memeriksa sekitar kawasan Limbungan Tentera Laut Washington selepas insiden tembakan rambang kelmarin.- REUTERS


WASHINGTON - Sebanyak 12 nyawa melayang apabila seorang bekas anggota simpanan tentera laut Amerika Syarikat (AS) melepaskan tembakan rambang di sini.

Penyerang kemudian maut ditembak polis selepas mengamuk di pangkalan Limbungan Tentera Laut Washington kelmarin.

Pihak berkuasa mengenal pasti lelaki bersenjata itu sebagai Aaron Alexis dari Fort Worth, Texas. Dia pernah berkhidmat dalam Tentera Laut AS dari tahun 2007 hingga 2011.

Pihak berkuasa AS yang menyiasat tragedi itu memberitahu semalam bahawa Alexis bertindak bersendirian.

Media tempatan pula melaporkan, seramai 14 orang turut cedera dalam kejadian tersebut.

"Kami berasa lega kerana individu yang bertanggungjawab menyebabkan kehilangan nyawa di pangkalan ini telah ditangani," kata ketua polis Wa- shington, Cathy Lanier.

Dalam perkembangan berkaitan, Biro Siasatan Persekutuan (FBI) merayu kepada orang ramai untuk tampil memberi maklumat mengenai lelaki berusia 34 tahun itu.

Menurut FBI, Alexis dibelenggu masalah disiplin semasa berkhidmat dalam tentera, malah dia pernah ditahan kerana menembak peluru menembusi siling apartmennya tetapi tidak pernah didakwa.

"Semua maklumat tentang penembak ini adalah berguna.

"Kami sedang menyiasat pergerakan, kenalan dan rakan-rakannya," kata Penolong Pengarah Lapangan FBI, Valerie Parlave.

Insiden itu mencetuskan ketakutan di bandar raya ini. Beberapa jam kemudian orang ramai sekali lagi terkejut apabila seorang lelaki membaling mercun ke perkarangan White House di sini. Suspek segera ditahan polis.

Setakat ini, polis masih tidak jelas tentang motif Alexis yang berkhidmat selama empat tahun dalam tentera laut, mengamuk menggunakan raifal AR-15. - AFP

Victoria Bekham didakwa bersifat perkauman

Posted:

Victoria Bekham didakwa bersifat perkauman

Victoria Bekham didakwa bersifat perkauman


BARISAN model kulit putih menggayakan rekaan baju Victoria Beckham pada Minggu Fesyen New York minggu lalu.- Agensi


NEW YORK - Selebriti terkenal, Victoria Beckham didakwa mengamalkan sifat perkauman apabila tidak menggunakan model dari pelbagai warna kulit pada pertunjukan fesyennya baru-baru ini, lapor akhbar Daily Mail semalam.

Baju-baju rekaan bekas ahli kumpulan Spice Girl itu tampil sebanyak dua kali dalam senarai pereka-pereka fesyen yang disusun oleh model terkenal Iman dan Naomi Campbell.

Kedua-dua model berkulit hitam itu kemudian mendakwa, mereka berasa bersalah kerana tindakan Victoria yang berbaur perkauman.

Isteri kepada bekas pemain bola antarabangsa, David Beckham itu memaparkan kedua-dua koleksi Minggu Fesyen New York yang berlangsung pada minggu lalu dan hanya seorang model bukan berkulit putih memperagakan rekaannya.

Iman dan Campbell menyertai bekas model, Bethann Hardison untuk mewujudkan Gabungan Kepelbagaian yang menekankan mengenai prejudis perkauman dalam dunia fesyen.

"Tidak menerima model lain berdasarkan warna kulit mereka, jelas berada di luar kawalan estetik apabila ia diselaraskan dengan jenama pereka fesyen.

"Sama ada ia keputusan pengarah pereka, jurugaya atau pengambilan, tindakan menggunakan semua model kulit putih menunjukkan sifat yang tidak patut kepada masyarakat moden," kata Iman.

Dalam perkembangan sama, kumpulan profesional fesyen telah menghantar surat terbuka kepada majlis Minggu Fesyen untuk menyenaraikan pereka fesyen yang menampilkan seorang atau tidak langsung menggunakan model berkulit hitam, termasuklah Victoria Beckham. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved