Selasa, 27 Ogos 2013

Kosmo Online - Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Askar dituduh bunuh kerani

Posted:

Askar dituduh bunuh kerani

Askar dituduh bunuh kerani

Oleh ADHAM SHADAN
adham.shadan@kosmo.com.my

CHE ROSLI ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Tumpat semalam untuk didakwa membunuh Mohd. Yusrizal.


TUMPAT – Seorang anggota tentera berpangkat Sarjan yang ditahan berhubung satu kes letupan bom yang meragut nyawa kerani sekolah di Taman Sri Periok di sini pada 11 Ogos lalu didakwa di Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan membunuh.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan oleh Che Rosli Che Daud, 29, yang kelihatan tenang ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Ahmad Adha Amir Yasser Amri.

Mengikut pertuduhan, Che Rosli didakwa membunuh Mohd. Yusrizal Mat Zain, 32, di Perumahan JPN Kok Seraya di sini antara pukul 10 pagi hingga 11 pagi, 11 Ogos lalu.

Che Rosli berhadapan dakwaan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Noor Hamizah Ghazali manakala tertuduh diwakili peguam Datuk Sukri Mohamed.

Mahkamah menetapkan sebutan kes pada 1 Oktober ini bagi membolehkan pihak pendakwaan menyerahkan beberapa dokumen berkaitan kes tersebut kepada pihak pembelaan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Seorang lagi samseng kumpulan Geng 04 serah diri

Posted:

Seorang lagi samseng kumpulan Geng 04 serah diri

Seorang lagi samseng kumpulan Geng 04 serah diri

MELAKA - Empat sudah diberkas, empat masih dalam buruan.

Itulah hasil kerja keras polis negeri ini apabila dapat menahan seorang lagi anggota kumpulan samseng bergelar Geng 04 bagi membantu siasatan satu kes pembunuhan di Cheng di sini pada Mei lalu menjadikan jumlah yang diberkas meningkat kepada empat individu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, suspek berusia 23 tahun tersebut ditahan ketika dia datang menyerah diri dengan ditemani bapanya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka pada pukul 5 pagi kelmarin.

Katanya, bapa suspek sanggup datang dari Johor Bahru untuk meneman anaknya ke IPK Melaka kerana bimbang zuriatnya itu akan melarikan diri.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tikam rusuk tukang urut

Posted:

Tikam rusuk tukang urut

Tikam rusuk tukang urut

Oleh KHAIRI MOHAMAD
khairi.mohamad@kosmo.com.my

KUALA KRAI – Seorang tukang urut bukan sahaja terpaksa menerima lima jahitan di rusuk kanan, malah nyaris maut selepas ditikam seorang penjenayah ketika cuba mempertahankan beg tangannya daripada dilarikan dalam kejadian berhampiran Jalan Sinar Jaya dekat sini kelmarin.

Kejadian pukul 8.10 malam itu berlaku selepas ibu tunggal anak lima, Wan Nurul Aini Mamat, 52, keluar dari sebuah bank dekat sini sebelum didatangi seorang lelaki bersenjatakan pisau.

Mengimbau semula kejadian itu, sukarelawan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia itu memberitahu, dia singgah di bank tersebut ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Guchil Empat dekat sini sebaik selesai mengurut pelanggan.

Jarak antara rumahnya dengan bank tersebut kira-kira lima kilometer.

Katanya, dia singgah di bank itu untuk memeriksa sama ada wang bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat yang diterimanya setiap bulan sudah dimasukkan atau belum.

"Ketika masuk, saya perasan ada sebuah kereta bercermin gelap berhampiran bank namun saya tidak mengendahkannya kerana menyangka mereka ada urusan lain.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved