Selasa, 27 Ogos 2013

Kosmo Online - Komuniti Kita


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Pelajar Mesir lawat Masjid Al-Falah di Kajang

Posted:

Pelajar Mesir lawat Masjid Al-Falah di Kajang

Pelajar Mesir lawat Masjid Al-Falah di Kajang

PARA pelajar Mesir bergambar dengan Masri (duduk baju biru) dan pelajar Sekolah Tahfiz Darul Huffaz pada program lawatan ke Masjid Al-Falah di Kampung Sungai Ramal Dalam, Kajang, Selangor baru-baru ini.


UKHUWAH. Seramai 33 orang pelajar dari Mesir mengadakan lawatan sambil belajar ke Masjid Al-Falah Kampung Sungai Ramal Dalam di Kajang, Selangor baru-baru ini.

Lawatan pelajar berusia antara sembilan hingga 15 tahun dari beberapa buah sekolah di sekitar Kaherah itu disambut oleh guru dan pelajar Sekolah Tahfiz Darul Huffaz.

Pengetua Sekolah Tahfiz Darul Huffaz, Fuad Mohd. berkata, tujuan kumpulan pelajar tersebut ke Malaysia adalah untuk mengenal budaya dan memahami lebih mendalam tentang masyarakat Islam di negara ini.

"Di samping mengenal budaya masyarakat Islam setempat, pelajar Mesir terbabit juga melakukan kerja amal seperti membersihkan kawasan surau dan kubur," ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.

Turut hadir Ketua Kampung Sungai Ramal Dalam, Datuk Seri Dr. Yahya Omar dan Imam Masjid Kampung Sungai Ramal Dalam, Masri Mat Kali.

Alumni Sekolah Alam Shah adakan sambutan Aidilfitri

Posted:

Alumni Sekolah Alam Shah adakan sambutan Aidilfitri

Alumni Sekolah Alam Shah adakan sambutan Aidilfitri


ZAINUDDIN (barisan belakang, tengah) bersama anak-anak yatim Rumah Titian Kaseh pada Majlis Sambutan Aidilfitri anjuran ASAS di Kuala Lumpur baru-baru ini.


ERAT SILATURAHIM. Persatuan Alumni Sekolah Alam Shah (ASAS) menganjurkan sambutan Aidilfitri yang dihadiri 1,000 bekas pelajar sekolah berkenaan termasuk Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Abu Bakar Mohd. Diah di Dewan Akademi Perubatan Malaysia, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menurut Presiden ASAS, Datuk Dr. Zainuddin Md. Wazir, majlis itu merupakan acara tahunan ASAS bertujuan mengumpulkan ahli-ahlinya dari seluruh negara.

"Sambutan Aidilfitri tahun ini juga amat bermakna sempena menyambut ulang tahun ke-50 penubuhan ASAS.

"Program tahun ini tambah meriah dengan kehadiran ahli alumni kumpulan kumpulan pertama ASAS pada tahun 1963," katanya.

Turut diraikan, 43 anak yatim dari Rumah Titian Kaseh, Kuala Lumpur yang diberi sumbangan keperluan persekolahan dan juga duit raya.

Bekas tentera British terima Pingat Jasa Malaysia

Posted:

Bekas tentera British terima Pingat Jasa Malaysia

Bekas tentera British terima Pingat Jasa Malaysia


ZULKIFLEE (dua kiri) beramah mesra dengan balu dan veteran tentera pada majlis sambutan Aidilfitri dan penganugerahan Pingat Jasa Malaysia di Kuala Lumpur baru-baru ini.


HARGAI. Sebanyak 50 bekas askar British pelbagai pangkat menerima Pingat Jasa Malaysia (PJM) sempena penganugerahan PJM pada majlis sambutan Aidilfitri anjuran Persatuan Bekas Askar British Malaysia (PBAB) di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Anugerah itu disampaikan Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Mejar Jeneral Datuk Zulkiflee Mazlan.

Pingat tersebut diberikan kepada bekas askar yang telah berjasa semasa perang dunia, darurat komunis dan konfrontasi Indonesia sekitar 1960-an.

Seramai 20 bekas askar yang memerlukan bantuan sara hidup juga menerima sumbangan kebajikan daripada Royal Commonwealth-Service League (RCEL) United Kingdom yang keseluruhannya berjumlah RM29,519.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved