Selasa, 6 Ogos 2013

Kosmo Online - Dunia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


AS tutup kedutaan di 19 bandar

Posted:

AS tutup kedutaan di 19 bandar

AS tutup kedutaan di 19 bandar

SEORANG askar memeriksa sebuah kereta di sebuah pos keselamatan di sebatang jalan menuju ke kedutaan Amerika Syarikat di Sanaa, Yemen kelmarin.


WASHINGTON - Amerika Syarikat (AS) semalam menyatakan akan menutup pejabat kedutaan dan konsulatnya di 19 buah bandar di negara-negara Islam sekurang-kurangnya sehingga hujung minggu ini.

Jurucakap Jabatan Negara AS, Jen Psaki memberitahu tindakan itu diambil berikutan timbulnya ancaman serangan keganasan yang serius daripada kumpulan Al-Qaeda.

Penutupan dilakukan sebagai bukti terhadap komitmen AS untuk melindungi kakitangannya dan pelawat di kemudahan terbabit.

Pejabat diplomatik yang akan ditutup sehingga 10 Ogos ini adalah di Mesir, Jordan, Libya, Yemen, Arab Saudi dan Kuwait. Tidak terkecuali pejabat kedutaan AS di negara Afrika termasuklah Madagascar, Burundi, Rwanda dan Mauritius.

AS bagaimanapun membuka semula pejabat kedutaannya di Kabul dan Baghdad semalam.

Jumaat lalu, Pentadbiran Presiden AS, Barack Obama mengumumkan penutupan pejabat konsulat dan kedutaan sepanjang minggu ini.

Jabatan Negara AS pula mengeluarkan amaran perjalanan kepada warga AS di seluruh dunia sambil memberi amaran yang kumpulan Al- Qaeda atau sekutunya mungkin akan menyerang kerajaan AS atau kepentingan Barat.

Perisikan AS turut menasihatkan Britain, Jerman dan Perancis supaya menutup pejabat kedutaan masing-masing di Yemen pada Ahad dan Isnin (semalam). Perancis semalam memberitahu bahawa ia akan menutup pejabat kedutaannya di Yemen sehingga esok.

Ahli Kongres AS, C.A. Dutch Ruppersberger yang juga wakil Ahli Jawatankuasa Perisikan memberitahu, ancaman serangan pengganas besar-besaran itu diketahui selepas perbualan pemimpin kanan Al-Qaeda di Semenanjung Arab diintip.

"Ini merupakan ancaman paling serius yang pernah saya lihat dalam beberapa tahun kebelakangan ini," kata Senator Republikan, Sax- by Chambliss. - Agensi

China, Rusia sekat susu New Zealand

Posted:

China, Rusia sekat susu New Zealand

China, Rusia sekat susu New Zealand


SEORANG pembantu jualan (belakang) membantu pelanggannya memilih susu tepung Dumex di sebuah pasar raya di Hefei, dalam wilayah Anhui, China kelmarin.


WELLINGTON - Kebimbangan berhubung keracunan mendorong China dan Rusia menyekat import sebahagian produk tenusu New Zealand, kata beberapa pegawai semalam.

Gergasi tenusu New Zealand, Fonterra mengumumkan pada Sabtu lepas bahawa beratus-ratus tan susu formula bayi, minuman tenaga dan beberapa produk lain yang dijual di tujuh negara berkemungkinan tercemar,

Ia berikutan beberapa ujian yang mendapati produk itu mengandungi bakteria penyebab botulisme.

Botulisme merujuk kepada keracunan dalam darah yang disebabkan oleh kuman.

China merupakan pasaran terbesar Fonterra.

Firma New Zealand itu merupakan syarikat tenusu keempat terbesar di dunia dengan pendapatan tahunan sekitar AS$16 bilion (RM51.5 bilion).

Pengguna di China dan beberapa tempat lain di dunia sanggup membayar harga lebih mahal untuk susu formula bayi dari New Zealand.

Ia ekoran standard keselamatan makanan yang tinggi dan imej negara itu sebagai mempunyai alam sekitar bersih tanpa pencemaran.

"Sebagai seorang ibu, saya benar- benar marah apabila mendengar berita ini," kata Wang Qun, 24, yang memberi bayi lelakinya minum susu keluaran Dumex.

"Saya terkejut mendengar masalah ini berlaku pada pengeluar susu New Zealand. Ia sepatutnya tempat terbaik untuk pengeluaran susu," tambah wanita itu.

Larangan import di Rusia dan China itu melangkaui semua produk yang telah ditarik balik.

Dalam pada itu, syarikat Malaysia, Danone Dumex mengumumkan penarikan semula beberapa jenama susu formula bayi keluaran Fonterra.

Pihak berkuasa Vietnam pula memanggil semula susu formula Similac Gainplus Eyw-Q manakala Dumex di Thailand mengumumkan penarikan balik lima jenis susu formula. - Agensi

Kumpulan punk Myanmar selar sami hasut keganasan

Posted:

Kumpulan punk Myanmar selar sami hasut keganasan

Kumpulan punk Myanmar selar sami hasut keganasan


ANGGOTA-ANGGOTA Rebel Riot mengagihkan makanan kepada orang gelandangan di Yangon Myanmar pada 1 Julai lalu.


YANGON - Pengikut muzik punk rock di Myanmar bukan sahaja memecah tradisi dengan penampilan ranggi seperti rambut merah jambu, jaket kulit dan tatu tengkorak.

Namun, keberanian mereka mendedahkan perbuatan sami Buddha seperti Wirathu yang menghasut keganasan ke atas orang Islam turut menongkah arus di negara itu.

Kumpulan muzik punk lantang memperjuangkan isu tersebut dalam lagu mereka ketika orang ramai terus mendiamkan diri.

"Jika mereka sami sebenar, saya akan berdiam diri tetapi mereka bukan sami (dalam erti kata sebenarnya)," kata penyanyi kumpulan punk rock Rebel Riot, Kyaw Kyaw.

Ungkapan itu terkandung dalam lirik lagu baharu mereka yang mengecam sikap hipokrit dalam beragama dan gerakan anti-Islam 969 di Myanmar.

Kumpulan sami Buddha radikal menjadi dalang kempen berdarah terhadap orang Islam di negara yang mempunyai 60 juta penduduk itu.

Namun, tidak ramai yang berani menegur atau mencabar mereka di Myanmar.

Bagi penduduk negara itu, agama Buddha sudah sinonim dengan orang Myanmar dengan perbuatan menegur golongan sami pula dianggap biadap.

Selain itu, ramai penduduk negara itu percaya dakyah bahawa orang Islam, terutamanya etnik Rohingnya mengancam budaya dan tradisi mereka.

"Orang ramai sepatutnya kembali kepada ajaran Buddha. Adakah sikap kejam sebegitu yang Buddha mahukan?" kata penyanyi kumpulan No U Turn, Ye Ngwe Soe.

No U Turn merupakan kumpulan punk rock paling popular di Myanmar.

Ngwe Soe mencipta lagu baharu mereka, Human Wars selepas insiden keganasan terhadap etnik Islam Rohingya di Negeri Rakhine yang merebak ke beberapa kawasan lain.

"Apabila saya berada di beberapa kawasan bandar, saya terdengar orang ramai berkata bahawa 969 bencikan orang Islam dan bersikap ganas terhadap mereka. Ini sepatutnya tidak berlaku," kata Ngwe Soe.

Menurutnya, kumpulan punck rock juga tidak takut dengan ancaman pihak berkuasa yang mahu menghumban mereka ke dalam penjara.

Selain mengkritik sami Buddha, kumpulan-kumpulan punck rock di Myanmar turut menyanyikan lagu tentang keganasan tentera dan sikap haloba ahli politik negara itu.

"Mereka boleh menangkap kami, kami tidak peduli," kata penyanyi Rebel Riot, Kyaw-Kyaw.

"Namun, kami tetap akan luahkan minda kami," tambahnya. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved