Isnin, 15 Julai 2013

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Bangunan makmal Fakulti Sains, UiTM terbakar

Posted:

Bangunan makmal Fakulti Sains, UiTM terbakar

Bangunan makmal Fakulti Sains, UiTM terbakar

15/07/2013 9:31pm

SHAH ALAM - Sebuah bangunan setingkat yang menempatkan empat buah bilik makmal untuk Fakulti Sains musnah dalam satu kebakaran di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini petang tadi.

Ketika kejadian pada pukul 4.15 petang itu, difahamkan kira-kira tiga pelajar bersama seorang pensyarah serta seorang pembantu makmal sedang menjalankan eksperimen dalam salah sebuah bilik.

Bagaimanapun kesemua mereka sempat keluar melarikan diri apabila menyedari api mula merebak dipercayai berpunca dari sebuah bilik makmal yang terletak di bahagian tengah bangunan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam, Mohd. Khairi Daud berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 4.26 petang sebelum lima jentera bersama kira-kira 30 anggota dari balai bomba di sini bergegas ke lokasi.

Menurutnya, setiba di tempat kejadian, asap hitam dilihat berkepul-kepul dan api sedang marak membakar bangunan setingkat itu.

"Pasukan bomba terpaksa mengambil masa kira-kira sejam untuk mengawal kebakaran itu daripada terus merebak dan api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada pukul 7.20 malam tadi. - KOSMO!

Penipuan online: Polis Sabah siasat laman web terkemuka

Posted:

Penipuan online: Polis Sabah siasat laman web terkemuka

Penipuan online: Polis Sabah siasat laman web terkemuka

15/07/2013 9:10pm

LABUAN - Polis Sabah sedang menyiasat beberapa kes penipuan melibatkan perniagaan secara online, dengan tumpuan kepada sebuah organisasi internet berasaskan laman web terkemuka.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Sabah Superitendan Saiman Kasran berkata, perniagaan online dijalankan syarikat berasaskan laman web popular itu dilaporkan telah menipu banyak pembeli.

Katanya ini mengakibatkan kebanyakan mereka ditipu ribuan ringgit sejak tahun lepas, tanpa menerima produk dan bayaran balik.

"Walaupun jumlah kes masih belum mencapai tahap amat membimbangkan, tetapi kami sedang memburu mereka yang terlibat dalam penipuan ini," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Perniagaan online oleh syarikat itu telah menarik ribuan pembeli menerusi promosi menarik produk mereka termasuk hartanah, perkakasan elektrik, kereta dan kerja.

Modus operandinya ialah menjual dan membeli produk secara online melibatkan pembeli secara online.

Sementara itu, seorang pengadu yang hanya mahu dikenali sebagai "Rosli Yussof' berkata beliau menempah dua pasang baju secara online seperti diiklankan syarikat itu dan dijanjikan dihantar dalam dua minggu.

"Tetapi selepas dua ke tiga minggu, tidak menerima apa-apa. Seorang rakan, sementara itu kerugian hampir RM10,000 dalam dua transaksi pernigaan secara online," dakwanya. - Bernama

Raja Azmi selamat bertunang

Posted:

Raja Azmi selamat bertunang

Raja Azmi selamat bertunang

15/07/2013 8:31pm

HULU KLANG - Penerbit filem kontroversi Raja Azmi Raja Sulaiman, 54, telah selamat bertunang dengan Mohd. Eddie Ghazali, 45, dalam satu majlis yang berlangsung di sini malam ini.

Raja Azmi berkata, dia sebenarnya begitu teruja dan gemuruh sebelum majlis berlangsung, tetapi sangat bersyukur kerana semuanya berjalan dengan lancar.

"Perasaan saya ketika ini pastinya cukup gembira dan sukar untuk digambarkan dengan kata-kata, malah saya tidak sangka yang kini sudah menjadi tunangan orang.

"Sudah tentu saya merupakan insan yang cukup bertuah kerana tidak ramai yang berpeluang untuk bertunang buat kali kedua. Saya anggap ini merupakan anugerah Allah yang paling besar," ujarnya selepas acara berakhir.

Sementara itu, Eddie yang merupakan pemain bass kum pulan rock CRK yang popular sekitar 90-an berkata, dia turut gembira kerana telah bertemu dengan pasangan hidup setelah lima tahun menduda.

"Walaupun tempoh perkenalan kami agak singkat iaitu selama lima bulan sahaja, tetapi saya tidak kisah kerana hubungan percintaan itu pastinya akan menjadi lebih erat selepas kami berkahwin nanti," ujarnya.

Pasangan tersebut akan bertunang selama dua bulan sahaja dan kedua-duanya bakal mendirikan rumah tangga pada 15 September ini. - KOSMO!

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved